Sunday, March 27, 2011

Panggilan buat semua peserta Lulu Caldina 1st GA


Hanya tinggal 2 hari, beberapa jam saja lagi 1st Giveaway Lulu Caldina akan ditutup...
Ngee....Tepat 29.03.2011  jam 9.20 pagi, GA ni akan ditutup...
Dan keputusannya akan diumumkan bila-bila masa sahaja selepas tu...


Hadiah sudah didedahkan...Korang dah tengok?
Apa pendapat korang? ok tak hadiah tu?
Atau hadiah tu tak best? ekeke...
atau menyesal join...
[PICIT]


Bagi sesiapa yang belum join, sebab suka sangat nak join last-last minit...
Hah, sila lah menjoinkan diri anda...
Tapi pastikan anda adalah follower lulu-pages...
Sebab GA ni hanya untuk follower...



.

[LUCU] Hargai anak anda...mereka anugerah Tuhan yang paling indah..


Tak sengaja, terjumpa dengan video ni...
Lucu, memang lucu..Tapi sebenarnya ada kesedaran bila tengok video ni...
Hargai mereka..Mereka anugerah Tuhan yang paling bernilai...



Sanggupkah korang melihat anak yang dikandung 40 minggu dan membesar didalam perut,
dibuang, dan ditinggalkan seolah-olah sampah?
Semoga masyarakat sedar dan kes pembuangan bayi, go to zero...



*Pesanan Khidmat Masyarakat ini dibawa oleh LULU-PAGES..



.

Kenapa...kenapa...?


BERTUAH betul mereka yang bergelar artis popular dan memiliki ramai rakan-rakan baik. Sambutan hari jadi pun dirai secara mengejut sebagai tanda sayang kepada artis tersebut. Contohnya, baru-baru ini majlis hari jadi penuh kejutan diadakan untuk pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima.

Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta, Zaiton Mohd Jiwa.

Namun apabila gambar-gambar sekitar majlis itu tersebar di Internet, banyak yang tepuk dahi. Masya-allah kata mereka. Macam ada yang tidak kena dengan majlis itu, walaupun suasananya meriah, glamor dan penuh kemilau.

Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.

Lebih menjengkelkan apabila terdapat seorang maknyah seolah-olah mempersenda agama Islam apabila dia yang bertindak sebagai pengacara majlis memakai tudung tetapi berbaju ketat. Apa perlunya maknyah memakai tudung kalau bukan mempersendakan wanita-wanita Islam?
Siapa yang tidak kenal Erma Fatima? Pelakon dan pengarah yang semakin giat dengan aktiviti yang menjurus ke arah keagamaan menerusi drama dan teater.

Sesuaikah menampilkan persembahan lucah oleh maknyah kepada Erma dan tetamu yang hadir? Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap.

Apa yang pasti, penganjuran majlis tersebut bertentangan sama sekali dengan imej Erma yang memperjuangkan karya berunsurkan Islam di negara ini. Tahun lalu, Erma mementaskan muzikal Antara... sempena menyambut Maulidur Rasul. Erma juga pernah tampil dengan teater muzikal Sirah Junjungan dan dia meneruskan dakwahnya menerusi musim kedua Sirah Junjungan yang diberi nama Tahajud Cinta.

Menerusi teater Natrah pula akhir tahun lalu, Erma puas bertungkus lumus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan teater itu mempunyai elemen merosakkan akidah.
Bertentangan

Drama Tersasar Di Jalanmu membuktikan dirinya sebagai Pengarah Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2009 (ASK2009). Namun majlis hari jadi itu sama sekali bertentangan dengan apa yang Erma perjuangkan selama ini dan ini sepatutnya dilakukan kepada Erma.
Jika ingin juga menampilkan golongan maknyah, kenapa tidak menyaran mereka muncul dengan sopan dengan menerusi tarian berjoget, zapin atau pun setidak-tidaknya berkoir.

Barangkali ada masih menyokong persembahan lucah itu dengan berpendapat diadakan di lokasi tertutup dan dianggap “majlis persendirian”. Namun dengan kehadiran ramai tetamu yang pelbagai umur dan status, apakah persembahan itu perlu “dihalalkan”?

Dalam pada itu timbul persoalan kenapa Erma tidak meninggalkan majlis yang bertentangan dengan “dakwah”nya selama ini? Erma wajar menjauhkan diri daripada disekutukan dengan majlis yang boleh menjatuhkan imejnya.

