Saturday, April 16, 2011

Mayat lelaki ditemui tergantung dekat kuil


Mayat seorang lelaki ditemui tergantung di sebuah rumah kosong berhampiran kuil di Kampung Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini hari ini.

Mayat S Ramu, 59, ditemui pada jam 8 pagi oleh mereka yang datang ke kuil itu untuk bersembahyang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad, berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian.

"Polis juga sedang menyiasat motif kejadian dan setakat ini kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita di sini.



.

Misteri Keluarga Berjalan Merangkak


Begitu mudah mengenali lima bersaudara yang berasal dari Turki ini. Mereka selalu berjalan merangkak. Tidak dengan lutut, melainkan dua tapak kaki dan dua tapak tangan. Benar-benar seperti manusia purba.

Mereka menjadi perhatian dunia setelah jaringan tv BBC menayangkan filem dokumentari bertajuk 'The Family That Walks On All Fours' lima tahun yang lalu. Filem ini juga memperlihatkan cara mereka bertahan di dalam kelompok masyarakat moden.

Mereka menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan duduk di lantai luar rumah mereka, yang terletak di sebuah desa terpencil. Namun, seorang saudara mereka telah melakukan perjalanan keluar desa dan terlibat
interaksi dengan orang moden.

Ketika filem dokumentari itu ditayangkan, lima saudara kandung itu berusia 18 sampai 34 tahun. Mereka yang merupakan keturunan Kurdi, suku pedalaman di Turki, kelihatan begitu bebas bergerak dengan dua tapak tangan dan tapak kakinya. Sementara wajahnya mendongak menghadap ke depan.


Mereka tidak dapat berdiri tegak dengan dua kaki. Jika dipaksa, mereka akan berdiri dengan posisi lutut menekuk dan kepala mendongak. Dua wanita dan seorang lelaki dari lima bersaudara itu sama sekali tak boleh berjalan dengan dua kaki. Sementara dua lainnya masih boleh berjalan dengan dua kaki meskipun terhuyung-hayang.

Meskipun diihat aneh, kewujudan keluarga ini memberi sumbangan terhadap penelitian mengenai evolusi manusia dari berjalan merangkak hingga berjalan dengan tegak. Para ilmuan percaya bahawa keadaan mereka dapat memberikan penjelasan berbeza dan lebih terperinci dari teori-teori sebelumnya, berkaitan evolusi manusia.

Hasil penelitian menunjukkan, adanya kelainan genetik yang membuat mereka berjalan merangkak. Hal ini dapat memberikan maklumat berharga mengenai bagaimana manusia berevolusi dan manusia purba dengan empat kaki berkembang menjadi manusia dengan dua kaki.

"Hal ini sungguh menakjubkan sebagai contoh kelainan yang menunjukkan perkembangan manusia. Tapi, tujuan mereka hidup adalah bagaimana dapat bertahan hidup di dunia moden," ujar Profesor Nicholas Humphrey, psikolog evolusi di London School of Economics.


Profesor yang telah mengunjungi keluarga ini dua kali mengatakan bahawa lima bersaudara itu memiliki keterbelakangan mental. Orangtua mereka diyakini memberikan kombinasi gen unik yang mengakibatkan keterbatasan itu.

Beberapa peneliti berpendapat, kesalahan genetik telah memicu perkembangan mereka bak manusia purba atau 'keterbelakangan evolusi'. Sedangkan peneliti lainnya percaya hal tersebut akibat kerosakkan
otak yang memungkinkan proses berjalan tidak bekerja.

Mereka lebih memilih berjalan dengan tapak tangan mereka dibandingkan berjalan dengan menggunakan ruas-ruas tubuh mereka seperti gorila atau simpanze. Para peneliti percaya, ini mungkin cara manusia purba berjalan melindungi jari-jari mereka dengan gerakan yang lebih halus.

Profesor Nicholas Humphrey mengatakan bahawa yang dilakukan keluarga ini adalah kembali ke perilaku naluriah yang dikodkan jauh di dalam otak, dan tidak dihiraukan selama evolusi. "Saya tidak terfikir mereka ditakdirkan untuk menjadi haiwan berkaki empat, tetapi mereka memiliki gen yang unik yang menjadikan mereka seperti ini," ujarnya.

