Friday, February 18, 2011

Ditetak...berkali-kali..


Rutin harian seorang penyelia sebuah kilang untuk menikmati sarapan pagi di sebuah restoran tidak kesampaian apabila dia ditetak lebih daripada 10 kali hingga mati berhampiran Jalan R2/2, Taman Pelangi, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, saksi memberitahu polis bahawa kira-kira jam 6.15 pagi, mangsa iaitu M Paraguna, 32, baru sahaja keluar dari kereta Wira berwarna merah untuk menuju ke restoran yang tidak sampai 20 meter dari kawasan parkir itu.

"Tiba-tiba mangsa diserang bertubi-tubi tiga lelaki yang memakai topeng dan bersenjatakan parang sehingga ditetak di bahagian tengkuk, tangan dan kaki sebelum mangsa mati serta merta," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata, saksi turut memaklumkan suspek kemudian terus melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Kancil sebelum orang ramai menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Abdul Rahim berkata, polis yang tiba kemudian mendapati terdapat lebih 10 tetakan namun tiada parang atau cap jari ditemui pada mayat.

Beliau berkata, polis menolak motif kejadian sebagai samun kerana tiada sebarang barang peribadi mangsa hilang dan tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan adalah sebagai membalas dendam.

Katanya, polis percaya suspek telah lama memerhatikan gerak-geri mangsa sebelum nekad bertindak menyerang mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu Bernama, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan singgah seperti biasa di restoran itu bagi menikmati sarapan pagi.

"Memang itulah rutin dia sebelum pergi kerja. Dia akan singgah di restoran itu untuk makan dan kemudian ke tempat kerja," katanya.

Beliau berkata mangsa yang berasal dari Batang Kali mempunyai dua anak, seorang perempuan berusia empat tahun dan lelaki berusia empat bulan.



.

Makam Gus Dur 'Runtuh'



Kubur mantan Presiden RI ke-4 Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di Pondok Pesantren Tebuireng, Jombang, Jawa Timur, 'runtuh'. Heboh disana sini, kain kafannya masih terlihat bersih.
"Pagi tadi dikhabarkan 'runtuh'. Tapi sekarang sudah diperbaiki," kata salah seorang anak saudara Gus Dur, Firry Wahid.

Menurut anak Umar Wahid ini, berita yang diterima keluarga, penyebab utama runtuhnya makam Gus Dur itu berpunca dari keadaan tanah pemakaman. "Ketikat pemakaman, tanahnya tidak dipadatkan," kata Firry. Saat ini, kata Firry, puteri pertama Gus Dur, Alisa Wahid sudah berada di pemakaman.

Ketika ini heboh diperkatakan, ketika makam itu runtuh, kain kafan yang membalut jasad Gus Dur masih kelihatan sangat bersih seperti baru. Dalam keadaan normal, kain kafan yang turut dikubur lebih dari setahun seharusnya rosak di dalam tanah.
Tetapi sumber membenarkan berita itu. "Kain kafannya memang masih bersih," ujar sumber yang menolak disebut namanya.

Gus Dur wafat pada Rabu 30 Disember 2009. Keadaan kesihatan Gus Dur menurun sejak menjalani pembedahan gigi isnin 28 Disember 2009 lalu. 

.

Tutorial set Blog Labels seperti Lulu-Pages


Permintaan dari makbed yang gojes..
Puji kena lebih supaya makbed doakan lulu menang contest...yeah..


camana ntah nak wat blog archive jadi cam lulu punya? makbed dah lupa mana blog makbed buat ari tu..... silalah wat tutor. plisssss








Design>Add gadget> Labels






Dan tick lah apa-apa yang patut macam dalam gambar ni..


Ok,  rasanya semua tu cukup untuk buat makbed faham...
yeah...








P/S - Mekasih makbed sbb jadikan lulu 'cikgu'..
ngee...






.

Arrgghhhh....grrr....geram...



Kali ni laptop 'rosak' lagi...
asyik nak off jer kerjanya....
tuannya nak guna pun tak boleh...
Entah apa lagi masalahnya...


Kena update blog guna desktop lagi..
kat sini apa software pun takde..
menyampah...
(sila bersabar dengan lulu...)



lalala...



.

Pelik tapi menakjubkan..