Adakah Erma tidak berani membuat keputusan yang mengguriskan hati penganjur dan mengorbankan prinsip seperti dalam karya-karyanya? Adakah Erma sanggup meletakkan dirinya setaraf dengan majlis berunsur lucah itu? Rasanya biarlah hati penganjur terguris asalkan masyarakat percaya bahawa Erma benar-benar mengajak orang menuju kebaikan. Erma kena berdakwah terlebih dulu kepada orang-orang yang dekat dengannya seperti penganjur majlis ini sebelum berdakwah kepada masyarakat.



.

Hoh...Besar tu....geli wei


Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) tidak menyangka bunyi seperti ketukan di pintu yang disangka tetamu rupanya adalah 'kunjungan' seekor ular sawa yang sedang kelaparan.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam tadi itu, Anwar Ashah, 52, hampir maut dibaham reptilia tersebut yang bertindak agresif dengan membelit dan cuba menelan mangsa.

Anak lelakinya, Alfilzal, 21, yang turut berada di rumah menyedari insiden itu dan cuba membantu bapanya, namun malangnya dia juga turut dibelit ular tersebut.

"Saya dan Alfilzal sedang menonton televisyen sebelum mendengar ketukan yang kuat di pintu rumah. Saya kemudian membuka pintu dan tiba-tiba seekor ular sawa meluru masuk dan mematuk sehingga membuatkan saya terjatuh.

"Ular itu lalu membelit dan cuba menelan saya, tetapi gagal kerana saya melawan dan Alfilzal yang cuba membantu, turut dibelit sama.
"Kami menjerit meminta tolong, tetapi tidak didengari kerana rumah kami jauh daripada jiran," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Tenang, Sungai Tukang Sidin di sini, hari ini.



.

Memang menyedihkan...

Tiada apa yang paling menyedihkan buat seorang ibu melainkan melihat sendiri kelibat anaknya tenggelam timbul sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Telemong, dekat Kampung Nibong, di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mohd. Hazrin Hakim Daud, 11, dikhuatiri lemas selepas tergelincir lalu terjatuh ketika menyeberang sungai tersebut dengan basikal.

Milah Jusoh, 48, yang sedang berada di rumah terus bergegas ke sungai terletak berhampiran sebaik sahaja dimaklumkan berita berkenaan oleh rakan anaknya itu.

Malangnya, Milah hanya sempat melihat seketika kelibat Mohd. Hazrin Hakim sebelum anaknya itu hilang daripada pandangan.
Milah yang terkejut dengan kejadian itu masih dalam keadaan sugul dan ketika ditemui wartawan hari ini enggan ditemubual.

Menurut rakan mangsa, Wan Muhammad Amirul Syafiq Wan Rohadi, 11, ketika kejadian, mereka bersama seorang lagi rakan sebaya, Muhammad Ilham Daniel Mohd. Yusuf menunggang basikal untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tiba-tiba Mohd. Hazrin Hakim berhenti di tengah jambatan yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

"Saya ada ajak (Mohd. Hazrin) Hakim balik, tapi dia cakap tunggu sekejap. Saya pun terus jalan dan tunggu dekat tepi kubur. Bila saya pandang semula, saya tengok dia jatuh dalam sungai dengan basikal," katanya.
Tambahnya, dia segera meminta bantuan orang ramai dan memaklumkan kejadian kepada ibu Mohd. Hazrin Hakim.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd. Zazuli Baderi memberitahu, operasi mencari dan menyelamat sukar dilakukan kerana arus deras.
"Kita hanya menjumpai basikal yang tersangkut pada bahagian bawah jambatan. Gerakan mencari masih diteruskan sehingga lewat petang ini," ujarnya.



.

Sakit ditikam belakang



MENYIFATKAN perjalanannya dalam seni sepanjang 37 tahun banyak membantu dirinya ‘menggali’ hati budi orang di sekelilingnya. Ada yang memuja, mengeji, menghina, bahkan ada juga yang tidak menyokong karier seninya. Bagi pelakon Fauziah Ahmad Daud, di mata kasar dunia seni memang cukup gah dan glamor.
Tapi kalau diselami akan dapat merasai ranjau dan likunya. Justeru pemain seni perlu kuat semangat terutama saat berdepan dengan tohmahan dan kritikan yang membabitkan hasil kerja.

‘‘Saya lalui macam-macam episod suka dan duka. Bohonglah kalau saya cakap, saya tak pernah menangis sepanjang menjadi orang seni. Pada arwah mummy (Saadiah), saya luahkan seluruhnya. Tapi, apabila mummy sudah tiada, saya jadi lumpuh. Sebahagian semangat saya turut terbang sewaktu kehilangannya,’’ bicara awal Fauziah mengimbas kenangan bersama ibunya.

Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia pertama menerusi filem Ceritaku Ceritamu ini juga pantang melihat air mata ibunya.
Masih segar dalam ingatan Fauziah adalah dakwaan kurang bijak oleh rakan seperjuangannya dalam bidang seni.

Mereka mendakwa kebanyakan lakonan Fauziah keterlaluan. Individu yang dilihat cukup berjaya dalam menyampaikan falsafah hidupnya itu kerap kali mengganggu emosi ibu Fauziah.

‘‘Dia antara orang yang menyebabkan air mata ibu saya mengalir. Saya sendiri pun tak pernah berbuat sedemikian. Disebabkan terlalu pilu, saya dah memadamkan terus ingatan saya terhadap individu itu.
‘‘Tiada lagi dia dalam kamus hidup saya. Sebab dia tak pernah menyesal atas perbuatan dia. Saya tak tahu apa masalah dia. Berani dia dakwa saya pelakon berlebih-lebihan.

‘‘Tapi tahukah dia tentang kesan selepas kenyataannya diketahui umum. Saya dikata macam-macam oleh masyarakat. Tapi saya masih boleh bersabar.
‘‘Selepas itu, saya balas balik dakwaannya itu dengan mengatakan dia pelakon stereotaip, kemudiannya meminta maaf. Lepas itu, dia buat balik, cakap benda yang tak baik di belakang saya.

‘‘Perbuatan suka tikam dari belakang itu memang memeritkan. Dia gunakan saya sepenuh untuk kebaikan dia dan kemudiannya memburuk-burukkan saya’’ cerita Fauziah mengenai peristiwa hitam itu.
Arwah ibunya juga menyifatkan bahawa pelakon dan penerbit filem berkenaan tidak jujur menjalinkan persahabatan dengan Fauziah. Jadi, lebih baik Fauziah menjauhkan diri apatah lagi, sifat lahiriahnya tidak gemar bermusuh.

‘‘Saya tak boleh jadi hipokrit sebab itu bukan cara saya. Umpamanya kalau ada sebiji berlian, di dalam lumpur akan tetap bercahaya. Saya sesal kerana dakwaan itu mengaitkan mummy kerana dia paling banyak menggali potensi diri saya dalam bidang seni terutama lakonan,’’ katanya lagi.
Bagaimanapun, ada hikmah di sebalik peristiwa tersebut. Fauziah bersyukur kerana sehingga hari ini masih ada pihak yang menghargai hasil kerjanya.

Semuanya berkat amanah dan wasiat daripada mummy dan arwah ayah, Datuk Ahmad Daud yang kerap mengingatkan tentang perjuangan orang seni yang tidak boleh bersandarkan minat semata-mata. Perlu disertai ilmu dan rajin bergaul dengan tenaga mahir untuk menimba pengetahuan lebih mendalam.

Diva & primadona

Fauziah juga menafikan bersikap diva di atas limpahan populariti dan kemantapan lakonan hasil didik kedua-dua ibu bapanya sejak kecil.

‘‘Sebelum itu, ingin diperjelaskan bahawa diva bermaksud penyanyi drama yang disertai nyanyian dan muzik. Begitu juga dengan perkataan primadona yang lebih kurang maksudnya. Kedua-dua perkataan itu kurang sesuai buat saya yang kerjanya berlakon ini. Saya tak suka orang memandang saya dengan dua panggilan itu.

‘‘Tapi, saya lebih selesa kalau orang menggelar saya pelakon ‘method in character’. Sebab, saya akan mengkaji sesuatu watak yang diberi hingga roh watak itu bersatu dalam diri saya. Bila mana kesakitan dalaman yang saya rasai lebih sakit dari hirisan luka di luaran,’’ jelasnya.
Mengenai dakwaan dia seorang yang garang, Fauziah berkata, bukan garang tapi tegas sebab ramai pelakon sekarang yang main-main di lokasi.

“Saya dengar ada orang seram bekerja dengan saya. Jangan takut sebab saya tak akan keluarkan kata-kata yang kurang enak,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Fauziah, dia pantang kalau pelakon itu datang ke lokasi tanpa membuat persiapan.
“Kepada orang macam ini sudah pasti saya akan bertindak tegas sebab dia telah membuang masa saya,’’ jelasnya.



.

Owh VAVI....


Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lapan tan metrik daging babi hutan yang telah diproses di sebuah stor haram di Kampung Kolam, di sini semalam.

Komander UPP Padang Besar ASP Noor Janihan Nanyan berkata rampsan itu dilakukan selepas sepasukan anggota UPP yang melakukan rondaan terserempak dengan kegiatan pemunggahan barangan yang mencurigakan daripada sebuah lori ke dalam premis itu kira-kira pukul 3 petang.

