Friday, February 25, 2011

"Blog Biru"

Lulu telah ditag oleh Cik Farhana..
Sesuatu yang menarik dan buat lulu sungguh tertarik di tengah malam ni...
yahuuu best-best...Kata Cik Farhana, dia rasa macam nak nangis bila ikut segmen ni...
sebab kena tag orang lain yang punya blog biru...
kena belek satu-satu...
dan she got me...yihaa..



Segmen blog biru ini dianjurkan oleh blog pilihan malaysia.



Ceritakan dengan menarik, kenapa anda memilih warna tersebut dalam blog anda? 
Kerana 'kecintaan' lulu pada biru dan chelsea fc, lulu lebih suka blog lulu berwarna biru...
tenang jer rasanya....


Kena tag 2 orang yer? (nasib baik bukan 5 orang...ngee....biasanya sdkt jer orang pakai blog biru, yang banyak pink...yer kan?)
Lulu nak tag kampung chelsea dan http://efashi.blogspot.com/



Tarikh Tutup : 26.02.2011 - 8 pagi



.

Panjangnye...

Benar-benar aneh ... bulu mata panjang benar-benar populer di China,
tapi mereka kelihatan benar-benar aneh.
Tidak begitu mahal untuk membuat bulu mata seperti ini, dan banyak gadis melakukannya,
hanya kerana ingin menjadi popular.
Ini tidak kelihatan cantik sama sekali.






Panjangnya....adehh..





Kalau rambut ditambah, sudah biasa kita tengok..
Tapi untuk bulu mata seperti itu?
ekeke, lepas tu jalan pula mlm2 sorang diri..
Tengok berani tak lelaki nak ngorat...





ekeke..




.

Tengah sakit kanser hati



Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu.

Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.
"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

"Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.
"Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.

Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.
"Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.

"Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor.
Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya.



.

“first GA from senangmenang.miezaniera.com”


Sesuai dengan tajuk Giveawaynya, memang senang menang...
(Haraplah lulu menang..ngee)
untuk lebih lanjut sila klik pada banner..
Dan hadiahnya pun memang menarik, apatah lagi buat yang teringin sangat
nak design header blog percuma...yeah...


Kena tag 5 orang...
Jom, Lulu nak tag makbed, nini D, cik bintang, akmall dan ammar..


Tarikh tutup : 14.03.2011



.

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan


Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.
Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah.


.

Siapa kekasih Dude Harlino?


DUDE Harlino sudah rasmi menjadi kekasih Asmirandah. Bukan di sinetron atau filem, tapi di dunia nyata!

Khabar itu heboh di kalangan wartawan hiburan beberapa hari belakangan ini.
Ketika ditanya, ternyata Dude tidak membantahnya.

“Ya, memang kami lagi dekat,” ucap Dude sambil tersenyum, ketika ditemui setelah selesai pertemuan bersama wartawan didalam Panasonic Gobel Awards ke-14 di Crowne Plaza Hotel, Jakarta Selatan.
Namun Dude masih belum ingin bercakap panjang lebar soal hubungan tersebut. Pemuda yang lahir pada 2 Disember 1980 itu pun masih malu-malu jika hubungannya dengan Andah disebut kekasih.

“Saya enggak bisa bilang begitu ya. Tapi memang dia (Asmirandah) yang paling dekat sama saya saat ini,” ungkapnya.


Sejak sama-sama bermain dalam filem “Dalam Mihrab Cinta”, Dude dan Andah semakin dekat. Dalam beberapa kesempatan, keduanya tidak boleh menyembunyikan daya tarikan antara satu sama lain.



.

Saya sebak dan saya tidak mahu buat ini lagi..


Juri program realiti televisyen American Idol, Jennifer Lopez, 41, yang popular dengan panggilan JLo menangis semasa dia mengumumkan seorang peserta kegemarannya, Chris Medina, 26, disingkirkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Jenny From The Block itu terpaksa ditenteramkan oleh dua juri lain, Randy Jackson dan Steve Tyler selepas dia menyingkirkan Chris dalam program tersebut yang disiarkan kelmarin.

Chris pernah mendedahkan kisah hidup tunangnya, Juliana Ramos yang menderita kerana masalah kecederaan otak akibat terlibat dalam kemalangan kereta sebelum majlis perkahwinan mereka tahun 2009.


Juliana kini meneruskan hidup dengan menggunakan bantuan kerusi roda.

Dia juga tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.

Chris dan ibu wanita itu memberi sepenuh perhatian untuk menjaganya.

Kisah hidup Chris itu membuatkan JLo berasa amat simpati terhadapnya.

