Thursday, March 24, 2011

Sulah jadi latuk...eheh


Seramai 148 orang termasuk dua artis terkenal hari ini menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini, baginda menyampaikan anugerah terbabit didahului dua kerabat diraja Pahang iaitu Tengku Nor Aizah Sultan Abu Bakar dan Tengku Zabedah Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Baginda kemudian menganugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepada lapan penerima didahului Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Penerima lain termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Ketua Eksekutif Kumpulan APEX Development& Construction Berhad Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir dan Pengarah Urusan System Engineering & Construction Sdn Bhd, Datuk Seri Ahmad Kamel Ibrahim.

Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran "Datuk" kepada lima penerima.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Mariana Yahya; Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Roslan Saad; Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abdul Samad; Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Mansor.

Seramai 11 penerima dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang(DSAP) yang juga membawa gelaran "Datuk". Mereka termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abd Bakir Zin; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Mohd Shariff Hussin; Pegawai Undang-undang Khas Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.
Seramai 124 penerima pula dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran "Datuk" termasuk dua artis popular tanah air iaitu konduktor muzik, Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali Ramli MS dan penyanyi dan pencipta lagu Mohd Nasir Mohamed atau M. Nasir.

Penerima lain termasuk anggota exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)Datuk S. Sivasundaram; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan; Pegawai Daerah Rompin Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha;Panglima 4 Briged, Brigadier Jeneral Zamrose Mohd Zain; Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil dan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Aripin Daud.



P/S - Tahniah..



.

Mozilla Firefox 4


Wihuuu... dah beberapa jam bertukar kepada versi baru mozilla firefox 4...
Setakat ni tak berapa pasti lagi kelebihannya..
tapi yang pasti, setiap benda baru itu ada kelebihan...
Dan yang lulu tengok, mozilla versi baru ni lagi cantik dan efisyen.....ekeke...



Dan yang paling penting, lulu-pages, lagi smart bersama  warna kebiruan kat atas..
sepadan kan??
jom, bertukar ke versi baru..



Link direct....toceh lulu....

Mozilla Firefox 4




.

Panas dibelakang..


PANAS! panas! panas!... Mentor tidak puas hati kerana penerbit menyiarkan segmen protege menangis untuk meraih simpati penonton.

Segmen air mata itu memaparkan Erra Fazira sebagai mentor sedang memujuk protegenya, Salma atau Salmah A.Asis, 21, yang merasakan dirinya tidak cantik berbanding peserta lain.
Kata Erra, cantik adalah subjektif dan setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dan Salma tidak perlu risau kerana program itu memberi penekanan kepada vokal.

Apa pun Salma yang berasal dari Tawau, Sabah itu beruntung kerana mendapat mentor yang menitik beratkan soal imej, maka tampillah gadis itu ala Cinderella untuk persembahan pertama.
Walaupun Erra dan Salma tidak terfikir menggunakan segmen itu sebagai drama raih simpati, namun pada pandangan orang lain ia menjurus ke arah tersebut.

Kebetulan pula, Salma yang mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara dan duet dengan Erra menerusi lagu Pertemuan, Cemburu dan Jendela Hati mendapat markah paling tinggi (80 peratus) berbanding Iqa (55 peratus) dan Aiman (48 peratus).
Salma layak mendapat keputusan itu bukan kerana drama air mata tapi kerana vokalnya memang bagus berbanding dua rakan lain.

Malah juri tetap, Datuk Ramli MS serta juri jemputan, Zainal Abidin turut memuji peningkatan vokal Salma.
"Celine Dion pun tidak cantik. Siapa kata orang tidak cantik tidak boleh menyanyi. Saya tidak ada masalah dengan vokal Salma. Kalau ikutkan, protege kumpulan B ini lebih bersedia dan bagus daripada kumpulan A," kata Ramli jujur.

Sementara itu Edry Abdul Halim yang merupakan mentor kepada Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25, dari Ampang, Selangor mahu isu drama dan air mata dihentikan.
Katanya, adalah tidak adil kepada protege lain yang tidak mempunyai kisah sedih untuk dikongsi bersama orang ramai.

"Saya sangat kecewa kerana drama sebabak yang ditonjolkan secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada penonton.

