Thursday, May 26, 2011

Homeless man uses empty beer boxes in make-shift board that FLIPS between begging messages



Begging on the streets is a competitive business, it seems.
But this homeless man is leading the way in innovation with a specially made sign that switches between messages appealing for change.
At first glance the middle-aged man, grinning widely to reveal missing teeth, holds the kind of shabby cardboard sign used by rough-sleepers the world over.
On his board is a message intended to evoke a warm response in passers-by who will, with any luck, throw him some coins.


'At least you looked at me and we shared a smile,' it reads.
But with one quick shake he flips the display like an electronic billboard to reveal a different script, written again in black marker.
'Can I borrow the car next weekend?' it asks, hoping that the member of the public sees the funny side of the statement.

The target has has still not emptied their pockets of loose change, and the sign is transformed again to reveal yet another message.
Recorded in downtown Miami, the beggar with grey stubble and dressed in a tatty t-shirt and dark trousers, grins as he holds the board.
For a third time, he jiggles the cardboard display to show another comical statement.
 'My family has been kidnapped by ninjas. I need money for karate lessons,' it reads.
The clip of the homeless man, who has not been identified, has become an internet hit with viewers saying he has the 'world's best begging sign'.
It is believed that he carefully made it with dividers, rather appropriately, from liquor shipping boxes.
One impressed internet user wrote: 'I'd give him money and a six pack of beer so he can use that cash towards something useful... like food.'


 

.

Kasih sayang seorang bapa..

Seorang bapa, Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta di Potterne, Wiltshire pada harga £1 juta (RM4.98 juta) bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya bersekolah di sekolah itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Hill, 38, membeli Sekolah Mill itu dengan seorang rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley dan kedua-duanya berasa gembira kerana tawaran pembelian mereka diterima oleh pihak pengurusan sekolah tersebut.

Pemilik sekolah itu sebelum ia dijual, John Rendell mengumumkan pada 9 Mei lalu bahawa sekolah berkenaan akan ditutup pada Julai depan selepas 18 tahun beroperasi.

Sejumlah ibu bapa mula membincangkan usaha untuk memastikan sekolah itu dibuka tetapi usaha untuk membelinya ketika itu dianggap mustahil.



Namun, Hill dan rakan kongsi perniagaannya, Dave Stanley menemui Rendell dan membuat tawaran sebanyak £1 juta untuk membelinya.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.

Hill memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar akan terus kekal berada di sekolah itu.




.

Gagal tahan diri dari ketawa


Menghidap penyakit cataplexy menyebabkan seorang wanita, Claire Scott, tertidur setiap kali dia ketawa.

Disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku, otot ibu kepada dua anak itu akan lemah setiap kali emosinya meningkat.

Cataplexy menyebabkan Claire tumbang sehingga 50 kali sehari sejak zaman kanak-kanaknya.

Pada satu ketika, Claire, 24, pernah tertidur 25 kali ketika menghadiri majlis Krismas yang penuh meriah.

Selepas diberi ubat antimurung, keadaan Claire agak terkawal sehinggalah baru-baru ini dia sekali lagi tumbang apabila anaknya - berusia lima tahun - membuat kelakar.

Kata Claire, dia gagal menahan diri daripada ketawa.

“Perkara pertama yang saya ingat selepas itu ialah suami saya, David, mengangkat saya dari lantai dapur,” katanya.

Serangan cataplexy berlangsung beberapa saat atau minit dan sepanjang tempoh itu, penghidapnya hanya mampu mendengar tetapi tidak dapat melihat. Satu ketika dulu, doktor pernah menyangka Claire menghidap masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan.




.

Mayat lelaki berulat bawah katil

Mayat seorang lelaki warga asing dalam keadaan berulat dan berbau busuk ditemui di bawah katil sebuah rumah tingkat lima di Taman Kosas, Ampang hari ini.

Ia disedari seorang jiran yang terhidu bau busuk dari arah unit rumah berkenaan sebelum menghubungi pihak polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Mohd. Nazri Zawawi, pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 20-an dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. Kes ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.




.

Dia adalah wanita pertama......


