Friday, June 17, 2011

Main telan jer...


Seekor ular akhirnya berjaya diselamatkan oleh doktor setelah menelan empat buah bola golf yang disangka sebagai telur ayam.

Sepasang suami isteri memang sengaja meletakkan bola-bola golf di kandang ayam mereka di Nobbys Creek, New South Wales, untuk memancing ayam betinanya bertelur. Namun, mereka mendapati bola-bola itu menghilang bulan lalu dan menemui seekor ular sawa yang menggelembung tubuhnya.

Seperti dipetik Associated Press, suami isteri ini kemudiannya membawa ular berukuran 80 sentimeter ini ke tempat perlindungan haiwan Currumbin Wildlife Sanctuary. Seorang doktor haiwan, Michael Pyne, kemudian melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bola-bola itu dari perut ular sawa itu.

Pyne mengatakan, ular itu berhasil pulih dengan cepat. "Nasib baik bola-bola golf itu tidak masuk terlalu jauh" kata Pyne. "Jika ular itu tidak ditemui, sudah pasti ia akan mati," tambah Pyne.



.

Lizard love



These amazing pictures prove that a bunch of flowers can go a long way - even in the animal kingdom.
A male sand lizard, perched on top of a plant, catches the eye of a female with a beautiful bouquet of flowers.
After she carefully climbs up the plant to reach him, she accepts his gift and the pair form an almost perfect heart shape.

But to prove the course of true love never did run smooth, the female then dramatically slips and falls off the plant - only for her doting new partner to dive to her rescue and help her down.
The romantic drama was captured by keen photographer Alexey Tymoshenko. 



'I took these pictures in the back of my parents house in Ukraine. I've been visiting there ever since I left home,' Alexey, 19, said.
'When I was a child one of my favourite things I used to do was play in the garden and watch the lizards.
'For many years I've learnt their behaviour - if you're friendly with them they are friendly with you because they get used to you and your hands very soon.

'Usually 30 minutes is enough for them to understand you won't do them any harm and now I can photograph them without them being afraid of me.
'But I never thought they could be so passionate and helpful to each other. It was amazing watching one drop and the male dive to catch her.
'And I was especially surprised by the scene with the flower - I'm not a specialist and don't know what it means but it really looked like one lizard is proposing.'



Alexey, from Ukraine, is studying engineering at university and takes photos as a hobby.
He added: 'I like to photograph nature, especially animals as they don't pose so you can photograph them as they are.'
Sand lizards spend a lot of time buried just below the surface of the sand, although they also enjoy basking in sunshine.




.

Segmen | Tabiat saya yang paling pelik


Yeah segmen seterusnya.......
Sebab lepas segmen ni ada giveaway...ngee, giveaway yer, sila alert...
Tapi sebelum tu kita bersegmen dulu...


Ada tak tabiat korang yang pelik, dari kecil, lepas tu terbawa-bawa sampai ke dewasa....
Kalau cerita mengenai bantal busuk, eh ramai yang masih ada bantal busuk..
Ataupun, masa tidur kononnya tak boleh kalau takde teddy bear..
Ataupun mesti dengar radio/lagu baru boleh belajar...


Hah, tabiat kita memang banyak...
Tapi, segmen ni hanyalah untuk tabiat yang pelik yer...
Macam lulu, lulu siyes, tak boleh tidur kalau tak pakai stoking...
Tak pakai selimut takpe, stoking tu penting..
Sebab tak boleh tidur tanpa stoking...
Geli, terasa tapak kaki tu sejuk jer...


Dulu masa tidur kena tutup kepala/mata dengan tuala, 
sekarang dah tak amalkan.. pelik, dan rasanya tak baik untuk diri sendiri...
Bila nak buang memula tu, susah juga nak tidur.. 


Jom join, teringin nak tahu tabiat pelik korang pula... :)


1. Macam biasa buat entri, ambik header lulu-pages letak dalam entri tu dengan tajuk 
"Segmen | Tabiat saya yang paling pelik.."
 2. Nak tempek gambar sekali pun lulu lagiii suka..
3. Linkkan entri anda itu ke diruangan komen entri ini..
4. Tarikh Tutup : 18.06.11...



P/S - Kita tengok tabiat siapa yang paling pelik..wee...



.

Berita Terkini.......... (beserta gambar)


Seorang penunggang motosikal melintasi kawasan kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah yang terbalik di Jalan Mount Erisaine, Georgetown, Pulau Pinang.



MAYAT bayi lelaki yang cukup sifat dipercayai dibuang yang ditemui terlentang di dalam Sungai Segambut.




.

