Wednesday, April 13, 2011

Gambar Mayat di Twitter


Aktivis hak asasi manusia (HAM) Bahrain dipanggil dan memberi keterangan kepada pihak berwajib setelah memuat turun gambar mayat di penjara melalui Twitter.

Pihak berwajib menyelidiki Ketua HAM Bahrain Nabeel Rajab setelah memuat turun apa yang dianggap ‘gambar palsu’ Ahmed Isa Sager oleh Bahrain News Agency. Sager mati di penjara Bahrain, Sabtu lalu.

Rajab menuduh kerajaan menyeksa Sager sehingga mati. Wakil penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri menuduh Rajab memalsukan gambar itu. Wakil itu menegaskan bahawa gambar itu berbeza dengan gambar yang diambil pihak berwajib.

Pemerintah Bahrain dan agen berita tersebut tidak menjelaskan perbezaan gambar itu. Rajab lalu menyangkal tuduhan itu.

"Semua upaya ini untuk menyerang kredibiliti saya kerana saya memiliki ramai pengikut di Twitter dan Facebook dibanding Bahrain TV," katanya.

Rajab akan diminta memberi keterangan mengenai hal ini. Kejadian ini serupa larangan tiba-tiba penggunaan jejaring sosial untuk melawan pemerintah di beberapa negara jiran selama beberapa bulan akhir-akhir ini.

Protes akibat penggunaan jejaring sosial telah terjadi di Tunisia dan Mesir dan menjadi gelombang pertama tuntutan reformasi demokrasi di seluruh Arab.



.

Selamatkan Bapa Dari Bakar Diri?


Dua beradik berusia 12 dan 14 tahun melecur teruk ketika cuba menyelamatkan bapa mereka yang dipercayai membakar diri akibat mengalami kemurungan di rumah mereka di Kampung Ruat, Yan, dekat sini pagi Rabu.

Akibat kejadian pada 7.30 pagi tadi, Amirul Hadi Zinol, 12, dan abangnya Badrul Amin Zinol, 14, melecur di bahagian tangan dan kaki dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini manakala bapa mereka dirawat di Hospital Yan kerana terbakar seluruh badan.
Ibu mereka, Salmah Saad, 47, berkata ketika kejadian beliau keluar menghantar anak ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah mereka.

Menurut beliau, kebiasaannya suaminya yang akan menghantar anak-anak ke sekolah namun pagi tadi beliau disuruh berbuat demikian kerana suaminya ingin membawa Amirul Hadi mengambil ubat di klinik kerana demam.

"Semasa saya balik, saya lihat suami sudah terbaring atas tilam dan hampir keseluruhan badan terbakar. Badrul Amin dan Amirul Hadi sudah lari ke rumah nenek mereka di sebelah rumah kami untuk selamatkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah.
Salmah berkata sebelum membakar diri, suaminya dipercayai telah mengambil minyak petrol dari motosikal menggunakan sebuah baldi.

Kejadian itu disedari oleh anak-anaknya yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.
"Badrul Amin cuba menyelamatkan abahnya tetapi gagal dan kemudian Amirul Hadi datang menarik abangnya dan turut terbakar sebelum kedua-dua mereka melarikan diri ke rumah nenek," katanya.
Salmah berkata adik beliau, Rozali Saad, 36, datang mencurah air bagi memadamkan api pada badan suaminya.

Katanya beliau menyedari suaminya berubah menjadi murung sejak dua bulan lepas dan pernah membakar sebuah motosikal buruk dekat rumah mereka.

"Sebelum ini dia pendiam, cukup sayang anak-anak sebab kalau anak sakit dia yang jaga," kata Salmah.
Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata Badrul Amin melecur 44 peratus di kedua-dua tangan dan kaki sehingga ke pinggang manakala Amirul Hadi melecur 32 peratus melibatkan separuh daripada kedua-dua belah kaki dan tangan.

"Kedua-dua mereka berada dalam keadaan sedar. Bapa mereka masih menerima rawatan di Hospital Yan. Saya difahamkan bapa mereka mengalami kebakaran hampir keseluruhan badan," katanya.



.

Lulu Caldina tak tahu nak cakap apa....

Betul..setelah beberapa bulan berblogging, inilah kali pertama lulu rasa tak tahu nak cakap apa...speechless...
Tapi, atas rasa kewajipan dan prihatin, lulu teruskan menaip entri ini, yang sebenarnya lulu pun tak tahu macam mana nak mula menaip...


On saja laptop, bila blog dah sign in, lulu terpandang satu entri yang benar-benar menarik perhatian...[~~]

so tuan2 dan puan2..
walau rumah sewa aku ni tak la cantik.deco pun ntah apa2..
tapi sekurangnya aku nak gak bagi anak2 aku selesa..

 org lain ada
aku pun nak ada..
tp org lain jenama IKEA
aku jenama Kedai dua ringgit..

 apa pun yg terjadi..mungkin Allah uji
Ada sebab..mungkin jugak dari kekhilafan kita
hidup mesti diteruskan..
mesti bergembira...
klu org lain boleh bergembira dari airmata kita ..
kita pun boleh bergembira dari hasil kekuatan kita..

