Tuesday, April 12, 2011

Habislah kali ni..


Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.
Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.
Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.
Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan.



.

Bapa artis ditemui mati


Lucian Gaberial Peter, 78, bapa kepada penyanyi popular tanah air, Francesca Peter, ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumahnya, di Taman Sri Dungun, dekat sini, malam tadi.

Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah terbabit ditemui seorang rakan anak lelakinya Rajasigaram Ramalingan, 31, sebaik membuat pemeriksaan di rumah terbabit, kira-kira jam 10.30 malam.
Sebelum kejadian, anak lelaki mangsa, John Josept Peter, 40-an, yang tinggal di kawasan tidak jauh dari rumah mangsa, berada di Kuala Lumpur dipercayai atas urusan perniagaan.

Anak lelakinya itu, dikatakan beberapa kali menghubungi bapanya itu, namun panggilan itu tidak dijawab menyebabkan anaknya itu berasa sesuatu yang pelik. Mendiang pernah menjadi pemberita sambilan kumpulan akhbar ini pada 1980-an.



.

MamaZakwan's Birthday Giveaway


Jika saya ada RM50, saya teringin nak kasi surprise parti kat hotel sebagai hadiah besday Nad@MamaZakwan sebab alaa setahun sekali jer pun sambut birthday, kan..Tapi cukup ke duit tu? ekeke??



Tarikh tutup : 23/04/2011 ~ 11.59AM


Jom, memeriahkan giveaway ni...klik pada banner yer..



.

"Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy"


Owh Lucky Draw yang menarik...
Untuk yang tak berpeluang ke luar negara, macam lulu....eheh...
Lucky Draw ini adalah sesuatu yang tidak harus ketinggalan..


Jom join cepat, klik pada banner....
Oleh kerana penganjur tidak ada suruh nak tag sesiapa, lulu pelawa semua pembaca lulu-pages
jer lah eh....Siapa tau korang bertuah, ye tak??



Tarikh Tutup : 21.04.2011



.

2st batches - GiveAway!


1st batches hari tu kecewa juga tak menang...eheh siapa tak kecewa kalau join contest/giveaway tak menang...ye dak?

semoga kali ni lulu ada luck...dah dekat raya ni, nak jahit baju..ngee...


Kalau nak join sekali sila klik pada gambar diatas yer...



.

Aku ibu tunggal?


Peserta Mentor musim ke lima yang juga protoge kepada Erra Fazira iaitu Salma,21, terkejut apabila soalan mengenai status perkahwinannya ditanya oleh pihak media sejurus selepas tamat rancangan itu Ahad, lalu.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis dikatakan seorang ibu tunggal beranak satu.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung status itu kerana bimbang akan mengganggu konsentrasinya dalam program tersebut.

“Selepas habis Mentor baru saya akan menjelaskan tentang perkara ini. Bagi mereka yang mengetahui tentang status saya, biarkan sahaja.
“Saya takut kenyataan saya nanti akan mengganggu fikiran,” kata wanita berasal dari Tawau, Sabah ini.

Tambahnya: “Saya masih mempunyai keluarga di kampung dan banyak hati yang perlu dijaga.”
Pada konsert kedua kumpulan B itu, Salma menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 157 di mana pada konsert pertama dia mendapat 80 peratus dan konsert kedua 77 peratus.

Malah antara enam peserta yang bertanding dalam program tersebut, Salma turut mendapat markah paling tinggi setakat ini dan dijangka menjuarai Mentor 5 jika dinilai berdasarkan kepada undian yang diterima.
Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze untuk protégé.

Sementara hadiah untuk naib juara adalah wang tunai RM30,000 untuk mentor dan protégé. Protégé yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150.
Mentor 5 disiarkan di TV3 pada setiap Ahad, pukul 9 malam.



.

Whoaa...Ni aneh ni...


Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.

Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah.

Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.
"Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," katanya.

Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu.



.

Kerana cinta, biarpun dipenjara..


Seorang rakyat Australia yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan menyeludup dadah mengahwini kekasihnya warga Indonesia di sebuah penjara di pulau peranginan Bali semalam dan sekali lagi menafikan beliau bersalah.

Martin Stephens dan Christine Winarni Puspayanti, berusia 34 tahun melafazkan ikrar perkahwinan mereka di sebuah gereja di Penjara Kerobokan, dihadiri keluarga dan rakan-rakan termasuk ahli sindiket dadah yang turut dipanggil ‘Bali Nine’.

Dengan mengenakan pakaian tradisi Jawa, pasangan terbabit menari mengikut alunan muzik romantik sebelum Stephens mendukung isterinya dan membawanya bagi memotong kek perkahwinan tiga tingkat pada majlis resepsi terbabit.

“Saya merasa sungguh gembira,” kata Stephens kepada pemberita sambil menambah bahawa beliau bercadang untuk mendapatkan pengampunan presiden. Saya yakin ia akan menjadi kenyataan,” katanya mengenai peluang dibebaskan.

Puspayanti, ibu seorang anak berkata mereka bertemu enam tahun lalu ketika beliau melawat seorang rakan di penjara.

“Saya amat gembira hari ini. Tuhan menyatukan kami. Siapa tahu, Jika diizinkan Tuhan beliau mungkin akan dapat keluar (penjara),” katanya.
Stephens ditahan pada 2005 di lapangan terbang Denpasar, Bali bersama 2.9 kilogram dadah heroin yang diikat pada lengan dan perutnya.

Beliau adalah seorang daripada kumpulan Bali Nine rakyat Australia yang didapati bersalah kerana cuba menyeludup dadah terbabit dari Indonesia ke tanah air mereka.



.