JLo memberitahu peserta tersebut semasa dia menyingkirkannya dengan berkata: "Secara jujurnya, hati saya berkecai untuk menyatakan ini tetapi kamu (Chris) tidak berjaya dalam senarai 24 peserta yang teratas."

Chris kemudian mengucapkan terima kasih kepada juri sebelum beredar.


Namun, sebaik sahaja Chris meninggalkan pentas American Idol, JLo dalam nada sebak berkata: "Saya rasa macam tidak memberitahu dia dengan cara yang betul. Saya rasa teruk sekali. Saya tidak mahu buat ini (penyingkiran) lagi."



.

He's one cool cat

Jimmy the cat has an amazing party trick.
In a YouTube video a woman's voice can be heard saying: 'Hi Jimmy. Can you give me a thumbs-up, Jimmy?'
And then the woman and a man are heard laughing as Jimmy obliges and sticks his 'thumb' up.

Scroll down for video
Jimmy the cat stars in a YouTube video in which a woman with a British accent asks him to give her the thumbs up
Jimmy the cat stars in a YouTube video in which a woman with a British accent asks him to give her the thumbs up


The description attached to the video says: 'Jimmy is a polydactyl cat. He's probably the laziest cat in the world but he's also super clever and has thumbs. And he's got a great party trick :-)'
Jimmy has polydactyly, which means he has extra digits, a physical anomaly that's sometimes caused by a genetic defect.
Polydactyl cats are fairly common in some parts of New England in the U.S. and they are sometimes called Hemingway cats, because the writer Ernest Hemingway grew to love them after being given a six-toed cat.
The Guinness World Record holder for the cat with the most digits is Jake, a cat from Ontario, Canada, which has 27 digits. The unofficial record goes to Bandit, a 29-toed cat from Hoboken, U.S. Bandit is owned by Beth Stuart, who is in the process of applying for recognition.






.

Pengajaran buatnya..


Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.
Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.

Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.
Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.

“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.

“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.
“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.



.

So sweet...terbaik...yes..

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 26, sudah merasai debaran dalam menghitung hari menjelang tarikh pernikahannya dengan pelawak Shahmira Muhamad atau dikenali sebagai Shuib Sepah, 26 Februari ini.


Haa hari tu dah ada entri mengenai cerita ni...
dah menghitung jam jer bakal pengantin kita ni...
Apatah lagi mereka dah start cuba baju nikah...


Nak jadi antara orang pertama yang tengok tak?
yeah............
























P/S  - kredit gambar buat pereka baju mereka - Hatta Dolmat
(Tengok pandangan mata shuib pada sarah...pandangan cinta tu...so sweet..)


 
.

Semua orang dah heboh..Jom lulu pun nak heboh sekali..

Daphne Iking dah masuk islam...alhamdulillah..


Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam dan kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.
Sumber lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.


Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!


P/S -  Nama Islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking.



.

Walaupun cacat tapi masih boleh seperti normal..


Seekor babi yang dapat berjalan dengan hanya dua kaki menjadi selebriti tempatan di China.

Babi 10 bulan itu yang dikenal penduduk desa sebagai "Zhu Jianqiang" (babi yang berkehendak kuat) lahir dengan hanya dua kaki depan dan telah belajar untuk menyeimbangkan tubuhnya dengan cukup baik agar boleh berjalan. Menurut pemiliknya, Wang Xihai, babi itu merupakan salah satu dari sembilan anak babi yang lahir di ladangnya januari lalu.

Dia berkata, "Isteri saya meminta saya untuk membuangnya tapi saya menolak kerana babi tersebut hidup. Saya fikir saya harus memberinya peluang untuk hidup dan tidak terduga babi itu bertahan dan sihat."

Beberapa hari setelah kelahirannya, Wang memutuskan untuk melatih anak babi berkaki dua itu berjalan dengan membuatnya boleh berdiri dengan mengangkat ekornya. Wang, sebagaimana dipetik Telegraph,  mengatakan, "Saya melatihnya untuk beberapa waktu setiap hari. Setelah 30 hari, babi itu sekarang dapat berjalan dengan cukup baik."

Wang mengatakan sejak kelahiran babi itu, yang ketika ini memiliki berat 50kg, rumahnya dikunjungi ramai orang. Sebuah kelompok circus bahkan menawarkan untuk membeli babi itu dengan harga mahal tetapi Wang menolak untuk menjualnya.

Dia mengatakan, "Binatang itu membuktikan kepada kita bahawa apa pun bentuk kehidupan, itu harus terus dijalani. Saya tidak akan menjualnya, tidak peduli berapa banyak tawaran itu.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!