Monday, March 28, 2011

Lulu-Pages naik satu level lagi...


yeah....Naik sedikit demi sedikit...syukurlah semuanya berjalan dengan lancar...
Ni semua berkat sokongan korang semua...
yeah korang semua yang baca lulu-pages...
Terima kasih....



kelmarin sebenarnya kalau korang sedar, lulu-pages naik satu level lagi...
owh semakin maju...
Dah ada yang nak advertise iklan kat sini...(iklan berbayar)
itu maknanya lulu-pages dah ada tempat dalam dunia blogger..ngee...



Untuk iklan yang 1st ni, adalah http://lenloy-closet.blogspot.com/
Kreatifnya namanya...
blognya pun lawa tau...
Blog lenloy-closet ni merupakan blog untuk shopping online...
korang suka shopping? lulu pun suka...
Ada baju bayi...





(nak tengok lebih gi blog beliau eh..)
dan kerana blog ni baru jer 2 hari dilancarkan, kata pemilik blog itu,
akan datang akan ada lebih banyak barang...
Termasuk pakaian wanita, beg tangan dan eh eh bundle (murah) pun ada...
Kenalah setia kan, barulah tahu perkembangannya....


Kalau lulu-pages boleh berkembang, lulu yakin lenloy-closet ni pun akan berjaya..


caiyok caiyok..



P/S - Jom serbu!!!! Entri ini ditaja oleh lenloy-closet. Untuk memaparkan iklan di lulu-pages sila berhubung terus ke lulu.caldina@gmail.com...Terima kasih..



.

Subhanallah...Semua ini bukan ditangan kita..


Kejadian tsunami yang berlaku di Pantai Timur Honshu baru-baru ni, setelah dilanda gempa bumi sekuat 8.8 pada skala richter....begitu menyayat hati apabila lebih 10,000 orang yang mati dan lebih 15,000 yang masih hilang....


Pernahkah kita terfikir, bagaimana jika keadaan ini berlaku di Malaysia...
Ya, tsunami pernah berlaku di Malaysia...
Tapi bagaimana jika tsunami yang berlaku itu, seteruk di Acheh, di Vanuatu, atau di Jepun?
Bagaimana keadaan kita jika kehilangan harta benda dan keluarga sekelip mata?


Buat renungan....semoga kita semua dijauhkan dari malapetaka sebegini..





.

Siyes aku geli....adeh..


Pernahkan kita bayangkan jika teman sepermainan kita setiap hari adalah seekor ular? Pastilah tidak, malah ramai yang geli dengan binatang yang satu ini.


Tapi mungkin yang ada didalam gambar-gambar ini berbeza, tidak diketahui lebih lanjut mengenai ular itu.. Samaada berat, panjang atau asalnya....


Melainkan dua orang kanak-kanak yang gembira bermain bersama ular phyton yang jelas sangat besar sekali.


Dengan keadaan badan ular yang besar mengalahkan pokok kelapa, rasanya tidak mustahil jika ular itu akan membaham dua budak itu...Hoh, ibu bapa mereka tak risau, ke?






.

Cerai isteri talak dua...


Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.

"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya.
Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.

Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.

"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.

"Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya.
Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.

"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.
Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.


.

Nikah dengan premugari


Majlis akad nikah vokalis kumpulan Ungu, Pasha dengan pramugari, Adelia Wilhelmina sudah selesai, semalam. Kini Pasha rasmi meninggalkan zaman dudanya selepas mempunyai isteri baru.


Majlis nikah pasangan itu berlangsung di Gedung Graha Batununggal Indah, Jl Batununggal Indah IX, Bandung kira-kira jam 9.26 pagi waktu tempatan. Sebelum dinikahkan raut wajah Pasha kelihatan cemas tetapi selepas acara ijab kabul selesai, jelas kelegaan terpancar di wajahnya.


Sementara itu, isteri Pasha yang lebih dikenali dengan panggilan Adel berasa terharu dengan mata yang berkaca-kaca. Ketika pihak media membuat liputan, Pasha dan Adel sibuk menandatangani surat nikah dan kedua-duanya hanya tersenyum bahagia. Selain wang tunai bernilai 99 euro (RM421.85), emas seberat 27 gram dijadikan mas kahwin pasangan itu. Adel kelihatan cantik dengan kebaya ungu manakala Pasha pula mengenakan sut sulaman satin berwarna putih.


