Wednesday, June 1, 2011

Satu-satunya manusia yang tidak mempunyai alat kelamin


Seorang lelaki England yang mengakui tidak memiliki status kelamin diyakini sebagai orang pertama di dunia yang secara rasmi diakui tidak memiliki kategori gender sebagai lelaki atau pun wanita.

Norrie May-Welby (48) lahir ke dunia sebagai seorang lelaki. Namun, dia kemudian memutuskan melakukan pembedahan kelamin pada 1990 ketika berusia 28 tahun. Setelah itu, dia merasa tidak bahagia menjadi seorang perempuan dan akhirnya Norrie memutuskan untuk menjadi seorang "neuter". Dan hasilnya, dia sekarang secara rasmi diakui sebagai seseorang yang tidak memiliki gender secara spesifik.


May-Welby pernah berhijrah ke Australia pada usia tujuh tahun. Dia lahir dan dibesarkan di Paisley, kota Renfrewshire, England.

Kerajaan England menolak mengeluarkan akta kelahiran untuk Norrie kerana tidak dapat membuat klasifikasi baru untuk status warga tanpa gender. Selain itu, doktor juga mengakui tak boleh memastikan jenis kelamin dari tubuh lelaki ini.

"Konsep lelaki atau wanita tidak sesuai buat saya. Kesimpulan paling sederhana adalah tidak memiliki salah satu identiti," ungkap Norrie.

Lembaga Kepercayaan Gender England menyatakan tidak ada halangan dengan pilihan yang diambil Norrie. "Banyak orang menyukai idea untuk menjadi orang tanpa gender," kata seorang jurucakap.





.

Berbaloi lupakan anak?


SEBELUM ini, Salma pernah memberitahu bahawa dia akan membuat pengumuman tentang status sebenarnya selepas heboh diperkatakan bahawa dia merupakan seorang ibu tunggal dengan seorang cahaya mata perempuan.

Pernah diasak dengan persoalan itu oleh pihak media yang mahu mendapatkan kepastian daripadanya, namun, Salma lebih selesa memberikan jawapan selamat.

"Apabila sampai waktu yang sesuai, saya akan mengumumkannya. Saya melakukan demikian kerana mempunyai sebab tersendiri," kata Salma tidak berapa lama dulu.

Ternyata Salma mengotakan janjinya apabila tanpa selindung lagi, anak kelahiran Tawau, Sabah itu meleraikan segala kekusutan yang bersarang selama ini.

"Apa yang anda dengar sebelum ini adalah benar. Ya, saya seorang ibu kepada seorang anak perempuan, Puteri Nurul Huda yang sudah pun berusia hampir empat tahun.

"Bukan mahu berselindung tentang status saya tetapi saya lebih selesa untuk orang memperkatakan tentang penglibatan saya dalam Mentor 5.

"Saya juga sanggup 'melupakan' anak saya selama tiga bulan kerana saya mahu fokus dengan persembahan. Saya tidak mahu kalau asyik teringatkan anak mutu kerja saya tidak mencapai kepuasan untuk diri saya mahupun mentor saya, Erra Fazira," jelas Salma panjang lebar berhubung isu statusnya itu.

Penyanyi bersuara lantang itu menjawab segala soalan yang diajukan dengan penuh tenang pada sidang akhbar usai konsert akhir Mentor 5 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam Ahad lalu.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis mendirikan rumah tangga pada usianya 17 tahun dengan seorang jejaka dari kampung halamannya di Tawau, Sabah.

Namun, jodoh mereka tidak lama apabila hanya mampu bertahan kira-kira setahun sahaja selepas Salma dikurniakan dengan cahaya mata.

Untuk mengulas lanjut tentang kisah rumah tangganya itu, dengan penuh berhemah, wanita berusia 21 tahun itu enggan membuka cerita.