Buat pertama kali dalam sejarah, orang terkaya di Australia ialah wanita.

Kekayaan raja bijih besi, Gina Rinehart meningkat dua kali ganda kepada A$10.3 bilion pada tahun lepas, sekali gus meletakkan dia di tangga teratas senarai orang terkaya tahunan yang disiarkan oleh majalah perniagaan, BRW.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah dalam tempoh 28 tahun, 200 Terkaya BRW menunjukkan wanita menduduki tangga teratas,'' kata editornya, Andrew Heathcote.




.

Anggota polis maut dirempuh

Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum diseret sejauh 4.5 meter di Jalan Manis, Taman Segar Cheras di sini hari ini.

Kejadian pukul 1.13 pagi itu berlaku ketika Mohd. Hakim Muhamad Nor, 23, dalam perjalanan dari arah Jalan Segar menghala ke Jalan Taman Supreme.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, sebuah kereta jenis Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dikatakan merempuh mangsa dari arah belakang sebelum dia dan motosikalnya diseret.

"Berikutan rempuhan kuat itu, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Cawangan Logistik dan Stor Bekalan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya di sini hari ini.




.

Dia Dahlia


GELORA yang melanda aktres dan pengacara popular Daphne Eleanor Iking bukan dugaan biasa, malah ia merupakan cubaan terbesar pernah dialami Daphne yang kini bergelar seorang muslimah memegang nama Dahlia.

Usai kes mahkamah membabitkan dirinya dengan Pengarah Urusan Adidas Malaysia, Darren Choy Khin Ming serta bekas suaminya, Ryan Chong Yiing Yih Mac lalu, secara automatik melepaskan Daphne daripada terus dibelenggu rasa bersalah dan diburu cerita lampau yang mengganggu kelancaran cerita baharu kehidupannya.

Siapa tahu Daphne yang dahulu penuh dengan kontroversi berhubung status puteri sulungnya, Isobel Daniella Iking, 4, kini sudah mampu mengecap ketenangan selepas sah memeluk Islam Disember tahun lalu.

Tempoh yang singkat itu digunakan sebaik-baiknya oleh anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu untuk mendekatkan diri dengan pegangan baru pilihannya selepas mengahwini Azmi Abdul Rahman, 42, Januari lalu.

“Alhamdulillah kini saya sudah hafal surah al-Fatihah dan boleh mendirikan solat tanpa bantuan suami. Setiap hari saya akan membaca buku panduan solat dan jika ada yang saya tidak faham saya akan merujuk kepada suami saya.

“Ia bukan perkara mudah terutama saudara baru seperti saya untuk menerima terus ajaran baru dalam hidup tetapi setiap kali saya solat saya dapat rasa diri saya semakin dekat dengan Islam.

“Walaupun sibuk dengan kerja tetapi saya akan pastikan solat lima waktu ditunaikan dan sekiranya saya gagal mengerjakan solat, jiwa saya akan berasa amat kosong seperti ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hari saya,” akui pengacara rancangan Bella di ntv7 itu dengan bersungguh-sungguh.


Cabaran bergelar muslimah

Namun keikhlasan wanita berusia 32 tahun itu menyelami Islam turut dicabar dengan pelbagai tohmahan dan cacian sesetengah pihak yang mahukan dirinya berubah secara total lengkap mengenakan tudung dan memakai pakaian menutup aurat.

“Saya faham sebagai seorang wanita Muslim saya perlu menutup aurat tetapi saya perlukan masa untuk semua itu dan biarlah saya lakukannya dengan jujur dan bukan kerana terpaksa.

“Insya-Allah sedikit demi sedikit saya akan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik di sisi Allah dan harus diingatkan saya masih lagi dalam proses mengenali agama baharu saya,” jujur sahaja jawapannya.

Pelbagai reaksi pasif diterima Daphne di laman sosialnya yang menuntut dirinya menukar penampilan sinonim seksinya kepada imej yang lebih sopan malah ada segelintir mempersoalkan keputusan nekad Daphne menukar agama asalnya.

