Sunday, February 20, 2011

Header Blog untuk Amzar Syazani


Lalala...selamat malam korang...
Amzar minta tolong buat header...
Taulah, lulu memang tak berapa pandai...
so, bolehlah kalau dia nak tempek header yang lulu buat
ni sementara kat blog dia...

huhu....


Lulu memang berbesar hati nak buatkan sesapa header...
Tapi, kualiti memang agak kuranglah kan
berbanding dengan kalau kita nak upah org buat...
Taulah, lulu tak reti nak advance design..
Biasa-biasa jer..
Dan untuk makluman, setakat ni lulu tak pernah upah org lagi
nak buat header lulu-pages ni...
semuanya lulu buat sendiri...termasuk banner dengan logo chelsea tu...



Sesungguhnya, lulu masih lagi belajar..
Dan semoga suatu hari nanti akan jadi bijak pandai
dalam hal-hal design blog...
walaupun tanpa pembelajaran 'khusus ' kat U atau kolej...
ngee....



P/S - Stay melekat...Sebab tangan dah gatal nak umum Giveaway pertama lulu....ngee...



.

Tertinggi di dunia..

Berdiri hampir 43 inci tinggi dari kaki ke bahu dan berat 245 Kg dan menjadi anjing tertinggi di dunia.








Menurut pemiliknya, David Nasser, George sekarang tidur bersendirian dikatil bersaiz 'queen'...
Dan tidak lama lagi akan bertukar ke 'king' saiz kerana badan anjing itu semakin membesar.







.

Sokongan padu


Carlo Ancelotti menegaskan beliau menerima sokongan padu pemain-pemain Chelsea ketika kelab itu berdepan 10 hari yang mungkin mampu mengubah musim mereka.
Juara berganda musim lalu itu menentang Everton pada perlawanan ulangan Piala FA malam tadi, bertandang ke Copenhagen bagi pertemuan Liga Juara-Juara Eropah Selasa ini dan menanti kunjungan Manchester United seminggu kemudian - semua perlawanan itu perlu dimenangi mereka.

Sekalipun tidak menang dalam dua perlawanan dan menghuni tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL), Ancelotti percaya beliau mampu mengubah keadaan dan mengembalikan semula sentuhan penyerang bernilai £50 juta (RM246 juta), Fernando Torres di tengah-tengah dakwaan moral pasukan merudum sejak pembantunya, Ray Wilkins dipecat November lalu.
“Saya tidak fikir pemain sudah hilang keyakinan terhadap saya,” katanya. “Ia tetap sama, dengan Ray dan tanpa Ray. Kami hilang keyakinan kerana kami tidak berdaya melakukan perkara yang kami mahu lakukan di atas padang.

“Torres tidak 100 peratus cergas, tapi dia akan menjaringkan gol. Dan dia akan mengembalikan kepantasan, larian derasnya. Dia berdepan masalah tahun lalu dengan lututnya dan dia cuba pulih dengan cepat untuk bermain pada Piala Dunia.

“Apabila seorang pemain cedera selama lima bulan, untuk kembali dengan kepantasan seperti sebelumnya, anda perlukan masa. Kami mengatur latihan khusus untuk mengembalikan kepantasannya.”
Sementara itu, penolong ketua pasukan, Frank Lampard menganggap adalah satu ‘bencana’ sekiranya Chelsea tidak layak untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

“Kami mesti menamatkan kempen dalam kelompok empat teratas dan tidak boleh hilang tumpuan terhadap bola selepas ini. Ia pasti satu bencana sekiranya kami tidak layak.”
Ketika kejuaraan liga semakin jauh daripada jangkauan dan Chelsea sudah mengaku kalah daripada persaingan bagi musim 2010-11 dengan Manchester United berada 12 mata di depan mereka, Lampard menganggap kejayaan dalam pertandingan piala adalah penting.

“Kepentingannya amat besar kerana anda boleh lihat buruan liga amat sukar untuk dipastikan lagi dan ia bermakna lebih penting untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir pertandingan piala terutama Liga Juara-Juara.”
Pemain berusia 32 tahun itu juga menyokong Torres sekalipun penyerang antarabangsa Sepanyol itu gagal menyerlah dalam dua perlawanan awal buat kelab barunya itu.

“Dia mampu melakukan perubahan besar,” kata Lampard.

“Tidak, dia tidak menjaringkan gol dalam dua perlawanan itu tapi semua tumpuan diberikan terhadapnya.

“Ia satu tanggungjawab besar, orang mahu menanti dia melakukannya dengan segera, tapi dia akan memberikan perbezaan terhadap kami.”



.

Terpaksa berpisah


Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, terpaksa berpisah sementara dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, selepas pasangan itu diijabkabulkan di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Lantas pasangan itu mengambil keputusan untuk tinggal berasingan buat sementara waktu dan berharap perkahwinan jarak jauh ini tidak menghalang mereka untuk mengukuhkan hubungan sebagai suami dan isteri.
Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

“Kami telah mengenali dan bercinta selama 14 tahun. Sepanjang menjalinkan hubungan itu, kami sudah biasa berhubung secara jarak jauh dan alhamdulillah hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.
“Ramai juga kawan yang bertanya tentang bagaimana kami menjaga hubungan. Pada saya, mudah sahaja, kami saling percaya antara satu sama lain, tidak terlalu mengongkong dan percaya pada jodoh.