"Apa yang berlaku pada masa silam saya itu sudah lama saya simpan dalam lipatan sejarah. Tidak ada gunanya untuk saya kenang kerana masing-masing pun sudah membawa haluan sendiri.

"Tumpuan saya sekarang adalah untuk meneruskan karier saya sebagai seorang penyanyi kerana peluang ini sudah lama saya nantikan. Alhamdulillah, Allah SWT sudah makbulkan," katanya dalam nada syukur.

Seperti yang dijangka, Salma menepati ramalan ramai apabila menjuarai Mentor 5 dan membawa pulang hadiah yang cukup lumayan berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Chevrolet Cruze berserta trofi.

Sementara itu, Erra Fazira pula menerima habuan berupa wang tunai RM100,000 atas hasil usahanya sebagai mentor.

Mengenai wang kemenangannya itu, Salma memberitahu dia mahu menunaikan hajat dan impian keluarganya dengan membawa mereka pergi bercuti yang tidak pernah dinikmati sebelum ini.

Dalam masa yang sama juga, penyanyi bersuara lantang itu mengharapkan peluang untuk merakamkan album yang telah lama menjadi dambaannya selama ini.

"Saya mahu mencuba pelbagai jenis lagu tetapi biarlah secara perlahan-lahan," kata Salma yang berkemungkinan besar akan bernaung di bawah pengurusan Erra.

Pada malam konsert itu, Salma telah memukau audiens dengan lagu Listen dendangan asal Beyonce Knowles serta berduet dengan Jaclyn Victor menerusi medley lagu Cinta dan Rindu.

Salma turut mendendangkan sebuah lagu baru berjudul Aku Permata ciptaan sepenuhnya Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussain.

Sementara itu, Erra yang ditemui pula berkata, dia cukup gembira dengan persembahan Salma pada konsert akhir itu walaupun berada di kedudukan tercorot sewaktu separuh akhir.

Namun, Erra dan Salma bingkas bangkit dan mengatur strategi terbaik bagi memastikan persembahan Salma pada malam kemuncak mampu meninggalkan impak besar.

Ternyata, percaturan kedua-dua mereka membuahkan hasil yang cukup lumayan dengan 85 markah yang diperolehi daripada gabungan markah juri profesional, juri awam dan undian SMS.

"Inilah yang saya kata rahmat di sebalik duka selepas apa yang kami lalui sewaktu separuh akhir. Alhamdulillah, kejayaan ini bukan hanya untuk saya seorang tetapi juga pasukan yang banyak membantu.

"Insya-Allah, saya akan sentiasa berada di sisi Salma seandainya dia memerlukan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar di masa depan," kata Erra yang cukup anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini pada malam itu.




.

Punca perceraian..


Semakin banyak rumah tangga berantakan gara-gara ketagihan bermain video, kata agensi pengurusan perceraian Internet, Divorce Online, semalam.

Kajian menunjukkan, bilangan wanita memfailkan perceraian dengan alasan suami mereka menghabiskan masa terlalu lama bermain video terus meningkat.

Daripada keseluruhan wanita yang menyatakan suami masing-masing berperangai tidak wajar, 15 peratus percaya pasangan mereka lebih mementingkan permainan video daripada isteri.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lima peratus tahun lalu.

Secara khusus, wanita menyalahkan permainan World of Warcraft yang membenarkan pemain mencipta watak fantasi sendiri bagi menjalani pengembaraan di dalamnya.

Permainan kedua yang paling banyak dipersalahkan ialah Call Of Duty. Seorang daripada wanita terbabit mendakwa, suaminya bermain World of Warcraft sehingga masa lapan jam sehari.

“Apabila semakin serius, saya cuba menasihatinya tetapi gagal. “Dia hanya menyedari perbuatannya membawa mudarat apabila saya mahu bercerai daripadanya,” katanya.



.

Menjadi ratu cantik...


Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.


Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.

Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya.



.

