Sunday, April 24, 2011

World's smelliest flower opens for the first time



For botanists, it doesn't get more exciting than this - after 75 years, the Titan Arum plant has unfurled its leaves and is in full bloom.
For curious crowds who gathered, they perhaps realised that a once-in-a-lifetime look is more than enough - thanks to its pungent odour of rotting flesh.
The flower, nicknamed 'Corpse flower', bloomed late on Good Friday at the University of Basel, Switzerland and is expected to remain open until Easter Sunday. 
 The eight foot plant, which is indigenous to Sumatra's rainforests in Indonesia, has the largest unbranched shoot in the world. On average, they bloom once in a decade. 
 Titan Arum is coveted by collectors and plant enthusiasts around the world because of its strange blooming patterns. 


It produces umbrella-sized petals which open to a diameter of three to four feet. 
Its distinctive smell can be detected from half a mile away. The odour, which is usually strongest at night, is meant to attract pollinators such as carrion beetles and flesh flies.
Twelve of them are housed at the Royal Botanic Gardens, Kew, in the Princess of Wales Conservatory among hundreds of other tropical plants.
When the plants are ready to pollinate, the stem heats up to release a pungent smell, which lasts for about three days.


The largest Arum at Kew gardens weighs 200lb and grows at a staggering rate of a quarter of an inch an hour.
It guzzles liquid fertiliser and potassium each week to keep up its strength while bedded in roomy surroundings. 
Sir David Attenborough, who invented the name Titan Arum, was the first to capture it flowering on film for his BBC TV series The Private Life of Plants.
He dropped the plant’s original name – Amorphophallus – perhaps because of the reference to male genitalia. 



.

Artis berpolitik


Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya, Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai ahli parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata, beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi. "Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya ketika program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan "Dulu, Kini dan Selamanya...tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

AC Mizal berkata, beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.
"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata, beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya, Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata, beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya



.

Padan muka!!


Paderi Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan protes di Afghanistan kerana membakar al-Quran bulan lalu dipenjarakan sementara selepas enggan membayar bon AS$1 (RM3) sebagai janji tidak akan mencetuskan huru-hara.

Keputusan oleh Hakim Mahkamah Daerah Dearborn, Mark Somers terhadap Terry Jones dan rakannya Wayne Sapp itu dibuat semalam selepas juri memutuskan kedua-dua paderi itu 'mungkin akan mencetuskan huru-hara' sekiranya mereka dibenar mengadakan protes di luar sebuah masjid di sini.

Tindakan Jones membakar al-Quran bulan lalu mencetuskan protes ganas di Afghanistan. Paderi kontroversi itu kemudian mengumumkan dia akan mengadakan satu protes di sebuah pusat Islam di sini semalam, namun bantahan itu terbantut ekoran satu prosiding mahkamah.

Juri memutuskan, tindakan Jones sebelum ini merupakan bukti penting yang menyatakan protes di hadapan Pusat Islam Dearborn di sini itu hanya akan mencetuskan keganasan.
Somers kemudian mengarahkan Jones dan Sapp supaya membayar AS$1 (RM3) bagi memastikan dia tidak melanggar ketenteraman awam. Selepas paderi itu enggan berbuat demikian, dia diiringi keluar dari mahkamah oleh polis Dearborn.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas membayar jumlah yang diputuskan hakim.
Paderi tersebut telah memohon permit untuk mengadakan protes di tanah awam berhadapan masjid berkenaan.
Polis tidak meluluskan permohonan itu dan memintanya mengadakan protes tersebut di 'zon hak bebas bersuara' di hadapan sebuah bangunan lain di bandar itu.




.

Mati terjun dari tingkat 36


Seorang bintang bola sepak Hong Kong yang ternama membunuh diri dengan terjun bangunan pangsapuri selepas bertengkar dengan isterinya, semalam.

Cheung Sai-ho, 35, dinobat sebagai pemain paling berharga Hong Kong pada 2003 dan pemegang rekod dunia - membuat jaringan untuk pasukan belia Hong Kong kira-kira 2.8 saat selepas perlawanan bermula dalam pertandingan Piala Portsmouth di Britain pada 1993. Pemain tengah berbakat yang bersara daripada bidang sukan pada 2008 itu terjun dari tingkap tingkat 36 pangsapuri kediamannya selepas bertengkar dengan isterinya, kata polis sebagaimana dipetik daripada akhbar South China Morning Post. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



.

Berjudi sebelah mayat..


Akibat gila judi, sekumpulan 17 kaki judi, termasuk dua wanita sanggup melakukan kegiatan itu di sebelah mayat di Rumah Pangsa Seri Tanjung, Jalan Raja Uda di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, kumpulan terbabit berusia antara 27 hingga 60 tahun bermain judi belangkas di bawah khemah yang menempatkan keranda tanpa menghiraukan tetamu memberi penghormatan kepada si mati.

