Monday, June 13, 2011

Sumber trafik Lulu-Pages sepanjang minggu..

Woman, 32, who wakes up each day thinking she is a child or a teenager



A woman has been left trapped in the mind of a child after a hit-and-run accident left her fighting for life.
Amanda Richards is now unable to remember parts of her life and wakes up believing she is a child, or on other days a teenager.
The 32-year-old is still in hospital two months after the crash and recalls absolutely nothing of the past five years. 

Amanda is suffering from post-traumatic amnesia, a state of confusion which has left her unable to remember parts of her life. 
She does not remember her brother's death and at times even forgets her own name.
Her family fear she may never recover fully from the horrific accident.
'When we first went to the hospital, the only person Amanda recognised was me,' her mother Christine Johns said.
'I have worn the same perfume all my married life, and when she smelt it, she turned to me and asked, "Are you my mammy?".



'Sometimes we go to the hospital and she is like a child. Other times she acts like she is 16 or 18 years old.
'Occasionally, she talks about the holiday to Hawaii she went on eight years ago.
'But Amanda doesn't remember the death of her brother Tony, five years ago.
'They were so close 'we know she might have to go though all that grief again.'
The mother speaking from the family home in Gateshead, added: 'Sometimes I have to remind her why she is in hospital.
'It brings it all back for me, and it is terrible. We want our lovely daughter back. But we don't know when she will wake up from this, or what the permanent damage could be.'

Amanda has overcome most of her physical injuries, although her face still bears the scars. She has daily physiotherapy, and may need more surgery to her knee to help her to walk properly again.
However, doctors can't yet say if Amanda will recover her memory, and she is still receiving round the clock care. 
'Sometimes I think I see progress - but then you see what you want to see,' said Christine, 54.
'We are worried that it will be like the film 50 First Dates, where Amanda gets her long-term memory back but can't remember what happens day-to-day. 
'One of the hardest things is not being able to do anything to help. We can't even try to remind her of things, because that could affect her own memories. 
'We took pictures into hospital for her but that is all we can do.'
The crash happened on March 27, at around 7.20pm.
Amanda was walking along the road in Swalwell, Gateshead, when she was hit by a Toyota Yaris. The driver failed to stop. 
She suffered injuries to her face, legs, hips, arms and back and was rushed to Newcastle's Royal Victoria Infirmary.  


Mrs Johns said: 'Seeing her that night was the worst thing in the world
'I didn't think she was going to live. She looked terrible. Her bones were broken, her face was scraped and she had swelled up from the pressure on her brain.'
'Amanda's father Harry Johns, 56, added: 'I couldn't bear to see Amanda for a week after the accident. I just couldn't face going into her room.'
Amanda, a cleaner for the Listening Company in Newcastle, spent ten days in a coma in intensive care, and then almost a month on the high dependency unit.
Five weeks ago, she was moved to the specialist neuroscience ward at Walkergate Hospital.
Mrs Johns added: 'Amanda is still suffering from the crash. And it is not just her - it is all her family and friends. So many people love her and ask after her.'
A 17-year-old man and a 40-year-old woman were arrested and questioned in relation to the crash, which was initially investigated as a hit-and-run. Both have now been released on police bail.
Mrs Johns called on any witnesses to come forward.




.

Bekas Isteri Mohon Batal Ganti Rugi


Bekas isteri pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim iaitu Faizah Mohamad memohon perintah interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan saman ganti rugi RM53,460 yang difailkan oleh bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Isnin.
Roslin hadir di mahkamah bersama peguamnya Roslizam Rahim sementara Faizah bersama peguamnya Mohd. Amir Nazli Hussin.
Menurut Roslizam, Faizah memfailkan permohonan itu pada 27 Mei lalu disebabkan Roslin gagal hadir ke mahkamah pada 23 dan 24 Mac lalu untuk membicarakan kes tersebut secara tertutup.
Lantaran itu, Roslin diperintahkan memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Faizah dalam tempoh 14 hari bermula Isnin.



Hakim syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan kes tersebut dibicarakan pada 6 Julai ini, pukul 10 pagi.
Roslin memfailkan permohonan ganti rugi RM53,460 meliputi tuntutan seluruh wang hantaran dan perbelanjaan perkahwinan terhadap Faizah pada 12 Ogos 2009.