Snakes on a TRAIN


Railway officials have discovered snakes on a train in Vietnam - highly venomous king cobras in bags under a seat.
Railroad official Pham Quynh says passengers were terrified when four cloth bags containing the writhing cobras were spotted on Friday.
The snakes were alive but had their mouths stitched shut.


The exact number of snakes was unclear but the bags weighed 100 pounds.
Security staff removed the cobras, which were thought to be destined for restaurants in Hanoi.
Their owner apparently escaped in the chaos.
Snake meat is considered a delicacy in Vietnam, but cobras are protected by law.
The cobras were given to forest rangers who released them into the wild on Saturday after no one claimed them.




.

Tersilap?


Seorang doktor gigi didenda S$3,000 (RM7,337.48) dan diberi amaran kerana tersilap mencabut dua batang gigi sihat seorang pesakit di Pusat Pergigian Nasional (NDC).

Dr Debbie Hong Pooi Mun, pakar bedah gigi NDC, mengaku bersalah selepas didakwa Jawatankuasa Disiplin Majlis Pergigian Singapura (SDC).
Dalam kes itu, Dr Hong tersilap mencabut dua gigi pesakit berkenaan pada Mei 2007– satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian bawah.

Menurut kenyataan SDC semalam, Jawatankuasa Disiplin berpendapat kesilapan mencabut gigi adalah perkara serius. Kesilapan itu boleh dielakkan jika Dr Hong lebih teliti ketika menjalankan tugasnya.

Hukuman yang dikenakan ke atas Dr Hong dibuat setelah mengambil kira faktor lain dan kesediaannya mengaku bersalah.

Selain didenda S$3,000 dan diberi amaran, Dr Hong juga diperintahkan membayar kos proses disiplin.

Sementara itu, NDC semalam turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.
Selain daripada memohon maaf, NDC juga memberikan rawatan pembetulan lanjut kepada pesakit berkenaan dan kosnya dibiayai sepenuhnya oleh pusat terbabit.

Menurut siasatan yang dijalankan, kesilapan itu berpunca daripada kesilapan identiti pesakit dengan borang rawatan dilampirkan dengan resit nombor pesakit yang salah.




.

Nyaris lagiii..............


Seorang bakal pengantin melalui pengalaman yang menakutkan apabila nyaris dilarikan seorang lelaki Lombok, Indonesia awal bulan lalu.

Namun, kepantasan bapa gadis berusia 21 tahun itu dengan bantuan orang kampung berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa lelaki yang dikenali sebagai Hasan Basri itu.
Bapa wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ibnu Sina, 50, berkata, selepas menyedari kehilangan Nurul, 21, kira-kira pukul 4 pagi pada 9 Mei lalu, dia terus menghubungi rakan-rakannya untuk meminta bantuan bagi mencari gadis itu.

"Alhamdulillah, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), seorang tekong bot di laluan keluar Ulu Tiram berjaya mengesan anak saya bersama lelaki berkenaan ketika ingin menaiki bot untuk ke Lombok.

"Lelaki tersebut memberitahu kepada tekong itu bahawa wanita yang dibawanya itu warganegara India, namun kad pengenalan yang diserahkan menunjukkan nama dan nombor yang sama dengan SMS yang diterimanya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Gudang hari ini.
Dalam pertemuan itu, anaknya Nurul turut berada di dalam rumah, namun dia tidak menjawab pertanyaan wartawan akibat masih trauma dengan kejadian tersebut.

Ibnu Sina berkata, sejak kejadian itu anaknya seakan-akan hilang ingatan dan tidak menyedari semua kejadian yang dilaluinya sepanjang dilarikan lelaki berkenaan.
Katanya lagi, anak kedua daripada lapan beradik itu yang bakal berkahwin Sabtu ini pernah bertanya kepada ibunya tentang kejadian yang berlaku terhadapnya.

