Monday, May 16, 2011

Apa akan jadi bila...

Apa akan jadi bila seseorang mengenakan make-upnya selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara tv sehingga kemudian ditangani oleh doktor.

Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal dari korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila saja, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," ungkapnya.

Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari waktu ke waktu make-up yang digunakannya semakin tebal.


Dia mengakui bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat kedalam cermin dan membawanya setiap saat," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea.

Meskipun dirinya cantik tanpa make-up, dia tetap merasa tidak puas dengan penampilannya "Saya ingin melakukan pembedahan plastik di 10 tempat," ungkapnya.


Ibunya yang putus asa keatas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program tv di korea dan menceritakan kisah anak perempuannya yang aneh. Ketika muncul di acara itulah seorang doktor pakar kecantikan berhasil memujuk gadis ini untuk mengelap make-upnya. Dan setelah diperiksa, diketahui bahawa kulitnya berusia dua kali ganda dari umur gadis itu sekarang.









.

Enggan kembali pada suami

Personaliti TV3, Zakiah Anas menegaskan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sekalipun lelaki tersebut berubah sikap.

Zakiah juga mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada Mohamad Yusof selain tiada persefahaman dalam perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu.

Sehubungan itu, wakil hakam (penimbangtara) Zakiah, Muhammed Shouib Awalludin membuat kesimpulan menasihatkan Mohamad Yusof untuk menceraikan isterinya dengan lafaz talak satu.
Perkara itu dinyatakan oleh Muhammed Shouib, yang merupakan seorang bekas kadi dalam laporan hakam tersebut yang dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Dalam majlis hakam, Mohamad Yusof diwakili oleh seorang imam masjid, Mohd. Azizi Mohd. Yaakob.
Sekiranya Zakiah nekad untuk tidak kembali ke pangkuan suami, Mohamad Yusof pula nekad untuk tidak mahu melafazkan cerai.
Mohamad Yusof berhasrat untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan tersebut kerana dia masih sayang kepada Zakiah dan tidak mahu krisis rumah tangga mereka memberi kesan terhadap dua anak lelaki mereka.
Menurut Mohd. Azizi, selain itu Mohamad Yusof ingin menyelamatkan Zakiah yang kian hanyut dengan memberi perumpamaan seperti `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ kerana meninggalkan rumah tanpa izinnya.

Ekoran itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan agar wakil hakam itu untuk sekali lagi mencuba mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga pasangan tersebut.
Bagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan untuk perintah tersebut dilaksanakan.
Pada prosiding itu, Zakiah diwakili peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam syarie.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabilaZakiah, 45, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di MahkamahRendah Syariah Shah Alam.
Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.
Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusod, 49, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk berceraisecara baik yang berlanjutan sehingga kini.
Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.




 Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Lagi cerita aneh....


Seorang warga Dusun Kampung Baru, Desa Jajag, dikejutkan dengan penemuan seekor ikan hiasan peliharaannya yang memiliki keunikan. Ikan hiasan jenis Zebra miliknya itu pada sisi badannya terdapat tulisan Allah dalam huruf Arab.

Ikan milik Hairina Febriani (25), ini, dibeli dari sebuah kedai menjual perlengkapan aquarium. Lafad Allah yang terdapat pada tubuh ikan itu, baru diketahuinya ketika tiba di rumah.

“Saya amati ikan-ikan yang ada di dalam aquarium, akhirnya ikan yang baru saya beli itu daya asingkan kedalam sebuah bekas.” kata Hairina.
Dari pengamatan detiksurabaya.com, lafad Allah pada badan ikan hias tersebut, terangkai dari guratan Alami berwarna keemasan, yang tak lain motif dari ikan itu sendiri.

“Ikan ini unik, bukti dari kebesaran Allah,” jelas Nunung, salah seorang warga penduduk.
Ikan unik yang dibelinya itu dirancang sebagai hadiah bagi Farhan, anaknya, akan dipelihara. Hairini juga berpesan, agar warga tidak menghubung-hubungkan keunikan ikannya dengan hal-hal yang berbau mistik.