"Ini kerana 30 peratus daripada pemarkahan ditentukan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton, selain 50 peratus daripada juri profesional dan 20 peratus juri awam," katanya.
Bagaimanapun Edry tidak menuding jari kepada Salma kerana apa yang dipapar ditentukan oleh pihak penerbitan termasuk giliran mengadakan persembahan.

Katanya, kenapa tidak diadakan cabutan untuk menentukan siapa yang menyanyi dulu dan terakhir kerana aturan itu juga turut mempengaruhi undian atas faktor kasihan.
Pandangan Edry itu disokong oleh Rahim Maarof yang merupakan mentor kepada Aiman Hakin Ridza Abdoh, 23, dari Shah Alam, Selangor.


Tidak ada pilih kasih

Pengarah dan penerbit eksekutif Mentor musim kelima, Muhamad Sufian Isa berkata, apa yang dipaparkan adalah babak yang terbaik.

"Seperti wartawan, kami pun akan memilih sudut terbaik untuk disiarkan. Tidak ada maksud apa-apa. Ini adalah rancangan realiti, apa yang dipaparkan adalah luahan hati protege kepada mentor.
"Setiap mentor ada strategi kerana itu semua sebahagian daripada corak persembahan program. Apa pun program ini mengutamakan vokal, tidak ada faktor raih simpati," jelasnya.
Sufian turut menepis cadangan agar diadakan cabutan untuk menentukan giliran persembahan di kalangan protege.

Katanya, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menentukan siapa yang dahulu dan kemudian tanpa ada isu pilih kasih.

"Minggu ini Iqa dulu, minggu depan mungkin dia jadi protege terakhir menyanyi. Kami sudah ada aturan dan kalau dibuat cabutan, macam mana kalau asyik orang yang sama jadi peserta pertama buat persembahan.
"Lagipun ini bukan kali pertama Mentor ke udara, sudah masuk musim ke lima. Pasti semua orang sudah maklum format yang kami ketengahkan," katanya terus terang.



.

Sedihnya..saudara seislam kita..apa nasib mereka..


Lapan penduduk Gaza termasuk dua remaja dan empat pejuang Palestin maut ketika ketegangan di sempadan wilayah Palestin itu dengan Israel terus memuncak selepas serangan udara dan roket dilancarkan sejak beberapa hari lalu.
Mangsa maut dalam dua serangan berasingan Israel di bahagian timur Gaza City, semalam sehari selepas berlaku pertumpahan darah dan keganasan.

Dua yang terkorban berumur 11 dan 16 tahun, sementara empat lagi merupakan anggota kumpulan pejuang Jihad Islam, lapor sumber pejuang Palestin dan perubatan.
Kumpulan perubatan berkata, dalam kejadian pertama, empat maut apabila tembakan meriam Israel mengenai sebuah rumah di Shejaiya.

Jurucakap pasukan kecemasan, Adham Abu Selmiya berkata, rejim Zionis melancarkan serangan tersebut ke atas sekumpulan remaja yang sedang bermain bola sepak.

Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Mohammed al-Helu, 11; Yasser Ahad al-Helu, 16; Yasser Hamad al-Helu, 50; dan Mohammed Harara, 20 tahun.
Selmiya berkata, seramai 12 yang lain turut cedera dalam kejadian itu dengan empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa jam kemudian, empat anggota pejuang Palestin terbunuh dalam satu serangan udara Israel di kawasan kediaman di Zeitun yang terletak berhampiran.
Mereka dikenali sebagai Mohammed Abed, Saada Heles, Adham al-Harazine dan Mohammed Atya al-Harazine.



.

Torres terima anugerah dalam kehambaran


Fernando Torres dianugerahkan pingat penghormatan kerana pencapaiannya dalam sukan oleh bandar kelahirannya, Fuenlabrada kelmarin tetapi jaringan, bukan anugerah yang diperlukan penyerang tumpul Sepanyol itu ketika ini.

Dia gagal menemui gawang sepanjang Piala Dunia Afrika Selatan tahun lalu dan hanya menjaringkan dua gol buat juara Eropah dan dunia itu - dua gol ketika menentang pasukan lemah, Liechtenstein dalam kelayakan Euro 2012 di Vaduz September lalu.

