Tuesday, February 15, 2011

Lupakan Mangsa, Ular Tolong Katak


Jauh dari kenyataan yang biasa ditemui apabila seekor ular biasanya melahap seekor katak sebagai mangsanya, kisah dalam rakaman gambar ini justru memperlihatkan persahabatan dari kedua haiwan di tengah bencana banjir yang melanda Australia.

Keduanya mencuba menidakkan perbezaan di antara keduanya pada masa silam kerana seekor katak hijau dapat menumpang di atas seekor ular berwarna coklat yang melintasi air akibat banjir di Queensland, dekat Brisbane.

Teknision komputer Armin Gerlach berhasil mengabadikan momen ini ketika tengah merakam sejumlah gambar kerosakan harta benda yang merupakan kesan bencana banjir di Brisbane.

Biasanya sejumlah haiwan nampak berkumpul ketika terjadi kebakaran hutan, banjir atau bencana alam lainnya. Namun, peristiwa yang terakam kali ini sungguh mengagumkan. Saya sampai tak yakin apabila ini benar-benar terjadi," tutur Armin Gerlach.

Bencana banjir di Queensland telah menelan 26 korban jiwa sejauh ini dan mengakibatkan kerosakan harta benda sehingga 5 miliar dollar Australia.



.

Nekad Membedah Perutnya Sendiri



Biasanya seorang Doktor membedah pesakit yang sakit. Tapi lain halnya dengan Doktor Leonid Rogozov, Dokter berbangsa Rusia ini melakukan pembedahan pada dirinya sendiri.

Ceritanya berawal pada bulan April 1961, ketika bertugas di Artartika dan turut serta dalam ekspedisi Antartika Soviet .Waktu itu dia merasa sakit di perut kanan bawah dan demam. Dia pun mendiagnos dirinya sendiri yang ternyata menderita usus buntu akut.Hari berikutnya dia merasa putus asa dan kesempatan untuk memanggil pesawat. Namun tidak ada. Ketika itu dia adalah satu-satunya doktor di Novolazarevskaya, pada malam hari.

Dia pun melakukan pembedahan pada dirinya sendiri menggunakan anestesi lokal. Dia dibantu oleh seorang pembantu mesin dan seorang ahli meteorologi di stasen itu. Mereka berdua membantunya memberikan instrumen medik dan memegang cermin kecil di perutnya.Wow... tak boleh dibayangkan.



Dia melakukan pembiusan lokal dengan solusi novocaine dan membuat 'potongan' 12cm di kawasan perut kanan dengan pisau bedah. Pembedahan tersebut berlangsung hingga 1 jam dan 45 minit lamanya.


Rogozov Leonid

Rogozov Leonid pada tahun 1959 lulus dari Institut dan segera diterima di residens klinik pembedahan. Namun, pembelajarannya di residens terputus kerana Leonid melakukan perjalanan ke Antartika di bulan September, 1960 sebagai seorang doktor dari Soviet ke stasen Antartika Novolazarevskaya.

Dengan tindakan nekadnya itu, Dokter Leonid Rogosov menjadi terkenal kerana berhasil membedah dirinya sendiri dan kembali sihat.



.

Bye bye


Seorang juruterbang sempat melambaikan tangan ke arah seorang jurugambar semasa dia berada di dalam sebuah jet tempur yang bergerak pada kelajuan 804 kilometer sejam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Juruterbang itu melambaikan tangannya ke arah jurugambar tersebut, Peter Bailey yang berada kira-kira 91.44 meter dari jet tersebut di kawasan pergunungan Cadair Idris baru-baru ini.


Bailey sempat merakamkan gambar juruterbang Tentera Udara Diraja Britain itu yang duduk di dalam ruang kokpit jet Typhoon berharga £68 juta (RM332 juta).
Semasa gambar itu dirakamkan, jet tersebut melakukan satu latihan ketenteraan.



.

Derita akibat sindrom nefrotik


Sesiapa sahaja pastinya tidak sampai hati apabila melihat kanak- kanak ini terutama apabila membayangkan betapa seksanya dia menanggung derita akibat penyakit yang dihidapinya. Perut Tg. Mohd. Haikal Afify Tg. Mohd., 6, kelihatan membusung dengan wajah serta beberapa anggota lain semakin membengkak.

Sesekali terdengar rengekan dan tangisan kanak-kanak ini, mungkin untuk meredakan sedikit kesakitan yang ditanggungnya akibat penyakit yang dikenali sebagai sindrom nefrotik.
Sejak dikesan menghidap penyakit itu empat tahun lalu, hospital seolah-olah telah menjadi "rumah kedua" bagi Tg. Mohd. Haikal Afify.

Keadaan kesihatan anak bongsunya itu telah menambahkan lagi dugaan dan tanggungan yang perlu digalas oleh Mek Salmah Abd. Rahman, 41, yang terpaksa menyara keluarga setelah suaminya, Tg. Mohd. Tg. Sulong, 49, seorang tukang rumah, hilang upaya sejak tiga tahun lalu.

