Thursday, July 7, 2011

Mariah Carey reveals her slimmer post-pregnancy figure for the first time... two months after giving birth to twins



She only gave birth to her twins Morocco and Monroe just over two months ago.
But it appears that Mariah Carey is already pinging right back into shape.
The 41-year-old new mother revealed her post-pregnancy figure for the very first time today as she stepped out in Los Angeles.

In a comfortable black tracksuit and white t-shirt, she showed off her famous curves.
Wearing her hair in natural curl, the Butterfly singer appeared make-up free but shielded herself with some oversized sunglasses.


Before Mariah gave birth to the twins, naturally, she sported a rather large baby bump.
And the singer, who clearly enjoyed her pregnancy, had a ball joking around with the burgeoning belly by painting several designs on her tummy.
Mariah gave birth to her twins on April 30 at an undisclosed hospital in Los Angeles with her husband Nick Cannon by her side.
Baby girl Monroe was born first, weighing 5lbs 3oz and was 18 inches long; her brother Morocco was next, at 5lbs 6oz and was 19 inches.
The next day Mariah and her husband Nick Cannon celebrated the new arrivals by renewing their wedding vows in hospital. 




Meanwhile new mother Mariah could soon have a new gig - hired by Simon Cowell for X-Factor.
The superstar singer was already rumoured to be initially joining the U.S. edition of the hit talent show as a mentor for an episode or two.
But now Simon has confirmed that she is in talks for a more major role - even telling Cowell she wants to be 'the judge of the judges'.
'I think Mariah will have a role on the TV live shows. I met her recently and she was on great form,' the music mogul said.
'And her idea was to be the judge of the judges, which only Mariah could come up with.'


The new role would be the first time the format has changed in the seven year history of the show.
A source told Entertainment Weekly: 'Mariah and Simon are great friends, and now she has had her babies, it's very possible that she will be involved some way in the show.'
'She has always said she wanted to work with the show, so it's something they will certainly be discussing ideas for soon.'
The U.S. version of The X Factor premières on September 21. Simon is set to appear on the show along with judges Nicole Scherzinger, LA Reid and Paula Abdul.




.

Tunggu kelahiran anak perempuan


Bintang bola sepak terkenal, David Beckham bakal menimang anak perempuan pertamanya pada bila-bila masa saja.
Isterinya, Victoria Beckham yang sudah lama teringinkan anak perempuan akhirnya menjadi kenyataan selepas menjalani ujian imbasan ke atas kandungannya pada Mac lalu dan doktor mengesahkan bayi dalam kandungannnya itu perempuan.
Pasangan popular itu sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu, Brooklyn, 12, Romeo, 8, dan Cruz, 6.

"Orang ramai menyatakan saya akan bersikap terlalu memberi perhatian kepada anak perempuan saya yang akan dilahirkan ini tetapi saya turut memberi perhatian kepada semua anak saya yang lain.
"Dia (anak perempuan yang bakal dilahirkan) mempunyai tiga abang yang akan menjaganya dan melindunginya," katanya.

Tatkala Victoria akan melahirkan anak tidak lama lagi, Beckham mengakui isteri yang sedang sarat mengandung berada dalam keadaan baik.
"Dia (Victoria) tidak mengidam banyak benda dan tidak mengalami sakit. Ia merupakan situasi mengandung yang baik dan berjalan lancar," katanya.

Bekas pemain sayap Manchester United itu mengakui dia teruja dengan barangan berwarna merah jambu yang terdapat di rumahnya yang sebelum ini dipenuhi dengan barangan lelaki.
"Ia merupakan sesuatu yang baru dan berbeza buat kami sekeluarga. Terlalu banyak barangan pakaian berwarna merah jambu di dalam rumah. Bilik dan pakaian telah siap disediakan, sekali gus membuatkan kami teruja," katanya.




.

Day 1 : Lagu yang anda dengar hari ini


Hari ni lulu dengar lagu yang satu ni...
Hari-hari banyak lagu sebenarnya, wajib dengar, sebab lulu merupakan seorang yang suka dengan lagu.. Tak kisah rentak apa, pop, rock, balada... ataupun irama malaysia??? Tagalog, spanish, oldies... hip hop owh semua lagu leh masuk jer...