Kelima-lima saudara ini menciptakan sebuah jendela masa lalu kita yang tidak mungkin diberikan oleh kerangka tubuh manusia moden. Penelitian berkaitan bentuk tangan mereka menunjukkan tangan yang penuh dengan kepalan kerana telah berjalan merangkak bertahun-tahun. "Kita memiliki manusia dewasa yang berjalan seperti nenek moyang kita berjuta tahun yang lalu," ujarnya.



.

"Jom join bloglist bersama terompahcaring"



Ekeke, bila tengok makbed join segmen ni, lulu pun tak nak ketinggalan..
Dah lama tak 'dengki' dengan makbed...Whahahaa...*gelak jahat..


Jom join bloglist terompah cacing caring... Yeah, warna template kita sama...dan yang penting, lulu memang sukakan warna biru (chelsea)...yeah..


Mudah-mudahan lulu-pages terpilih...*wink.. Jom join ramai-ramai..klik pada banner ok..



.

Segmen irwanmiswan: budak kampung vs budak bandar!!!




Lulu WAJIB beri sokongan untuk segmen yang dianjurkan oleh pembaca setia lulu-pages...
Dan pemilik blog ini adalah diantaranya...Terjah~  [Budak kampung]
Dan segmen ini menarik....ngee, antara kampung dan bandar, lulu boleh jawab kedua-duanya sebab lulu memang berasal dari kampung..Walaupun bukannya 'kampung' sangat, sebab tempat tu agak maju, tapi, lulu still 'orang kampung'...err pernah..


 soalan untuk budak bandar sahaja:

  1. memang dari kecik duduk kat bandar? (Tak, lulu membesar di kampung dan dah 9 tahun duk di bandar....yeah, sekarang dah jadi budak bandar pula)
  2. ape yang best nye duduk kat bandar? (Kat bandar ni banyak yang tak best sebenarnya dari kat kampung...Kat kampung kan kita boleh bebas bergerak tanpa risaukan apa-apa...Lepas tu, semua masyarakat kenal mengenali antara satu sama lain...saling tolong menolong, andai ada kesusahan, kenduri kendara atau majlis kenduri...) Tapi yang bestnya kat bandar, bandarkan maju, senang ada kemudahan... Ada apa-apa laju jer tahu, dan yang paling best, tengah malam kalau lapar, senang cari roti...ekeke..Hah, bila sakit, senang nak gi hospital.. itu yang penting
  3. ape yang tak best nye duduk kat kampung? Duduk kat kampung ni payah sikit, susah nak kerja...Apatah lagi bila takde kenderaan, kena naik bas...Lepas tu susah line tenet tak power...itu yang penting skrg yer..ekeke
  4. andai diberi peluang,mahu duduk di bandar sahaja atau nak duduk di kampung?kenapa? Tak kisah sangat sebenarnya, sekejap kat kampung, sekejap kat bandar... sebab kalau menetap kat salah satu terlalu lama pun, bosan gak..



Sekian dan terima kasih.. sila join yer, esok tutup (ahad)



.

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Jom gegar lagiii...
dah nampak segmen ni beberapa hari...saja jer nak lambat join..
Asyik-asyik jadi antara orang yang terawal, takut gak nanti orang bosan tengok link lulu kan..ekeke...
Walaubagaimanapun, marilah join buat sesiapa yang belum join lagi....



Segmen ini ditaja oleh Encik Ben Ashaari..



.

Dia meninggal dunia..



Penyanyi 80-an Indonesia yang terkenal dengan lagu 'Madu dan Racun' dan 'Singkong dan Keju', Arie Wibowo dilaporkan meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung pada usia 58 tahun.

Berita kematian beliau disampaikan rakan baiknya, Leo Manurung yang bersamanya ketika saat akhir. Menurut Leo, Arie sedang bermain gitar apabila me rasa sakit di bahagian dadanya.

“Beliau memainkan lagu dengan gitarnya pada jam 9 malam waktu tempatan apabila mengalami kesukaran bernafas tetapi beliau berkata itu hanya masalah kecil,” kata Leo.