P/S - Dah tengok ni belum?? [~~//~~]



Counting to my birthday on 28 Mei..





.

The black parents shocked when their son was born white with blond hair


A black couple told yesterday of their shock and  mystification when their son was born with white skin and blond hair.
Francis Tshibangu admitted:  ‘My first thought was “Wow, is he really mine?”.’
He and his wife Arlette already have a two-year-old boy, Seth, whose features reflect his African parentage.
 But it is thought that baby Daniel, now 11 weeks old, has a slight genetic mutation. He is not an albino.
Congo-born Mr Tshibangu, 28, said his ‘jaw dropped open’ when Daniel arrived at Leicester Royal Infirmary.
 
‘I was too stunned to speak and I could see the doctors looking at each other, thinking the baby couldn’t be mine.
‘Then Arlette and I looked at each other and smiled and I knew he was. I have been with my wife for three years and there was never a question of infidelity, but seeing his white skin was a surprise to say the least.’
Mr Tshibangu, a sociology student, added: ‘The initial reaction from the nurses must have been that Arlette had had an affair. Their faces were a picture, but then I’m sure mine was too.
'When I bent down and kissed him I got a better look at his features and could see he looked just like me and Arlette. He has my nose and my wife’s lips.

‘All we can say is that Daniel is our miracle and, though we are shocked by his white skin, we feel very blessed. He’s beautiful.’
His 25-year-old wife added: ‘The reaction in the operating theatre  was one of shocked silence, myself included.
‘I stared at Daniel with my eyes wide. The looks on the faces of  the doctors and nurses said it all.  Everyone was wondering why I had a white baby.
‘But as the nurse put his little pink body in my arms I bonded with him instantly. When I looked at him all I felt was love.

‘Like any mum who has just given birth, my main concern was that he was healthy, which he is.’
Mr Tshibangu added: ‘I know there will be some who say my wife has had an affair but I trust her completely and know that isn’t the case.
‘Even if she’d had an affair with  a white man, you would expect a mixed-race baby with black hair, not a white baby with soft blond hair like little Daniel.’
Mr Tshibangu, who has lived in Britain for ten years, met his future wife on a return visit to the Congo in 2007. They married a year later and settled near Loughborough.
Arlette qualified as a doctor in Africa and, while she is currently working as a part-time shop assistant, she hopes to practise medicine in the UK.

The couple believe Daniel could be a throwback to Arlette’s great-great-great-grandmother, who is also thought to have given birth to a white baby. But Mr Tshibangu said: ‘That was six generations ago and we don’t even know if that was true.’
He added: ‘You can see people looking at us thinking, “What are that black couple doing with that white baby?” I am sure there are a few people who think we have stolen him.
‘But to us, his skin colour isn’t important. The most important thing is that we have a healthy little boy who we love very much.’




Counting to my birthday on 28 Mei..




.

Fancy Illusionist 200 Followers Celebration Giveaway

There'll be 4 winners chosen using random.org and the prizes are :

First Prize & Second Prize :
- a luxury Cosme Decorte 8-pcs gift set !



The luxury 8-pcs gift set contains :
  • Moisture Liposome Cream 6g ,
  • AQ Nutritive Cream 10g , 
  • Moisture Liposome Essence sachet X 6
  •  AQ Gentle Pure Washing Foam 18ml, 
  • Whitelogist Day Advanced Whitening Daytime Protective Essence SPF12/PA+ 9ml,
  •  AQ Powder Foundation Meliority #301 (with sponge) 



Third Prize :
- DKNY Be Delicious EDP Miniature 7ml
- DKNY Be Delicious Fresh Blossom EDP Miniature7ml




