Tuesday, March 1, 2011

Semut Boleh Memakan Otak Manusia Sehingga Meninggal


Seorang anak kecil meninggal kerana ahli bedah yang menemukan semut di otaknya !

Rupanya anak ini tertidur dengan beberapa gula-gula di mulutnya atau di samping tempat tidurnya .Semut itu merangkak ke telinganya dan akhirnya berhasil masuk ke otaknya.

Ketika dia terbangun ,dia tidak sedar bahawa semut telah berada di dalam kepalanya.

Setelah itu , dia terus menerus mengeluh tentang gatal di sekitar wajahnya.Ibunya membawanya berjumpa doktor, tapi doktor tidak tahu apa yang tidak kena dengannya. Dia mengambil sebuah X-ray dari anak itu dan ngeri, kerana dia menemukan sekelompok semut hidup di tengkoraknya. Semut itu masih hidup, lalu doktor tidak boleh membedah anak tersebut kerana semut terus-menerus bergerak.

Anak itu akhirnya mati. Jadi harap berhati-hati ketika meninggalkan bahan makanan di dekat tempat tidur atau ketika makan di tempat tidur. Ini mungkin menarik semut. Yang terpenting, JANGAN PERNAH anda atau anak anda makan gula-gula sebelum tidur. Anda atau anak anda mungkin tanpa disedari telah menarik semut ketika anda tertidur.



.

INSPIRE DESIGN'S 1st GIVEAWAY



Dah agak lama nak join giveaway ni...ngee, sekarang baru berjaya nak selesaikan...
Tengok pada banner pun dah agak,kan apa hadiahnya??
Ngee cute sangat...Kalau harap nak beli, huhu entah bila...
Taulah harganya murah...ekeke...


Kalau nak join, dan mengetahui lebih lanjut mengenai giveaway ni, sila klik pada banner...


HADIAH :
Pemenang Utama : Starter Kit bernilai RM150
Pendorong/referrer Terbanyak : Starter Kit bernilai RM100
(contoh hadiah seperti banner)


Lulu nak tag makbed, nini d, ogosh, cik bintang, AiTotYati dan sissyira. Sila letak nama lulu sbg Referrer..ngee




Cepat, tarikh tutup tak lama lagi.. 03.Mac.2011





.

Memiliki 6 kaki..Mesti laju lari...ngee



Ida Ayu Raka, warga Banjar Sintrig, Desa Sibang Kaja, Badung, Bali, tidak menyangka anjing peliharaannya hasil persenyawaan anjing jenis Golden-Lambador, bakal melahirkan anak anjing berkaki enam.

Dayu mengakui, anak anjing aneh berkaki enam itu baru diketahui pagi tadi ketika anak lelakinya tengah melihat jenis kelamin tiga anak anjing yang baru lahir semalam.

"Lahir malam tadi, tapi pagi tadi anak saya yang melihat jenis kelaminya, terkejut, ternyata di bahagian belakang tubuh anjing saya ada dua kaki lagi," jelas Dayu.

Dayu mengatakan, tiga anak anjingnya tidak dilahirkan sekali. "Yang pertama warna coklat lahir pukul 8 malam, lalu yang kakinya enam menyusul pukul 11 malam, dan berikutnya warna putih," kata dia.

Selain memiliki enam kaki, anak anjing ini juga memiliki dua kelamin jantan, dan tidak memiliki anus. "Tapi sampai sekarang masih menyusu dengan ibunya." katanya lagi.

Sebaik mengetahui, anak anjingnya lahir aneh, sesuai kepercayaan masyarkat Bali, Dayu langsung mengadakan upacara 'Sodan' dan 'Mesegahan Poleng'. Dengan maksud untuk menghindari malapetaka.

"Upacara itu untuk diadakan buat negaa untuk minta keselamatan agar tidak terjadi sesuatu di persekitaran kami, khususnya keluarga kami" jelasnya.

Sajian yang berupa nasi dan berbagai macam persembahan itu digunakan dalam upacara yang kemudian diberikan kepada ibu anjing. "Kerana anaknya belum boleh makan, jadi diberikan kepada ibunya. Kan nanti melalui susu siibu, dia akan dapat merasanya.." jelas Dayu.