 Pelbagai rintangan saya lalui sendiri. Airmata jika dikumpul akan terbina sebuah tasik…
pelbagai halangan saya hadapi..mmg sukar pada mulanya..
sebenarnya sukar kehidupan saya sebelum awak talakkan dan selepas awak bermain cinta dgn perempuan itu.

Dari keperitan mengandung, smpi melahirkan..hinggalah Anak kita boleh bertatih
Sy hadapi sorang2…sy cuba tidak utk mengalir airmata…
Sy gagah berdiri utk kegembiraan anak2 kita…
Sy cuba sangat…tidak terlalu mengikut perasaan yg terluka..
Sy cuba rawat luka itu
Sy hentikan pendarahan dgn sendiri,
Sy balut sendiri

Sbb sy tahu…antara kita sudah terpisah jauh…
siapa sy untuk mengharap seorang lelaki yg pernah digelar suami utk menolong sy…

Awak tahu tak…dulu..
masa awak selalu balik lambat..sy paksa diri sy dan anak2 untuk tido awak sewal 8mlm..
sy tutup lampu, supaya terus gelap..
sy paksa mata utk tutup dan hati utk lupa..
tp dlm tido sy sering terjaga bila mendengar deruman bunyi kereta,
dgn harapan awak pulang…ya awak pulang ketika angka jam 1 pagi…

Sy pasti akan turun menyambut awak..
walau sesetianya sy pada awak…
tp apalah nilai setia seorang isteri pada awak..
dibandingkan dengan setianya seorang perempuan di luar…


Kini awak, tido malam sy amat tenang,
cuma ketenangan itu seringkali digangu dgn rengekan Ameer firdaus meminta susu,
Tapi rengekan itu lah satu kebahagiaan..
kekadang sbgi wanita, sy juga was2 ttg keselamatan anak2..krn apalah kudrat sy jika apa2 berlaku
hanya Alquran mampu sy pagari dari anasir2 jahat.
Hingga saat ini semuanya masih subur diingatan..
tp sy rasa,
sy punya kekuatan utk bangun, sy sendiri terfikir dimana sy mendapat kekuatan menghadapi semua dugaan itu..
Mungkin kekuatan itu datang dari zuriat kita..


Betapa kuatnya wanita ini....
Setelah suami meninggalkannya dan bermain cinta dengan wanita lain, dia dan anak-anak, bergerak mencorak hidup sendiri...susah senang, tiada lagi seorang lelaki bergelar suami dan babah...
Semoga kakak tabah...dan mohonlah, jika ada insan yang berkemampuan diluar sana, sudilah membantu kakak ni...[KLIK SINI]


 Siapalah sy utk mengharapkan awak…..sy cuma ada anak dgn awak, sy bukan cinta awak lagi…


 Owh, air mata menitis, membaca kisahnya.....




.

Ikan makan umpan tak?



Subhanallah, burung ini sangat cerdik..Lihat saja kelakuannya, bagaimana kreatifnya dia menangkap ikan setelah meletakkan 'umpan' diatas air....

Bukankah, sangat menakjubkan, betapa pintarnya haiwan ini....?
Hoho, jom tengok, ikan makan umpan burung tak?







.

Saya dah sedia menjadi isteri..


DALAM meniti usia 26 tahun, pemilik nama Farah Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep kini sedang mempersiapkan diri untuk bertukar status bergelar isteri orang.
Penyanyi yang popular dengan lagu Antara Dua itu mengakui bahawa dia kini telah mula meninjau-ninjau butik perkahwinan secara maya dengan hanya menekan papan kekunci komputer peribadinya.

Biarpun belum menetapkan tarikh yang spesifik bagi meraikan detik diangkat menjadi raja sehari, apa yang diyakinkan bekas pelajar Akademi Fantasi musim kedua ini adalah detik berkenaan akan dilangsungkan lewat tahun ini.

Bagaimana pun bagi Farah, dia tidak mengimpikan majlis yang besar-besaran kerana apa yang penting adalah konsep sederhana dan majlis itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang bermakna dalam hidupnya.
"Farah mahu waktu itu nanti semua insan yang dekat dengan Farah dapat hadir terutamanya nenek-nenek Farah. Farah mendoakan nenek diberikan kesihatan yang baik dan bersama dengan Farah pada detik itu nanti.

"Bagi Farah kehadiran insan-insan yang amat bermakna dalam hidup Farah itu lebih penting daripada sebuah majlis yang geling-gemilang tetapi mereka tidak dapat hadir untuk bersama dengan Farah nanti," katanya Farah ketika ditemui selepas majlis pelancaran rancangan Rasa Halal Vietnam baru-baru ini.
Walau apa pun jelas artis harapan terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 12 itu, kekalutan untuk menyiapkan persediaan bagi majlis berkenaan jelas kelihatan pada ibunya.