Benar-benar mencabar kesabaran


Last update 1.20 tengah hari tadi...
mode sekarang, sedang bercuti dan menggunakan WIFI hotel...
WIFI yang asyik putus tanpa sebab...
Dan berlarutan selama berjam-jam.. lepas ni entahlah...


Susah nak update blog macam ni..
huh, kena lebih banyak bersabar..
beginilah perkhidmatan TM...
Nak harapkan apa lagi...


Tunggulah lulu kaya eh,
nanti boleh buka bisnes telekomunikasi dan bersaing dengan TM..
Perkhidmatan yang lebih produktif dan murah...
Hoho *angan-angan....



.

Gara-gara GPS


Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.

Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.

Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.

Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu.




.

Sedihnya jual rumah...


KOMPOSER Anang Hermansyah sedih apabila rumah yang pernah dia tinggal bersama bekas isterinya Krisdayanti telah pun dijual.
"Sudah tentu dia sedih, rumah itu banyak menyimpan kenangan mereka berdua ketika menjadi suami isteri.

"Dia pernah menukar fikiran untuk tidak menjualnya tetapi keputusan diambil apabila kedua-dua mereka telah bersetuju untuk menjual harta tersebut," kata pengurus Anang, Yuni seperti dipetik Inilah.com.
Anang dan Krisdayanti memutuskan untuk membahagikan hasil penjualan rumah dan harta sepencarian mereka selepas bercerai pada Ogos 2009 lalu.
Bagaimanapun, Yuni tidak memberitahu harga sebenar rumah tersebut.

"Tentang harga, hanya Anang sahaja yang tahu kerana segala urusan penjualan dibuat oleh dia," katanya.




.

Maut digilis lori pasir

Seorang lelaki dan anak perempuannya maut setelah motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori pasir di Jalan Serdang-Selama, di Kampung Terap Batu 22.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, ASP Helmi Ariff, berkata kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira 7.10 pagi semalam ketika mangsa Md Daud Taib, 62, dalam perjalanan dari Kampung Sungai Air Hitam, Selama ke Pekan Serdang untuk menghantar anaknya Siti Hajar, 14, pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Serdang, dekat sini.

"Sebuah lori pasir kosong dalam perjalanan dari arah Serdang ke Selama memotong sebuah lagi lori dari arah sama lalu bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa yang membawa anaknya menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting di atas jalan raya dan digilis lalu diseret lori berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa diserah kepada waris berkenaan untuk dikebumikan di kampung mereka.

Sementara itu, Wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan, berkata pihaknya menghulurkan sedikit sumbangan untuk pengkebumian mayat kedua-dua beranak berkenaan.

Helmi juga menyarankan pihak berkenaan supaya menjadualkan laluan puluhan lori pengangkut pasir dan tanah merah di sekitar daerah itu.
Katanya, pemandu lori berkenaan bukan sahaja memandu laju tetapi juga secara tidak berhemah dan besar kemungkinan lebih ramai lagi pengguna jalan raya di daerah itu akan menjadi mangsa.

"Sebilangan mangsa kebanyakannya pelajar sekolah di daerah ini menjadi mangsa pemandu lori pasir dan tanah merah yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.




.

Newborn baby died after 61-hour delivery delay



A baby died because of a  61-hour delay in delivering him at an overstretched maternity unit, an inquest heard yesterday.
Teacher Sarah Dawson, 33, was sobbing in agony after her waters broke and she tried to give birth naturally.
It was more than two days later before her baby boy, Oliver, was born by caesarean section. He died 42 minutes later as a result of an infection picked up as she waited to give birth.

Attempts to deliver Oliver were first delayed due to hospital policy to wait 24 hours to see if labour starts naturally after a woman’s waters break.
This was extended to 38 hours because ‘assisted births’ cannot be carried out at night at Dewsbury Hospital, the inquest was told.

Miss Dawson then had to wait much of the next day because midwives and doctors in the delivery suite were too busy to deal with her.
More problems ensued when a doctor was unable to take a sample of the baby’s blood to check on his condition because a piece of medical equipment was missing, the hearing in Bradford was told.
Eventually the caesarean section was carried out and Oliver was born with barely a heartbeat and could not breathe unaided.
A post mortem revealed that he died from pneumonia due to an infection which had developed after his mother’s waters broke. Miss Dawson and her partner Phillip Schofield, an electrician, of Morley, Leeds, have accused Mid Yorkshire NHS Trust of negligence. 

