Sunday, March 20, 2011

7 kali? Wah tahniah..


Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 bagi kali ketujuh di sini hari ini.

Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.

Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.
"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada
Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan. Saya perlu bekerja
keras untuk menafikan rentak perlawanan dia," kata Nicol, selaku pilihan utama
kejohanan itu.

Atas kejayaan itu, Nicol menerima hadiah wang tunai US$8,550 (RM26,107) dan trofi manakala Madeline pula membawa pulang wang tunai US$5,850 (RM17,862).
Nicol menerima trofi dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Selepas ini, Nicol akan mengambil bahagian pada kejohanan Terbuka Cayman Island dari 5 hingga 9 April ini sebelum menyambung latihan di bawah jurulatih Liz Irving di Amsterdam, Belanda.

Sementara itu, dalam acara lelaki, pilihan utama Karim Darwish dari Mesir merangkul gelaran pertama musim 2011 apabila menewaskan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3 dalam masa 52 minit.

Pada kejohanan tahun lalu, Darwish, pemain nombor tiga dunia, kalah kepada Ramy Ashour pada perlawanan akhir.

"Ini adalah perlawanan terbaik saya di sini. Saya tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan di sini," kata Darwish.

Darwish membawa pulang hadiah wang tunai US8,075 (RM24,657) manala Shorbagy pula menerima US$5,525 (RM16,870).



.

Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Rasulullah?


Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.



.

Nahas bas persiaran dan 2 buah lori..

Seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di KM 341.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Bidor awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Roslan Bek Ahmad berkata, yang terbunuh dikenal pasti Sahad@Shariff Md Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Polis masih mengenal pasti mereka yang parah dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu yang turut menyaksikan 35 lagi termasuk pemandu bas cedera ringan, katanya kepada pemberita di sini.
Bas itu katanya, membawa 43 penumpang terdiri daripada anggota rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan.
"Ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.
"Pemandu kemudian memberhentikan bas itu dan menurunkan penumpang sebelum sebuah lori yang membawa muatan kertas merempuh bahagian belakang bas terbabit termasuk beberapa penumpang yang sudah turun daripada bas tersebut,” katanya.



.

Sadis ni...


Seramai lapan orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam empat kemalangan berasingan di daerah ini dan Kluang hari ini.

Di Kluang, kereta Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang anggota tentera pada pukul 7.45 pagi di Kilometer 9, Jalan Kluang-Teck Wah Heng.

Difahamkan kereta dipandu anggota tentera itu, Norizan Musa, 33, hilang kawalan di selekoh sehingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu.

Ketika kejadian, mangsa, Muaz Abdul Rahman, 57, dikatakan dalam perjalanan membawa isterinya, Maznah Muhamed, 53, ke Stesen Bas Kluang kerana wanita itu berhasrat untuk mengunjungi rumah anak mereka di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, Norizan dan Maznah maut di tempat kejadian manakala Muaz meninggal dunia di Hospital Kluang.

Sementara itu, di Sri Medan, dua maut dalam kemalangan kira-kira 10 pagi membabitkan sebuah treler, dua lori dan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Jalan Muar-Yong Peng.

Dua yang meninggal dunia ialah pemandu lori, Mohammad Syukri Musa, 39, dari Taman Tasik Jaya, Seremban dan pemandu kereta Toyota, Selamat Maskor, 44, dari Kampung Sri Maamor, Tangkak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon berkata, dalam satu lagi nahas, dua pemuda maut dalam kemalangan pukul 1.15 pagi di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir berdekatan Parit Bilal di sini apabila motosikal dinaiki mereka terbabas ke bawah lori.

Adnan berkata, dua pemuda itu ialah Muhammad Herman Jehia, 23, dari Kampung Parit Haji Dahlia, Yong Peng dan Mohd. Iezwan Anuar, 18, dari Kampung Sri Wangi.

Katanya, Hafedy Othman, 18 dari Kampung Parit Khalil, Ayer Hitam maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 28.5 Jalan Kluang tengah malam tadi.



.

Penyatu hati kami..


PERCERAIAN selama tiga bulan akhirnya membuka pintu-pintu hikmah kepada pasangan Juara Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana. Mereka melihat dari mata hati, tentang kegersangan hidup dan kekosongan jiwa masing-masing.

Tempoh tiga bulan perceraian bermula 8 Disember lalu merupakan ujian untuk menduga kebesaran cinta yang menyatukan mereka sehingga lahirnya dua zuriat comel, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1.

Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad, 27, mengakui, anak-anak kecil yang baru hendak mengenal erti kasih itu antara sebab utama dia dan suaminya kembali bersama.
Pada 11 Mac (Jumaat) lalu, Nana bersama Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 28, mengikat semula tali perkahwinan. Mereka rujuk secara rasmi di mahkamah yang sama tempat mereka bercerai tahun lalu.

"Syukurlah, kami telah pun rujuk semula. Sein mengemukakan perkara tersebut kepada saya dan saya bersetuju untuk hidup bersamanya semula. Saya masih lagi menyayanginya selain kerana anak-anak kami," jelas Nana yang semakin matang menilai erti hidup.
Pasangan tersebut berkahwin pada Julai 2006.

