Wednesday, February 9, 2011

Bila update blog menjadi sukar...setiakah anda bersamaku?



Salam...lunch dah??
Masuk hari ni dah 3 hari laptop 'bermalam' kat kedai komputer..
(Eh sejak bila laptop rosak? tgk entri ni [KLIK SINI] dan [KLIK SINI]..)
Setakat ni tak tahu lagi bila 'dia' akan kembali ke pangkuan lulu...
Sebab menurut 'doktor' komputer, laptop kena serangan virus..
Kalau tak berjaya juga nak delete virus,
terpaksa format habis..
So, itu adalah last choice..


Selama ni lulu update guna laptop tu..
desktop ada, tapi kat study room. malas nak lepak sana..
Lagi selesa diatas katil bersama laptop tu..
(Skrg terpaksa 'pinjam' laptop acer kecik ni..
berpinar mata tgk skrin..huhu)
So, buat beberapa hari ni, tak usah mimpilah nak upload gambar bagai..
nak edit-edit gambar..
atau nak bubuh watermark kat gambar..
atau nak buat entri mengenai resepi..
(Dah banyak gambar mengenai masakan,
tapi semuanya kat laptop tu..)
So, bbrp hari ni juga, agak sukar nak BW,
sedaya upaya lulu cuba...
UHUH...bad kan??



Terpaksa banyak bersabar..
aktiviti jadi slow..
Tapi rasanya yang penting blog tetap update..
ye tak????
Setia bersama lulu-pages....okey?



.

Revenge Of King Cobra


Sebelum lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi dibina, kawasan terabai dan tidak berpenghuni disebut King Cobra Swamp oleh penduduk tempatan. Selama pembinaan, sementara menghilangkan ribuan pohon beringin ular cobra keluar dari bumi dan membunuh ramai orang. Bertahun-tahun kemudian sebuah apartment baru dibina di tanah yang sama. Nin, pemilik bangunan, terkejut dengan keadaan mengerikan ketika beratus-ratus cobra mula membunuh setiap orang tinggal di situ. Seorang wartawan memutuskan untuk menyiasat fenomena mengerikan ini, tetapi dia terpaksa berjuang untuk hidupnya ketika dia juga termasuk dalam bahaya itu..

Lulu memang suka tgk movie horror (movie ini dikategorikan sebagai Thriller/Horror)
dan juga suka tengok ular...eh dalam tv..yang nyata dan live depan mata sila terkecuali..
(suka tgk anaconda movie dan saluran Nat Geo..)

Dan tepatlah untuk movie yang dibawakan khas oleh astro ini menerusi ABOM (Astro Box Office)...Secara keseluruhan, movie ni biasa saje..ular memang banyak...Asyik nak membunuh jer kerjanya.. Dan yang paling geli, bila tgk scene org Thai potong dan makan ular...bluek....tgk masa tgh breakfast lagi..macam nak termuntah...huhu...


Layan jer lah movie tu...weee..



.

(Cak cak cak..) Beruang kutub..Wah dekatnya..


Kanak-kanak kini dapat berenang beberapa sentimeter dari beruang kutub di sebuah taman haiwan, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah cermin lut sinar setebal 25.4 sentimeter didirikan di sebuah kolam renang yang membolehkan kanak-kanak berenang sambil melihat beruang gergasi itu.
Kemudahan itu disediakan di Habitat Beruang Kutub di sini sebagai salah satu cara untuk membangkitkan pengetahuan mengenai haiwan unik yang terdapat di dunia.



.

Last days of freedom?

Actress Lindsay Lohan will be charged with stealing a $2,500 (£1,560) gold necklace from a Los Angeles jewellery store, prosecutors revealed last night.
If convicted, Lohan, 24, could be sent to prison just as she is struggling to end more than three years of court appearances, failed drug tests and brief spells in jail stemming from a 2007 drink-driving conviction.
Lohan is expected to appear in court and be charged on Wednesday with one count of felony grand theft after allegedly walking out of the store in January without paying for the necklace, the Los Angeles District Attorney's office said.


Brave face: Lindsay Lohan appeared upbeat as she left a Santa Monica courthouse yesterday
Brave face: Lindsay Lohan appeared upbeat as she left a Santa Monica courthouse yesterday

 

The theft charge comes just over a month after Lohan was released from a court-ordered three-month stay in rehab.
Lohan's lawyer said on Saturday that the Mean Girls actress 'vehemently denies' the allegations and would fight them in court.
Friends have said Lohan believed the necklace was on loan. It has been returned to police.
The actress is still on probation for the 2007 driving offense and was warned by a Beverly Hills judge in October that she could face six months in jail if she slipped up again.
Lohan was pictured yesterday looking carefree as she left a Santa Monica court house for a probation hearing.