Pada 21 Oktober 2009, Faizah memfailkan notis bantahan awal di Pejabat Pendaftar Mahkamah itu berhubung tuntutan ganti rugi tersebut termasuk mas kahwin berjumlah RM15,000.
Proses sulh (perbincangan) mengenai kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang difailkan Roslin terhadap Faizah pada 25 Ogos 2009 tidak menemui sebarang jalan penyelesaian setelah Faizah tidak bersetuju dengan tuntutan yang difailkan.

Pada 25 Januari 2010, Faizah gagal mengetepikan tuntutan ganti rugi perkahwinan berkenaan yang difailkan bekas suaminya itu setelah Mahkamah Tinggi Syariah menolak bantahan awal wanita terbabit.
Mahkamah memerintahkan supaya satu perbicaraan tertutup diadakan bagi membolehkan Roslin dan Faizah mengemukakan keterangan dan bukti berhubung tuntutan yang dibuat.

Roslin dan Faizah telah bercerai secara talak 'Bain Sughra' dengan satu talak pada 12 Mei 2009.
Talak 'Bain Sughra' adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya di dalam edah.
Roslin kemudiannya bernikah dengan Norhayati Othman pada 9 julai 2009 dan bercerai kira-kira sebulan selepas itu.





.

Warna merah..


Kereta seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disimbah cat merah di tempat letak kereta berdekatan rumahnya di Bandar Tasik Selatan di Kuala Lumpur.

Kejadian itu disedari Penolong Kanan Penguasa Cawangan Perisikan Khas SPRM, Mohamed Yussof Zakaria pada jam 7.15 pagi tadi semasa beliau hendak ke pejabatnya di sini.

Sumber berkata, cat itu disimbah di bahagian hadapan cermin kereta dan pintu di bahagian tempat duduk pemandu.
Perbuatan itu disyaki dilakukan individu yang marah dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Mohamed Yussof.

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 10 pagi tadi.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi diserahkan kepada balai polis berhampiran tempat kejadian untuk tindakan selanjutnya.




.

Owh susahnya hati


Setelah menunggu dan menunggu...
Adakah hari yang dinanti akan tiba hari ni?
Owh adik oni, semoga kamu lahir dengan selamat, ibu juga selamat...



Makbed, semoga semuanya selamat...
Mohon semua doakan makbed yer, sebab makbed skrg kat hospital,
air ketuban kurang....
susah hati ni...



.

Lawa dan kreatif ..


Ikatan pertunangan antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, dan penyanyi Shazrina Azman (Mizz Nina), 31, yang berlangsung pada 6 November 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 1 Julai depan.

Tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Nina dimana ia akan berlangsung di rumah keluarganya di Ampang Jaya dengan kehadiran hanya keluarga terdekat sahaja.
Dijangka kira-kira 500 orang tetamu daripada pihak media dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis resepsi pada 6 Julai yang akan berlangsung di Double Tree Hotel, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Kad jemputan perkahwinan berbentuk pakaian Jepun, Kimono bewarna merah jambu, dan warnanya tampak menyerlah.
Di dalam kad tersebut, tertera nama Nina dan Noh dengan tulisan ala Jepun menunjukkan lambang minat mereka dalam seni Jepun.

Menerusi kad itu juga ia menunjukkan tentang kasih sayang dan keserasian mereka untuk terus menjadi teman sehidup semati.
Sementara itu, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan pada 3 Julai di Hotel Shangri-La, manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak, pada 15 Julai depan.

Pasangan itu akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Lady Jane, Saiful Baharim dan Micheal Ong.
Pihak lelaki telah bersetuju untuk memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88.



.

Bantulah dia...


“Saya tidak meminta simpati orang ramai untuk membiayai kos perubatan diri mahupun perbicaraan Benjy, tetapi saya berharap sangat diberi peluang berlakon semula kerana saya terdesak memerlukan wang untuk tujuan itu,” kata seniwati dan primadona, Azean Irdawaty, 61 yang berharap mana-mana produksi sudi mengambilnya berlakon semula selepas mendakwa wang simpanannya habis kerana membiayai kes perbicaraan anaknya, Benjy.

Azean berkata, keadaannya kini amat terdesak dan memerlukan wang sesudah semua simpanannya dikeluarkan membayar guaman, membiayai kos perubatan Benjy dan kos ulang-alik mengambil anaknya itu setiap minggu dari Kuantan ke mahkamah di ibu kota.