Penyerang 27 tahun itu, berkongsi kedudukan kelima dalam senarai penjaring terbanyak Sepanyol dengan 26 gol, tetapi bergelut untuk mencari sentuhan bersama kelab baru, Chelsea, malah gagal menggegar gawang dalam tujuh penampilan sejak berpindah dari Liverpool Januari lalu.

Torres berpeluang kembali dalam senarai penjaring apabila Sepanyol melayan kunjungan Republik Czech bagi kelayakan Euro 2012 di Granada esok dan Lithuania di Kaunas empat hari selepas itu, ketika pendahulu Kumpulan I itu mengambil langkah penting untuk mengesahkan tempat ke pusingan akhir di Poland dan Ukraine, tahun depan.

“Perkara paling sukar adalah menang di peringkat kebangsaan,” kata Torres kelmarin.

“Banyak kali, ketika anda berjaya, anda mula bersikap leka, tetapi nasib baik kami memiliki sasaran, iaitu memenangi kejohanan Eropah, dunia dan Eropah berturut-turut,” katanya.

“Tiada siapa pernah mencapai kejayaan seperti ini. Apa yang kami mahu lakukan adalah mencipta sejarah, ia berada dalam benak fikiran kami dan memenangi dua perlawanan seterusnya akan meletakkan kami ke pusingan akhir.”



.

Cemerlang walaupun cacat penglihatan


Walaupun cacat penglihatan sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menghalang Muhammad Ammar Ibrahim Astar, 19, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Anak keempat daripada 11 beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Islam itu, mendapat keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan tersebut.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini itu merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri bagi kategori calon istimewa (cacat penglihatan).
Muhammad Ammar Ibrahim ketika ditemui gembira dengan kejayaan tersebut dan amat bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang itu.

"Saya amat berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pembelajaran dan ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga boleh mencapai tahap begini," katanya.

Anak peneroka Felda Jengka 24, Maran itu merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohammad, di sini hari ini.
Muhammad Ammar Ibrahim berkata, kekurangannya menjadikan dia seorang yang begitu tabah dalam menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar.

"Memang agak susah untuk belajar kerana kebanyakan buku teks masih tidak menggunakan tulisan Braille namun dengan bantuan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, saya dapat belajar dengan mudah," katanya.
Sementara itu, ibunya, Wan Mahani Asri, 42, berkata, dia gembira dengan pencapaian anaknya itu walaupun keadaan anaknya tidak seperti pelajar yang lain.

"Saya bangga dengan Muhammad Ammar kerana dia tidak pernah menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan malah saya tidak pernah menggangap dia ada kekurangan," ujarnya.
Bapa pelajar terbabit, Astar Ali, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya dalam SPM.

"Kami sekeluarga sentiasa memberikan dorongan kepadanya supaya berjaya dalam kehidupan dan menjadi manusia berguna," ujarnya.



.

Saya masih isterinya..


Aktres dan penyanyi jelita, Erra Fazira, 37, ternyata terkejut apabila mendapat tahu tentang gosip terbaru berhubung rumah tangganya yang kini mula diperkatakan kembali.

Terbaru, Erra dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36, malah, berita juga mula tersebar mengatakan bekas Ratu Cantik Malaysia itu kini hidup bermadu.
"Tiada alasan untuk saya melenting atau melatah dengan kisah terbaru yang saya dengar ini. Apa yang boleh saya katakan semua ini tidak betul dan saya anggap ia merupakan kisah lucu.

"Saya masih isteri Emran dan dia tetap pulang ke rumah seperti selalu. Saya juga menganggap perkara ini adalah satu putaran dalam kehidupan seorang artis yang tidak terlepas daripada dicuit dengan berita sebegini.
"Hakikatnya, saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini sejak mendirikan rumah tangga," ujarnya dalam nada tenang ketika diajukan persoalan tersebut.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata demikian kepada pemberita pada selepas merasmikan pelancaran mutiara terbaru keluaran Rafflesia The Pearl Centre, Primadona Classic di sini, hari ini.
Sebelum ini, rumah tangga pelakon yang mula menempa nama menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 itu juga menjadi bualan apabila Engku Emran dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang merupakan teman sekerjanya di Bernama TV.


Erra dan Engku Emran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita di Bernama TV itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.
Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang berusia hampir dua tahun.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!