Fourth Prize :
- a samples + miniatures pack which consist of :
  • Nature & Co Pure White Lotion Light sachet X 2
  • Nature & Co Pure White Milky Lotion Light sachet X 2
  • Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Warming Treatment 5g
  • Chanel Precision Hydramax + Active Active Moisture Fluid 2.5ml
  • Benefit You Rebel Lite Tinted Moisturizer 3.5ml
  • Benefit That Gal Brightening Face Primer 3.5ml X2 (which are half of original size)
  • RMK Make Up Base sachet
  • Shu Uemura White Recovery EX+ Brightening Cleansing Oil 50ml



Tell me what is your favorite foundation / bb cream / skin care item.
My favorite foundation / bb cream / skin care item is : 
I didn't use any specific product..
Thank God, my face, my body is easy to be handle..
But once, i use loreal or avon..



Close :  midnight ,28th May 2011 (Kuala Lumpur time)
(Hoho on my birthday..!!! :) )





.

5 antara yang mati terbunuh


Serangan bom di tepi jalan, selatan Thailand mengorbankan dua sami Buddha hari ini ketika mereka dalam perjalanan mengutip derma, kata polis.

Mereka terbunuh serta merta selepas kejadian itu di wilayah Yala ketika mereka menaiki lori pikap manakala dua tentera yang mengiringi mereka cedera parah, kata polis.

Sami dan guru sering diberi kawalan anggota tentera dalam kawasan bergolak itu.
Sebelum ini, kejadian seperti itu menyebabkan tiga terbunuh di selatan Thailand, semalam.

Seorang suspek militan dibunuh dalam tembak menembak dengan anggota keselamatan manakala dua lagi mati dalam kejadian berasingan.





Counting to my birthday on 28 Mei..



.

"Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com"



NEW Loreal Paris Glam Shine 6H Lipgloss (RM35.90) and the NEW Maybelline New York Long Extreme Stiletto Mascara (RM32.90) all above could be yours..

Wohoo giveaway yang best sebab hadiahnya berkaitan kecantikan wanita... Jom klik pada banner laju-laju...
sebab tarikh tutup adalah 31.05.2011





.

Saya akan kahwin 5 tahun dari sekarang


Dalam usia yang baru menginjak 25 tahun, tahun ini, aktor Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin mengakui masih belum bersedia untuk bergelar suami.
Jelas aktor yang popular dengan watak Inspektor Asraf melalui drama bersiri Gerak Khas itu, fokusnya kini adalah untuk mengukuhkan kerjayanya terlebih dahulu sebelum bertukar status.
"Saya masih belum bersedia lagi untuk ke arah itu. Kerjaya saya dalam industri hiburan pun masih baru dan banyak yang perlu diperbaiki lagi.

"Sekarang ini saya lebih fokus untuk mengembangkan bakat saya dalam lakonan dan mempelbagaikan kebolehan saya sendiri," katanya ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri Nora Elena di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Walaupun lebih menumpukan pada kerjaya, Zul tidak menafikan, dia juga berusaha untuk mempersiapkan diri sebelum menamatkan zaman bujang.

Zul menyatakan, kalau boleh dia mahu berkahwin sebelum usia melewati angka 30.
"Insya-Allah kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia menginjak 30 tahun. Ada lima tahun lagi.
"Saya rasa dengan tempoh yang ada itu, saya sudah boleh berdiri atas kaki sendiri dan menjalankan kewajipan sebagai seorang suami yang baik," ujar aktor yang dikaitkan dengan aktres Abby Abadi itu.

Diusik sama ada Abby Abadi tidak cemburu jika Zul digandingkan dengan aktres lain, berderai tawa Zul.
Jelasnya, semua itu atas dasar kerja dan sudah menjadi rutin yang perlu dilalui oleh seorang pelakon lelaki bergandingan dengan pelakon wanita.
"Apa yang hendak dicemburukan... saya hanya lakukan tugas sebagai seorang pelakon dan hubungan itu tidak lebih daripada itu.