Hasil pemeriksaan, UPP mendapati premis itu dijadikan tempat simpanan daging itu manakala pemilik premis, seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun gagal mengemukakan lesen premis itu.
"Apabila meminta pemilik premis mengemukakan lesen, kami mendapati lesen itu sebenarnya beralamat di lokasi lain," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan oleh Jabatan Perhilitan.

Noor Janihan berkata nilai rampasan bagi kesemua daging itu dianggarkan RM40,000 mnakala sebuah lori bernilai RM60,000 yang digunakan bagi membawa daging itu turut dirampas.
Menurutnya berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai menmperolehi bekalan daging itu daripada pembekal di Perak untuk dijual di pasaran tempatan dan juga pasaran Thailand.

Suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 46(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata kesemua daging yang dirampas itu akan dilupuskan.

Noor Janihan berharap kerjasama berterusan daripada orang ramai supaya melaporkan setiap kegiatan yang mencurigakan di kawasan Padang Besar dengan menghubungi talian 04-9490624 atau 9490625 untuk tindakan segera.



.

Kehadirannya menarik perhatian..


Kehadiran bekas suami Kris Dayanti, Anang Hermansyah ke majlis persandingan penyanyi ternama itu dengan Raul Lemos menarik perhatian lebih 3,000 tetamu di Hotel Mulia, di sini, semalam.
Anang bukan saja hadir menyampaikan ucapan tahniah buat Kris, sebaliknya, dia turut mengadakan persembahan pada majlis persandingan yang berlangsung secara gilang-gemilang itu.

Penyanyi dan komposer yang pernah 13 tahun hidup bersama Kris itu menyampaikan lagu duet Jodohku bersama kekasihnya, Ashanty.
Anang juga turut mengundang anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Kris, Aurel ke pentas menyampaikan lagu Tanpa Bintang.
Tetamu pada malam majlis persandingan itu rata-ratanya amat terharu dengan kehadiran Anang sehingga ada yang menitiskan air mata.


Bagi Kris, kehadiran bekas suaminya itu amat dihargai oleh beliau dan suaminya, Raul.
"Saya berterima kasih kerana dia (Anang) dapat hadir ke majlis resepsi saya. Bahkan, kesediaan Anang mengadakan persembahannya juga amat saya hargai," kata Kris mengulas kehadiran bapa kepada dua cahaya mata mereka itu.

Selain Anang, artis-artis ternama Indonesia lain turut mengadakan persembahan iaitu persembahan duet Afghan dan Bunga Citra Lestari, Vina Panduwinata, Camelia Malik serta kakak kandung Kris, Yuni Shara dan kekasihnya, Raffi.
Tidak ketinggalan kehadiran penyanyi popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin turut menarik perhatian.


Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa turut mengadakan persembahan pada majlis itu sebagai tanda kenangan buat teman karibnya yang turut menyanyi pada majlis persandingannya dengan Khalid pada 28 Ogos 2006.

Pada 20 Mac lalu, Kris menamatkan zaman jandanya dengan usahawan yang berasal dari Dili, Timor Leste itu pada satu majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Sahid Nurul Iman di sini.



.

Psstt...tengah buat apa?


Weeehuuu dah malam ni,,dah masuk hari ahad pun....
Malam ni dah nekad nak update blog...
Pembaca kureng sikitlah hari ni (sabtu)...
Semua pergi dating eh?



Sepanjang hari lulu sibuk...letih...
Ngantuk tahap gaban sekarang ni...
Tapi nak BW dulu sebelum tidur...
Ni nak share....petang tadi (sabtu), lulu pergi kedai emas...
Hoh mahalnya emas sekarang eh? melonjak-lonjak naiknya..
Kalau harga minyak naik, itu dah kira patutlah...logik..
sebab semua orang guna...untuk keta, motor, kapal terbang..
Tapi emas?


Mahal pun orang beli...sungguh bertuah emas tu eh...
Tapi sebenarnya lulu, memang tak suka pakai emas...
Kalau tengok kat kenduri kendara tu, ramai yang....adeh, senang cakap macam mami jarum tu...
penuh kat lengan...Jari berkilau jer....Lepas tu kat leher, adeh leher dah senget semacam...
Kayoo ow kedai emas...



Buat apa kat kedai emas?
Beli subang...ekeke....
Dah lama tak pakai subang...Takde yang sesuai..
So, terpaksa pakai emas..
dalam gambar memang tak berapa nampak..
Tapi, bentuknya adalah kelopak bunga...cantiknya..wee...
suka..suka.....



Pssstt....Tengah buat apa? Jom BlogWalking..



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!