Saturday, June 25, 2011

Bayi dua bulan rentung


Menyayat hati apabila seorang nenek ditemui rentung dalam keadaan mencangkung sambil memeluk cucunya dalam bilik tidur utama selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Heng Guan, Jalan Matang, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika Chin Yok Hui, 42, tidur dalam bilik bersama Wong Kok Liong, cucu lelaki berusia dua bulan, terjaga selepas terasa bahang panas disusuli bau asap, jam 4.45 pagi.

Selain mereka, turut rentung dalam kejadian itu adalah seorang lagi anak perempuan Chin, Liau Jee Khim, 18, selepas ketiga-tiga mangsa malang itu gagal membuka jeriji besi bagi menyelamatkan diri berikutan api marak dengan cepat.

Liau ditemui rentung dalam tandas bilik utama banglo terbabit, dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api dinyalakan di tempat sembahyang yang diletakkan di ruang tamu rumah terbabit.

Jiran mangsa, Radiah Aznie berusia 40-an, berkata dia terdengar bunyi bising dari luar rumah dan menyangka berlaku pergaduhan namun terkejut apabila diberitahu anak perempuannya ternampak kepulan asap dan api keluar dari kediaman mangsa.

“Saya terus bergegas keluar kerana mengetahui ada penghuni dalam rumah berkenaan dan ketika itu, saya ternampak api sudah marak di bahagian hadapan rumah terbabit, diikuti letupan kuat beberapa kali.

“Pada masa sama, saya mendengar jeritan seorang wanita meminta tolong. Saya bersama jiran lain menyuruh mereka keluar melalui pintu belakang namun hanya beberapa minit suara jeritan itu terus tenggelam,” katanya.

Api marak dan merebak dengan cepat ke bahagian rumah lain, selain pagar kediaman terbabit berkunci menyukarkan Radiah serta jiran membantu mangsa.

“Kami tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berdoa semoga penghuni berkenaan berjaya menyelamatkan diri. Pada masa sama, saya sebelum itu menghubungi bomba bagi meminta bantuan,” katanya.

Kata Radiah, disebabkan mangsa kurang bergaul dengan jiran lain, orang ramai berada dalam kebingungan kerana tidak mengetahui bilangan penghuni dalam rumah terbabit.

“Apa yang saya tahu, isteri tuan rumah terbabit baru melahirkan seorang bayi dua bulan lalu, selain sering melihat kehadiran beberapa kanak-kanak lain,” katanya.

Difahamkan, banglo terbabit disewa seorang kontraktor berasal dari Bintangor sejak dua tahun lalu dan ketika kejadian, dia bersama isteri serta anak perempuan berusia enam tahun berada di Miri atas urusan perniagaan.

Kejadian itu menyebabkan kereta Proton Savy, Lexus, Toyota Alphard serta beberapa buah motosikal turut musnah.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Abdul Fathul Muen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan orang ramai kira-kira jam 5 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Petra Jaya tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

“Jentera kedua dari Balai Bomba Padungan tiba 10 minit kemudian dan anggota mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian,” katanya.

Beliau berkata, ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, pihaknya menemui seorang wanita dan bayi lelaki dalam keadaan berpelukan dalam sebuah bilik tidur bahagian belakang banglo terbabit manakala seorang lagi dalam tandas.

“Kita percaya mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal berbuat demikian kerana semua tingkap dan pintu dipasang jeriji dengan anggota bomba sendiri terpaksa menggunakan gergaji bagi memasuki rumah berkenaan.

“Kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian. Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat,” katanya.





.

Doctors give brave An Qi chance of new life with op to remove hair from side of his face



A boy has baffled doctors with an extraordinary condition that means hair grows down one side of his face.
Eight-year-old An Qi has had the condition since birth but the hair gets longer as he grows older.
An Qi, from Dehui in the Jilin Province of China, is often distressed about his condition as his classmates call him names.


His father, An Fenglin, died when An Qi was four and his mother Fan Chunfeng has epilepsy and is mentally ill. He now lives with his grandparents.
A psychologist Miss Huang has been found to help the eight-year-old come to terms with his condition.
He has also been offered the chance of free treatment at the Jilin Mingyi Plastic Surgery Hospital.








.

Mereka yang hidup terasing


Beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.


Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru.
Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.

Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain.
Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.


"Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil," kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.
Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia.
Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia.




.

Perahu firaun ditemui


Ahli arkeologi Mesir dan Jepun semalam mula menggali sebuah perahu milik Raja Khufu, yang tertanam berhampiran piramid Giza lebih dari 4,500 tahun lalu.
Misi yang dikendalikan oleh Universiti Waseda, Jepun; Institut Perahu Solar Jepun dan Kementerian Antikuiti Mesir telah membuat persediaan untuk mengeluarkan perahu tersebut dari lubang yang telah digali sejak dua tahun lalu.

Projek tersebut merupakan satu daripada projek penting dalam bidang arkeologi, kata Menteri Antikuiti, Zahi Hawass.