"Apa yang penting kita kenalah profesional dan mampu membezakan di antara soal peribadi dan soal kerja," jelas pembawa watak Idham dalam drama Nora Elena yang mula disiarkan Isnin lalu.
Terus terang Zul mengakui, dia agak sukar untuk membiasakan diri dengan watak-watak baru yang diberikan kepadanya.
Dua tahun setengah menjadi seorang anggota polis dalam Gerak Khas, Zul mengakui, itu menyebabkan dirinya merasa agak kekok untuk melakonkan adegan cinta.

"Lama saya jadi polis dan sekarang saya mahu mencuba watak-watak lain pula. Memang tidak dinafikan, pada mulanya rasa agak kekok berlakon cerita cinta. Tetapi saya dapat bawakan juga watak itu sebaik mungkin.
"Saya teringin hendak mencuba watak-watak yang jarang dilakonkan seperti orang gila ataupun penagih dadah.
"Cabaran membawakan watak itu saya rasa begitu kuat kerana bukan senang untuk menjiwai watak seperti itu," jelasnya.





Counting to my birthday on 28 Mei..



.

Derita penyakit misteri


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Begitulah penderitaan ditanggung Halijah Awi, 30, yang menderita penyakit ketumbuhan misteri di seluruh badannya sejak berumur lima tahun.

Ketumbuhan misteri yang semakin merebak itu juga menyebabkan wanita dari Kampung Pulau Tiga Kiri di sini, kini hanya mampu melihat dengan sebelah mata kerana mata kirinya membengkak, seolah-olah matanya jatuh ke bawah.

Akibat penyakit misteri itu juga, Halijah terpaksa berhenti sekolah ketika darjah enam kerana tidak tahan ejekan kawan-kawan sekolah.
"Sejak saya dilahirkan, penyakit ini sudah berada di dalam badan saya dan ketika umur lima tahun, saya menyedari penyakit ini telah merebak ke seluruh anggota badan dan rasa gatal-gatal itu lama-kelamaan naik ke muka dan merebak ke bahagian mata.

"Biji-biji ini amat menyiksakan saya kerana ia amat panas dan kadang-kadang terasa amat gatal sehingga saya terpaksa berendam di dalam air selama lima jam untuk meredakannya," kata Halijah ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Menurut Halijah, dia kini cuma berkurung di dalam rumah kerana merasa sangat segan dengan jiran-jirannya disebabkan ketumbuhan tersebut.
"Saya juga ingin mempunyai ramai kawan dan mendirikan rumah tangga seperti orang lain tetapi apakan daya, orang tidak mahu berkawan dengan saya kerana takut melihat rupa saya yang hodoh ini," katanya diiringi air mata.

Sementara itu, ibunya, Aminah Baharum, 54, berkata, banyak usaha telah dibuat untuk mengubati penyakit misteri anaknya itu termasuk berjumpa dengan bomoh tetapi tidak juga sembuh.
"Halijah pernah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dua tahun lalu tetapi penyakitnya bukan sahaja tidak sembuh, malah semakin merebak ke seluruh badan sehingga tangannya juga membengkak.
"Lebih membimbangkan saya apabila dua lagi anak saya seakan-akan mendapat penyakit sama apabila mereka turut mengalami gatal-gatal pada badan," ujarnya.

Menurut Aminah, dia sudah kehabisan ikhtiar apatah lagi dengan kekangan kewangan kerana hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan selepas kematian suaminya dua tahun lepas.
"Bantuan dari JKM itu untuk menampung perbelanjaan kami pun tidak cukup. Kadang-kadang kami terpaksa berjimat cermat dengan makan nasi berlaukkan sambal kelapa sahaja untuk meneruskan hidup," katanya.




Counting to my birthday on 28 Mei.. 



.

