Tuesday, March 29, 2011

Korang suka pakai CROCS?


Korang suka pakai crocs?
Eh dah ramai ada crocs kat rumah...dari yang dewasa sehinggalah kanak-kanak, memang smart dan selesa bila pakai crocs ni...Apatah lagi dengan pelbagai warna dan keselesaan bila dipakai....
Dengan harga yang standard, tidak hairanlah crocs menjadi pilihan ramai....


Tapi tahukah anda, sekarang ramai yang sedang heboh bahawa ditapak kaki crocs itu, ada kalimah Allah?
Apakah maksudnya? Adakah hanya kebetulan, atau memang sengaja direka begitu, untuk maksud-maksud yang tidak baik?






P/S - Wallahualam..



.

Ikan bergigi manusia


Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut ketika ikan yang ditangkap, mengigitnya dengan kuat. Dia  menjerit dan setelah dimemeriksa gigi ikan ini mirip gigi manusia.

Seperti dipetik web.orange Frank Yarborough sedang memancing di Wylie, South Carolina. Baru saja melontar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut.

Frank gembira kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kg dengan panjang hampir setengah meter.  Dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia terkejut dan menjerit kerana didigigit kencang seperti gigitan manusia. Setelah diperiksa, ikan itu memiliki gigi seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan disekitar itu pada umumnya.


Ikan dibawa pulang. Yarborough belum terfikir untuk menggorengnya. Seingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Bahagian Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengambil sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan jenis spesies ikan misteri itu.





.

Lembu untuk dijual....ala...murah jer


Mari rapat, mari rapat...eh lelaki jauh sikit eh, bukan muhrim...haram..
ngee, ni nak jual lembu....lembu baik punya....murah jer, kira lelong...


Yang sebenarnya, lulu tak sengaja terjumpa gambar lembu ni, masa cari bahan buat blog kat internet...
Menarik, kan? Entah betul atau tidak lembu tu gemuk, tidak pula dapat dipastikan..
Jangan tanya lulu, kat mana lembu ni...ekeke...tak tau..tak tau..
Siapa yang punya pun lulu tak tau..


Tapi yang pasti, kalau dapat lembu 'sihat' macam ni untuk korban atau kenduri kawen,
hoh lumayan....Tapi kalau ada, berapa agaknya harga dia? eh, adakah?




.

Proton Persona terbakar!!



Keadaan sebuah kereta Proton Pesona yang sedang terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 17, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, dekat Teluk Kemang malam tadi. Bagaimanapun mangsa terselamat dalam kejadian itu. 



.

Jom menari bersama mayat..


Famadihana merupakan tradisi penguburan orang Malagasi di Madagaskar. Mereka membawa mayat nenek moyang mereka dengan menggantikan kain kafan baru untuk dikuburkan kembali , kemudian menari dengan mayat-mayat di sekitar makam dengan diiringi alunan muzik.

Kebiasaan Famadihana dimulakan sejak abad ketujuh belas, hingga sekarang .Adat ini diberdasarkan pada sebuah keyakinan bahawa roh-roh orang mati akhirnya bergabung dengan dunia abadi setelah sempurnakan, lengkap tubuh dan upacara, yang mungkin memakan waktu bertahun-tahun. Di Madagaskar ini menjadi ritual rutin ,biasanya sekali setiap tujuh tahun, dan kebiasaan membawa bersama seluruh keluarga dalam perayaan kerabat. Upacara ini mahal, terutama kerana perbelanjaannya menyediakan makanan bagi sejumlah besar keluarga dan tetamu.


Amalan Famadihana semakin kurang diamalkan kerana permbelanjaan kafan sutera dari beberapa organisasi Kristian. Protestan Injil mencegah adat tersebut, meskipun Gereja Katolik menganggap Famadihana sebagai murni budaya berdasarkan. Sebagai salah seorang Malagasi menjelaskan kepada BBC, Ini penting sebagai cara kita menghormati orang mati. Ini juga merupakan peluang bagi semua ahli keluarga, dari seluruh negeri, untuk datang bersama-sama. Festival ini merupakan cara bagi rakyat dataran tinggi tengah bersatu dengan orang mati dan peluang untuk menghindari atau mengurangi rasa bersalah atau menyalahkan.