Meja judi hanya dipisahkan dengan keranda oleh kain tabir.
Tanpa menghiraukan waris si mati, mereka leka berjudi hinggalah sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, menyerbu tempat itu, kata Pegawai Turus D7 IPK Pulau Pinang, Asisten Superintendan Sayuti Harun.




.

Kaki hilang 19 jam


Kemalangan maut melibatkan seorang pemandu bas ekspres di Kilometer 429 Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung di sini malam tadi, mencetuskan misteri apabila kaki kiri mangsa yang terputus hilang 19 jam.
Mangsa, Hussin Razaly, 47, sebelum itu memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan dan cuba melintas lebuh raya untuk bertemu rakannya di seberang jalan, dirempuh sebuah kenderaan.
Berikutan kemalangan pukul 9.30 malam itu Hussin yang memandu bas syarikat Yakin Ekspres membawa 15 penumpang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur maut di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan dengan kaki kirinya terputus.

Polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian gagal menemui kaki mangsa menyebabkan ahli keluarga Hussin dan rakan sekerja mengambil inisiatif mencari kaki tersebut.
Pencarian mereka selama berjam-jam buntu sehinggalah ternampak dua ekor burung gagak berlegar-legar di udara, kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan.

Rakan setugas Hussin, Sobri Long, 39, memberitahu, mereka yang hampir berputus asa mencari kaki Allahyarham pada pukul 3 petang tergerak hati menuju ke arah burung berkenaan.
"Rupa-rupanya burung itu berlegar-legar di atas kaki mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kemalangan.
Sementara itu, pemandu kenderaan yang merempuh Hussin sehingga ini masih belum dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Cif Inspektor Maszaliza Ibrahim @ Othman di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan.



.

Tabik spring untuk Torres


Chelsea sentiasa dihati..ngee..

bukan kerana kemenangan 3-0 keatas west ham yang menjadi perbualan dalam game hari ni, melainkan gol tercantik oleh torres di minit ke84...Gol pertama untuk musimnya bersama chelsea.. Peminat chelsea nampaknya lompat-lompat suka hati kerana pemain mahal ini akhirnya menunjukkan sinarnya...


Walaupun dimasukkan hanya pada masa kedua dan menggantikan drogba, namun itu tidak menghalang torres dari menjaringkan gol yang cantik... dan rasanya itu merupakan amaran awal, dari torres, pasti akan lebih banyak lagi gol buat the blues, untuk hari-hari seterusnya bersama chelsea...Vamos Torres..




Keep The Blues Flying High..
Selepas 12 games = diakhiri dengan gol pertama yang cantik!!
Ok, sekarang dah boleh tidur...ZzzZZzz..



.

Dia belum hamil


AGAKNYA itulah yang dikatakan rezeki orang berumah tangga. Sebaik habis cuti perkahwinan dua minggu Ayu Raudhah tidak goyang kaki di rumah.

Dalam tempoh hampir tiga bulan selepas menjadi suri pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, sudah empat produksi drama Ayu selesaikan. Dua daripada produksi itu daripada naskhah drama bersiri dan dua lagi adalah telemovie.
“Syukur sangat. Saya cuma sempat cuti dua minggu selepas kahwin, setelah itu banyak masa dihabiskan di lokasi,” katanya.

Dalam rasa bercampur bahagia, dia dan Zaquan masing-masing masih bertukar-tukar kediaman, sekejap di rumah lama Ayu di Subang, Selangor dan sekejap di Seremban. Pasangan tersebut berkahwin pada 21 Januari lalu.
“Kadang-kadang rasa macam masih di alam berkasih-kasihan. Saya sibuk dengan jadual penggambaran. Bila ada waktu cuti sehari atau dua hari, kami akan jumpa.

“Kemudian apabila Zaquan ada latihan, pagi-lagi lagi dia akan bergerak balik ke Seremban, saya pula ke lokasi penggambaran.
“Macam baru-baru ini, saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Mata Ayer di Perlis, jadi masa bersama sangat terhad,” katanya yang bertukar ke lokasi penggambaran telemovie, Kemilau Di Hati Nadirah di Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Mujurlah kata Ayu, sepanjang seminggu berada di Pulau Pinang, Zaquan ikut bercuti memandangkan dia baru menjalani rawatan perubatan akibat kecederaan lutut.
Bertanyakan khabar sama ada sudah ‘berisi’ atau belum, ketawa si pengantin baru yang masih bersisa inai di jari itu semakin manja.