Allah SWT akan selalu menunjukan Kebesarannya kepada kita semua, begitulah yang terjadi kepada salah satu tragedi kebakaran kereta, sebuah Kitab Al-Qur’an yang terdapat didalam kereta tersebut tetap utuh dan tidak hangus sama sekali, Subhanallah… Sungguh maha besar kuasa Allah SWT



Kereta ini hangus terbakar.






Hampir semua hangus terbakar.





Tapi ternyata ada sesuatu yang tetap utuh.




Kitab Al-Qur’an Ini Ikut Terbakar, Tapi Isi Kitab Didalamnya Masih Utuh



Secara logik dan akal Sihat, seharusnya kitab suci Al-Qur’an ini pun hangus jadi debu. Tapi ya.. itulah yang terjadi, sekali lagi Allah SWT telah menunjukan kebesaranNYA



.

Keranamu kereta..


Seorang lelaki, Lin Fu sanggup menggadai nyawanya sendiri apabila dia berdiri di atas keretanya yang terjunam ke dalam sebatang sungai di Shuangxiu, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Fu enggan meninggalkan kereta miliknya itu sejam sebelum ketibaan anggota-anggota bomba.
Anggota-anggota bomba tiba untuk menarik kereta itu dengan menggunakan kren, baru-baru ini.

Kereta yang dipandunya itu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut dari sebuah jambatan.
Menurut Fu, jika dia tidak bertindak dengan menunggu kereta tersebut, anggota-anggota bomba akan membiarkan kenderaannya itu di dalam sungai tanpa menariknya keluar.



.

Kan kena gantung


Seorang guru tadika di Britain dilarang mengajar (digantung) selama dua tahun selepas dia didapati menyembur penyegar udara ke arah sekumpulan murid Asia termasuk dari India dan Bangladesh dengan alasan mereka berbau kari.

Majlis Guru Am Bagi Wales (GCTW) diberitahu bahawa Elizabeth Davies, 50, menyembur penyegar udara setiap pagi ke arah murid terbabit selepas mendakwa mereka berbau ‘kari atau bawang’.


“Perbuatan beliau tidak mencerminkan sikap seorang guru selain menjejaskan maruah kanak-kanak berkenaan yang mesti sentiasa dilindungi,” kata Pengerusi GCTW, Peter Williams.



.

Pelajar alami ketumbuhan rusuk


Seorang pelajar berusia 15 tahun menagih simpati orang ramai bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung akibat ketumbuhan pada bahagian rusuk kanan tubuhnya sejak enam bulan lalu.
Disebabkan penyakit itu, Muhammad Nur Hakim Hasram, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Muhamad Taib di sini terpaksa menangguhkan sementara persekolahannya.

Menurut Muhammad Nur Hakim, ketumbuhan tersebut mula disedari selepas kesan lebam akibat terjatuh semasa bergurau dengan seorang rakannya mulai membengkak sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
“Sebulan selepas itu kesihatan saya semakin merosot bahkan tidak lagi mampu berjalan dan sukar duduk lama,” katanya ketika ditemui di sini.

Muhammad Nur Hakim yang kini terlantar di rumahnya di Taman Klebang Jaya di sini menerima kunjungan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun yang diketuai Ketuanya, Mazlan Abd Rahman semalam.

Dalam pada itu, bapanya, Hasram Mohd Jamal, 53, berkata, walaupun Muhammad Nur Hakim telah dirujukkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) di sini namun tiada tindakan susulan terhadap ketumbuhan yang semakin besar itu.

“Setiap bulan, kami menghantarnya ke HRPB untuk mendapatkan rawatan susulan, tetapi keadaan anak kami masih tiada perubahan.



.

Ngeri : Jatuh dan digilis - maut ditempat kejadian..


“Saya sepatutnya mengambil dia di kawasan membajak kira-kira 200 meter dari tempat berehat untuk keluar makan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terkejut apabila mendapati dia dalam keadaan parah akibat tersepit pada traktor berkenaan,” kata Mohd Arif Aladin, 20, rakan Asmadi Mamat, 49, yang maut akibat terjatuh dari traktor sebelum digilis jentera pembajak itu ketika melakukan kerja meratakan baja tanaman tembikai di Kampung Wek dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang juga Penghulu Mukim Banggol Pak Awang, Kampung Joh, dekat sini, dikatakan cuba menguis guni baja yang kosong menggunakan kaki kanan ketika mengendalikan jentera itu.