"Apa dah jadi dengan angah mak? Cuba mak tampar angah, mungkin angah boleh sedar. Itu kata anak saya kepada ibunya. Selepas kejadian tersebut dia jadi murung dan jarang bercakap," katanya lagi.
Dia percaya lelaki berkenaan menggunakan ilmu hitam bagi menundukkan Nurul kerana selepas kejadian itu, dia membawa anaknya bertemu pengamal perubatan tradisional dan diberitahu bahawa lelaki berkenaan mencalitkan sejenis minyak pada Nurul.

Malah, kejadian awal Mei lalu bukan pertama kali kerana Nurul pernah dilarikan bersama adiknya setahun lalu oleh lelaki yang sama.
"Saya sudah buat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap lelaki berkenaan. Ia memberi kesan mendalam terhadap anak saya apabila menyedari lelaki berkenaan masih bebas dan perkara yang sama boleh berulang," katanya lagi.



.

Katanya dia adalah mangsa balas dendam..


Lelaki Bangladesh yang zakarnya dipotong seorang wanita mendakwa dia cuba merogolnya, berkata dirinya menjadi mangsa balas dendam bekas kekasih.
Zakar Mozzammel Majhi dipotong wanita berusia 40-an, ibu kepada tiga anak yang mendakwa dia diserang ketika tidur.

Wanita itu menyerahkan organ penyerang kepada polis yang menyimpannya dalam balang mengandungi cecair formalin. Majhi berkata, beliau menjalin hubungan selama 15 tahun dengan wanita itu yang berasal dari daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka.

“Saya dua kali jadi mangsa. Pertama dia memotong kemaluan saya dan sekarang polis kata mereka akan tahan saya atas dakwaan cuba merogol,” katanya ketika dihubungi melalui telefon di hospital dan bandar Barisal

Mozzammel, 40, bapa kepada lima orang anak berkata beliau sudah mengenali wanita itu sejak sekian lama dan mendakwa wanita terbabit pernah mengajaknya ke Dhaka untuk tinggal bersama.

Bagaimanapun, ketua polis tempatan Abdul Khaer berkata, siasatan awal menunjukkan keterangan wanita itu lebih tepat.
“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan rogol kerana kejadian berlaku di rumah wanita berkenaan. Mengapa dia pergi ke rumahnya? Kami akan menahan Mozzammel selepas keadaannya pulih,” katanya.




P/S - Berita terdahulu...[~~//~~]


.

Proton saga terbakar..


Tiga termasuk seorang anggota tentera maut dalam kemalangan ngeri apabila kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mereka terbakar selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di Kilometer 51.5 Jalan Batu Pahat-Jalan Mersing di sini kelmarin.
Mereka yang maut dalam kejadian pukul 11.30 malam itu ialah pemandu kereta yang juga anggota tentera, Fannyrin Barata, 23, Kamarul Azman Musa, 38, dan Suharmi Maguntang, 30.

Fannyrin dan Suharmi berasal dari Sabah manakala Kamarul Azman berasal dari Simpang Renggam dekat sini.

Seorang lagi penumpang kereta itu yang merupakan anggota tentera, Bony Sedek, 31, dari Sabah cedera parah selepas tercampak dari kenderaan itu. Dia kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Ketua Trafik Daerah Kluang, Asisten Supritendan Azmi Suratman berkata, kenderaan dinaiki keempat-empat individu itu dalam perjalanan dari Taman Kluang Barat untuk pulang ke rumah masing-masing di Bandar Kluang.

"Siasatan awal mendapati kereta itu gagal dikawal ekoran dipandu laju sebelum melanggar pembahagi jalan dan merempuh pokok lalu terbakar," katanya ketika dihubungi di sini semalam.



.

Jom bulan madu..


Pengantin baru, Salih Yaccob memperuntukkan RM50,000 untuk berbulan madu dan membawa keempat-empat isteri serta 11 anaknya bercuti ke China selama lima hari, bermula Ahad ini.