Famadihana juga diadakan untuk memberikan penghormatan kepada orang mati melalui pemindahan tulang ke tempat tinggal tetap. Keluarga menyimpat wang sepanjang tahun untuk merayakan festival ini. Makam pemakaman yang dibuka dengan hati-hati banyak dan dianggap untuk bertindak sebagai penghubung antara orang mati dan hidup. Kaum keluarga juga pergi ke kubur untuk melihat jenazah yang masih bersisa walaupun hanya tinggal rangka..

Festival ini juga terdiri dari korban haiwan dan berbagai bentuk perayaan tradisional. Daging binatang dibunuh dibahagikan di antara kerabat dan teman-teman. Ada lagu tradisional dan pertunjukan tarian yang dilakukan oleh anggota keluarga atau dari kegemaran si mati. Motif utama di sebalik festival ini adalah berasal dari kepercayaan masyarakat tempatan yang mati kembali kepada Allah dan lahir semula dalam keadaan yang bersih. Orang mati sangat dihormati didalam masyarakat tempatan kerana mereka dianggap berkaitan langsung dengan Allah.



P/S - Hoh, khurafat!



.

Hoh, kereta dalam rumah?


Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) warga Indonesia dikenali sebagai Istiarsyah, 26, parah selepas dirempuh kereta yang terbabas dan memasuki ruang tamu rumah sewanya, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika mangsa bersiap sebelum keluar dari rumahnya di Jalan Bahtera 5A, di sini, untuk ke kuliah sesi petang.

Mangsa melecur di badan dan kaki serta cedera di muka dan tangan selepas terperosok di bawah Perodua Kancil dipandu seorang pelajar wanita di universiti sama.

Saksi kejadian yang juga jiran mangsa, Mohd Azrin Mat Rais, 32, berkata dia terkejut apabila mendengar dentuman kuat dari rumah berkenaan.

“Saya bergegas keluar dan melihat sebuah kereta dinaiki lima pelajar wanita berada di dalam rumah selepas merempuh pintu besi dan kaca rumah berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila melihat seorang lelaki tersepit di bawah kereta terbabit sambil meraung kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Azrin berkata, ketika kejadian Istiarsyah melangkah keluar di depan pintu rumah untuk ke bilik kuliah.

Bagaimanapun, rempuhan kereta itu menyebabkan mangsa terseret hingga ke dinding dapur rumah dan cedera akibat terkena serpihan kaca dan melecur akibat ditindih badan dan ekzos kereta.

Menurutnya, rakan serumah dan jiran membantu mengeluarkan mangsa sebelum mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim (KKTM) dan kemudian dirujuk ke Hospital Slim River (HSR).

Katanya, rumah mangsa turut didiami tiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang masih belajar di universiti sama.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit, Nabilah Izzati Ayub, 20, bersama empat pelajar wanita berkenaan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta terbabit membuat pusingan U di laluan berkenaan, namun tertekan pedal minyak lalu meluru masuk ke dalam rumah mangsa.

“Mangsa dirempuh dan tersepit di bawah kereta. Akibatnya mangsa melecur di perut dan paha.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya.




.

Hasrat yang tidak kesampaian


Hasrat seorang lelaki untuk menyambut hari lahir bersama keluarganya tiga hari lagi tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Zain Mohamed, 50, yang juga pemborong ikan di Pasar Pasir Mas meninggal dunia manakala rakannya yang dikenali sebagai Mie, cedera di kepala dan muka.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Nissan Sunny yang dipandu mangsa dari arah Wakaf Bharu dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Corolla.

Rempuhan tersebut menyebabkan kereta mangsa memasuki laluan bertentangan lalu dilanggar sebuah lori pasir yang dalam perjalanan dari arah Cabang Empat menghala ke Wakaf Bharu.

Kenderaan itu kemudian diheret oleh lori tersebut sejauh kira-kira 10 meter dan hampir merempuh sebuah kedai runcit.

Kereta tersebut terperosok di bawah lori menyebabkan mangsa dan rakannya tersepit di tempat duduk masing-masing.

Isteri mangsa, Salina Mat Rani, 33, berkata, dia hiba kerana arwah suaminya tidak sempat menyambut hari lahir yang ke-50, Khamis ini.

"Beberapa hari lalu, dia meminta saya supaya memasak nasi minyak untuk dimakan bersama dengan dua orang anak kami pada hari tersebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol di sini semalam.