Barulah Nana sedar bagaimana rasanya berdepan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Secara luarannya memang dia kelihatan kuat untuk hidup sendiri tanpa suami, tetapi perceraian tidak semudah yang disangka.
"Barulah kami sedar, bahawa kami memerlukan antara satu sama lain. Ada kalanya, kita ingat kita boleh lakukan sesuatu perkara itu sendirian, rupa-rupanya tidak," cerita Nana.



.

Hoho Kris Dayanti dah nikah! Edisi lengkap beserta gambar majlis..


Kebahagiaan dirasakan oleh Krisdayanti dan Raul Lemos yang telah rasmi menjadi suami isteri.

Walaupun nikah di masjid Shaid Nurul Iman di Hotel Grand Sahid jaya, Jakarta, pasangan yang berbeza negara itu sampai tiga kali berciuman. pergh...


Ciuman pertama dilayangkan Raul sebaik sahaja pernikahannya dengan KD dinyatakan sah. Juga ketika hendak menyerahkan mahar dan cincin kahwin, pengusaha yang berasal dari Timor Leste itu kembali mencium KD.

Selain dihadiri keluarga masing-masing, beberapa rakan artis seperti Maia Estianty, Rossa, dan sahabat karib KD, Iis Dahlia, dilihat turut hadir didalam majlis pernikahan pasangan janda dan duda itu.


 Krisdayanti seperti tidak kuat menahan duduk terlalu lama. Kerana ketika hendak berdiri setelah rasmi diperisterikan Raul, KD hampir terjatuh karena kakinya kesemutan. haha...(kesemutan-bahasa indon?)

Mujurlah Raul sempat menahan isterinya itu terjatuh. KD akhirnya boleh berdiri tegak untuk menerima mahar dan memasangkan cincin kahwin.

"Suamiku tercinta, Alhamdulillah, saya terima mahar ini. Insya Allah akan manfaatkan. Semoga ridho dan berkah Allah selalu menyertai kita," tutur KD setelah selesai akad nikah.


KD dan Raul rasmi menikah dengan maskawin seperangkat alat sholat. Mantan Wakil Presiden Indonesia, Try Sutrisno sebagai saksi dari pihak wanita. Sedangkan dari pihak Raul, yang akan menjadi saksi adalah Arif Abdullah Sagram.


P/S - Tahniah dan semoga perkahwinan kali ini berkekalan..



.

Menakjubkan...


Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan seperti radiasi, dan secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib dan ada alasan tersembunyi disebalik penghapusan website tersebut.

 Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berhujung ), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, maksudnya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’Bah, maka seakan-akan diri kita dikenakan berulang kali oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.



.

Bila Lulu Caldina malas update blog


Selamat malam...yeah malam minggu....pagi nanti boleh bangun lewat...eheh..


Ramai yang kata, lulu-pages ni best..Update blog tetiap hari, kalahkan surat khabar...Dan lulu-pages juga dijadikan medan untuk mendapat maklumat terkini dan sensasi..Malah, dengan adanya blog ni, tak perlu nak beli surat khabar, atau nak 'buang' masa nak belek setiap paper online...Semua ada di lulu-pages..


Owh..Itu merupakan pujian yang sangat bermakna buat lulu...Betul!
Lulu bangga bila segala usaha lulu selama lebih 9 bulan ini berbaloi dan bergerak ke arah landasan yang betul..
Itulah tujuan utama lulu berbelog... Berkongsi maklumat bersama semua kerana sikap lulu yang suka membaca dan surfing internet mencari maklumat dan pengetahuan..sharing is caring...ngee ayat itu memang bertepatan sekali..


Setiap hari lulu update blog berjam lamanya...Pernah sakit pergelangan tangan..urut!
Pernah juga sakit belakang, pinggang sebab duduk terlalu lama...
Mengantuk jangan ceritalah...Eheh, tertidur masa tgh update blog pun pernah..


benarlah kata Encik Ben, setiap blogger ni harus mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya..
Bukan saja sbg blogger, tapi pada setiap apa jua yang dia lakukan...
Ada orang berblog kerana suka-suka..
Tidak kurang juga untuk mencari duit sampingan..
Tapi, walau apa pun tujuan kita, semoga dengan niat dan hati yang tulus,
akan mendapat balasan yang terbaik...


Jangan sangka, dengan entri yang banyak setiap hari, lulu punya banyak idea untuk update blog..
Kadang-kadang berjam juga cari 'bahan'...Ataupun gambar....
Yer....pernah juga malas update blog....
malas.....lulu kan manusia...yaw..


Biar pun ada masanya malas update blog (lulu ada komitmen lain...ngee...)
ataupun takde bahan nak buat entri,
tapi syukurlah lulu-pages sentiasa berupdate...
dan yang paling penting, korang tetap support...
semoga dengan ketulusan korang, rezeki lulu dan rezeki kita semua bertambah...
yeah...(ceh menyu menang lagi...)



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!