Saturday, May 7, 2011

Mahu tak mahu terpaksa bersara..


Penyampai radio XFM, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 28, membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai deejay stesen radio itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada keluarga.
Nana yang telah menamatkan hari terakhirnya di stesen radio XFM, Jumaat memberitahu dia telah membuat keputusan tersebut sejak dua bulan lalu walaupun kontraknya dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) sepatutnya tamat pada hujung tahun ini.

"Memang ia satu keputusan yang amat berat dilakukan kerana sudah lapan tahun saya berkecimpung dalam dunia penyiaran radio. Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang anak sulung saya, Althea Raqeem Brian yang baru berusia lima bulan kerana dia memerlukan perhatian yang rapi.

"Selepas mengendalikan slot pagi 6-10 pagi tadi (Jumaat) saya pulang dengan keadaan yang sangat sedih. Malah saya menangis sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Apa-apa pun semua ini demi masa depan Althea," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambah Nana, dia ingin peminat-peminatnya tahu bahawa dia bukannya berhenti terus daripada industri hiburan kerana bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama itu masih lagi mengambil tawaran menjadi pengacara program-program televisyen sahaja.
Dalam pada itu, Nana turut bergiat aktif dalam perniagaan pakaian jenama FaraNana bersama rakan baiknya, Fara Fauzana.

Bagaimanapun ini tidak bermakna dia tidak akan menjadi seorang penyampai radio lagi di masa akan datang kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada.
Sementara itu, memandangkan kini hanya suaminya, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 37, sahaja yang bekerja, Nana memberitahu dia perlu merancang perbelanjaannya dengan sebaik mungkin.
Nana mula dikenali sebagai penyampai radio Era FM sejak tahun 2000 dan pada hujung 2008, dia ditukarkan ke radio XFM pula.



P/S - Kredit gambar dari blog nana..



.

Pakai skirt? Mungkin tidak........


Peraturan terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mewajibkan semua pemain badminton wanita memakai skirt pendek mungkin ditarik balik selepas mendapat bantahan anggota gabungan China, Indonesia dan negara Scandinavia.

BWF berpangkalan di Kuala Lumpur sebelum ini berkata, peraturan itu akan berkuatkuasa 1 Jun meskipun mendapat bantahan pemain dan pegawai.

Sebelum ini, pemain badminton wanita yang menyertai kejohanan utama diwajibkan memakai skirt walaupun mereka berseluar pendek, manakala memakai seluar sahaja tidak dibenarkan.

“Ada kemungkinan peraturan baru ini akan ini ditarik balik,” kata Pengurus Pemasaran Super Series BWF, S Selvam kepada AFP.

Keputusan sama ada peraturan itu dikekalkan atau sebaliknya hanya diputuskan pada mesyuarat agung tahunan BWF, 28 Mei ini, di China.



P/S - 28 mei? (happy birthday lulu...ngee)



.

Seterika bukan untuk seterika muka orang..


Seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah mencederakan amah warga Indonesia dengan seterika panas, tahun lalu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat keputusan itu atas SM Poongavanam, 36, selepas peguam bela tertuduh, S Yagoo, gagal menimbulkan keraguan terhadap pendakwaan itu.

Poongavanam dituduh mencederakan Win Faidaa, 26, di rumahnya di Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong, pada 1 hingga 13 September tahun lalu.
Laporan media sebelum ini menyatakan Win Faidaa melecur di dada akibat terkena seterika panas, disiram air panas di bahagian belakang, dipukul di kepala dan tidak dibayar gaji.

Dia ditemui dalam keadaan lemah di kawasan ladang di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, selepas ditinggalkan oleh majikannya tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Poongavanam yang tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan, didapati bersalah mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun bersama denda atau sebatan.

Dalam hujah pembelaan, Yagoo berkata, tertuduh yang mempunyai empat anak berusia enam tahun hingga 16 tahun, bertindak demikian kerana emosional dengan mangsa yang cuba menggoda suaminya.
“Tertuduh langsung tidak berniat mencederakan amah dan amah itu juga pernah membuat pengakuan ketika disoal siasat polis bahawa tertuduh sentiasa memberikan layanan baik,” katanya.

Timbalan pendakwa raya, Mohd Firdaus Abu Hanipah pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya berikutan trauma dan kecederaan mangsa.

“Mangsa datang ke Malaysia dengan satu tujuan murni, iaitu mencari rezeki yang halal tetapi ia musnah apabila mangsa dilayan secara tidak berperikemanusiaan dan diperlakukan seperti haiwan oleh tertuduh.

“Justeru, saya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman sewajarnya disebabkan kes ini sudah menjadi perhatian umum dan dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata pihak pendakwa raya berjaya menyampaikan hujah dan menggambarkan kejadian itu dengan baik.

Katanya, kes itu menjadi kes perbicaraan berprofil tinggi dan mendapat perhatian kebanyakan rakyat Indonesia, termasuk Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.




.

Dihari ibu yang menjelang tiba, sanggup jadi anak derhaka?


Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah.

Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju.

Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.

Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung.

Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka.
Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat.

“Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah.

“Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup.

“Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib,” katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas.



.

Osama bin Laden memang terbunuh!!

Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan ketuanya, Osama bin Laden dibunuh komando Amerika Syarikat dan berikrar untuk membalas dendam, menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam forum internet jihad dipetik kumpulan perisikan Amerika.

“Kami dalam Al-Qaeda berserah kepada Allah dan meminta pertolongan-Nya, agar terus membantu dan merestui perjuangan jihad dan ketua kami,

Sheikh Osama,” kata kumpulan perisikan, SITE memetik kenyataan itu. “Kematian Sheikh Osama bin Laden adalah mati syahid dan semoga Allah mencucuri rohnya dan terus melindungi dan menyayangi kami serta seluruh umat Islam,".

“Kami meminta seluruh umat Islam di Pakistan dan di mana tempat Osama terbunuh agar bangun untuk membersihkan nama kami yang dipalit sebagai 'perompak' dan dianggap sebagai musuh mereka", katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!