Khemah berwarna keemasan dan ungu menghiasi Gedung Graha Batununggal Indah dan resepsi Pasha serta Adel berlangsung di lokasi sama jam 11 pagi.



.

Dear kekasihku...


Seorang lelaki berusia 100 tahun, Forrest Lunsway melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Rose Pollard berumur 93 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka mendirikan rumah tangga selepas berkenalan buat kali pertama pada 18 Disember 1983 dalam satu majlis tari-menari untuk warga emas.


Majlis perkahwinan itu diadakan pada sambulan ulang tahun kelahiran Forrest yang ke-100 di Pusat Komuniti Dana Point pada 19 Mac lalu di hadapan rakan-rakan dan anggota keluarga.

Paderi yang mengahwinkan mereka, Sam Lewis berkata, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu yang mengagumkan orang ramai.
"Tema perkahwinan ini adalah kehidupan anda masih belum tamat selagi anda belum lagi meninggal dunia," katanya.


Sebelum berkenalan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Gabungan umur mereka, iaitu 193 tahun, telah menjadikan mereka pasangan tertua di dunia yang berkahwin selepas rekod 183 tahun yang dipegang pasangan Harry Carton dan Edna Holford dari Barnley, England.
Seorang jurucakap Guinness Book of World Records menyatakan pihaknya akan mengesahkan perkahwinan itu sebagai rekod dunia.



.

Hoh!! Seram..


Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.
Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.

Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh.

 

.

Kerdil tapi berjiwa besar


Impian pelatih kerdil, Mohamad Zulkifli Othman, 21, untuk menjadi mekanik hampir tercapai apabila berjaya memperoleh Sijil Automotif pada majlis konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di sini hari ini.

Walaupun mempunyai ketinggian hanya satu meter, Mohamad Zulkifli dari Selama cekal menimba ilmu dalam bidang kegemarannya itu di Kolej Komuniti Gerik selama dua tahun.

Anak kepada penoreh getah itu membuktikan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk mengejar cita-cita sejak kecil iaitu mempunyai bengkel sendiri suatu hari nanti.

"Sejak kecil lagi saya mahu menjadi mekanik dan saya belajar membaiki motosikal daripada rakan-rakan sejak di sekolah menengah.

"Selepas ini, saya tidak mahu menyambung pengajian tetapi mahu terus mengusahakan bengkel sendiri jika ada rezeki," katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di Dewan Jubli Politeknik Ungku Omar, di sini hari ini.

Mohamad Zulkifli merupakan antara 842 graduan dari Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Komuniti Teluk Intan, Kolej Komuniti Pasir Salak dan Kolej Komuniti Chenderoh yang menerima sijil dan diploma pada majlis tersebut.

Upacara penyampaian sijil dan diploma itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Menurut Mohamad Zulkifli, selama ini dia tidak pernah rendah diri dengan keadaan fizikalnya kerana banyak mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

"Sejak kecil lagi dan semasa menuntut di Kolej Komuniti Gerik, saya tidak pernah diejek, sebaliknya ramai yang ingin berkawan dengan saya dan mereka banyak membantu saya.

"Kepada mereka yang senasib, saya ingin berpesan supaya jangan sesekali berasa rendah diri kerana kita juga boleh berjaya jika sanggup berusaha," katanya.



.

Menyayat hati : Digilis treler


Seorang pemuda menempuh saat paling hiba apabila tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan adik bongsunya yang hancur dari paras pinggang ke bawah kerana digilis lori treler simen dalam kejadian langgar lari di Jalan Sanglang, berhampiran kawasan simpang Padang Keria, dekat sini, pada malam Sabtu lalu.

Dengan deraian air mata, Sharizal Kassim, 28, hanya mampu melihat adiknya itu Mohd Hafizi, 17, yang tertiarap di atas jalan raya dalam keadaan berlumuran darah kerana kedua-dua kakinya hancur, disebabkan tidak mampu memberikan bantuan kerana keadaan mangsa kemalangan itu amat mengerikan.