Kalau cerita mengenai lagu, memang ada banyak lagu..
Tapi, lulu pilih satu yang paling sedap kat telinga ni..
Lagu ni memang special dihati lulu..
Sebab tiap kali dengar, tenang jer hati..
Betul..Cubalah dengar....






videokeman mp3
Everything – Michael Buble Song Lyrics



Everything – Michael Buble
You’re a falling star, You’re the get away car.
You’re the line in the sand when I go too far.
You’re the swimming pool, on an August day.
And you’re the perfect thing to see.
And you play it coy, but it’s kinda cute.
Ah, When you smile at me you know exactly what you do.
Baby don’t pretend, that you don’t know it’s true.
Cause you can see it when I look at you.
[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It’s you, it’s you, You make me sing.
You’re every line, you’re every word, you’re everything.
You’re a carousel, you’re a wishing well,
And you light me up, when you ring my bell.
You’re a mystery, you’re from outer space,
You’re every minute of my everyday.
And I can’t believe, uh that I’m your man,
And I get to kiss you baby just because I can.
Whatever comes our way, ah we’ll see it through,
And you know that’s what our love can do.
[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It’s you, it’s you, You make me sing
You’re every line, you’re every word, you’re everything.
So, La, La, La, La, La, La, La
So, La, La, La, La, La, La, La
[Chorus:]
And in this crazy life, and through these crazy times
It’s you, it’s you, You make me sing.
You’re every line, you’re every word, you’re everything.
You’re every song, and I sing along.
Cause you’re my everything.
Yeah, yeah
So, La, La, La, La, La, La, La
So, La, La, La, La, La, La, La



Dah dengar?? Best kan ;)
Selesai hari pertama Cabaran 30 hari ..



.

Semua mati..


Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner (ACP) Haliludin Rahim berkata mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.

"Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Katanya Mohd Fikri adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar sebuah polikteknik di sini.
Mengulas kejadian 6.40 petang itu, Haliludin berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fikri meletup dan terbakar ketika sedang berlumba.
Tiga lagi yang menunggang motosikal masing-masing tidak sempat mengelak mengakibatkan mereka saling merempuh, katanya.

"Siasatan mendapati hanya Abdul Muhaimin yang mempunyai lesen memandu manakala tiga lagi tidak mempunyai lesen, sementara dua daripada mereka tidak memakai topi keledar," katanya.
Beliau berkata laluan yang digunakan empat remaja terbabit juga belum dibuka kepada umum namun sering digunakan sebagai lokasi lumba haram oleh golongan remaja.
Haliludin turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan.
Sementara itu di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas, hampir 200 sanak saudara dan rakan mangsa memenuhi kawasan tersebut.

Ibu Mohd Amirul Afiq, Noraini Yaacob, ketika ditemui berkata arwah anaknya itu sentiasa keluar menunggang motosikal pada sebelah petang.
"Pada petang semalam katanya hendak ke rumah sepupu dan tidak tahu pula begini jadinya," katanya.






.

Contest SHAWL | Shawl Cantik Untuk di Menangi!!


Owh, betul-betul jatuh cinta dengan giveaway ni..
Bukan saja banner GA nya yang lawa (warna biru *wink) malahan hadiahnya yang superb menawan hatiku...
Bukan 1 yer.. tapi 7 shawl untuk dimenangi..
Betapalah bertuahnya lulu jika lulu salah satu pemenangnya..ngee..fuh fuh..
minta doa..

Lulu memang nak sangat shawl, walaupun lulu tak bertudung,
kerana lulu berharap dapat pakai shawl di pagi raya... ayu gitu...
Pasti ramai yang toleh berkali-kali..ngee


Jom bersama memeriahkan giveaway yang menarik ini, sila klik pada banner diatas untuk capaian terpantas ke blog penganjur.. Tutup 13 julai ini.. :)




.

" BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ? "


Dengan pasrahnya, silalah kritik Lulu-Pages dengan jayanya...
Manalah tau kan selama ni nak kritik tapi tak tau macam mana caranya...
Inilah masanya dear kawan-kawan semua...
Tapi semoga kritikan membina yer..
Yang menjahanamkan, delete terus..ekeke... *gelak jahat



Silalah kritik, dan lulu akan terjah blog yang kritik tu balik.. konpem 
insya Allah on the spot....
Tapi, ngee, kena pastikan ada join segmen encik ben yer..
(Owh tak kisahlah join ke tak, lulu tetap akan terjah.. :)
up traffic bersama..yeah)



.

Peminat fanatik


Dua peminat kelab bola sepak Manchester City (Man City) menghiasi sebuah kereta Chevrolet yang dibeli di Amerika Syarikat (AS) dengan logo dan wajah bintang kelab tersebut.


Mike Radcliffe dan Shaun Donohoe membeli kereta buatan 1975 itu pada harga £15,000 (RM72,262) di Carolina, AS dan membayar sebanyak £5,000 (RM24,087) untuk kos penghantaran ke Britain.