Penyeludup petrol dihempap lori


Seorang lelaki tidak sempat untuk menyeludup petrol ke negara jiran apabila dia maut selepas kereta yang diubah suai dengan menempatkan dua tangki tambahan bagi membawa lebih banyak bahan api itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah lori di Kampung Wang Perah, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, kereta Nissan Sunny dipandu mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan hilang kawalan kerana beban dibawa.

Difahamkan, mangsa sudah beberapa kali melakukan kegiatan itu dipercayai mengisi petrol di beberapa stesen minyak melalui saluran getah untuk disimpan dalam tangki tambahan pada kenderaannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, setiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terbabit dikatakan hilang kawalan akibat membawa muatan minyak petrol berlebihan sebelum terbabas ke laluan bersebelahan dan merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

Katanya, lori terbabit dikatakan datang dari arah Changlun dipercayai dalam perjalanan mengambil bekalan pasir di Bukit Wang, dekat sini.

“Rempuhan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik serta menghempap kereta mangsa. Pemandu kereta tersepit di tempat duduk dan meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati tangki minyak kereta itu sudah diubah suai bagi membolehkan membawa lebih banyak petrol untuk tujuan penyeludupan.




Counting to my birthday on 28 Mei..


.

Terhumban dalam sungai


Kegembiraan lapan sekawan menghabiskan cuti hujung minggu dengan berehat di Pantai Klebang dekat sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka terbabit kemalangan ngeri yang mengorbankan dua nyawa manakala seorang lagi parah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam, tiga mangsa bersaudara itu menaiki kereta Proton Iswara untuk pulang ke rumah sebelum terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), di laluan Sungai Petai-Seri Pengkalan, dekat sini.

Difahamkan, kereta dipandu, R G R Raman, 33, P Siva Kumar, 19, (adik ipar) dan T Vellu, 20, (sepupu) dipercayai hilang kawalan ketika melepasi lampu isyarat Sungai Petai, di sini, menyebabkan ia terseret sebelum merempuh pembahagi jalan dan terhumban ke dalam sungai.

Akibat kemalangan itu, Raman dan Siva yang duduk di sebelahnya mati serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan tersepit di tempat duduk hadapan manakala Vellu yang duduk di tempat duduk belakang tercampak keluar dari kereta.

Menurut rakan mangsa yang juga saksi kejadian, M Yoganathan, 24, dia bersama tujuh lagi rakan termasuk ketiga-tiga mangsa itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Pengkalan Indah, di sini, selepas menghabiskan masa hujung minggu di Pantai Klebang sejak tengah malam kelmarin.

Katanya, mereka bertolak ke Pantai Klebang kira-kira jam 12.30 tengah malam semata-mata meluangkan masa bersama untuk aktiviti rutin malam minggu selepas penat bekerja sebelum bertolak balik ke rumah masing-masing pada awal paginya. “Kami tiba di Pantai Klebang dengan tiga kereta dan bersantai sehingga jam 6.30 pagi sebelum berkemas untuk balik semula ke rumah masing-masing. Ketika itu kami sempat bergelak ketawa dan bernyanyi ketika kereta bergerak seiring.

“Kami memandu agak perlahan dan kereta Proton Iswara dipandu Raman berada paling hadapan diikuti kereta Proton Waja yang saya pandu bersama seorang rakan dan sebuah lagi kereta Proton Persona yang dipandu abang seorang daripada mangsa bersama dua rakan lain.

“Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, kereta Proton Persona membelok ke Pekan Alor Gajah untuk mengisi minyak dan saya meneruskan perjalanan ke rumah,” katanya.

Katanya, ketika berada di persimpangan lampu isyarat Rembia, tiba-tiba kereta dipandu Raman memintas keretanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai sebelum dia melihat ketiga-tiga rakan memandang ke arahnya sambil melambai tangan.

“Tiba- tiba saya lihat kereta dinaiki mereka hilang kawalan ketika memotong dan terhuyung-hayang sebelum terbabas ke atas pembahagi jalan hingga terseret sejauh hampir 30 meter dan merempuh pokok bunga.