“Saya kini amat kesempitan dan berharap pengarah drama mengambil saya berlakon semula walaupun saya tahu keadaan kesihatan saya tidak mengizinkan,” katanya.
Menurut Azean, dia kini mengalami kesakitan termasuk di dada, tulang belikat, pinggang, lengan dan ketiak yang bengkak kerana kurang rehat selepas menjaga anaknya di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pada 20 April sehingga 3 Mei lalu.

“Selama dua minggu menjaga Benjy sesak nafas, keadaan badan saya menjadi sakit, tambahan pula kesan penyakit kanser yang dulu belum pulih sepenuhnya..demi anak tersayang saya sanggup melakukan apa saja.

“Walaupun saya sakit, saya tetap mahu berlakon semula demi mendapatkan wang dan dengan wang itu sekurang-kurangnya dapat membiayai kos rawatan dan perbicaraan Benjy.

“Saya tidak mahu orang menganggap saya meminta wang untuk kegunaan diri, tetapi biar saya mengerahkan kudrat saya untuk berlakon dengan harapan wang itu meringankan beban saya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia berharap diberikan watak ringan dalam lakonan iaitu watak orang tua yang sakit atau watak orang kurang upaya (OKU) berikutan kemampuannya untuk bergerak terhad.




.

Maut ditimbus tanah

Seorang pemandu maut selepas lori dipandunya ditimpa runtuhan tanah bersama pokok besar yang terdapat di lereng bukit ketika melakukan kerja pembersihan di tanah persendirian di kawasan Ulu Licin, dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.53 pagi, Shah Faizal Ashraf Ahmad, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja pemunggahan tanah apabila kawasan lereng bukit yang dikorek jengkaut berhampirannya, tiba-tiba runtuh lalu menimpa lori seberat satu tan itu.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama pekerja lain sedang melakukan kerja pembersihan tanah di kawasan persendirian.

Berikutan itu, mereka terpaksa memberhentikan kerja pengorekan tanah berkenaan dan mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Beruas tetapi disahkan meninggal dunia sebaik diperiksa.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis diketuai Ketua Operasi, Ali Saad bersama enam anggota dan satu jentera pemadam api terpaksa mengambil masa 45 minit tiba di tempat kejadian berikutan kedudukannya agak jauh dan terpaksa melalui jalan menuju Hutan Lipur Ulu Licin.





.

Remuk teruk..


Dua bersaudara dan seorang rakan mereka maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Kilometer 46 Jalan Klang – Teluk Intan dekat Kampung Pancang Bedena, semalam.

Nor Aini Abdul Razak, 19, yang menaiki kereta Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala sepupunya, Siti Aminah Ibrahim, 19, dan seorang lagi rakan mereka, Muhammad Zulhelmee Muhammad Saidin, 22, yang menaiki kereta sama meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata kemalangan itu berlaku apabila kereta Perodua Myvi dari arah Klang dikatakan tiba-tiba masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux dari arah Teluk Intan.

Dalam kemalangan itu, katanya, kereta Perodua Myvi remuk dan terbalik menyebabkan ketiga-tiganya cedera parah manakala pemandu Toyota Hilux cedera ringan.

Difahamkan Nor Aini yang tinggal di Taman Pertama di sini menuntut di Kolej Pendidikan Perdana Shah Alam manakala sepupu dan rakannya tinggal di Teluk Gong, Pelabuhan Klang ingin pulang ke kampung untuk mengambil peralatannya yang tertinggal di rumah.

Rakan karib Nor Aini, Fasha Erma Mohd Khomari, 19, dari Taman Muhibah ketika ditemui berkata, sahabatnya itu menelefonnya pada jam 1.05 tengah hari untuk bertemu setiba mereka tiba di pekan ini.
“Allahyarham meminta saya bersiap sementara dia dalam perjalanan dan memberitahu mahu ke klinik kerana kurang sihat,” katanya.

Fasha Erma berkata, selepas itu beliau tidak lagi menerima panggilan daripada Allahyarham sehingga menerima berita mereka bertiga terbabit kemalangan.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan rumah mayat HTAJ dengan kehadiran ahli keluarga ketiga-tiga mangsa yang sabar menunggu proses bedah siasat dijalankan.

Ibu Allahyarham Nor Aini, Siti Bastiah Samad, 42, berkata anaknya sempat bergurau seperti biasa sebelum keluar bersama Siti Aminah jam 9 pagi semalam.

