Saturday, June 18, 2011

Jom berfikir................


Jom berfikir bersama...........
Mengapa semut berhenti sebentar jika bertemu dengan semut lainnya?


Mengapa, semut akan berhenti sebentar jika bertembung dengan semut lain???
Cuba fikir.... Kalau kebetulan kat rumah ada semut lagi best, cuba perhatikan....
Betul tak, mereka akan berhenti jika bertembung antara satu sama lain?
Kenapa agaknya???



.

[GAMBAR] Kenapa tinggalkan aku di hari perkahwinan kita???


Kita mungkin biasa mendengar pengantin perempuan lari dalam sesebuah majlis perkahwinan, namun berbeza dengan hal ni, pengantin lelaki pula yang melarikan diri.


Adalah sangat menyedihkankan jika melihat calon suami anda membatalkan perkahwinan kemudian lari dengan wanita lain.


Tetapi apa yang terjadi jika dia melarikan diri dengan lelaki lain?


Seperti yang kelihatan pada gambar-gambar pada gambar hari perkahwinan pasangan pengantin tersebut, seorang lelaki yang merupakan kekasih pengantin lelaki datang dan menggangu atucara majlis perkahwinan tersebut.


Sempat terjadi perbalahan diantara lelaki itu dan pengantin wanita. Dan pengantin lelaki menahan pengantin perempuan dari mengasari kekasihnya... hoho...


Pengantin wanita kemudian meminta penjelasan daripada pengantin lelaki, tapi kemudian pengantin lelaki ditarik kekasih gelapnya, dan melarikan diri dari upacara perkahwinan..



.

Dilarang mati sebab kuburan penuh..


Penjaga Kota Sarpourenx, Perancis, Gerard Lalanne melarang 260 penduduknya meninggal dunia. Lelaki berusia 70 tahun ini mengancam akan memberikan hukuman yang menyakitkan bagi penduduk yang melanggar arahan itu.

Keputusan ini terpaksa dilakukan Lalanne kerana ruang kuburan yang terhad. "Siapa saja yang mati dan ingin dikubur di Sarpourenx akan diberikan hukuman yang menyakitkan. Mungkin ini adalah gurauan bagi ramai pihak. Namun, bagi saya, ini adalah masalah yang sangat serius," ujar Lalanne, tanpa menjelaskan apa hukuman bagi pesalah kesalahan itu.

Sebelum mengumumkan keputusan aneh ini, Lalanne sempat terlibat ketegangan dengan sejumlah pejabat Kota Pau --wilayah yang bersebelahan dengan Sarpourenx. Pemerintah Kota Pau menolak mengabulkan permintaan Lalanne agar penduduk Sarpourenx yang meninggal dunia tetap dapat dikuburkan di sana.



.

Kerana seekor anjing..


Seorang wanita berusia 25 tahun ditahan polis kerana memukul kekasihnya. Wanita ini memukul kekasihnya lantaran menolak keinginan lelaki yang mengajak seekor anjing mandi bersama mereka.

Kejadian bermula ketika pasangan sejoli ini ingin mandi bersama. Si lelaki menginginkan anjing peliharaannya ikut mandi bersama mereka. Namun, wanita itu menolak dan mengatakan akan memutuskan hubungan mereka jika lelaki itu benar-benar mengajak anjingnya mandi bersama mereka.

Kemudian, lelaki itu berkeras dengan mengatakan bahawa dia akan mencari kekasih baru yang boleh lebih menghargai anjingnya itu.

Seperti dipetik dari AP, pertengkaran pun kian meningkat hingga akhirnya si wanita memukul wajah lelaki itu beberapa kali. Lelaki itu tidak membalasnya dengan pukulan melainkan membalasnya dengan melaporkan kejadian tersebut pada polis.

Lalu, wanita itu ditahan di Kitsap County di Port Orchard. Serta wajib membayar wang jaminan bernilai USD50 ribu.




.

Hentikan serta merta..


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah.
Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

"PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang tidak mencapai keputusan memuaskan, dan yang mendapat PNGK di bawah 2.0 secara automatik dihentikan pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan waran pinjaman kepada pelajar yang berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim hari ini.

Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.
"Wang PTPTN adalah duit rakyat... jadi, kita terpaksa membuat satu keputusan walaupun pahit untuk diterima,” katanya sambil mengingatkan pelajar menggunakan wang itu secara berhemah.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!