.

Small but VERY expensive gift



Brad Pitt proudly showed off his new gift from his leading lady Angelina Jolie - a diamond pendant engraved with a microscopic love message.
The Hollywood star, 47, touched down at Los Angeles International airport yesterday looking dapper and handsome.
Wearing a black t-shirt, black leather jacket, flat cap and dark glasses, the actor looked in good spirits and smiled at the waiting cameras.


Jolie has swapped ghoulish blood phials with her ex-husband Billy Bob Thornton, which they wore around each other's neck.
But now that she is a respectable mother of six she has come up with an unusual necklace for her current love and father of her children.
She commissioned London-based jeweller Robert Procop to make a diamond pendant for him — worth a hefty six-figure sum — engraved with a note that is not visible to the naked eye.



Exactly what Angelina, 35, has written in her billet doux is a secret.
Procop said: ‘I can’t tell you what it says, and you would need a microscope to read it.’
The pendant is based on Ancient Egyptian amulets that contained hidden messages.


Procop was this week guest-of-honour at a party in Mayfair, London to mark his appointment as editor of the book Famous Diamonds, a new edition of which  is out next year. 
‘The technology is quite new,’ he adds. ‘The hidden message is lasered on.’
A close friend of Jolie, Procop is also going into business with her, designing a jewellery range called The Style Of Jolie.






.

Besarnya.....!



Kalajengking purba (Pterygotus) muncul pada pertengahan Masa Paleozoikum, kira-kira 400 juta tahun yang lalu. Berbeza dengan kalajengking pada umumnya, bentuk kalajengking purba lebih sederhana. Tubuhnya terdiri dari banyak ruas-ruas yang terlindung cangkang nipis. Perbezaan lainnya adalah ukuran tubuh beberapa jenis kalajengking purba yang mencapai 100 kali ukuran kalajengking masa sekarang, 2 hingga 3 meter. Selain itu, kalajengking purba juga hidup di air.




Pterygotus Hidup sezaman dengan ikan jerung purba.Ianya memiliki sepit bergerigi untuk menangkap mangsanya.seperti yang telah disebutkan, panjang tubuh Pterygotus dapat mencapai 2 meter. Walaupun tidak bertulang belakang,Pterygotus memiliki rangka luar yang keras.












.

Jom melancong..


Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.
Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.

Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.

“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu,” katanya.

Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.

“Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.

“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.

“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.

Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.

“Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.

“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya.



.

*cool wif sunglass!*


Contest yang menarik...ngee sebab semua orang suka pakai spek'...
Dan banner penganjur contest pun menarik perhatian lulu...
Wajib beri sokongan lah yer...


Dan gambar yang dipertaruhkan...
ekeke...




Lulu nak tag makbed, nini d, ammar, AiTotYati, sissyira, Mizzkechique, Zue Cancer dan cik bintang....
(silalah letak lulu sebagai referrer yer..ngee)


Tarikh tutup : 19 Mac 2011



.

Tragis


Seorang wanita sanggup memeluk mayat adiknya yang terbujur berlumuran darah sambil menangis teresak-esak dan enggan melepaskannya hingga anggota trafik menunggu hampir tiga jam sebelum mayat mangsa dibenarkan dihantar ke hospital.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa seorang penulis sebuah syarikat penerbitan terbunuh selepas tercampak beberapa meter dari keretanya sebaik merempuh besi penghadang lebuh raya berhampiran Kilometer 14.4, Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) berhampiran Serdang, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam apabila mangsa, Ernest Ong Siang Hee, 31, memandu kereta keluar dari pejabatnya di Jalan SS15/4G, Subang Jaya, di sini, untuk ke Putrajaya.
Jurucakap polis trafik berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

“Pada masa sama, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terjatuh dalam keadaan tertiarap di tepi sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

“Mangsa yang juga penulis di syarikat penerbitan Karya Universal (M) Sdn Bhd mati di tempat kejadian akibat parah di muka dan kepala,” katanya.