“Sebaik menerima berita ini, kami terus berpatah balik dan datang ke HTAJ. Walaupun saya tidak dimaklumkan Nor Aini meninggal dunia, saya dapat menjangkakan Nor Aini sudah tiada dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya.






.

Ibu tidak restu...


“Saya dan Jejai sekadar kawan dan bukan seperti dakwaan ramai pihak yang kononnya saya kembali ke pangkuan Jejai,” kata pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 27, atau Fasha Sandha mengenai desas-desus mengatakan kasihnya dan Jejai bertaut semula.

Fasha, 27, bagaimanapun mengakui menerima barangan dan bunga daripada Jejai yang dihantar ke Saloon Chinta miliknya.

“Namun, saya tidak boleh mengulas sama ada tujuannya untuk memujuk saya kerana apa yang berlaku antara kami sebelum ini sesuatu yang tidak sekali kami fikirkan. Saya lebih selesa jika perkara ini tidak diperbesarkan kerana bimbang ia akan membabitkan pihak lain pula kemudian hari nanti,” katanya.

Kedua-duanya mengumumkan hubungan mereka tidak kesampaian pada Januari lalu dan desas-desus mengatakan mereka berbaik semula timbul apabila Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 34, menghantar 28 jambangan bunga serta barangan mewah lain untuk memujuk hati bekas kekasihnya itu.

Fasha berkata, dia kini lebih berhati-hati kerana perlu menjaga banyak hati apalagi ibunya tidak merestui jika dirinya kembali ke pangkuan Jejai kerana bimbang akan menimbulkan kontroversi.





.

Kenyataan sedih, bila kehilangan orang tersayang..


“Ya Allah abang aku, kenapa jadi macam ni?“ hanya itu kata-kata mampu diucap Mohd Shafik Azman, 21, sambil memeluk jenazah abangnya, Mohd Kamal, 24, selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang di Jalan Tikam Batu-Sungai Petani berhampiran Padang Temusu di sini, kelmarin, apabila kereta dipandu mangsa gagal dikawal lalu terbabas ke sebelah kiri dan merempuh penghadang jalan serta sebuah gerai.

Akibat rempuhan itu, kereta Honda Civic berkenaan ditembusi besi penghadang jalan dan terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas menyebabkan mangsa tersepit di dalam kenderaan itu.
Mangsa dari Taman Sri Pinang, di sini, parah di kepala termasuk hancur kaki kanan akibat kemalangan itu dan mati di tempat kejadian.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tikam Batu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Menurut Mohd Shafik, sebelum kejadian, abangnya yang menjalankan perniagaan komputer di pekan Tikam Batu memaklumkan mahu ke bandar Sungai Petani untuk membeli barang.

Katanya, dia menunggu Mohd Kamal di kedai dan menerima panggilan daripada rakan memberitahu abangnya terbabit dalam kemalangan dekat Padang Temusu.

“Sepanjang perjalanan hati saya terasa tidak sedap walaupun rakan tidak memberitahu keadaan abang.


“Hancur hati dan sangat-sangat sedih apabila tiba ke tempat kejadian, saya melihat keadaan kereta abang dan apabila menjenguk, saya dapat melihat abang tersepit,” katanya.

Mohd Shafik berkata, dia mengagahkan diri memeriksa nadi abangnya.

“Saya tidak dapat merasakan nadinya, dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di kiri jalan sebelum merempuh sebuah gerai dan besi penghadang jalan.

“Akibat kejadian itu, keempat-empat tayarnya ke atas dan kereta berkenaan remuk teruk dengan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu ketika dalam perjalanan dari arah Tikam Batu menuju ke pusat bandar.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat,” katanya.





.

Bolehlah...


Program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) atau yang terakhir mengangkat Hazama sebagai juara pertandingan nyanyian itu pada konsertnya yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 26, membolot hadiah berupa wang tunai RM200,000, hamper, wang tunai RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi.

Naib juara pertandingan yang diacarakan Aznil Nawawi, AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley itu dimenangi oleh Lena atau Lenaber Haider, 22, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai bernilai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta trofi.


Tempat ketiga pertandingan yang disiarkan menerusi Astro Ria itu diraih oleh Fina atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat yang menggondol wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai bernilai RM1,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan trofi.
Sementara itu, tempat keempat dimenangi oleh Azri yang merangkul hadiah wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Pertandingan akhir yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 12 malam.




P/S - Final semalam, adeh...bolehlah... Tapi pilihan juara yang tepat.. itu jer nak cakap..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!