Tuesday, April 5, 2011

Kisah mengenai bloglist..


3 hari lepas lulu buat bloglist....
Bagi lulu sendiri, personal, bloglist ni bagus, sebab kita boleh direct update bila pemilik blog update blognya...Juga lulu suka BW ke blog2 yang tersenarai dalam bloglist...itu memang perkara wajib yang harus lulu lakukan setiap hari...pagi, tengah hari, petang, malam....even tengah malam....


memang lulu nak terhad kepada 20 blog sahaja...
Tapi betapa baiknya hati..cewah...rasanya ada 30 blog, dan lulu masukkan kesemua sekali...
Semoga tidak ada yang tercicir yer...silalah check, dan pls inform lah lulu kalau ada yang tercicir...
(Buat Farhana, something happen pada blog awak, so, saya tak dapat nak masukkan, silalah inform lulu bila masalah telah dapat diselesaikan..)


Buat makbed dan nini, korang tak payahlah nak buat entri atau nak join bloglist sebab 2 blog ni dah kena gam gajah kat bloglist lulu-pages..harap maklum...Walaubagaimanapun, terima kasih diatas sokongan padu...That's why korang the best....ngee..


Buat yang tak sempat join, lain kali eh...
Tolonglah alert lain kali...lulu-pages memang selalu gempak!!...
Korang kena selalu setia..ekeke...maklumlah lepas ni ada banyak lagi perancangan, dan lulu akan buat satu demi persatu....



Thanks sebab sudi baca...!!



.

Spotted, the leopard who thinks he's a meerkat


A safari guide thought he was seeing things when he caught a glimpse of this extremely rare sight.
A big cat had been stalking a warthog and when his prey disappeared into some particularly long grass he was forced to stretch himself to his full height like a meerkat on watch.
Every few minutes the leopard would balance expertly on his hind legs to keep track of his tasty prey.

 The bizarre spectacle was caught on camera by 27-year-old Letsogile Kamogelo at Savuti Camp in the Linyanti Game Reserve, Botswana.

 Mr Kamogelo, who works as a safari guide, said he had never heard of a leopard behaving in such a way.



He explained: 'This leopard had spotted a warthog from a distance and stalked it for almost an hour.
'He kept a reasonable distance from his prey but he lost sight of the warthog when it went in to tall grass.
'That's when he stood on his hind legs to try and catch sight of it.
'He lifted himself up for at least 45 seconds to a minute at a time. I don't think he was comfortable holding the position for any longer.
'He was very careful whenever he stood up because he didn't want to fall on his back.
'This is a very unusual behaviour and I have never heard or read about it before.
'There is a lot of animal behaviour that has not been recorded and it is mostly influenced by the type of terrain.
'The animal has to respond to the changes within its environment and it may display unusual behaviour like this.
'I've had a great response to the picture. It surprises a lot of people - including those who have been guiding for many years.'  



.

Dayung mari berdayung..


Seorang peluncur ombak, Chris Fallows berdayung menghampiri seekor jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, ramai peluncur ombak takut berbuat demikian kerana jerung putih dipercayai gemar menyerang peluncur ombak kerana mereka kelihatan seperti seekor penyu di permukaan laut.
Namun, bagi Fallows, 36, pendapat tersebut adalah tidak benar.


"Kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil," katanya.
Lelaki itu mengendalikan ekspedisi melihat ikan jerung di perairan di sini.
Namun, mereka yang tidak memiliki keseimbangan badan yang baik, dilarang meniru aksi tersebut.



.

Guna jari kaki menulis, buat bakul



Seorang insan istimewa membuktikan kecacatan tanpa memiliki kedua belah tangan sejak dilahirkan bukan penghalang untuk berjaya apabila memiliki kebolehan menghasilkan kraf tangan berkualiti dengan menggunakan jari kaki.

Selain itu, Noor Aishah Ariffin, 23, dari Felda Jengka 22 dekat sini turut mempunyai kebolehan menulis dan menaip papan kekunci komputer menggunakan jari kakinya itu.
Katanya, dia berusaha memajukan diri menggunakan jari kaki sejak usia enam tahun semasa belajar di sekolah agama rakyat di sini.