Perahu itu merupakan satu daripada dua perahu milik Raja Khufu atau dikenali sebagai Cheops, pemerintah dinasti keempat yang membina Piramid Terhebat Giza.
Perahu solar yang ditanam bersama Firaun dipercayai mampu membawa mereka kepada kehidupan lain selepas mati.

Perahu pertama yang ditemui pada 1987 dalam sebuah lubang tanah besar yang ditutupi dengan 41 blok batu kapur, yang beratnya 16 tan setiap satu.
Semalam, saintis mengeluarkan kepingan batu yang pertama dan menjangkakan untuk mengeluarkan bahagian perahu yang diperbuat daripada kayu itu untuk menjalani proses baikpulih dan pencantuman semula.





.

Penaja Rasmi Jersi Aston Villa


Genting menjadi penaja rasmi jersi kelab bola sepak Inggeris, Aston Villa FC.
Syarikat subsidiarinya, Genting UK, pengendali kasino terbesar di Britain mencapai persetujuan untuk menjadi penaja utama jersi Aston Villa selama dua tahun.

Hasil perjanjian itu, logo dan simbol akan terpampang di jersi terkini kelab tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan Pengerusi Eksekutif Genting UK, Peter Brooks berkata, penajaan itu merupakan langkah tepat dan menjadi platform kepada syarikat tersebut untuk mengembangkan jenamanya di Britain dan juga di peringkat antarabangsa.
"Realitinya Genting mempunyai hubungan setempat yang kukuh selain di peringkat antarabangsa dalam membina kerjasama erat untuk kelab itu.

"Kami menjangka hubungan itu akan membawa nafas baru kepada Aston Villa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Villa, Paul Faulkner.
Aston Villa merupakan antara lima kelab paling menyinar dalam sejarah bola sepak Inggeris dan satu-satunya daripada lima kelab British yang memenangi Piala Europa.

Beberapa syarikat dari Malaysia pernah menjadi penaja kelab bola sepak Inggeris dengan Proton merupakan syarikat pertama muncul penaja rasmi jersi Norwich City pada 2004.
Pada 2008, AirAsia turut menandatangani perjanjian untuk menjadi penaja jersi pengadil bola sepak profesional di England.

Tahun lalu, Manchester United dan Telekom Malaysia Bhd mengikat kontrak selama lima tahun dalam perjanjian penggunaan jenama kedua-dua pihak pada kempen pemasaran dan aktiviti promosi.
Minggu lalu, Cardiff City turut mengumumkan akan meletakkan nama Malaysia di bahagian depan jersi kelab itu, hasil inisiatif pemilik kelab tersebut dan pengasas Berjaya Corp Bhd, Tan Sri Vincent Tan.




.

Remaja 14 tahun maut kemalangan

Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Km 55.6 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah malam tadi.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, R. Loranas, 14, berasal dari Jalan Pahang, Tapah, terbunuh dalam kejadian pada pukul 11 malam itu.

Wan Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa cuba memotong sebuah kereta di hadapan lalu bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata akibat kejadian itu mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Seorang lagi penunggang yang terbabit dalam kejadian itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.




.

Kenapa botak?


Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri menjalani latihan di kem itu, 2 Mei lalu.

Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, berkata dia amat terkejut dengan tindakan membotakkan rambut pelatih perempuan, tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu.

"Peraturan dalam surat yang diterima saya hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan.

"Saya terkejut melihat pelatih wanita dibotakkan seperti pelatih lelaki dalam sebuah bilik gunting rambut dan saya terus lari mengadu kepada kakak saya, Hazliza, yang berada di tempat pelawat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hizyati berkata bahawa pada mulanya dia dan pelatih lain enggan berbuat demikian tetapi memandangkan ingin mendapatkan pekerjaan dan faktor umur yang semakin meningkat, beliau terpaksa berbuat demikian.

Bapanya, Othman Long, 63, berkata beliau hanya menyedari mengenai perkara itu setelah sampai di pekan Baling setelah diberitahu isterinya Hizan Abu Bakar, 56, dan anak keduanya, Hazliza, 30.

"Saya amat terkejut dengan kejadian itu. Sepanjang saya bertugas dalam badan beruniform, pelatih perempuan hanya digunting rambut hingga pendek dan bukannya sampai botak," kata pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu.
Othman, yang kecewa dengan tindakan pihak terbabit, bertindak mengeluarkan anaknya daripada akademi itu keesokan hari.

Beliau juga membuat di Balai Polis Kuala Perlis supaya pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap pegawai di akademi itu.

Pengerusi Yayasan Prihatin Kebajikan, Pendidikan dan Kemiskinan Kedah, Zuraidi Rahim, yang mengunjungi Hizyaty, berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

"Saya difahamkan beliau telah mengambil tindakan dengan mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan jawapan secara lisan dan bertulis kepada ibu bapa Hizyati.

"Saya harap Datuk Chor akan tampil bertemu keluarga terbabit untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci dan sekaligus menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!