"Ibu yang kalut untuk membuat persiapan. Sudahnya kadang-kadang dengan Farah jadi terikut-ikut.
"Farah sendiri pun telah mula godek-godek Internet untuk melihat barangan yang menarik untuk diabadikan pada hari bersejarah itu nanti," jelasnya.

Farah sorok tunang
Menyentuh perihal tunangnya, Farah lebih selesa untuk merahsiakan identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya itu.
Bagi Farah tindakannya itu bukanlah untuk meminggirkan para peminat yang ingin mengetahui jejaka yang telah mencairkan hati wanitanya tetapi itu adalah permintaan tunangnya sendiri.
Namun apa yang boleh dikongsi Farah jejaka berkenaan berasal dari Pulau Mutiara dan sebaya dengannya.
Farah juga memberikan gelaran J untuk merujuk kepada tunangnya itu dan pengalaman percintaan mereka tidaklah sama seperti pasangan lain kerana jarak memisahkan mereka berdua.

"J di Pulau Pinang dan saya di Kuala Lumpur, jadi masa untuk kami berjumpa amatlah terbatas. Jika ada kesempatan untuk berjumpa pun hanyalah sebulan sekali atau sebulan dua kali.
"Buat masa ini hanya telefon menjadi penghubung kami selain daripada sikap percaya mempercayai antara satu sama lain," katanya.
Jelas Farah, baginya dalam sesuatu perhubungan apa yang lebih penting adalah persefahaman dan toleransi di antara pasangan.

Farah di Vietnam
Becerita mengenai pengalamannya semasa proses pengambaran Rasa Halal Vietnam baru-baru ini, Farah merasakan sangat bertuah dan teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke negara yang terlibat dengan peperangan menentang kuasa besar dunia Amerika Syarikat.

Pengalaman yang ditimba sepanjang berada di negara berkenaan cukup bermakna buat Farah, apabila dia berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadaan negara itu yang bingkas bangkit daripada kesan peperangan sekitar 40 tahun lalu.
Peluang untuk menyusur sendiri terowong yang digunakan oleh para tentera Vietnam bagi menyembunyikan diri daripada pihak musuh cukup mempersonakan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.

"Ketika masuk ke dalam terowong berkenaan dapat Farah rasakan sendiri pengalaman bagaimana askar-askar Vietnam berjalan dalam terowong yang sempit ini.
"Bayangkanlah bagaimana mereka boleh mengorek terowong berkenaan yang kalau dihitung panjangnya boleh membawa kita sehingga ke Kemboja," ujarnya.

Selain itu apa yang membuatkan Farah terkesima adalah ketika melalui jalan-jalan di bandar raya Ho Chi Minh di mana ia dipenuhi dengan ribuan motosikal yang nyata berbeza dengan jalan-jalan di negara kita.
Tidak cukup dengan itu, jelas Farah, perbezaan di antara masyarakat Vietnam jelas kelihatan di ketiga-tiga kawasan yang disinggahinya.

Bagi Farah, penduduk di kawasan selatan lebih ramah berbanding dengan penduduk di kawasan Tengah dan Utara Vietnam di mana penduduk di kawasan Utara lebih serius.
Bagaimana pun bagi Farah untuk mendapatkan makanan halal di Vietnam tidaklah susah seperti yang dibayangkan kerana di sana kebanyakan restoran mempunyai tanda halal yang diiktiraf.



.

INFO HARUS TAHU !!


Keluarga diraja Arab Saudi kelmarin mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion) di sini, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina.


Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia.


Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat.
Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal.
Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.



P/S - Nampaknya yang ni dah tak boleh guna..[~~]


 .

Harga memang berpatutan..


Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.

Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.
Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong



.

"Dulu aku suka, tapi sekarang aku benci, sebab kau dah tua.."


Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.

“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.

“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.

“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



P/S - Agak-agak jugalah, kata org tua, diri sendiri tu muda lagi ke?



.

Keep The Blues Flying High??


Hoho, best pula rasanya bila kalah satu demi satu piala...ye tak..
Siapa nak kutuk, sila jangan kutuk...mood tengah bercelaru..ngeh ngeh..


Boleh ke keep the blues flying high bila asyik kalah jer ni??
Hoh teruknya musim ni, chelsea betul-betul tak menampilkan persembahan yang baik..
mmg musim menyu eh?? Asyik nak bantai menang jer..


Orang kata bila ada torres, chelsea jadi lebih best..
best apa? best kalah terus eh?


Tapi lulu tak salahkan torres, bila dalam keadaan macam ni, manager kena bertanggungjawab..
Dah biasa main game manager tu, tau lah...ekeke
Kalau asyik kalah jer, confirm lah kena sack, kan?
Hoh dah lama tak main manager, bila didunia nyata, impian tidak tercapai, apa salahnya 
dalam game...ngee...


Chelsea, we try next season yer...
Boleh ke macam tu?



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!