Kos menghiasi kereta itu dengan gambar pemilik kelab tersebut, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan wajah beberapa pemain di badan kereta selain kerusi dan bonet dihiasi lambang kelab berkenaan ialah £50,000 (RM240,874).







P/S - Yeah, ini idea yang bagus... *wink..




.

Keluarga tukang cuci hidup daif


Pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membasmi kemiskinan namun masih ada antara golongan daif yang terpaksa hidup bersama keluarga dalam keadaan terhimpit.
Begitulah nasib seorang tukang cuci, Mohamad Zaidi Ismail, 40, isteri, Nor Azira Abdul Rahman, 38, berserta tiga anak mereka berusia antara 11 bulan hingga 12 tahun di sebuah rumah sewa di Taman Universiti, Semeling dekat sini.

Keluarga itu terpaksa tinggal berhimpit dalam rumah daif yang sering bocor ketika hujan, malah terpaksa bergelap kerana tidak mampu membayar bil elektrik.
Lebih malang, anak bongsu mereka yang berusia 11 bulan disahkan menghidap penyakit jantung berlubang, manakala anak sulung pula menderita penyakit asma.
Mohamad Zaidi berkata, dia terpaksa membiarkan isteri serta tiga anak tinggal dalam keadaan gelap dan tidak berkipas kerana tidak mampu menjelaskan bil elektrik yang tertunggak selama lima bulan.

"Pendapatan bulanan saya sebagai tukang cuci adalah sebanyak RM500 sebulan. Hampir kesemua wang gaji digunakan untuk tujuan perubatan kerana anak-anak sering keluar masuk ke hospital," katanya kepada pemberita dekat sini, baru-baru ini.
Tambahnya, anak bongsunya, Norlia mengalami jantung berlubang sejak dilahirkan dan mempunyai berat badan hanya lima kilogram berbanding kanak-kanak seusianya sekitar 12 kilogram.

"Doktor mencadangkan agar dilakukan pembedahan. Namun, disebabkan berat badan tidak sampai 10 kilogram, pembedahan tidak dapat dilakukan. Akibat itu, kami terpaksa berulang-alik ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Tukang cuci itu memberitahu, selain bil elektrik tertunggak, dia juga masih berhutang bil perubatan anak-anaknya dan kini membayar secara beransur-ansur.
"Isteri saya pula tidak bekerja kerana perlu jaga anak-anak. Selain itu, dia juga menghidapi penyakit darah tinggi yang memerlukan rawatan berkala di hospital," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain yang mengunjungi keluarga tersebut berkata, pihaknya akan meminta pengecualian bayaran daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membolehkan bekalan elektrik disambung semula.
Beliau berkata, pihaknya juga mengemukakan kes itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar diberikan bantuan sewajarnya.




.

"Saya Tidak Membelakangkan Keluarga.."


Penyanyi Nurul (AF2) atau nama sebenar Nurullah Zawawi,29, yang baru sahaja melangsungkan pernikahannya dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhamad tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat, Thailand.
Jelas Nurul, dia dan suami sebelum ini sudah berusaha untuk berjumpa keluarga kandungnya beberapa kali namun gagal atas sebab-sebab tertentu.
"Kami sudah mencuba berbagai cara termasuk meminta bantuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghubungi keluarga kandung saya namun tidak mendapat kerjasama.

"Kami sekeluarga telah ke Kuching dan pergi ke rumah penghulu kampung tersebut tetapi usaha itu tidak mendatangkan hasil," ujarnya pada sidang media yang diadakan di sini, Rabu.
Nurul dan suaminya memberi penjelasan mengenai isu yang dikeluarkan oleh sebuah program hiburan popular yang mendakwa mereka telah membelakangkan keluarga kandung dan bernikah tanpa diwalikan bapa Nurul.

Bagaimanapun, Nurul berjanji akan menyelesaikan masalah keluarganya dan bertemu mereka selepas ini.
"Kini saya lebih berani untuk berhadapan dengan mereka kerana sudah mempunyai suami dan mahu menjernihkan keadaan.
"Secara jujur memang selama ini saya tidak pernah berjumpa dengan mereka dan hanya mengenali wajah kedua ibu bapa kandung ketika disiarkan di rancangan tersebut.

"Ini masalah keluarga dan bapa angkat yang banyak mengetahui cerita sebenar pula sudah meninggal dunia," ujarnya kesal.
Sementara itu, Nurul juga menafikan telah menukar nama sebenarnya Nurullah Zawawi kepada Nurullah Abdul Hamid dalam setiap urusan rasminya.

