Monday, May 2, 2011

Dia sudah terbunuh?


Osama Bin Laden terbunuh dalam serangan menggunakan helikopter di sebuah rumah agam di bahagian Utara ibu negara Pakistan, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan pada Isnin.
Empat helikopter melancarkan serangan di bahagian Bilal, Abbottabad yang terletak kira-kira 100 kilometer utara dari sini, kata seorang pegawai Pakistan yang enggan mendedahkan namanya ekoran isu tersebut dianggap sebagai sensitif.

Pegawai tersebut menambah, satu daripada helikopter tersebut terhempas dikatakan ditembak dari bawah. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sekiranya ada yang terkorban.
Beliau berkata, helikopter terbabit bertolak dari pangkalan udara Pakistan yang terletak di utara negara terbabit.

Dalam serangan itu, golongan wanita dan kanak-kanak ditahan.
Seorang pegawai AS yang juga tidak mendedahkan identitinya mengesahkan bahawa serangan tersebut dilancarkan ke arah sebuah rumah agam berhampiran Islamabad.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Barrack Obama berkata, operasi tersebut dijalankan pada Ahad.


Berita kematian Osama di Islamabad akan menimbulkan persoalan bagaimana dia dapat meloloskan diri daripada tangkapan dan berapa lama dia bersembunyi di daerah tersebut.



.

" SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK "



Whoaa segmen yang menarik.. Menarik sebab ianya berkaitan warna BIRU... Lulu suka biru, itulah sebabnya blog lulu berwarna biru.. Biarpun tukar berkali-kali, tapi warna tetap biru..ekeke.. Semuanya sebab lulu minat dengan CHELSEA.. Keep the blues flying high..yeah



Hoho, PS suh kita kutuk blog dia eh? Bagi lulu, blog PS dah ok dah, tak semak dan senang loading.. Dan kalau nak buat perubahan, mungkin header dan template yang lebih kreatif, akan menarik lebih ramai pembaca...



Encik PS, silalah review lulu-pages yer..



.

Apa korang akan buat dalam situasi ini?


“Ketika cuba menyelamatkan mereka, saya melihat pemandu dan kanak-kanak dalam kereta itu kelemasan dan bergelut untuk keluar,” kata Mohd Izzaidi Mohd Rosli, 23, saksi kemalangan yang meragut nyawa dua bersaudara, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu V Menan Raj, 21, terbabas sebelum terhumban ke dalam sebuah parit di Lorong Tokong Siam, Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, dekat sini.

Kejadian ketika hujan lebat itu menyebabkan Menan Raj mati di tempat kejadian akibat lemas selepas terperangkap dalam kenderaan itu, manakala anak saudaranya R Thivaran, 7, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI).
Dua lagi penumpang yang juga adik beradik Thivaran, R Rajeletchumi, 9, dan R Vimal, 2, dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTI manakala abang mereka, R Mugilan, 13, dalam keadaan stabil di hospital sama.

Mohd Izzaidi berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi geseran tayar sebelum dentuman kuat seperti objek tercampak ke dalam air.

“Saya bersama beberapa ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian dan seperti tidak percaya melihat sebuah kenderaan tenggelam dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter itu.

“Sebaik menghampiri kenderaan itu, saya melihat terdapat beberapa mangsa terperangkap di dalamnya bergelut untuk keluar,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Mohd Izaidi bersama beberapa ahli keluarga dan penduduk kampung kemudian terjun ke dalam parit dan berjaya menarik Mugilan keluar dan segera memberikan pertolongan cemas kepadanya.

Menurutnya, mereka kemudian berhempas-pulas membuka pintu kenderaan itu sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa.


“Dalam keadaan kelam-kabut sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa, saya sempat melihat seorang daripada mangsa (Menan Raj) sudah tidak bergerak kerana tersepit di tempat duduk, manakala tiga lagi seperti dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

“Saya sedih kerana seorang daripadanya disahkan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika dikejarkan ke hospital. Saya berdoa dua lagi mangsa yang dilaporkan kritikal supaya selamat,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada keempat-empat penumpang yang juga abang kepada Menan Raj, gagal ditemu bual kerana terlalu sedih atas kejadian malang itu.

Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang enggan identitinya disiarkan berkata, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Jaya, dekat sini, selepas menjemput Mugilan yang menghadiri kem di sebuah sekolah rendah berdekatan tempat kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan.



.

"H.U.S.M.Y.N.A Giveaway"


 Hoho, Kak Husmyna pelawa lulu untuk join 1st giveawaynya... Dan bagi menunjukkan yang lulu menyokong, marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi giveaway ni... Dan, yang palinggg best, hadiahnya tudung! yeah, lulu suka dapat tudung....(selepas makbed bagi tundung, ekeke nak tudung lagi...)


Jom, join, sila klik pada banner untuk lebih lanjut...



Tarikh Tutup : 31 Mei 2011



.

Selamat bergelar suami dan isteri..


Zed Zaidi, sudah selamat menjadi suami kepada Nelly Natalia, 29 april yang lalu di Restoran Felda Villa..
 
Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.
“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya. Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.


“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3. Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.



P/S - Semoga berbahagia kekal selamanya..



.

Tumpas...hoho takde nasib


Arsenal menumbangkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United 1-0, sekali gus membuka kembali saingan kejuaraan liga. Dalam pertemuan di Stadium Emirates itu, Arsenal memperoleh gol tunggal menerusi Aaron Ramsey pada minit ke-56.


Dengan kekalahan itu, United kini dipisahkan hanya tiga mata dengan Chelsea di tempat kedua.
United dan Chelsea akan bertemu di Old Trafford minggu depan dan ia dianggap perlawanan penentuan untuk perebutan kejuaraan liga musim ini.



P/S - Ekeke, sorry menyu..See you in old krepot..



.

Wanita maut selepas ditumbuk

Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan, seorang wanita berusia 53 tahun bukan sahaja disamun malah ditumbuk mukanya sehingga pengsan sebelum mulut dan matanya ditampal dengan pita pelekat sehingga mengakibatkan mangsa maut akibat sesak nafas.

Kejadian berlaku pukul 4 pagi semalam, ketika mangsa, Ka'yah Said dan anak perempuannya berusia 13 tahun berada di dalam rumah di Bukit Kuang, Kemaman, sebelum kediaman mereka diceroboh sekumpulan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mangsa yang terkejut terus menjerit sebaik terserempak dengan suspek yang sedang menggeledah rumah.
Katanya, berikutan itu mangsa dipercayai ditumbuk pada mukanya sehingga tidak sedarkan diri.
"Suspek kemudian mengikat mangsa serta menutup mulut dan matanya menggunakan pita pelekat sebelum melarikan beberapa barang berharga termasuk barang kemas dan elektronik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Manoharan berkata, semasa kejadian, anak mangsa berada dalam bilik kerana ketakutan manakala suami wanita itu pula di Kota Bharu, Kelantan, kerana mempunyai urusan.
Katanya, kanak-kanak itu hanya keluar selepas kedatangan pihak polis yang dihubungi jirannya setelah melihat sesuatu mencurigakan di rumah tersebut.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman tetapi disahkan meninggal dunia 15 minit selepas menerima rawatan," ujarnya.
Tambah Manoharan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 396 dan Seksyen 302 atas kesalahan menyamun dan membunuh.
"Kita sudah ada maklumat dan petunjuk tentang kes itu dan siasatan diteruskan dengan kerjasama IPD Kemaman," ujar beliau.




.

Setelah 13 tahun baru pulang..


Seorang anak yang mengikut seorang lelaki ke Lombok, Indonesia sejak 13 tahun lalu pulang ke rumah ibunya di sini malam tadi.
Nooriah Abdullah, 30, tiba dari Surabaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Mat Sirat pada pukul 11 malam.