.

Lulu Caldina 1st Giveaway


Yeah..yeah...akhirnya masa yang ditunggu telah pun tiba...
Setelah beberapa hari membuat hebahan, dan melihat komen2 yang ditinggalkan,
wah...ekeke lulu confident lah kan yang GA ni bakal mendapat sambutan...
Seram sejuk gak tangan ni, nak buat GA.. 1st time yer...
Semoga lulu sukses...
(Dan sbnrnya, ini adalah cara menduga follower yang setia ataupun tidak..ngee)




Syarat-Syaratnya mudah...Tapi kena faham betul2, sebab lulu akan reject sesiapa yang tak mematuhinya..Harap maklum..

  • MESTILAH telah menjadi Follower Lulu-Pages..(Kelonggaran buat sesiapa yang belum, tapi nak join, sila melayakkan diri untuk menjadi follower blog ini...) GA INI HANYA UNTUK FOLLOWER LULU-PAGES
  • Buat entri mengenai GA ni kat blog korang "Lulu Caldina 1st Giveaway" dan letak banner kat atas, beserta link, kat entry dan sidebar..
  • Selitkan Lulu-Pages dalam bloglist blog (Wah ramai dah buat ni...Mekasih)
  • Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu..
  • Dah selesai post entri, silalah tinggalkan LINK kat komen di entri ini..(Bersama ID Follower)

Hadiahnya?

Okey, hadiah...
Ada 2 hadiah utama.. seperti yang lulu katakan sebelum ni, lulu akan cari hadiah yang istimewa...
Tapi kena maklum yer, istimewa bukannya beerti MAHAL! Lulu dah pilih hadiah ni, harganya murah saje..
Tapi bagi lulu pilihan lulu ni istimewa kerana 'fungsi' nya yang besar ertinya...
Pembaca lulu-pages, ramai dikalangan pelajar dan ibu (surirumah)..
Jadi kegunaannya memang terbukti...yeah..sila katakan tidak jika tidak bersetuju...



2 hadiah untuk dimenangi....lulu tak tahu benda ni apa namanya...
tapi memang banyak gunanya,kan?


"Bagi penyertaan tertentu akan lulu beri hadiah... Haa....penyertaan Pertama.. Dan.... satu lagi penyertaan yang lulu akan rahsiakan.. (untuk mengelakkan korang merancang meninggalkan link diruangan komen pada nombor penyertaan tertentu..)"

Untuk dua hadiah bertuah ni...eheh ada hint tau...
Pemenang sudah ditemui...ekeke...dan kedua-duanya girl yaww....yeah...
Sekarang tak boleh beritahu..kita tunggu bila diumumkan nanti..
Dan kerana kedua-duanya girl...cun lak tu...
Lulu dah sediakan hadiah ni untuk ANDA.....






Ni lulu tau...coin purse... 'Barbie' yaw...
Lulu beli masa bercuti hari tu...Untuk makluman, lulu pergi kedai ni 2 kali...
Sebab mula-mula beli memang nak jadikan hadiah..
Tapi bila balik, terfikir nak juga untuk diri sendiri...ekeke...

Cute kan? memang sesuai untuk cute girl yang memenangi hadiah hadiah bertuah ni..



Tarikh Tutup : 29 Mac 2011...9.20 AM (owh ada beberapa hari jer lagi...)
Secara rasminya GA ini dibuka...yeah.................



Senarai Update peserta GA ni, beserta link ada di bahagian bawah blog ni...Jika ada kesilapan atau kekurangan silalah inform lulu..jangan malu jangan segan yer..



.

12 pelajar akademi fantasia 9


Adik bekas peserta Akademi Fantasia (AF) Musim ke-4, Diddy Hirdy iaitu Nur Khaidir Muhd atau Kay mengikut jejak abangnya apabila turut dipilih sebagai seorang daripada 12 pelajar AF musim kesembilan yang bakal memulakan siarannya 2 April ini.

Turut tersenarai sebagai pelajar ialah bekas peserta program Mentor iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah atau Erul dan dua bekas peserta MyStarz LG, Ahmad Afif Tirmizie (Afif) dan Mohamad Azri Abdullah (Azri).