"Saya hanya belajar tulisan jawi secara formal ketika belajar di sekolah tersebut manakala abang dan kakak membantu saya menulis tulisan rumi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini baru-baru ini.
Noor Aishah juga mampu menghasilkan bakul kertas setanding dengan individu normal lain.
Katanya, dia mempelajari kraftangan itu di kelas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Jengka 21 pada usia 17 tahun.

"Kebanyakan produk saya dijual secara dalam talian menerusi www. bakulkertasku.blogspot.com yang mendapat permintaan di dalam dan luar negara," jelasnya.
Dia berharap ada pihak yang akan memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang jahitan atau komputer selari dengan perkembangan semasa.



.

Kawen? nantilah..



KEHILANGAN rakan baiknya, vokalis Spin, Achik dan bapa kepada cahaya matanya, pelakon Faizal Yusof dalam jurang tidak sampai setahun merupakan detik yang amat perit untuk ditelan oleh ibu tunggal ini.
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang pukul 6 petang pada 18 April tahun lepas.

Faizal pula meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 tengah hari di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 1 Januari tahun ini akibat serangan jantung.
Biarpun begitu, pemilik nama Siti Nordiana Alias atau Nana tidak pernah luntur semangat.

Sebaliknya, dia tahu hidup perlu diteruskan demi untuk membesarkan satu-satunya zuriat yang ditatang bagai minyak yang penuh, Muhammad Rayyan Nakhaie, tiga tahun.
Tempoh 12 tahun berkecimpung dalam dunia seni tidak akan disia-siakan begitu sahaja, justeru, Nana nekad untuk membuat kemunculan semula selepas sepi tanpa sebarang produk hampir dua tahun.

Dengan itu, demi memberitahu umum bahawa dia masih lagi relevan dalam bidang seni suara, Nana bakal muncul dengan sebuah album baru bertajuk Semakin Jelas yang telah berada di pasaran sejak 14 Mac lalu.
“Hampir dua tahun saya tidak mempunyai produk selepas album duet kedua saya dengan arwah Achik iaitu Benang Emas terbitan FMC Music Sdn. Bhd. pada tahun 2007.
“Kemunculan album baru saya adalah untuk memberitahu peminat tentang perkembangan suara saya selepas sekian lama tidak muncul dengan album baru,” katanya.

Hadir ditemani putera tunggalnya itu, Nana memberitahu, album solo keenamnya memuatkan lapan buah lagu termasuk dua buah lagu baru iaitu Semakin Jelas dan Tak Tahan di samping enam buah lagu yang belum pernah diperdengarkan lagi.

Album yang memakan masa hampir tiga bulan untuk disiapkan itu turut dimuatkan dengan dua buah lagu berirama pop tradisional dan sebuah lagi lagu duet bersama penyanyi irama Malaysia, Syura.

Bercerita tentang album tersebut, kata Nana ia merupakan pertaruhan terkini kariernya sebagai seorang penyanyi dan pelbagai perubahan yang telah dilakukan.
Penyanyi yang sering tampil dengan muzik bergenre balada itu turut memberikan kelainan dalam Semakin Jelas menerusi genre pop alternatif melalui lagi Tak Tahan.

Pendekatan mencuba genre yang berlainan perlu dilakukan untuk mengikut perkembangan aliran muzik semasa dan sebagai petanda bahawa Nana mampu menjadi seorang penghibur yang versatil.
“Saya berharap agar pembaharuan yang dilakukan dapat menarik minat golongan generasi baru agar dapat menerima dan membantu menyokong karier saya,” tuturnya.

Berbicara tentang kehidupan peribadi, penyanyi berusia 27 tahun itu memberitahu, sejak pemergian bekas suaminya, dia perlu terus berusaha gigih dalam kerjaya nyanyiannya agar masa depan anaknya terbela.
“Setakat ini, rezeki saya bertambah baik. Tawaran jemputan dan undangan nyanyian juga tidak menghampakan dan jadual saya juga agak padat sekarang.