Bagi Salih, 49, percutian itu adalah rezeki anak-anak di samping merapatkan hubungan dengan isteri keempat, Samihah Sheikh Amy yang baru dinikahinya semalam.

Jelas Salih, bukan mudah untuknya merancang percutian bersama semua ahli keluarga berikutan kekangan masa dan ini merupakan suatu yang baik untuk seluruh ahli keluarga.

"Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk anak-anak dan isteri-isteri saya. Tambahan pula sekarang ini musim cuti sekolah, jadi saya fikir ini adalah masa terbaik untuk bersama keluarga.

"Lagi pun dengan cara ini adalah lebih mudah untuk kami berkumpul bersama-sama memandangkan saya sendiri sering sibuk dengan kerja," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pada awalnya, percutian itu dirancang oleh sebuah agensi pelancongan yang ingin menganjurkan percutian 'Salih Yaccob bersama para peminat'.

Namun, percutian itu ditukar menjadi 'percutian peminat bersama keluarga Salih Yaccob' ke negara tembok besar itu.

Mengenai tiga isterinya yang tidak hadir ke majlis pernikahannya di Kulaijaya, Johor semalam, Salih berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana isteri pertamanya perlu menghantar anak lelaki mereka ke Kuantan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara.

"Oleh kerana isteri pertama saya tak dapat hadir, isteri kedua dan ketiga pun enggan hadir kerana mereka tidak mahu orang salah anggap.

"Jadi, dengan penjelasan itu, saya berharap orang sekeliling tidak membuat andaian negatif kenapa isteri lain tidak hadir ke majlis pernikahan saya.

"Apa pun, mereka tetap mengiringi langkah saya ke Johor dengan doa agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan," kata Salih yang menghantar khidmat pesanan ringkas kepada ketiga-tiga isterinya semalam sebaik majlis akad nikahnya selesai.




.

Nekad bersara..


Pemain tengah Manchester United, Paul Scholes mengumumkan persaraannya, hari ini, seterusnya menamatkan spekulasi sama ada beliau akan meneruskan untuk beraksi bersama juara Liga Perdana Inggeris pada musim depan.
``
“Ia bukan keputusan yang saya ambil mudah, tetapi merasakan ini adalah tempoh sesuai untuk saya berhenti bermain bola sepak. Selepas menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu mencapai rekod kemenangan ke-19 bagi juara liga...ia adalah satu kebanggaan,” kata Scholes dalam laman web kelab itu, www.manutd.com.




.

Ya, saya berkawan dengan lelaki muda..


Pelakon jelita Nora Mohd Danish Hanif, 29, (Nora Danish) mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 27 tahun dan bukannya kerabat diraja dari Terengganu seperti yang didakwa sebelum ini.

Kata Nora, teman barunya itu hanyalah orang biasa dan tiada kena-mengena dengan golongan kerabat, VIP mahupun artis.
"Saya memang sedang berkawan dengan seseorang. Dia seorang ahli perniagaan dan berusia dua tahun lebih muda daripada saya.

"Namun, semuanya masih terlalu awal kerana kami baru saja berkawan. Tiada hubungan yang serius tetapi kami rapat," jelasnya.
Mengulas lanjut tentang teman barunya itu, pelakon sitkom Puteri ini berkata, walaupun wujud perasaan sayang di antara mereka, hubungan mereka bagaimanapun masih berada peringkat awal untuk merancang soal perkahwinan.

"Memang ada perasaan sayang tapi terus-terang saya katakan semuanya masih terlalu awal. Saya sendiri sedang melalui proses menilai dan mengenalinya lagi.

"Biarlah kami berkawan dulu kerana saya tidak terdesak untuk berkahwin semula dalam masa terdekat," katanya yang enggan bercerita lanjut tentang jejaka tersebut.
Menerusi perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram (Jejai) dari Jun 2006 hingga Julai 2008, pasangan itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia dua tahun setengah.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!