Suaminya menghadapi masalah penglihatan serta menghidap penyakit saraf sehingga menyebabkan segala pergerakannya terbatas dan bergantung harap kepada bantuan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebahagian daripada jadual kerja Mek Salmah sebagai pengawal keselamatan terpaksa dibahagikan dengan sebaik mungkin bagi membolehkan dia menemani anak bongsunya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Mek Salmah yang menetap di Kampung Durian Mas, Manir dekat sini ditemui hari ini semasa menemani Tg. Mohd. Haikal setelah anaknya itu dimasukkan ke wad buat kali ke-14 sejak empat tahun lalu semalam.
Menurut Mek Salmah, anak bongsunya itu jarang menangis kecuali terlalu sakit apabila penyakit itu kembali menyerang.
"Doktor yang merawat Haikal mengesyorkan supaya membawa dia berjumpa doktor pakar di Kuantan.

"Bagaimanapun, dengan pendapatan hanya RM680 sebulan, saya memang tidak mampu. Jadi, cukuplah dia dirawat di sini sahaja," ujar ibu kepada lapan anak itu ketika ditemui di HSNZ hari ini.
Sindrom Nefrotik merupakan sejenis penyakit buah pinggang peringkat glomerular yang menyebabkan kehilangan protein yang banyak menerusi air kencing.

Ia turut mengakibatkan pengumpulan air dalam badan, penurunan paras protein seperti albumin dalam darah manakala paras lelemak meningkat yang boleh membekukan darah sehingga menyebabkan penghidap mudah dijangkiti penyakit.

Dalam pada itu, Mek Salmah berkata, setiap kali mendapat rawatan di hospital, doktor akan memeriksa darah anaknya itu bagi mengesan sekiranya berlaku masalah buah pinggang dan setakat ini hanya salur buah pinggangnya dikesan bocor.

Selain Tg. Mohd. Haikal Afify, Mek Salmah mempunyai tujuh lagi anak. Bagaimanapun, dua daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi meninggal dunia akibat demam panas ketika mereka masih kecil.
Anak sulungnya yang berusia 23 tahun pula kini berada di Kuala Lumpur untuk mencari kerja manakala yang kedua telah berkeluarga dan menetap di Perak.
Dua lagi anaknya yang bersekolah di tahun dua dan tingkatan dua pula masih tinggal bersamanya.



.

Konsert awak batal!


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengesahkan tidak membenarkan konsert penyanyi Iran, Mohsen Namjoo, diadakan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar), berkata, kementerian terbabit menerima permohonan daripada penganjur pada 11 Februari lalu untuk mengadakan konsert Mohsen di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat ini.

“Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK PUSPAL) pada hari ini (14 Februari) menolak permohonan daripada penganjur terbabit.

“Kita mendapati konsert itu tidak sesuai diadakan di negara ini dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu di Sepang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit konsert penyanyi itu kerana siasatan dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu penyanyi itu mempunyai unsur menghina al-Quran dan agama Islam.



.

Terfikir nak hidup bermadu?


Wanita yang hidup bermadu lebih mudah terkena penyakit barah pangkal rahim atau kanser servik jika suami mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengadakan hubungan kelamin.

Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, virus kanser servik pada kebiasaannya mudah berjangkit dan merebak melalui aktiviti bertukar-tukar pasangan.
Katanya, kanser servik banyak berlaku di Amerika Syarikat kerana amalan kerap bertukar pasangan, namun rakyat di negara ini juga tetap terdedah kepada penyakit itu.

"Mereka yang berpoligami perlu lebih berhati-hati kerana berisiko diancam kanser servik terutama kepada isteri yang dimadukan," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Penyakit Pembunuh Senyap anjuran Unversiti Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini semalam.



.

Terima 9 tahun gaji tanpa kerja!..Bestnya....


Seorang pekerja pejabat kerajaan daerah di Cina dilaporkan menerima gaji selama 9 tahun tanpa pernah datang ke pejabat tempat dia bekerja.

Lelaki itu bekerja untuk lembaga yang memantau pembangunan perbandaran di Longyan, sebuah kota di Provinsi Fujian, di kawasan Cina tenggara. Setelah lulus seleksi pegawai negeri, dia ditempatkan di lembaga itu.

Meskipun dia menerima gaji penuh dan bonus sebagai pegawai, dia tidak pernah masuk kerja. Beberapa surat khabar Cina kini menyebut Jiang Jinxiang sebagai pegawai negeri paling sombong dalam sejarah Cina.

Ramai warga Cina memandang rendah pegawai negeri kerana sangat tidak efisen. Persaingan untuk boleh masuk kebahagian pegawai negeri di Cina sangat ketat akibat angka pengangguran yang tinggi di kalangan lulusan perguruan tinggi.

Meskipun gaji pegawai negeri di Cina relatif rendah, tapi jaminan kerja dan keperluan kesejahteraan membuatkan pilihan karier menjadi rebutan..

Kes ini mulai terungkap oleh kalangan pengguna internet, sebelum kemudian diperkukuhkan oleh kerajaan.

Wartawan BBC di Beijing Martin Patience melaporkan bahawa kes ini merupakan contoh amalan rasuah di bahagian kerajaan daerah di Cina dan juga pengaruh aktivis internet yang semakin kuat.


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!