Ini Info penting~


Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan ladang diminta tidak memakan cendawan yang tumbuh liar di kawasan mereka dengan sewenang-wenangnya terutamanya pada musim hujan ketika ini kerana dibimbangi terkena keracunan.

Menurut Pensyarah Biologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Johari Jalinas, terdapat banyak cendawan beracun yang tumbuh selepas hujan tetapi bentuknya sekan-akan cendawan yang boleh dimakan.

Ekoran persamaan itu, katanya, ia sering mengelirukan orang ramai yang gemar memakan cendawan liar dan mereka berisiko terkena keracunan akibat cendawan beracun yang dikutip.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengenali cendawan liar yang boleh dimakan sebelum mengutip dan memakannya kerana perbezaan sesetengah cendawan yang boleh dimakan dengan yang beracun cukup kecil.

“Walaupun cendawan liar itu dikenal pasti boleh dimakan, seseorang itu perlu makan dalam kuantiti sedikit untuk kali pertama.

“Jika terdapat tanda-tanda alergi terhadap cendawan yang dimakan, mangsa harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera,” katanya.



.

Hanya kerana duit..


Bagaikan aksi dalam filem apabila kakitangan awam yang murung gara-gara kecewa permintaan untuk mendapatkan wang serta berkahwin tidak diendahkan keluarganya, bertindak memanjat bumbung lalu membakar rumah ibunya di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan hilang pertimbangan berpunca daripada permintaannya untuk mendapatkan RM200 daripada ibunya, Halimah Abdullah, 50, pada jam 6 petang tidak dilayan.

Berikutan itu suspek dikatakan mengurung diri dalam bilik rumah itu kerana kecewa.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum majlis pertunangannya.

Abangnya, Mohd Noor Mahmud, 33, berkata adik bongsu daripada tiga beradik itu menunjukkan sikap pelik sejak dua tiga bulan lalu dan selalu mendiamkan diri.

“Sebelum ini, dia pernah mengugut untuk membakar rumah mak saya tetapi dia tidak buat. Bagaimanapun, dua hari sebelum majlis pertunangannya beberapa bulan lalu dia tiba-tiba membakar semua pakaian kerjanya termasuk kasut tanpa diketahui puncanya.

“Kami terpaksa menangguhkan majlis pertunangan adik saya kerana bimbang melihat keadaan dia yang tidak terurus. Sejak itu dia kelihatan murung dan selalu mengurungkan diri dalam bilik,” katanya yang ditemui di Kampung Alor Madi, Anak Bukit, di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, beliau berkata, sikap pelik adiknya yang tidak mengedahkan orang lain dan mengurung diri dalam bilik selepas permintaannya tidak dilayan, menyebabkan dia membawa ibu ke rumahnya di Kepala Batas kerana risau adiknya bertindak ganas terhadap ibunya.


“Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira jam 9 malam dan anggota polis datang untuk memujuknya keluar, namun dia memberitahu tidak mahu berunding dengan sesiapa termasuk ibu.

“Kami cuba memecahkan pintu rumah tetapi dia menyerang kami dengan parang menyebabkan kami hanya menunggu di luar rumah,” katanya.

Menurutnya, adiknya kemudian mengunci pintu rumah, dan bertindak mengambil tong gas di dapur dan membawanya ke tingkat atas rumah itu.

“Sejurus membuka kepala gas itu dia memanjat bumbung dan berdiri di atasnya sebelum mencucuh dengan api hingga menyebabkan kebakaran.

“Kemudian dia terus terjun ke bawah dan melarikan diri di belakang rumah kira-kira jam 11.30 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan, berkata polis cuba menahan pemuda berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin, namun tidak berjaya kerana dia enggan berunding dengan sesiapa.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, polis percaya lelaki itu mengalami tekanan jiwa namun tidak dapat dikenal pasti puncanya.

“Buat masa ini kita masih mencari lelaki berkenaan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan bencana dengan api,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat pula berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira jam 12.15 tengah malam kelmarin sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 12 anggota.

Katanya, keadaan rumah berkenaan rentung namun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kita juga masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian akibat kejadian itu,” katanya.



.

Tsunami atau arus deras?


Dua bot nelayan tenggelam manakala sebuah pelantar bagi mengorek pasir sungai tersangkut di sebuah jambatan akibat dihanyut oleh arus deras luar biasa yang melanda Kuala Sungai Dungun di sini awal pagi semalam.
Insiden tersebut mengejutkan semua mangsa memandangkan kesemua bot tersebut sudah pun ditambat tali dengan guni berisi pasir seberat kira-kira 1,500 kilogram.

Selain itu, pelantar mengorek pasir yang hanyut dan tersangkut di jambatan di Kampung Nibong Stesen, kira-kira dua kilometer dari Kuala Sungai Dungun juga sudah dilabuhkan dengan lima sauh.
Turut hanyut ialah tiga bot nelayan lain dan dua bot fiber namun kesemuanya berjaya diselamatkan.
Jumlah kerugian dianggarkan RM100,000.

Salah seorang pemilik bot, Yusuf Saleh, 67, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan bahawa bot miliknya hanyut sejauh kira-kira 100 meter dari tempat ia berlabuh kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.

“Pada mulanya saya tidak percaya dan terus datang untuk melihat sendiri apa yang terjadi itu.
“Saya benar-benar terkejut apabila mendapati bot saya dan bot seorang rakan, Muhamad Jaafar, sudah hampir tenggelam,” katanya ketika ditemui di Kuala Sungai Dungun semalam.
Jelasnya, sudah berpuluh tahun dia menjadi nelayan namun kejadian itu adalah kali pertama berlaku.



.

Kenapa boleh mahal begitu??


Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.
Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!