Tindakannya menyebabkan dia terjatuh sebelum kaki kanannya terlekat pada tayar belakang, manakala dada dan kepalanya tercucuk bilah pembajak traktor berkenaan.

Menurut Mohd Arif, mangsa mula melakukan kerja meratakan baja di kawasan itu sejak Selasa lalu.

Katanya, sudah menjadi kebiasaannya untuk mengambil mangsa di kawasan itu sebelum mereka makan tengah hari bersama berikutan tempat itu agak terpencil.

“Seperti biasa, saya pergi mengambilnya dengan menunggang motosikal. Apabila sampai, saya tidak melihatnya di atas traktor dan terkejut apabila ternampak kaki kanannya melekat pada tayar belakang dan keadaannya parah.

“Panik melihat keadaannya, saya bergegas ke tempat rakan di kawasan rehat untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Dia dan rakannya kemudian menghubungi bomba dan polis bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Machang (HM).

Seorang anak mangsa, Mazri Afandi, 22, berkata dia terkejut apabila diberitahu mengenai kejadian itu sebelum bergegas ke HM.

Katanya, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi sering mengadu pening kepala sejak beberapa hari lalu.

“Ayah juga sempat berpesan supaya segera menyiapkan bangsal di depan rumah bagi persiapan kenduri kahwin kakak, (Azlina, 24,) bulan depan.

“Namun, tidak sangka itu pesanan terakhir selain tidak sempat melihat kakak yang juga anak sulung diraikan dalam majlis perkahwinan itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malik Bedot, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes diklasifikasikan mati mengejut.






.

Gelaran Sultanah ditarik balik


Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran ‘Sultanah’ berkuat kuasa semalam.
Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada ‘Yang Amat Mulia Tunku Puan’ dengan dibahasakan sebagai ‘Tunku Puan’ atau ‘Tunku’.

Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupakan isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.
Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.




.

Perkukuh hubungan cinta


Sebelum ini Akim dan Stacy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dan kali ini mereka dilantik sebagai duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto bagi kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto’.
Pelantikan ini dilihat lebih menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku hanya akrab sebagai kawan dan hubungan itu profesional sebagai rakan sekerja.
Malah Akim yang dua tahun berturut-turut dipilih sebagai duta aiskrim itu menolak desas-desus kononnya dia yang mencadangkan nama Stacy untuk sama-sama menjadi duta aiskrim itu.



"Saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy dan tidak tahu dapat menyambung kontrak buat kali kedua sebagai duta Wall's Cornetto bersama-sama Stacy.
"Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik.

"Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit-sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini," kata Akim, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia muzik ketujuh (AF7).
Pasangan itu ditemui pada majlis sidang media dan pengumuman rasmi pelantikan mereka sebagai duta Wall' Cornetto untuk kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto'.

Kedua-duanya turut menyampaikan lagu tema kempen tersebut berjudul Jahatnya Cinta gubahan Edry Abdul Halim hasil gabungan lagu Inilah Cinta oleh Akim dan Jahat oleh Stacy yang diberi sentuhan remix baru dan bertenaga.

Sebagai duta produk tersebut, Akim dan Stacy menggalakkan para remaja menyertai peraduan meluah perasaan melalui lagu merdu dan lirik yang kreatif mulai 14 Februari hingga 30 April ini.

Untuk menyertai, layari www.facebook.com/iluvcornetto dan kumpul mata daripada penutup Cornetto untuk membida artis pilihan di samping memenangi hadiah harian dan bulanan seperti iPhone 4, iKaraoke, iPod Shuffle, thumb drive, rantai kunci serta cakera padat istimewa Cornetto.




.

"AREPNAKBEBEL first giveaway"


Tengah BW, terlihatkan Giveaway ni...
Tersangat ringkas dan menawan hatiku
(untuk join dan kacau peluang org lain menang..)
Sila klik pada banner untuk lebih lanjut...


Ni first giveawaynya...
Haaa lulu pun bakal buat giveaway..
(semoga berjaya..)


lulu nak tag....
makbed yang gebuss, nini yang slim dan cik bintang yang setia...
whooaaa sila...sila...giliran anda...



Tarikh Tutup adalah : 03.03.2011


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!