Monday, May 30, 2011

Ohoh Lulu Caldina terharu


Jom entri ringkas dikala masih dalam mode bercuti...


selamat malam semua..........
dah seminggu bercuti, walaupun blog ni tetap berhapdate...
Syukur alhamdulillah, lulu tak miss walaupun dalam sehari...


Lulu sangat terharu....
Dengan mode bercuti, pembaca lulu-pages tak langsung berkurang..
Malahan semakin menaik... hoho, betul terharu..
Korang memang the best... :)
ENtah nak cakap apa, tapi dengan sokongan padu korang,
lulu janji eh, sebaik balik dari bercuti, lulu akan BW sampai lebam
jari yang putih cantik dan halus ni...hoho... *mode perasan..



Ramai dalam mode yang sama....bercuti...
Dan ada juga yang bakal bercuti..
Selamat bercuti semua...
Semoga bergumbira di hari cuti ni...
Dengan ucapan dan peringatan dari lulu, semoga lulu-pages kekal dalam hati korang walau apa pun keadaan korang...



Terima kasih korang........... :D



.

Ikan Terbesar dan Terpanjang Di Dunia


Oarfish adalah ikan yang besar dan sangat panjang, ikan pelagis Lampriform terdiri dari Regalecidae.


Keluarga oarfish ini terdiri empat spesies dalam dua gen. 


Salah satunya adalah raja ikan haring (Regalecus glesne). 
Ikan ini terdaftar dalam Guinness Book of World Records sebagai ikan bertulang terpanjang dengan panjang 17 meter (56 kaki).





.

Is this the world's most dangerous job?



For most people, it would be their worst nightmare - trapped in a tiny concrete pit surrounded by hundreds of deadly snakes.
But this young animal worker appears ice cool, chewing on gum and barely flinching as he comes face-to-face with the venomous cobras.
The snake handler was recorded cleaning out the beast's enclosure at a zoo in Southeast Asia.


Dressed in casual flip-flops, shorts and t-shirt, the young man enters the cramped pit holding a broom.
With expert composure, he simply lifts the snakes by their necks and tosses them to one side.
He is surrounded in the pit by hundreds of the dark black and grey snakes which could spit venom from their razor-sharp fangs at any minute.

At one point, dozens of the creatures menacingly rare up and spread their hood as they flick their pointed tongues at the handler.
One snake even makes for his head several times as he bends down. But the handler merely grabs the reptile and thrown it several feet away.
With the enormous pile of snakes cleared away, he is able to sweep away eggs, leaves, dried skin and excrement.


The scene amazed a small number of tourists who had gathered above the pit. But incredibly, cleaning out the enclosure is a regular duty at the zoo.
The video has become a YouTube hit and earned the title of 'the world's most dangerous job'.
One astonished viewer said: 'Whatever this man is doing, I'm pretty damn sure he's not getting paid enough to do this.'
 
Another added: 'The only job Indiana Jones couldn't do.'
One wrote: 'The snakes are just staring at him, it's freaky and unnerving watching them just staring.'
Another joked: 'If Chuck Norris and terminator somehow had kids, they would be like him.'
But other users raised concerns about animal welfare that so many snakes were crammed into such a small enclosure.


'The snakes are packed in there like a bunch of sardines, can't even move around,' one person stated.
Cobras are venomous snakes that when disturbed can rear up and spread their neck in a characteristic threat display.
They live in hot tropical areas in Africa, Australia, and Southern Asia and their relatives, the Coral Snake, can be found in the United States.




.

'THEY' are really a good friend..



It's a scene that would make Edward Lear proud.
This owl and pussycat really have become the best of friends - and they've attracted almost half a million fans thanks to their YouTube video.
The amazing footage shows Fum the cat and Gebra the barn owl playing together in the open countryside. 

The pair clearly enjoy each other's company - every time Gebra comes in to land, her four-legged friend trots up to greet her with a friendly rub and purr.
It is believed the animals get on so well together because they have been pals since they were young.
It is also likely that they have bonded over a mutual instinct to hunt rodents.


Clearly Gebra is the boss in this relationship - when Fum gets a little too excited, she gives him a friendly little peck to calm him down.
But most of the time the pair get on amazingly well.
They play-fight and give each other kisses on the cheek. 




It is unclear where the video is from but the poster is based in Spain.
In the famous Edward Lear poem, opposite, the Owl and the Pussycat went to sea in a beautiful pea green boat.
But this pair are clearly more interested in taking to the skies. 




Unfortunately for the furry Fum all he can do is leap into the air when his feathery pal swoops back and forth over his head or climb up into a tree. 



  
.

Sah bergelar suami isteri..

Kepetahan sebagai pengacara dimanfaatkan sepenuhnya oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, 30, berikutan dengan hanya sekali lafaz, beliau disahkan menjadi suami kepada seorang guru Fizik, Nurul Anati Ismail, 26, dalam majlis ijab kabul di Masjid Ar-Rahman, To’ Uban, di sini, malam kelmarin.

Walaupun tertangguh hampir sejam disebabkan imam masjid, Ab Rahman Daud, 56, terpaksa menghadiri majlis solat hajat di tempat lain, ia langsung tidak menggugat semangat pengacara popular itu sekalipun mengakui, rasa ‘gugup’ kadangkala timbul di hatinya.

Lebih manis, sebaik selesai dibacakan khutbah nikah oleh Ab Rahman selama lima minit, imam masjid itu kemudian menyerahkan kepada ayah Nurul, Ismail Che Amat, 55, untuk menyempurnakan majlis ijab kabul itu.




.

Artis meninggal dunia


Sebuah laman blog, zaky-newsinsident.blogspot mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor, lapor sebuah akhbar semalam.

Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.
Penulis blog tersebut menyiarkan kenyataan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpa Kekasihku itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas diberi ubat berlebihan.

Dia dikatakan meninggal dunia pukul 11 pagi.
Perkara itu dipercayai dirahsiakan oleh pihak pengurusan, hospital dan keluarga Agnes.
Bagaimanapun, penyanyi jelita itu menerusi kenyataan di Twitter semalam menjelaskan, dia semakin pulih dan dibenar pulang dari hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat di sini.

Agnes dilapor hanya ketawa selepas mengetahui gosip dia telah meninggal dunia.
"Hihihi itu benar kerana saya 'Meninggal'kan rumah sakit... hahahha." akui Agnes.
Penyanyi itu menjalani rawatan di hospital tersebut sejak Selasa lepas akibat mengalami kecederaan di bahagian punggung.




.

Pelik tapi benar..


Kira-kira 12 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, dekat sini terkejut apabila pokok pisang yang ditebang dua bulan lalu dan telah reput mengeluarkan setandan pisang kecil di bahagian batangnya.

Kejadian aneh nyata menarik perhatian mereka kerana pokok pisang yang hanya tinggal batang setinggi hampir satu meter telah mati dan tidak ada tanda-tanda untuk hidup.
Malah, pokok pisang itu langsung tidak mengeluarkan daun apabila 'hidup' semula tetapi hanya berputik dan kemudian menjadi setandan pisang.

Kumpulan pelajar tingkatan lima yang mengikuti mata pelajaran vokasional dalam bidang pertanian mendakwa, kejadian itu adalah pertama kali berlaku.
Seorang pelajar, Siti Zubaidah Mohammad berkata, mereka sebelum ini menganggap pokok tersebut telah mati berikutan keadaannya yang telah reput dan lembik.

"Pada mulanya kami sangkakan pokok itu hanya mengeluarkan tunas baru dan terus mati, tetapi ia berputik dan mengeluarkan setandan pisang kecil," katanya di sini baru-baru ini.



.

Dua beradik maut, ibu parah


Dua beradik terbunuh, manakala ibu mereka cedera parah apabila kereta yang dinaiki dirempuh sebuah kereta lain di Jalan Tun Teja, Taman Malim di sini, malam semalam.
Berikutan kemalangan pukul 11 malam itu, mangsa, Tay Hui Chean, 28, dan Khoo Su Poh, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ibu mereka, Tay Bong Koon, 68, pula dipercayai mengalami patah tangan kanan dan kaki kiri.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Supritendan V. Gunasegaran berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Su Poh cuba membelok ke kanan setibanya di kawasan itu.

"Namun, tiba-tiba muncul kereta Mercedez-Benz dari arah bertentangan yang disyaki dipandu laju lalu melanggar kereta mangsa dari tepi dan menyeret kenderaan mereka," katanya ketika ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta Mercedes-Benz itu sehingga kini belum membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat, manakala Bong Koon pula dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, ahli keluarga tiga beranak tersebut ketika ditemui di bilik mayat HM enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kejadian tersebut.



.

Budak bisu selamat keluarga


Tindakan pantas seorang budak lelaki bisu mendapatkan serta menarik tangan ibu dan abangnya segera keluar dari rumah berjaya menyelamatkan mereka dalam kebakaran di Lorong Lapan, Kampung Pandan, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.15 pagi, Sarasyati Gebril, 39, ibu kepada dua anak ketika itu berada dalam biliknya sedang menyediakan susu anak bongsunya yang bisu itu manakala anak sulung berusia 10 tahun bermain dengan adiknya di ruang tamu.

Tiba-tiba anak berusia lapan tahun itu berlari ke arah beliau dan memberi isyarat ada api di bahagian tengah rumah lalu menarik tangan ibunya supaya keluar segera.

“Apabila saya keluar, kelihatan bahagian tengah rumah sudah hangus terbakar, keadaan api ketika itu begitu marak menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan lain, ” katanya.

Katanya, sebelum itu, kedengaran satu letupan kecil berlaku di sekitar rumahnya dipercayai pintasan elektrik dan beliau tidak menyangka letupan itu mengakibatkan kebakaran dan memusnahkan seluruh rumahnya.

Kejadian itu juga memusnahkan tiga rumah lain didiami empat keluarga dengan 15 penghuni yang juga mempunyai talian saudara mara. Semua penghuni dipercayai tiada di rumah dan hanya tiga beranak terbabit saja berada di salah sebuah daripada rumah itu.

Mangsa, Muniandy K Chelliah, 42 berkata, ketika kejadian beliau serta keluarganya pergi ke pasar mencari lauk untuk makan tengah hari.
Katanya, beliau diberitahu jiran rumahnya terbakar dan setiba di rumah, kelihatan api begitu marak menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan barangan.

Saksi, Kanapathi Ramalingam, 50 berkata, ketika kejadian beliau baru pulang dari pasar dan setiba di tempat kejadian, kelihatan api marak membakar tiga rumah yang berhampiran di belakang rumahnya.

“Jarak rumah kami tidak jauh, hanya dua meter daripada rumah saya, mujur ketika kejadian, seorang anak saya sedar dan beliau mengawal keadaan api daripada terus membakar bahagian belakang rumah kami, ” katanya.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Yusof Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam kira-kira jam 11.25 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 11.47 pagi dengan dibantu lima jentera dan 25 anggota bomba daripada Balai Pudu, Balai Bandar Tun Razak dan Balai Hang Tuah.



.

Kahwin februari depan


Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.

Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.




.

Gara-gara kata-kata..


Seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis.
Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Shafa Watiha didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia yang berasal dari Kampung Telaga Batin boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100.
Rusilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan fakta dan keputusan kes.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!