“Kereta berkenaan kemudian merempuh pula tembok besi penghadang jalan dan tembok jambatan sebelum melambung dan terhumban ke dalam sungai,” katanya.

Sementara itu, menurut abang kepada Raman, iaitu Arumugam, 37, sebaik tiba di Rembia, kereta dipandu adiknya memotong dengan laju ketika berhenti untuk mengisi minyak.

“Saya terkejut melihat kereta itu dipandu begitu laju dan hilang dari pandangan lalu cuba menghubunginya namun tiada jawapan sebelum saya dihubungi oleh rakan yang memandu Proton Waja memberitahu kereta adik saya terbabas.

“Saya segera berpatah-balik ke tempat kejadian dan mendapati kereta dipandu adik sudah terhumban ke dalam sungai,” katanya, semalam.




Counting to my birthday on 28 Mei.. 


.

Contest Blog Saya Smart


contest yang best sebab hadiahnya adalah wang tunai..lumayan woo..
ekeke... dan sekali lagi puji diri sendiri pagi ni, memang blog saya smart..ngee, walaupun ada ramai lagi yang lebih smart dan lawa..wee...


Walaubagaimanapun, lulu bangga tau sebab header, dan segala-galanya mengenai lulu-pages lulu buat sendiri.. Sekaranglah, kan..tak pastilah akan datang.... mana tau nak suh orang make-over ke...



Hoho, lawanya blog sendiri, dengan warna biru tu..ekeke, puji cepat..puji cepat...



Kena tag 4 orang? makbed, nini, cik bintang dan mizzkechique...


Tarikh Tutup : 20.05.2011



.

"GA Header & Template Blogspot!"

Banner Free Header and Blogspot Template GA Header & Template Blogspot!


Owh, giveaway sebegini memang dah menjadi idaman sejak kenal blog..ekeke.. Apatah lagi dari alieff? siapa tak kenal alieff kan? Lulu memang teringin nak re-design, err tukar semua, make-over habis lulu-pages ni.. Cuma takutlah kan nak 'cabar' mana-mana designer untuk galas tanggungjawab tu.. Maklumlah lulu ni tak sama dengan girl lelain.. lulu suka warna biru..chelsea... Lulu nak blog lulu tu memiliki 2 tema tu, tapi tak nak nampak kelelakian lak.. Hah, taulah, biru ni, selalunya tak sesuailah untuk girl.. selalunya pinky jer kan?? TAPI, disamping 2 tema tu, lulu nak blog ni mencerminkan lulu sebagai girl, namun tidak terlalu jiwa girl... hoho, kan susah nak faham...


Makbed (juga ada cita-cita nak make-over blog), jom join, tarikh tutup : 01.06.2011


http://alieff.com/2011/04/ga-header-template-blogspot/


.

'Contest muke comel'



Argg, tetiba terasa tak patut join contest ni... Tak baik.. hoho, muke comel? budgetlah muka comel...ngee..
lulu ditag oleh..syakila..

cara-cara korang jage kulit muke korang..

Owh.. dari kecil, papa dah berpesan, kalau cuci muka tu cuci dengan bersih, air yang banyak.. lepas tu, kerap kali cuci, dan jangan biarkan muka berminyak, nantik macam jalan yang tak rata...
Dan bila dah besar, muka sekali sekala ada juga kena jerawat.. Tapi yang peliknya, lulu tak sesuai dengan banyak produk.. Dah cuba macam-macam.. walaupun sebenarnya lulu memang tak memerlukannya.. dan masalah yang paling ketara, kebanyakan produk sekarang ada 'pencerah'.. yang mana bila lulu pakai, muka jadi putih pucat sebab dah putih nak putih lagi?? kan tak sesuai..

Kena tag 3 orang, lulu tag makbed, nini dan cik bintang..


Tarikh Tutup : 01.06.2011




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!