Wednesday, May 4, 2011

[SEGMEN] Yeah!!! Lulu Caldina Review Blog saya..

Selamat malam... alhamdulillah, terima kasih, korang sudi join segmen ni...
Ramai juga join tu... Dan lulu belum terjah lagi semua blog..
Hari ni busy sikit..ada kerja yang lebih penting kena selesaikan dulu..


Pada mulanya nak review untuk 10 blog saje...
dan........seperti selalunya, kerana lulu baik hati *sila jangan muntah kat sini,
sukacita diumumkan, bahawa lulu akan cuba review semua blog...
err semua yang join.. Kalau korang tak join,
macam mana lulu nak review, kan?
Kita kena adil.. Bila orang memberi, kita menerima, dan begitu juga sebaliknya..
Semoga dengan usaha lulu ni, akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diatara kita.. dan juga semoga apa yang kita hajatkan ketika join segmen ni, akan tertunai..ngee.. Korang nak trafik? Nak follower reramai? nak komen yang banyak? Nak sentiasa ada orang berkunjung ke blog?
Hah, itu kena tanya kepada yang pakar... Encik Ben lah..ekeke


Tak lama lagi, lulu akan umumkan satu berita gembira..
Kalau korang baca entri ni, maka koranglah antara orang yang pertama tahu...
apa dia? ngee, Tinggal beberapa jam saja lagi, akan ada sesuatu terjadi kat lulu-pages ni...
Hoho, memang berbaloi nak tahu...betul ni..
Setia di lulu-pages, dan korang pasti tahu apa berita gembira tu...ngee..


(eh jangan tanya pasal bila lulu nak kahwin...hoh, bukan psl itu tau..)




Selamat malam, TQ kerana tekun membaca..ngee



.

Sesungguhnya kita tetap bersahabat walaupun berlainan rupa..


Manusia sepatutnya malu jika melihat kisah mereka ini. Meskipun hanyalah haiwan, tetapi mereka boleh hidup rukun. Sedangkan mereka merupakan species yang berbeza. Melihat dari kisah persahabatan seekor anjing dan angsa, ternyata haiwan juga tahu membalas budi, demikianlah kalimah yang boleh di gambarkan persahabatan kedua haiwan ini.

Seekor anjing dan seekor angsa kelihatan begitu akrab bersahabat, setelah angsa diselamatkan dari hentaman sebuah kereta oleh anjing itu.

Yu Yanping (47), ialah pemilik kedua haiwan tersebut. Yanping mengakui takut ketika pertama kali melihat anjingnya membawa seekor angsa lemas ke halaman rumahnya di desa Jiujiawan, Urumchi, China Barat Laut.

Tapi ternyata anjing itu berniat baik. Haiwan itu kelihatan tergopoh-gopoh membawa angsa yang dalam keadaan lemah itu. Angsa malang itu diselamatkan tanpa bulu di beberapa bahagian tubuhnya.

"Saya fikir ketika itu dia akan makan angsa tersebut. Ternyata anjing saya, menurunkan angsa itu dari mulutnya dan menjilat badan angsa itu, sejak itu mereka tidak dapat dipisahkan. Mereka makan dari mangkuk yang sama dan bahkan berada di kandang yang sama,” ujar Yu.
Seperti mengalami trauma, ketika ada bunyi dari sebuah kereta, angsa tersebut akan terkejut dan ketakutan. Anjing pun akan menggonggong sekali seperti sedang melihat seorang perompak.



.

500 meter dari lokasi kejadian


Mayat dua daripada tiga kanak-kanak masing-masing berusia antara 1 hingga 5 tahun yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam ditemui pagi ini.

Mayat Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, ditemui oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, pada kira-kira pukul 3.15 pagi ini kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 10.20 pagi di 2.5 kilometer dari tempat kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi kanak-kanak itu, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang diperhebatkan.
Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa itu telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam, tiga kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras ketika sedang mandi manda di kawasan perkelahan popular itu.

Bapa kanak-kanak itu, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.
Sementara itu, di Hospital Kuala Pilah, ibu kanak-kanak itu, Wan Azlela Wan Abdullah, 27, rebah sebaik saja melihat jenazah anak sulungnya yang dibawa ke bilik mayat hospital itu.
Beliau kemudian di bawa ke bilik kecemasan sementara Syed Ahmad dilihat berada di hutan lipur tersebut pagi ini untuk mengecam mayat anaknya.




.