Katanya, ketika kejadian, sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang sempat mengelak daripada melanggar kereta mangsa di tengah jalan.
Sementara itu, polis menunggu hampir tiga jam untuk mengangkat dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

“Ini kerana kakak mangsa yang tiba di tempat kejadian bersama suaminya beberapa minit selepas kemalangan itu merayu supaya menunggu ahli keluarga lain.

“Suasana di tempat kejadian hiba apabila kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan ke atas mayat adiknya sehingga saudara lain tiba di situ,” katanya.

Mayat mangsa hanya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, kira-kira jam 1 tengah hari.





.


.

Kemalangan Ngeri


“Dua hari lalu, dia beritahu mahu pulang kerana rindukan anak saudaranya, tapi saya nasihatkan supaya tumpukan perhatian kepada pelajaran,” kata Teh Chang Woke, 28, abang sulung Teh Chiew Sian, 23, seorang daripada dua penuntut perempuan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, yang maut dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Jalan Sintok-UUM berhampiran Hotel EDC di sini, Chiew Sian dan sahabatnya, Lim Hsiao Pei, 23, maut manakala rakan mereka, Lim Siew Chin, 23, parah.

Semua mangsa penuntut tahun akhir Ijazah Pengurusan Perhotelan universiti berkenaan.
Ketika kejadian, tiga sahabat berkenaan menaiki Perodua Kancil yang dipandu Chiew Sian dalam perjalanan menghantar Siew Chin ke kelas.

Apabila sampai di tempat kejadian, Perodua Kancil berkenaan dirempuh sebuah Proton Waja dari arah bertentangan.

Chiew San dan Hsiao Pei yang duduk di bahagian depan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan leher, manakala Siew Chin yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Jitra (HJ), di sini.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Tinjauan Harian Metro di Rumah Mayat HJ semalam, ibu Chiew Sian, Tan Ah Chu, 47, yang terkejut sebaik dimaklumkan anak perempuannya meninggal dunia, tiba-tiba mengalami kekejangan badan dan terpaksa dihantar ke unit kecemasan sebelum dimasukkan ke wad HJ untuk menerima rawatan.

Chang Woke berkata, mereka sekeluarga terkilan kerana anak ketiga daripada lima beradik itu tidak sempat menunaikan hasratnya untuk menamatkan pengajian dan membantu ibu bapa.

“Setahu saya, Chiew San cermat ketika memandu dan biasanya dia memandu perlahan. Jika mahu memandu jauh, dia meminta bantuan teman lelakinya (Chew Beng Lang, 23,) kerana dia takut memandu jauh.

“Saya terkejut apabila diberitahu adik saya terbabit dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HJ di sini, semalam.

Bapa mereka, Teh Soong King, 49, berkata, anak perempuannya itu sangat rapat dengan ibunya dan dia kerap menghubungi untuk bertanya khabar keluarganya.

Katanya, mayat anaknya dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang selepas dibedah siasat dan dibakar di sebuah Wat Siam di Bukit Mertajam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati Perodua Kancil dinaiki tiga penuntut itu mahu membelok ke simpang masuk hotel berkenaan dan ketika itu sebuah Proton Waja dari arah Changlun ke UUM gagal mengelak sebelum merempuh kereta mereka.

Akibat rempuhan itu, dua mangsa yang duduk di hadapan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk dan parah di kepala serta leher.

Pemandu Proton Waja berusia 33 tahun yang juga pengawal keselamatan di UUM itu hanya cedera ringan.

“Dia sudah membuat laporan mengenai kemalangan itu sejurus kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan setakat ini kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.



.

"Lucky Draw Ratu Tupperware"


Lucky Draw best...sebab hadiahnya tupperware...
Hari tu ada join GA tupperware..tapi takde rezeki nak menang...
Semoga kali ni bertuah...

Nak join boleh klik pada banner..
Tarikh Tutup : 07.03.2011 (isnin) jam 4.30 petang



.

"Join Bloglist Ujang9897"


Eheh terasa nak join bloglist ujang..
ujang memang biasa datan lulu-pages...
jom rama-ramai serbu blog ujang...yeah...
sila klik pada banner jika nak memeriahkan majlis...
errr jika nak menyemakkan blognya.ngee....



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!