Tidak cepat melatah dengan kata-kata orang, Daphne yang sedang hamil empat bulan berasa tidak perlu menjelaskan isu tersebut kepada orang ramai kerana dia perlu menjaga hati ramai pihak dan tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa terutama mereka yang dekat di hatinya.

“Menjadi Dahlia tidak bermakna saya perlu melupakan terus siapa Daphne yang dahulu. Kedua-duanya masih insan serupa cuma kini saya lebih berhati-hati dengan apa yang ingin saya lakukan kerana setiap pergerakan saya diperhatikan ramai orang,” katanya tanpa berselindung.

Ditanya penerimaan keluarganya berhubung statusnya sebagai seorang muslimah, Daphne memberitahu, tidak mudah untuk meyakinkan kedua ibu bapanya itu bagi memahami keputusan yang dibuatnya.

Pemenang Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu mengakui dia perlu menyimpan dahulu kebenaran itu buat seketika dan menunggu waktu sesuai membongkarkan berita itu kepada keluarganya.

“Pada awalnya memang sukar untuk mereka menerima namun lama-kelamaan mereka sudah boleh menerima kenyataan itu.

“Tetapi, walaupun fahaman kami tidak lagi sama ia tidak bermakna saya menolak terus adat dan tradisi yang pernah saya jalani kerana saya juga perlu menghormati pegangan keluarga saya.

“Saya sering mengingatkan ibu bapa saya agar tidak berusaha menukar cara hidup mereka semata-mata demi saya kerana walau apa pun terjadi mereka tetap ibu bapa saya sama seperti dahulu,” ucap Daphne lagi.




Isobel dan adik baharu

Melihatkan Isobel yang semakin membesar membuatkan Daphne berasa lapang malah tidak tertanam rasa resah terhadap anaknya itu kerana anak kecil itu mudah dibimbing.

Tidak lama lagi Isobel bakal menerima adik baharu dan Daphne bersyukur kerana bakal dikurniakan cahaya mata kedua oleh Allah.

Detik silam tatkala mengandungkan Isobel dilalui aktres filem Belukar itu tanpa masalah namun berbeza pula dengan kandungan keduanya kali ini yang sering membuatkan dirinya jatuh sakit dan mengalami simptom normal orang mengandung.

“Ketika mengandung anak pertama, saya rasa biasa sahaja tetapi kali ini saya kerap pening kepala dan muntah-muntah dan suami saya menjadi mangsa melayan kerenah-kerenah pelik saya.

“Pernah satu malam lebih kurang pukul 3 pagi saya terjaga dan mengidam untuk makan laksa Penang. Saya tidak mahu laksa di tempat lain tetapi tekak saya menginginkan laksa yang memang dari Penang.

“Memandangkan awal pagi esok saya perlu bekerja jadi suami saya hanya membelikan nasi kandar sebagai pengganti laksa tersebut dan saya makan satu sudu sahaja kemudian saya sambung tidur,” cerita Daphne dengan tawa yang tidak ditahan lagi apabila mengingat kembali momen lucu itu.

Jika dilihat kepada simptom yang dialami Daphne, ramai orang memberitahunya dia bakal menimang cahaya mata lelaki namun Daphne memilih untuk tidak mempercayai jawapan teka-teki orang lagi selepas pengalaman ditempuh ketika mengandungkan Isobel yang sebelum itu dikatakan sebagai bayi lelaki.

Menerima sahaja apa jua jantina bayi yang bakal dilahirkan, dia tidak dapat menolak keinginannya untuk memiliki anak perempuan kedua kerana baginya dia lebih mudah menguruskan anak perempuan berbanding lelaki.

“Biarlah saya tahu apabila saya melahirkan bayi ini nanti tetapi naluri saya kuat merasakan saya akan mendapat anak perempuan,” ujar Daphne dengan senyuman penuh makna.





.

Ditemui rentung..