[Pregnant] Memang berita baik


Hoho, sekadar berkongsi berita gembira kepada semua...
Siapa yang tak kenal red mummy, kan????
Dia baru release berita paling gembira buat keluarga dan pembaca blog merahnya...
Dia mengandung anak ketiga....
Tahniah kak red.....


Ramai yang mengandung sekarang eh...
Semoga semuanya selamat..
Terutama buat makbed yang menunggu 'minggu' saja skrg ni...
Eh ramailah, juga buat ogosh...ngee...



.

[SEGMEN] Yeah!!! Lulu Caldina Review Blog saya..



Ekeke, mari kita beraktiviti....Selagi giveaway/contest tak start lagi kat Lulu-Pages ni, mari kita beralih kepada segmen pula... Hah, kalau nak join silalah alert..


* Tak kira follow lulu-pages atau tak follow, boleh join...lulu kan baik hati..*wink
* Letak header lulu kat atas dalam entri khas korang dengan title
" Yeah!!! Lulu Caldina Review Blog Saya"
* Ceritakan sebab kenapa anda berminat join segmen ni... err, berminat untuk blog anda di-review oleh lulu.... DAN, apa yang menariknya blog anda itu..
* Tinggalkan URL link entri itu di ruangan komen.
* Tarikh Tutup adalah 04.05.2011 Jam 2 Petang..



10 Blog bertuah akan Lulu review, secara eksklusif dalam lulu-pages, dan melekat dalam Sticky Post selama 24 jam.. hahaha, tawaran istimewa ni...Tak join memang rugi...
Pastikan korang melengkapi semua syarat mudah tersebut.. Seandainya tak lengkap, sila terima jika anda direject *kejam...




.

“Ayah, ibu, saya tak cukup makan di sini... tidak cukup wang. Tolonglah, saya nak balik ke Malaysia,”


“Ayah, ibu, saya tak cukup makan di sini... tidak cukup wang. Tolonglah, saya nak balik ke Malaysia,” itulah luahan Ahzlina Azmi, 22, yang kini hidup menderita berkahwin lelaki Lombok dan menetap di Balik Papan, Indonesia, sejak 2008.

Ahzlina sering menghubungi ibu bapanya yang menetap di Kampung Bukit Tiu di sini, menangis dan merayu supaya beliau dibawa pulang kerana tidak tahan dengan penderitaan hidup yang dialaminya.



P/S - Apa pengajaran dari berita ni?



.

Macam ni pun ada eh..?

Terdesak akibat ketiadaan wang untuk melangsungkan majlis perkahwinannya, seorang perunding luar cuba menipu tunangnya sendiri dengan menghantar SMS menyatakan dia diculik bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM47,000 daripadanya.

Lelaki berusia 26 tahun itu menghantar SMS berbunyi ‘tunang awak diculik dan berada dalam tangan saya... untuk menyelamatkannya tunggu arahan seterusnya’ kepada tunangnya berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah hospital swasta di Damansara kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mangsa menerima SMS kedua kira-kira jam 10 malam yang memintanya memasukkan wang berjumlah RM47,000 ke satu akaun bank seperti diarahkan.
Bertindak atas laporan dibuat wanita itu sebaik menerima mesej pertama, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menahan seorang lelaki di Stesen KL Sentral pada malam sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata siasatan yang dijalankan mendapati SMS itu dihantar sendiri tunang mangsa dan tujuannya adalah untuk mendapatkan wang hantaran perkahwinan dengan cara mudah.

Katanya, suspek mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan dilangsungkan akhir bulan ini.

Tun Hisan memberitahu meskipun lelaki itu menipu tunangnya sendiri bagi mendapatkan wang, polis tetap memandang serius kes berkenaan dan suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan culik.




.

Tak pernah ajar..


Pelakon Norman Hakim tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk ponteng sekolah apatah lagi jika disuruh oleh tunangnya, Memey Suhaiza.
Norman berkata, tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Memey sengaja tidak membenarkan Mohd Danish Hakim, 8, dan Marisa Dania Hakim,6, ke sekolah adalah tidak benar sebaliknya sekadar salah faham.
“Sebenarnya, seorang anak saya iaitu Danish baru habis peperiksaan. Jadi, dia meminta untuk tidak pergi ke sekolah sehari selepas peperiksaan itu untuk meluangkan masa bersama saya.