“Belum, kami pun tengah menunggulah. Saya memang berharap untuk cepat-cepat menimang cahaya mata, Zaquan lagilah teruja. Awal-awal lagi kami sudah berbincang pasal anak.
“Masa bulan pertama kahwin, saya sedikit berdebar, ingatkan bila sudah terlewat ‘kitaran,’ maknanya saya dah berisi, tapi rupa-rupanya belum lagi. Belum ada rezeki nampaknya,” tergambar fasa pertama bergelar isteri yang menyeronokkan daripada ungkapan adik jelitawan, Rozita Che Wan itu.




.

Jom Sambung Belajar


Walaupun sibuk dengan promosi filem terbaru arahan dan terbitannya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tetap menerima tawaran menyambung pelajaran dalam peringkat PhD industri, yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Idham telah menyerahkan borang kemasukan kepada Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak di Sintok, baru-baru ini.
Dengan penerimaan kemasukan ke sesi pembelajaran terbabit, Ahmad Idham, selaku penerbit, pengarah dan pelakon dijangka akan bergelar Doktor dalam tempoh minimum dua tahun lagi.

Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, inisiatif beliau untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PhD merupakan usahanya untuk mempertingkatkan industri perfileman tempatan.

“Akademik merupakan minat saya semenjak dahulu, bila mengetahui UUM ada menawarkan program PhD Industri, ianya merupakan satu peluang yang harus direbut,” kata Idham.
“Saya berharap pemindahan kejayaan dalam industri perfileman tempatan ke dalam medium dan konteks akademik bakal menjana perspektif baru dalam menjayakan agenda membawa industri perfileman tempatan ke persada global.

“Saya juga berharap ianya menjadi pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi dalam memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai permohonan Ahmad Idham yang memilih untuk menyambung pengajian di universiti berkenaan, Mohamed Mustafa berkata, ia akan memberikan input terbaik buat universiti juga industri perfileman tempatan.

PhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi.

Kursus PhD Industri ini mempunyai tempoh minimum selama dua tahun bagi setiap pelajar untuk melengkapkan pengajian mereka dibawah seliaan seorang penyelia yang dilantik oleh universiti.

“Ahmad Idham akan menghasilkan tesis PhD yang berasaskan bidang perfileman tempatan, terutamanya berkaitan permasalahan, cabaran juga bagaimana mengatasi halangan terbabit, dalam memastikan industri ini mampu berdaya saing dengan industri filem serantau dan global.

“Selain itu, dengan penghasilan tesis itu juga mampu dijadikan bahan rujuk dan kajian kes untuk pelopor-pelopor industri yang lain, selain membantu penggubal dasar dalam membantu untuk mempertingkatkan industri perfileman tempatan, “ ujar Mohamed Mustafa.

Sementara Penyelaras Program Akademik Khas Selebriti, Universiti Utara Malaysia, Mohd Idzwan Yacob berkata, pemilihan Ahmad Idham, merupakan satu bentuk pemindahan kejayaannya dalam industri perfileman tempatan ke medium akademik yang mampu menjana pemikiran penuntut.

Selain itu, Universiti Utara Malaysia juga turut menawarkan pengajian peringkat pra siswazah kepada selebriti tanahair di dalam bidang komunikasi, yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia, cawangan Kuala Lumpur.



.

Lulu nak buat pengakuan...


Hoh entri tengah malam ni...
Nape lom tido eh? ngee tengah enjoy tengok game chelsea vs west ham kat stadium astro..
enjoy sampai habis game... err sambil update blog dan BW...
Tengok siapa yang 'malang' kena terjah memalam ni.. *wink..


Lulu nak buat pengakuan...eheh..
sepanjang hari [sabtu], arghh malasnya nak belek blog sendiri...
badan rasa sakit, sedangkan jumaat tu jalan jauh, eh duk dalam keta, kesuatu destinasi yang jauhnya 2 jam jer -pun.. Pergi balik, dapatlah 4 jam...
Bukan lulu yang drive pun, lembeknya badan.. Balik jer terus nak tido..
Lepas tu hari sabtu sambung lagi sepanjang hari...
huh, kenapa boleh jadi malas??



Semoga esok penyakit malas tu akan pergi...


Korang dah tido? Heh malam minggu tido awal..
atau baru balik dari dating...ngee..
Jom BW beramai-ramai..
Kasi up trafik kengkawan...yeah..



.

"First Giveaway Umidanish"


Dah banyak kali join GA yang menghadiahkan tupperware... tapi tak pernah menang lagi..
So, nak try lagi kali ni.. siapa tahu bertuah.. Semangat kena ada...huh...


Oleh kerana due date dah dekat iaitu 03.05.2011, marilah beramai-ramai tekan eh klik pada banner laju-laju untuk lebih detail mengenai giveaway ni...Hoho 5 pemenang bertuah akan dapat hadiah berupa tupperware...memang berbaloi...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!