“Keadaan sudah berbeza. Dulu arwah yang menanggung kos anak, tetapi kini saya yang perlu ambil alih. Saya mahu anak saya membesar dengan sempurna, cukup makan, cukup pakai dan segala-galanya,” ujar Nana yang pernah berkhidmat sebagai kaunselor pendidikan di Unity College International, Petaling Jaya.
Puas berbicara soal karier, Nana diajukan pula persoalan jika dia sudah bersedia untuk mencari pengganti yang boleh membimbing diri dan juga anaknya.

Terdiam sejenak, Nana hanya tersenyum sebelum memberi reaksi.
“Nanti dululah. Jadual saya sedang padat. Selain itu, saya perlu fokus kepada anak saya terlebih dahulu,” ujar penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu dengan ringkas.



.

Pegawai kastam bakal kahwin maut nahas

Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Jun depan, maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 16 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong berhampiran Kampung Tengkawang Lubuk, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.48 tengah hari itu, Muhamad Nizam Mohd Nor, 23, (atas) yang dalam perjalanan dari bandar Kuala Berang ke Gawi meninggal di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika melalui selekoh di situ, mangsa yang memandu pacuan empat roda Toyata Fortuner milik jabatan berkenaan berselisih dengan sebuah Perodua Kancil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit sedalam dua meter.

Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah bertugas dengan KDRM daerah Kemaman dipercayai dalam perjalanan menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Berang, bermula semalam.

Rakan setugas mangsa, Mohd Sabri Sarju, 40, berkata sepanjang mesyuarat diadakan di sini, mangsa tinggal di Perumahan Kastam di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.

Katanya, mangsa seorang yang periang dan cepat mesra dengan rakan setugas, namun ketika berada di tempat letak kereta di perumahan itu, arwah begitu pelik apabila tidak bertegur sapa dan berubah menjadi seorang pendiam.

“Saya berasa pelik terhadap perubahan yang berlaku kepada arwah dan tidak mengesyaki perkara buruk terjadi padanya dan mengambil hal itu sebagai perkara biasa. Saya terkejut apabila mendapat berita kemalangan sehingga kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat, Hospital Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, mengesahkan kejadian itu.




.

[Ngeri] Kepala pecah dihempap motorsikal...


Tindakan seorang ibu yang membawa dua anaknya menunggang motosikal untuk membeli nasi kukus pada waktu malam mengundang padah apabila salah seorang kanak-kanak itu maut dalam kejadian di Jalan Kubang Kerian, dekat sini kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila kepala Mohd. Danial Zamri, 5, pecah akibat dihempap motosikal yang ditunggang ibunya selepas tiga beranak itu tercampak sebaik bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama dalam kejadian pukul 8.45 malam tersebut.

Dalam kejadian itu, ibu kanak-kanak tersebut, Rinawati Lilianita Mohd. Idris, 25, dan adik Mohd. Danial, Mohd. Zarif Hakimi, 3, cedera dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Ketika kejadian, mereka dari arah Kubang Kerian ke Binjai.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selepas bergesel, ketiga-tiga beranak tercampak dengan Mohd. Danial dihempap motosikal tersebut lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis telah mengambil keterangan pemandu lori berusia 46 tahun dari Jerteh, Terengganu untuk membantu siasatan.



.

Angka 12345....


Ekeke, selamat malam reader's..
Setakat ni tak pernah lagi buat entri khas untuk encik ben, kecuali segmenlah, kan...
Memalam ni blogwalking ke blog encik ben, kebetulan nampak angka followernya...
Wooo, kebetulan dah mencapai angka 12345... Cantiknya nombor tu...


Tahniah encik ben...
Rasanya dengan keadaan encik ben sekarang akan lebih ramai blogger berjaya seperti encik ben...
Terutama lulu...ekeke...


Dan, syukur....PV lulu meningkat 2 kali ganda hari ni...
Satu pencapaian yang membanggakan...
Semoga terus maju...
Terima kasih buat semua diatas sokongan...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!