Beliau kemudian dibawa ke Hospital Dharmais di barat Jakarta dan disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas itu.



P/S - Maaf atas kesilapan gambar...Terima kasih atas teguran....Lain kali lulu akan lebih berhati-hati pilih gambar..



.

Lagi kemalangan....


Dua lelaki termasuk seorang yang belum dikenal pasti identitinya terbunuh apabila kenderaan dipandu mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 302, Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebuah Perodua Kembara dipandu mangsa yang berusia 52 tahun bersama rakannya, 40-an dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi lebuh raya.

Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, kereta mangsa di lorong kiri tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan ia memasuki susur keluar Plaza Tol Kajang sebelum terbabas di tepi jalan lalu merempuh pembahagi jalan.
Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.



.

Aneh.. Macam mana boleh jadi macam tu?


Aneh tetapi nyata. Seekor ayam masih hidup sedangkan urat lehernya putus kerana disembelih. Uniknya lagi, ayam milik keluarga M Alhusain (45), warga Jalan KS Tubun RT 3 Kualakapuas, Kalimantan Tengah, itu masih boleh makan dan minum.

Sejak disembelih beberapa hri yang lalu, ayam kampung "sakti" ini tidak juga menunjukkan tanda-tanda segera mati. "Waktu itu sampai dua kali disembelih oleh suami saya, tetapi tidak juga mati," ujar Herlina, isteri M Alhusaini.

Herlina sekeluarga juga mengakui agak bingung, ayam pemberian anak lelakinya dari Banjarbaru sejak empat bulan lalu itu boleh tetap hidup sampai sekarang. "Cuma sekarang ayam itu tidak lagi berkokok," kata Herlina.



.

Nikah 28 mei ni...Jemput hadir!!


Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.

Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehari selepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalam taman bertemakan warna hitam-merah.

Sementara majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di De Palma Hotel Ampang, pada 3 Jun depan.
“Kami bertunang pada 4 Februari tahun ini setelah berkenalan pada Julai tahun lalu. Pada mulanya, kami tidak terlalu rapat tetapi setelah kawan-kawan satukan kami, saya mula mengenali hati budinya.

“Lama kelamaan, saya lihat hubungan kami berjalan dengan baik dan timbul keserasian. Pada malam tahun baru lalu, dia terus melamar saya untuk menjadi isterinya.
“Saya nampak dia memiliki kriteria lelaki yang saya suka seperti baik, bertanggungjawab, bersifat kebapaan, sopan dan tegas,” ujar Nurul.

Menurut Nurul, setakat ini mereka belum memikirkan tentang percutian bulan madu tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini, dia dan suaminya akan bertolak ke New Zealand untuk menemani suaminya menyambung pengajian.

“Seminggu selepas Hari Raya, kami dijangka berlepas ke New Zealand kerana mengikut suami yang menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.
“Setakat ini saya belum terfikir untuk sama-sama sambung belajar dengan suami.

"Sekarang, saya masih lagi menyanyi dan memenuhi undangan majlis tetapi selepas mengikut suami mungkin saya tangguh dulu karier seni sepanjang berada di sana,” katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Pengantin akan mengenakan pakaian rekaan Fitri AF2 untuk upacara akad nikah dengan tema warna krim.
Pada sebelah malam pula mempelai akan mengenakan pakaian tradisional orang Sarawak untuk acara ‘belulut’ (berinai).

Bagi majlis resepsi kedua-dua belah pihak, mereka akan menggayakan sepasang baju pengantin moden.
“Majlis kahwin ini ditanggung oleh kami sendiri tetapi saya sangat berterima kasih kepada Santubong Bridal yang akan menghias pelamin semasa majlis resepsi saya di Kuching dan Fitri selaku pereka fesyen untuk baju pengantin.

“Setakat ini persiapan perahwinan telah selesai sebanyak 80 peratus. Tetapi makin dekat dengan majlis yang tinggal sebulan lagi, hati makin berdebar dan bimbang.
"Biasalah, selagi majlis belum sempurna, pasti perasaan kita tidak menentu,” ujarnya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!