Seorang lelaki yang lumpuh separuh badan ditemui rentung dalam keadaan terlentang selepas rumah papan didiaminya terbakar di Batu 4, Jalan Sungai Lembing, di sini, semalam. Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika Nazri Ismail, 40, yang lumpuh sejak tiga bulan lalu akibat penyakit kronik berada di rumah terbabit seorang diri. Adik mangsa, Azhar Ismail, 37, berkata, beliau mendapat tahu mengenai kejadian menimpa abangnya yang juga anak kedua daripada enam beradik melalui rakannya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya bekerja di kilang papan di Kampung Bayas yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah abang dan sebaik sampai saya lihat api sudah marak dan tong gas memasak di dalam rumah itu dikatakan turut meletup.

“Dalam keadaan api yang marak saya cuba masuk ke rumah bagi menyelamatkan abang, namun rakan yang ada bersama menahan saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Azhar berkata, sebelum kejadian itu, beliau bertemu abangnya yang masih bujang buat kali terakhir pada waktu pagi semalam sebelum pergi bekerja.

“Sejak abang tinggal bersendirian, saya yang menghantar makanan kepadanya pada waktu pagi, tengah hari dan malam, selain adik beradik lain turut datang melawatnya sekiranya ada masa terluang.

Beliau berkata, jenazah abangnya akan dikebumikan Kampung Kawah, Sungai Lembing di sini selepas bedah siasat selesai dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Nazili Mahmood, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 10.32 pagi sebelum satu jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota bergegas ke lokasi.

“Jentera tiba kira-kira jam 10.57 pagi, namun api sudah padam berikutan api yang marak dengan cepat dan hasil pemeriksaan menemui satu mayat lelaki.

“Punca sebenar dan jumlah kerugian berkaitan kejadian itu masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Sohaimi Md Shah, berkata kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan RM5,000 kepada keluarga mangsa.




.

Perkahwinan satukan dua bekas pesakit mental


Cinta bukan sekadar buta, malah perasaan itu boleh hadir dalam diri sesiapa sahaja tidak mengira tempat sekalipun di rumah sakit mental.
Buktinya, bekas pesakit mental, Alan Sin, 43, dan Susan Gomo, 39, semalam akhirnya disatukan melalui ikatan perkahwinan yang sah setelah berkenalan di Rumah Persatuan Penyakit Mental (MHA) Kota Sentosa di sini 16 tahun lalu.

Kata Alan, ketika menjalani rawatan ekoran mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi di rumah berkenaan, dia langsung tidak terlintas jodohnya turut berada di situ dan menghadapi masalah yang sama dengannya.
Bagaimanapun dia mengakui, sebaik sahaja mengenali Susan, perasaan suka pada gadis itu mula bercambah dari hari ke hari namun dia tidak pernah meluahkan apa yang dirasakannya.

"Susan memerlukan seseorang yang boleh menyokong dan menjaganya, sedangkan ketika itu, saya bukanlah lelaki yang layak untuknya.
"Sebab itu, saya bertekad untuk memulihkan diri dan membina hidup baru sebelum mengambil Susan sebagai isteri yang sah," katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan mereka yang disambut dalam suasana meriah hasil inisiatif Penasihat MHA, Datuk Wee Hong Sen di sini malam tadi.

Alan yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan setelah disahkan pulih sepenuhnya pada 2002 berkata, dia bergelut dengan penyakit mental selama 25 tahun sehingga menyebabkan dia berazam untuk melupakan kisah silam dan membina hidup baru bersama Susan.

"Apa yang kami lalui sangat mencabar dan saya mahu ia menjadi teladan kepada semua orang," katanya.





.

Anjing menjadi punca..


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.

Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.



.

Lulu Caldinaaa..................... Rindu tak?


Hoho..semalam ramai yang panik...
Takkanlah nak tutup blog Lulu-Pages ni selama-lamanya...
sayang wooo.... banyak keringat kat dahi dah menitis ni kat atas keyboard...
ekeke, kira banyak pengorbanan dah dicurahkan kat blog ni...
Takkan lah nak tutup..?


Yang sebenarnya, lulu tutup sementara jer...
Nak tau sebab apa?
eh bagitau cepat!!!!!!!!!!!!!!!!
Lulu tengah bercuti...weewuu...makan angin woo..
oppss gembung perut..


Ok..ok...lepas ni sambung update blog...
Ramai tak yang nak baca??????





P/S - Rindu Lulu Caldina tak???



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!