Senarai penuh pelajar itu diumumkan pengacara AF9, Aznil Nawawi, dalam majlis yang berlangsung di AEON AU2, Setiawangsa, di sini petang semalam. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dan Penerbit Eksekutif AF9, Irwan Rauf.

Pada majlis itu, barisan penuh tenaga pengajar AF9 turut didedahkan. Dua bekas pengkritik tetap AF, iaitu Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura ialah antara muka baru yang dilantik sebagai tenaga pengajar musim terbaru itu. Adlin akan bertindak sebagai jurulatih drama manakala Ning sebagai guru vokal persembahan.

Guru lain yang akan menyumbangkan khidmat mereka untuk program realiti yang terakhir ini ialah Fatimah Abu Bakar sebagai Kaunselor Motivasi dan guru bahasa Inggeris, Syafizawati Shariff sebagai guru vokal teknikal dan Aris Kadir sebagai guru tarian dan pereka tari.

Mengulas pemilihan Ning dan Adlin sebagai tenaga pengajar untuk musim ini, Irwan berkata, mereka berdua menepati kriteria yang dikehendaki pihak produksi.
"Selama ini kita hanya mendengar mereka mengkritik dan adalah baik jika kritikan itu kita aplikasikan dalam bentuk pendidikan.

Lagipun, mereka berdua mempunyai banyak pengalaman dan biarlah pengalaman itu dikongsi bersama pelajar berkenaan," kata Irwan.

Sebagai elemen pembaharuan, sebuah rumah kaca dua tingkat dibina di ruang legar pusat beli-belah itu bagi menggantikan akademi lama yang terletak di sebuah gudang di Shah Alam.




.

Timbul spekulasi


Seorang ahli biologi membuat spekulasi dengan mendakwa haiwan prasejarah, dinosaur dan manusia pernah hidup bersama, lapor sebuah akhbar semalam.
Professor biologi dari Universiti Fayetteville State berkata, beliau menemui lukisan mirip seekor dinosaur dari jenis pemakan sayur, sauropod pada tahun 2009 lalu.
Lukisan itu ditemui di dinding gua Jambatan Kachina, Utah.


Ia kelihatan seperti tompok-tompok cerah dan jika dilihat sekali imbas bentuk lukisan tersebut mempunyai bentuk leher yang panjang serta empat kaki.
Pelik dengan gambaran tersebut, dia membawa foto lukisan itu kepada seorang ahli arkeologi, Sally Cole yang pakar dalam lukisan dinding prasejarah.
Namun, ramai saintis mendakwa adalah mustahil untuk manusia hidup sezaman dengan dinosaur dan lukisan prasejarah itu adalah lukisan ular dan kakinya mungkin kesan lumpur sahaja.




.

Huh ajaib!!!


Penduduk Desa Lenteng Timur, Lenteng, Sumenep, Jawa Timur, digegarkan dengan kehadiran seorang bayi lelaki yang lahir dalam keadaan alat kelamin sudah disunat.

Bayi bernama Ahmad Dzaki Rahib Nur Fuadi itu lahir melalui proses kelahiran normal dengan berat 2.5 kg.

Anak pertama pasangan Hairul Insaniyah (23) dan Sunarto (27) ini lahir beberapa hari lalu. Namun kejadian aneh ini baru disedari 3 hari sejak dilahirkan.

Pada awalnya si Ibu tidak percaya, namun setelah diteliti, bayinya sudah tersunat sebagaimana lazimnya.
Insaniyah mengaku tidak memiliki firasat apa pun ketika mengandung Rahib. Malah ketika mengidam pun sama seperti perempuan yang hamil muda lainnya. Namun entah ada hubungannya atau tidak, perempuan 23 tahun ini mengaku selalu membaca Alquran sejak hamil setiap hari.

“Saya hanya membaca Alquran setiap hari. Setiap hari saya membaca Surat Yusuf, Surat Maryam, dan Surat Muhammad,” tambah Insaniyah.

Insaniyah bersalin di Pondok Bersalin Desa Pelita Bunda, Desa Jambu, Kecamatan Lenteng.

Menurut Tatik Hasanti, bidan yang menguruskan Insaniyah ketika bersalin, semuanya dalam keadaan normal dan tidak ada kelainan sepanjang kehamilan sehingga melahirkan.

Keadaan Rahib sehingga waktu ini kelihatan normal, tidak menunjukkan adanya kelainan mahupun kesihatannya terjejas.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!