She said: ‘I have been to see my own doctor who is of the opinion that had my baby been delivered in 24 to 48 hours following my waters breaking – rather than 61 hours – he would be  with us today.
‘I’m now off work sick with depression and I’m finding it hard just to get through each day.’ Her baby was due on August 3 last year – until her waters broke at 36 weeks at 7.30pm on Monday, July 12.
The hearing was told that under national guidelines pregnant women in her situation should be brought to delivery in 24 hours. However, in Miss Dawson’s case it took more than twice as long.
Consultant Dr Sadiq Shama said the delivery suite was busy because of the number of mothers and the lack of midwives at the time. ‘If I was concerned about her and the baby we would have stopped someone else’s ongoing care to start the induction,’ he added. 

Another consultant, Dr Muhammed Sandow, who was unable to take a fetal blood sample in the run-up to the caesarean because the necessary amnioscope was not available, said of the pregnant mother: ‘She was in tears due to the painful contractions.’ He said the risks of her developing an infection were obvious by this stage.
When delivery with the help of an epidural wasn’t successful, medical staff initially decided upon a forceps delivery, but the boy was  eventually born by caesarean at 8.15am on Thursday, July 15.



.

Wee....lawanya dia...


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air semalam menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Tujuh selebriti lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt. (B) Mohd. Nor Bon, penerbit filem, David Teo, penyanyi, Ana Raffali dan Aizat Amdan serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam, namun tarikh mula latihan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau yakin penyertaan itu memberi peluang kepadanya membina jati diri serta memperoleh pengalaman baru.


"Saya pernah menjalani latihan seumpama ini dan boleh mengagak bentuk latihan yang akan diberikan kepada kami yang menyertainya.
"Saya teruja dan tidak sabar untuk belajar perkara baharu seperti cara mengendalikan senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai Rejimen Askar Wataniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di sini semalam.



.

Kereta bertembung, 2 maut...

Dua beranak maut manakala sepasang suami isteri parah selepas dua buah kereta yang mereka naiki bertembung di Jalan Besar Jengka 23, dekat Maran, semalam.

Mangsa, Md. Jelani Hassan, 46, dan ibunya, Putih Ngatimin, 71, yang menaiki Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian manakala pasangan suami isteri yang menaiki Proton Saga pula parah dan kini dirawat di Hospital Maran.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, kedua-dua beranak berkenaan serta tiga lagi penumpang dalam perjalanan dari Pekan Awah menuju Jengka 13.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu Md. Jelani terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga tersebut.

"Akibat pertembungan itu, mangsa dan ibunya maut di tempat kejadian manakala tiga penumpang belakangnya cedera ringan.

"Pasangan suami isteri yang menaiki Proton Saga itu pula parah manakala dua anak perempuan mereka cedera ringan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian jalan licin selepas hujan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




.

Sampai maut...


Polis memburu seorang bomoh wanita berketurunan Siam yang merawat pesakitnya sehingga mati di Kampung Pulau Rusa Mercang, Marang, malam semalam.

Bomoh dikenali sebagai Kak Yah berusia 43 tahun itu dipercayai menetap di situ sejak lebih setahun lalu bersama suaminya, berusia 33 tahun, dari Rantau Panjang, kini menghilangkan diri ekoran kejadian tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pihak polis telah merampas beberapa peralatan digunakan untuk tujuan perubatan di rumah itu.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda, Faisal Harun, 26, dari Kampung Gong Beris Marang, yang dikatakan terkena buatan orang dibawa oleh anggota keluarganya mendapat rawatan di rumah bomoh berkenaan.
Mangsa dikatakan dipaksa minum air dalam kuantiti banyak termasuk melalui hos getah kononnya untuk mengeluarkan jin yang merasuk dalam badan lelaki berkenaan.

Menurut Manoharan, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Jelas Manoharan, mangsa difahamkan menghidap penyakit mental walaupun bomoh itu mendakwa mangsa sebenarnya terkena buatan orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Manoharan menyeru kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana bomoh yang kononnya mampu merawat sebarang penyakit.
Katanya, orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan setiap tindak-tanduk bomoh-bomoh yang keterlaluan.
"Jika rawatan yang diberikan (bomoh) agak keterlaluan, saya nasihatkan mereka hentikan rawatan itu dan bawa pesakit terus berjumpa doktor," katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa memberitahu mereka diminta menyediakan sembilan jenis bahan-bahan pelik berwarna hitam termasuk sembilan ekor ayam kampung, telur ayam, cincau dan anggur serta wang pendahuluan RM200 untuk merawati penyakit dihidapi Faizal.
Bapa mangsa, Harun Busu Senik, 56, berkata, dirinya seolah-olah dipukau apabila menuruti semua permintaan bomoh tersebut.
"Kami bagai kena pukau ketika melihat Faizal dipaksa minum air berterusan. Apabila tiba di hospital baru kami tersedar dan marah atas perbuatan bomoh itu," katanya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!