Katanya, beliau yang berada di rumah ketika kemalangan yang menimpa adiknya itu pada jam 9.30 malam Jumaat lalu bergegas ke lokasi kejadian kira-kira satu kilometer dari rumahnya sebaik diberitahu rakan mengenai nahas ngeri itu.

“Sebaik tiba, saya dapati adik masih bernyawa malah beliau berulang kali meminta saya menyampaikan permohonan maaf kepada ibu, Che Amah Ismail dalam keadaan dia tertiarap di atas jalan,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di rumahnya di Simpang Sanglang, di sini, semalam.

Katanya, Hafizi juga masih mampu bercakap ketika berada dalam ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sebelum disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 12.40 malam berkenaan.

Sharizal berkata, selain itu ketika di tempat kejadian beliau turut melihat mayat rakan adiknya, Mohd Shawal Shahabudin, 15, terbujur kaku dan ditutupi kain di sisi adiknya itu.

Sementara itu, Ketua Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rusli Yahaya berkata, sehingga kini pemandu kenderaan berat terbabit belum membuat laporan polis berhubungan kemalangan maut itu.




.

Pengetua Akademi Fantasia 9


Tiada lagi teka-teki berhubung pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila Astro dikatakan sudah bersedia untuk mengumumkan vokalis Search, Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 53, menduduki kerusi panas itu, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sebelum nama pengetua didedahkan kepada umum, pihak berkenaan terlebih dulu mengumumkan Aznil Nawawi kembali sebagai pengacara konsert mingguan program itu baru-baru ini, disusuli pengumuman senarai tenaga pengajar serta barisan pelajar, di Setiawangsa, hari ini.

Sumber memaklumkan, pihak Astro sengaja memilih waktu yang dikira tepat untuk membuat pengumuman pengetua AF9 apabila sebelum ini timbul kontroversi sebaik nama vokalis Dewa, Ahmad Dhani disebut-sebut menyandang jawatan berkenaan.

“Amy Search menjadi calon utama pengetua AF9 namun sebagai strategi, Astro sengaja mengumumkannya pada sidang media terakhir walaupun pada musim AF terdahulu, majlis sidang media pengumuman barisan pelajar yang diadakan paling akhir.

“Dalam tempoh terdekat ini juga berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, jadi pihak terbabit mengumumkan dulu senarai tenaga pengajar dan pelajar, manakala pengumuman nama pengetua pula pada awal April ini, selepas acara kemuncak anugerah itu selesai diadakan” katanya.

Dua bekas pengkritik tetap AF musim terdahulu, Adlin Aman Ramlie dan Ning Baizura antara muka baru yang diserapkan sebagai tenaga pengajar bagi musim terakhir rancangan realiti terbabit, dengan Adlin selaku jurulatih drama manakala Ning sebagai guru vokal persembahan.

Tenaga pengajar lain ialah orang lama seperti Syafizawati Syarif yang melatih vokal dari sudut teknikal, selain A Aris Kadir yang mengambil alih tempat Linda Jasmine untuk mengajar tarian manakala Fauziah Ahmad Daud yang diundang menjadi pengkritik tetap pada AF6 bakal kembali menghangatkan lagi AF musim ini.




.

Hancur luluh hati seorang ibu


Hancur luluh hati seorang ibu apabila menerima berita anak lelaki yang ditunggu-tunggu kepulangannya sejak tiga minggu lalu, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan kelmarin dalam sebuah gaung selepas terbabit dalam kemalangan, dipercayai pada 5 Mac lalu.

Lebih menyayat hati, tubuh anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu, Mohd Zaki Ahmudhi, sudah tinggal rangka ketika ditemui selepas terbenam selama 21 hari dalam sebuah lopak air dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.

Mayatnya disedari berada dalam gaung itu pada jam 1.35 petang kelmarin, apabila orang awam melaporkan menemui mayat lelaki dengan sebuah motosikal tidak jauh dari tubuhnya.

Kemalangan dipercayai berlaku pada 5 Mac kerana Mohd Zaki yang bertugas di Kem Tuanku Syed Sirajuddin dikatakan tidak melaporkan diri untuk bertugas pada tarikh berkenaan.

Ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata Mohd Zaki menghubunginya beberapa hari sebelum kehilangannya pada 5 Mac lalu bagi memaklumkan akan pulang berjumpanya dalam masa terdekat.