“Memandangkan saya dan Memey tidak mempunyai penggambaran, maka saya memenuhi keinginan itu termasuklah membawa anak kedua saya, Marisa keluar bersama,” katanya.
Norman diminta mengulas kononnya Memey terlibat mengajar anak-anaknya ponteng sekolah seperti mana yang diperkatakan dalam laman Twitter sebelum ini.

Kata Norman, dia amat mementingkan pelajaran anak-anaknya dan tidak sesekali membiarkan mereka ponteng sekolah tanpa sebab tertentu.
Sementara itu, bercerita mengenai pemilihan tarikh pernikahan dia dan Memey, pelakon bertubuh sasa itu akan memilih tarikh di antara bulan September dan November depan.
"Setakat ini kami masih sibuk dengan karier masing-masing sehingga bulan Ogos.

"Jadi pemilihan tarikh masih lagi belum dibuat. Cuma kami menetapkan pernikahan akan berlangsung di antara September dan November. Bagaimanapun, segala persiapan perkahwinan sudah siap 99 peratus," tuturnya yang kini muncul menerusi drama Kerana Mu Laila (TV3) dan Sutra Cinta (TV2).



.

Saya tidak boleh terima alasan ni..


Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam melahirkan rasa kecewa dan kurang minat untuk mendengar kes ubah tuntutan nafkah dua anak pengacara, AC Mizal selepas bekas isterinya, Shafnie Zainuddin tidak hadir mahkamah untuk mendengar prosiding itu.

Hakim Syarie, Abdul Halim Mohamad berkata demikian apabila dimaklumkan peguam syarie, Mohd Ridhwan Husin yang mewakili model dan pengacara televisyen, Shafnie, 36, tidak hadir ke mahkamah semalam kerana berada di luar kawasan.

“Saya tidak boleh terima alasan ini. Lepas ini saya tidak akan timbang lagi jika dia tidak hadir, tolong nasihatkan dia hadir pada tarikh seterusnya. Lagipun defendan (AC Mizal) selalu hadir, dia yang tidak pernah hadir, sedangkan dia plaintif,” katanya.

Abdul Halim kemudian menetapkan 6 September ini untuk sambung bicara kes itu selepas dimaklumkan dua saksi iaitu ibu dan kawan Shafnie juga tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Mohd Ridhwan berkata, ibu Shafnie, Rapiah Ab Talib berada di Hospital Serdang kerana menjalani pembedahan mata, manakala rakannya, Mazlina Alias demam sejak pulang mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.

Abdul Halim menasihatkan kedua-dua pihak melakukan perancangan rapi sebelum prosiding akan datang.
“Tempoh diberi panjang, plaintif dan defendan perlu rancang apa yang perlu dilakukan,” katanya.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 40, hadir di mahkamah bersama peguamnya, Siti Aishah Din.

Pada 5 Oktober 2010, Shafnie memohon tambah nafkah anak RM300 menjadi RM3,770 sebulan selepas mengetahui kemewahan dimiliki bekas suaminya itu menerusi media.




.

Wanita dibunuh kerana enggan terima lamaran


Hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewaan lelaki itu di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini, malam tadi.

Mayat Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui pada jam 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata kejadian dikatakan berpunca wanita itu menolak lamaran teman lelakinya yang berusia 50 tahun menyebabkan lelaki terbabit berang dan bertindak luar kawalan.
"Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini sejak sebulan lalu menyerah diri di balai polis di sini kira-kira jam 1.30 pagi dengan membawa pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa setelah dinasihatkan oleh majikannya.

"Suspek mengenali mangsa sejak lima hingga enam tahun lepas. Suspek telah mempunyai keluarga di Johor," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan wanita yang berasal dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang itu bekerja di sebuah kilang di Gurun selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sains Nukleas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ogos lalu.

Adzaman berkata, lelaki itu akan direman bagi membantu siasatan.
Kes akan di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.


Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, keluarga wanita berkenaan yang ditemui di bilik mayat HSB enggan ditemubual.






.

“My Life’s Story Blog First Giveaway”


Hoho, nasib baik sempat lagi nak join giveaaway ni... Blog dia lawa tau..ngee..
Oleh kerana Cik MY ni takde mention mengenai tarikh tutup, lulu pun jadi berdebar-debar nak join..takut dah tutup, takde peluanglah nak menang, kan..weewuu..



Lulu tag makbed, siapa tau rezeki lagi (tahniah makbed menang GA peony pinky tu...) dan nini d..



Kalau nak join juga, sila klik pada banner untuk lebh lanjut...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!