Kepulangannya disambut oleh ibunya, Dayah Sibun, 64, anggota keluarga serta Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi, Nur Saidi Nanyan.
Nooriah menghilangkan diri selepas memberitahu ibunya bahawa dia mahu menghadiri majlis kenduri di Padang Mat Sirat, tetapi telah mengikut seorang jejaka Indonesia yang membawanya ke Lombok.
Katanya, dia sudah berkahwin dengan lelaki itu dan mereka kini mempunyai dua orang anak berumur 12 dan 5 tahun.

Bagaimanapun suami dan anaknya tidak mengikutnya pulang.
Menurutnya, dia gembira dapat kembali ke tanah air tetapi masih memikirkan mengenai anak dan suaminya yang berada di Mataram.
Dayah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua pihak terutama Pemuda UMNO Langkawi yang berusaha membawa anaknya pulang.



.

Hoh dia angkat tangan sejak 38 tahun


Sadhu Amar Bharati adalah orang suci India yang mengangkat tangan kanannya sejak tahun 1973. Sekarang, 38 tahun kemudian, tangannya hanyalah terdiri dari sisa kulit dan tulang, namun telah menjadi simbol bagi umat Shiva di India.


Pada tahun 1970, Amar Bharati adalah lelaki kelas tengah yang hidup normal. Dia mempunyai pekerjaan, rumah, isteri dan tiga anak, tapi semuanya berubah ketika dia bangun suatu pagi dan memutuskan untuk meninggalkan semuanya dan mengabdikan hidupnya untuk melayani dewa Hindu Siwa.

Dia mulai berkeliaran di jalan-jalan India mengenakan pakaian yang sederhana. Setelah tiga tahun, pada tahun 1973, Amar menyedari bahawa dia masih terlalu berhubungan dengan kemewahan dan kenikmatan dunia dan sejak itu dia memutuskan untuk memisahkan diri dari kemewahan dunia dengan mengangkat tangan kanannya dan menjaganya agar tetap terangkat.



P/S ; Bulu ketiak tu memang tak menahan...ekeke



.

"1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN"



Hoho, bannernya memang cute gila..eh cute sangat... memalam ni, join giveaway dengan harapan besar...semoga menang...Pick me.. pick me... (ngee, teringat dengan watak donkey dalam shrek, sebut macam tu sambil lompat...lompat...)


Korang nak join? sila join sekali, memeriahkan lagi GA ni... Dan, sekali doakan lulu menang eh? ngee...



Lulu nak tag makbed dan nini d..


Tarikh tutup : 6 mei 2011, 11.5 p.m



.

Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama..



Giveaway yang ringkas, dan lulu join dengan suka hati.. yeah lompat-lompat...
Semoga bertuah...eh menang apa? ngee, klik pada banner untuk lebih lanjut...


Kalau nak cerita mengenai hari lahir, hoho, memang tersangat kebetulan ni...
Sebab hari lahir lulu dah dekat (28 mei), so terasa agak teruja juga nak cerita..ngee...
Tapi jujurnya, lulu tak ada banyak cerita gembira mengenai hari lahir lulu...
Lulu ingat, lulu pernah meraihkan hari lahir dengan perasaan sedih, sebab masa tu takde yang ingat hari lahir lulu..huhu...sedih woo....


Namun, apa yang paling lulu tak boleh lupa sampai sekarang, my late grandma, hadiahkan gelang emas yang cantik... dan setelah bertahun-tahun, gelang itu masih berada ditangan lulu... Pernah buka sebab putus.. bila dah sambung, dia kembali kepada lulu...ngee



Tarikh Tutup : 15 mei 2011



.

Diariummi Giveaway.


Hoho giveaway yang ringkas... marilah join bersama..klik pada banner untuk lebih lanjut...
Semoga lulu bertuah....Makbed dan nini, sila join yer..


Hadiah : 5 pemenang yang bertuah bakal diumumkan. Hadiah mungkin ditambah jika penyertaan menggalakkan dari kawan-kawan semua.



Tarikh tutup : 20 Mei 2011, 11.59 pm




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!