“Selepas berkahwin, biarlah isteri bekerja di Sabah selama dua hingga tiga tahun dahulu kerana dia pun baru memulakan kerja selepas pulang belajar dari Australia selama lima tahun,” kata Farish.
Farish dan Zahrah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Hotel Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabtu.
Menurut pengacara Chopp! di TV9 itu, dia dan isteri hanya melakukan sebuah majlis resepsi di Kota Kinabalu.

“Kedua-dua majlis iaitu nikah dan sanding ditanggung sendiri oleh saya dan isteri tanpa ada tajaan mana-mana pihak. Kami memilih untuk melakukan majlis nikah di hotel kerana mahukan privasi yang dihadiri oleh 100 orang termasuk keluarga dan rakan terdekat.

“Sementara majlis persandingan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kawan-kawan yang seramai 800 orang,” ujarnya yang bercinta dengan Zahrah ketika sama-sama menuntut di tingkatan 1 di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.

Kata Farish, dia tidak pernah menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada usia sekarang tetapi setelah memikirkan hubungan mereka yang tiada penghujung dan usia yang bakal mencecah 30 tahun, lantas Farish nekad melamar Zahrah dan mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu.

“Perkahwinan ini memberikan lembaran baru dalam hidup saya yang akan dilalui oleh semua orang. Saya mahukan anak dan mempunyai sebuah institusi kekeluargaan yang baik untuk membina kehidupan ke tahap yang lebih baik,” ujarnya yang tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini tetapi berkemungkinan pada hujung tahun.



.

Dia yang paling teruk....


JIKA Hollywood terkenal dengan majlis Razzie Award untuk 'menghargai' artis yang teruk, Bollywood juga mempunyai majlis seperti itu dan ia dikenali sebagai Ghanta Award.
Aktres Ashwarya Rai yang membintangi Endhiran, Rainikanth dan Guzaarish yang dianggap berjaya pada tahun lalu tetapi filem Action Replayy merosakkan reputasinya.
Dek kegagalan tersebut, isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu dinobatkan sebagai pemenang anugerah dalam kategori Aktres Paling Teruk dalam majlis yang berlangsung baru-baru ini.
Selain Ashwarya, antara penerima 'anugerah' tersebut ialah Himesh Reshammiya bagi kategori Aktor Paling Teruk, Sajid Khan (Pengarah Paling Teruk) dan filem Pyaar Impossible (Filem Paling Teruk).



.

Tidak boleh diet


BENTUK badan penyanyi Bunga Citra Lestari masih mempunyai lemak berlebihan walaupun bayi sulungnya kini sudah berumur empat bulan.
Isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair ini mengaku dia sedang menjalani program menguruskan badan namun bukan dengan cara berdiet.

"Saya tidak boleh berdiet. Cuma saya sekarang mengikuti program untuk menguruskan badan," ujar ibu kepada Noah ini.
Menurut Bunga, anak sulung mereka sudah mengikuti beberapa sifat dia dan suaminya.
Salah satunya adalah sifat sensitif Ashraf.
"Ya, dia sensitif. Tapi lucunya, semalam saya menghantar gambar Noah kepada ibu bapa saya di Kuala Lumpur.


"Mereka mengirim pula gambar saya semasa kecil, ya kami mirip" ujar Ashraf.
Tambah Bunga, raut wajah Ashraf dan Noah saling tidak tumpah tetapi berbeza pada bahagian dagu.
"Kalau daripada bahagian mata dan ke atas itu sama seperti saya. Tapi kalau dagu dan pipi itu mirip ibunya," ujar Ashraf.



.

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Sempat lagi ni...
hai semua..
salam hujung minggu...
selepas kekecewaan kerena tersingkirnya CFC 
dalam piala FA, jom kita kembali bersemangat...
menghadap blog dan menhapdate lebih banyak entri...


Lulu memang seorang blogger yang aktif...

Lulu teruja bila update blog, apatah lagi 
dengan berita yang terkini....
Semoga dengan apa yang lulu lakukan ini,
akan membawa seribu manfaat buat kita semua...


Semangat dan semangat...Yeah..


.

Jangan ditanya padaku apa sebabnya

Salam..selamat pagi...
sekarang dah 2:30 pagi...
peliknya sebab selepas bbrp jam tamat game,
hatiku masih sakit...
ini adalah entri serius...huhu..



Sesungguhnya aku tidak mampu menolak kekecewaan ini jauh dariku..
Jangan ditanya padaku apa sebabnya...
sebab aku pun tak tahu apa jwpnnya...


prestasi buruk musim ni benar2 menduga peminat...
chelsea...selepas tidak mempunyai harapan mengekalkan juara BPL,
carling cup...kini FA cup pun terlepas dari target..
mampu ke satu-satunya kejuaraan yg dikejar skrg menjadi milik?
sedangkan chelsea tak pernah menjulang piala ini?
champion league-mmg tinggal angan-angan..



Tahniah chelsea..tahniah CA..Tahniah fan...
Tahniah Lulu Caldina, diatas kekalahan demi kekalahan...
aku kecewa..namun....hatiku masih bersama the blues...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!