"Saya tidak pernah tukar nama sebenar saya dan menggunakan nama bapa kandung dalam segala urusan.
"Saya hanya gunakan nama tersebut untuk tujuan komersial sahaja selepas ini saya mahu dikenali dengan nama Nurullah Abdul Hamid @ Zawawi," ujarnya yang kesal dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan namanya.
Sementara itu, Munzil menjelaskan pernikahannya berlangsung pada 23 April lalu dan bukan 23 Mei seperti dilaporkan media.


"Ada media yang tersilap lapor bahawa kami bernikah pada 23 Mei tetapi sebenarnya 23 April. Disebabkan perkara itu, kami menerima pandangan negatif daripada masyarakat yang menganggap kami bersekedudukan.
"Saya harap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan situasi kami sebagai suami isteri yang sah," katanya.
Ketika ditanya mengapa perlu melakukan pernikahannya tersebut di negara jiran sedangkan masih boleh mendapatkan wali hakim dan bernikah di negara ini, jika perkara itu di laksana, ia bakal mengambil masa yang panjang.

"Ya, memang boleh untuk mendapatkan wali hakim dan melangsungkan pernikahan di Malaysia tetapi prosedur tersebut terlalu lama.
"Jika kami ingin menunggu prosedur itu, ia akan menyebabkan majlis persandingan yang sudah ditetapkan terpaksa ditangguhkan," katanya.




P/S - biarlah dia bahagia... doakan dia...




.

Kebakaran: Bapa selamat tiga anak


Tindakan pantas seorang bapa yang terkejut daripada tidur nyenyak selepas terhidu bau hangit, berjaya menyelamatkan tiga anaknya berusia antara satu hingga empat tahun dalam kebakaran membabitkan rumah sewa mereka di Kampung Kota Kubang Labu dekat sini, semalam.

Ketika kejadian pukul 1.10 petang, lelaki itu, Mohd. Afendi Mohamad, 23, seorang peniaga, sedang tidur nyenyak dalam sebuah bilik bersama-sama tiga anaknya, Mohd. Haikal, 4; Mohd. Hakim, 2, dan Balqis, 1.
Isterinya, Haslinda Ramli, 22, pula keluar bekerja di sebuah kedai makan di Kota Bharu.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Afendi, memberitahu, dia dikejutkan oleh bau hangit yang datang dari arah ruang dapur dan ternampak kepulan asap.

"Saya bingkas bangun dan terkejut apabila mendapati ruang hadapan rumah dipenuhi asap. Saya bergegas ke arah dapur dan mendapati dapur juga sudah terbakar.
"Walaupun panik, saya cuba memadamkan kebakaran tersebut namun gagal. Bimbang api yang semakin marak, saya terus menyelamatkan diri dan anak-anak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Menurut Mohd. Afendi, selepas memastikan anak-anaknya selamat, dia cuba masuk semula ke rumah untuk memadamkan kebakaran, namun gagal kerana api marak dengan cepat.
"Saya hanya mampu melihat dari jauh tanpa sempat berbuat apa-apa. Namun saya bersyukur kami anak-beranak selamat," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Ridzuan Harun ketika ditemui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.19 petang dan seramai 12 anggota serta tiga jentera telah dikerah ke lokasi.
"Sebaik sahaja sampai, hampir keseluruhan rumah yang dihuni oleh dua keluarga itu telah terbakar. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku, kerugian dianggar sebanyak RM100,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.




.

Rupa-rupanya dia tahu dia akan pergi..

Seorang mekanik sempat membeli beras sebanyak 50 kilogram (kg) dua hari sebelum dia maut dalam kemalangan di Kampung Jerulong dekat sini kelmarin.

Menurut ibu mangsa, Che Mariam Che Pa, 49, anaknya, Hazlan Abd. Ghani, 33, yang juga seorang duda, bersikap luar biasa apabila membeli beras dalam jumlah yang banyak untuk mereka berdua.
“Ketika itu, arwah beritahu dia beli beras itu untuk kenduri. Saya tak tahu kenduri apa yang dimaksudkan, tetapi rupa-rupanya ia adalah kenduri tahlil untuk dirinya sendiri.

“Malah, malam sebelum kejadian dia beriya-iya hendak makan bersama saya kerana selalunya dia akan makan bersendirian,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Dalam kemalangan itu, motosikal yang ditunggang Hazlan bertembung dengan sebuah motosikal lain kira-kira pukul 1.15 pagi.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!