“Sejak itu, saya yang sudah lama tidak bertemunya menanti penuh harapan kerana merindui dia yang sudah lama tidak pulang ke kampung di Kluang, Johor.

“Bagaimanapun, beberapa hari kemudian pihak kem menghubungi saya memaklumkan Mohd Zaki tidak melapor diri sejak 5 Mac lalu. Saya menghubungi semua saudara mara dan rakannya, namun semua tidak tahu apa-apa mengenai dia," katanya sebak ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tampin, di sini semalam.

Walaupun tiada berita mengenainya, beliau tetap menaruh harapan dan berharap anaknya pulang dengan selamat. Namun, penantiannya berakhir kelmarin, apabila diminta ke Hospital Tampin untuk pengecaman mayat.

"Sedih hati bukan kepalang apabila mendapati mayat itu adalah anak saya. Lebih menyedihkan melihat keadaannya yang sudah tinggal rangka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saat dia menghembuskan nafas terakhirnya berseorangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata kawasan yang sunyi serta dikelilingi hutan menyebabkan kejadian itu tidak disedari.



.

Curi air untuk ubah suai banglo


Tindakan pemilik sebuah rumah banglo mencuri air paip bagi kerja-kerja pengubahsuaian membawa padah apabila kediamannya diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) Jumaat lalu.
Serbuan yang dilakukan pada pukul 11 pagi itu dilakukan oleh anggota Unit Penguatkuasaan Sains dan juga beberapa pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah banglo yang sedang diubah suai di taman perumahan di sini.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu membuat sambungan haram menggunakan paip bersaiz 25 milimeter tanpa melalui meter air.
"Hasil siasatan mendapati pemilik premis tersebut menggunakan air untuk membacuh simen dan kerja-kerja lain," katanya di sini semalam.



P/S - Ekeke, mesti ramai yang buat ni, kan? Hari tu masa pindah rumah baru...Beberapa orang jiran curi air untuk ubah suai rumah sebab air belum disambungkan..Lepas tu bila jabatan air datang, wuuu kena kompaun...



.

Sebatang kara dalam hutan


Seorang warga emas yang tinggal sebatang kara menjalani kehidupan yang amat daif dengan berteduh di sebuah pondok usang di dalam hutan berdekatan Kampung Gongter, Batu 6, Jalan Changkat Jong dekat sini.

Lebih memilukan, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Ah Fat, 59, itu menjadikan buah kelapa sawit dari ladang kelapa sawit di belakang pondoknya sebagai makanan harian untuk meneruskan hidup.
Ini kerana, dia tidak bekerja dan sudah tentu tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Di pondok itu juga tiada bekalan air apatah lagi bekalan elektrik, namun mujur ada anak sungai berhampiran yang boleh digunakan untuk mandi dan minum.
Menurut Ah Fat yang belum berkahwin, sebelum ini dia tinggal bersama ibu bapanya di pondok itu tetapi mereka sudah lama meninggal dunia.

“Selepas kematian mereka, saya tinggal seorang diri di pondok ini dan tidak pernah keluar dari kawasan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kata Ah Fat, sepanjang tinggal di pondok itu, tiada siapa pernah datang menghulurkan bantuan kepadanya.

“Saya tidak pernah menerima apa-apa bantuan pun dan tiada orang datang melawat saya. Mungkin kerana rumah saya ini terletak sangat jauh dari penempatan penduduk,” katanya yang kurus kering.
Ah Fat ditemui di pondok itu oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Anwar Arshad, 52, yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan berkenaan.

“Saya tidak sanggup melihat ada lagi manusia yang hidup begini pada zaman ini. Pondoknya terlalu uzur seperti kandang kambing dan terletak di dalam hutan. Ia juga terletak di pedalaman. Kami perlu meredah beberapa buah kebun serta hutan dan anak sungai untuk sampai ke sini,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar berharap ada pihak yang sanggup membantu Ah Fat kerana bimbang keselamatannya yang tinggal sebatang kara di dalam hutan.
“Jika dia sakit dan demam, tiada siapa tahu ada seorang manusia tinggal di dalam hutan ini,” katanya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!