At one point, she even smiled as she strolled to her car, wearing a black floral dress under a sleeveless black cardigan, which she teamed with cowboy boots and a bright blue bag.

Because of the high value of the necklace, it is classed as grand theft, making the crime a felony. Grand theft comes into play when items are worth more than $900.
Lohan is accused of taking a gold necklace from jewellery store Kamofie and Company last month.
If convicted, she could face up to three years behind bars at California State Prison.

Her British publicist Sophie Goodale has told MailOnline that Lohan denies  claims she stole the necklace.
However, after a paparazzi photograph of the star wearing a gold necklace emerged - which is understood to have led police to target the star in a grand theft investigation - the actress changed her story, saying she was loaned the one-of-a-kind necklace.


She says she returned it to her stylist who was responsible for returning it to the store.
But the store's owner Sofia Kaman has denied this. Kaman told TMZ: 'When we loan out jewellery, we have a whole procedure that needs to be done.
'There needs to be insurance information given or credit card information in case something happens with the jewellery.'

Police obtained a warrant to search Lohan's home on February 1, but the necklace was returned to police by the actress's stylist before a search could be conducted.
Lohan left rehab on January 3 after she tested positive for cocaine while on probation from a 2007 DUI case.


.

Luahan hati setelah bergelar ibu..



JIWA seorang wanita pastinya begitu tersentuh saat zuriat pertama hasil perkongsian hidup bersama insan dikasihi selamat dilahirkan dengan sempurna.
Debaran ketika menahan kesakitan terus lenyap sebaik sahaja tangisan cahaya mata milik pasangan Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali dengan panggilan Nana dan suami tercinta, Mohd. Raqeem Brian memecah kesunyian wad bersalin Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada 21 Oktober tahun lepas.
Lantas, titisan air mata membasahi pipi pasangan yang mula mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 itu di kediaman keluarga Nana di Persiaran Bahagia, Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor.
Ketika itu masing-masing terpandang sesama sendiri bagaikan tidak percaya sudah bergelar seorang ayah dan ibu serta perlu memikul tanggungjawab membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang.
“Susah untuk gambarkan perasaan waktu itu, Nana rasa sayu, sebak dan gembira. Barulah dapat tahu betapa hebatnya ibu yang telah berjaya melahirkan kita ke dunia,” jelas Nana.
Dengan nada sungguh gembira apabila diminta untuk menceritakan kemanisan hidup apabila diserikan dengan kehadiran orang baru, pasangan itu telah sepakat memberikan nama yang ringkas untuk cahaya mata mereka.
Jadi dengan persetujuan bersama, anak sulung mereka yang dilahirkan seberat 2.71 kilogram (kg) itu telah diberikan nama Althea.
“Kami memang bercadang untuk dapatkan nama yang ringkas tetapi manis apabila disebut. Althea merupakan perkataan dalam bahasa Greek yang memberi makna amat sempurna,” beritahunya lagi.


Menatang minyak penuh

Seperti yang diketahui, lagak Nana sememangnya seperti seorang wanita agak kasar sebelum ini. Bagaimanapun, ia tidak bermakna penyampai radio XFM itu tidak mampu mengendalikan hal penjagaan anaknya yang kini berusia empat bulan secara sendirian.
Akuinya, suatu ketika dahulu dia pastinya kekok apabila diminta untuk mendukung bayi yang baru sahaja dilahirkan.
“Saya tidak akan pegang bayi yang baru lahir, kononnya struktur tulang mereka masih belum kuat,” ujarnya sambil tergelak kecil.
Namun, segala-galanya telah berubah sebaik sahaja kemunculan Althea. Nana, 28, secara perlahan-lahan mampu menepis perasaan takut bahkan telah menjaga bayi comelnya itu secara bersendirian.
“Kalau Brian kerja, saya akan duduk di rumah dengan Althea. Awalnya rasa janggal tetapi saya bernasib baik kerana suami sangat ringan tulang untuk membantu,” tuturnya dengan menyifatkan Brian seorang suami yang cukup bijak menjaga anak.
Selepas dua minggu berpantang, dia mula mengambil alih tanggungjawab menjaga Althea sepenuhnya memandangkan ibunya, Rosnah Harun, 50, terpaksa pulang ke kampung.
Langsung tidak terdetik perasaan cemas kerana perlu mengendalikan urusan itu.
Sebaliknya, sikap aktif yang menebal dalam dirinya membuatkan Nana sedikit pun tidak berasa pengalaman berpantang sendirian membebankan hidup.
“Hari kelima Nana dah boleh berlari, naik dan turun tangga. Memang ibu bising, tetapi Nana tidak boleh duduk diam,” ungkapnya ringkas.
Lebih teruja buat peserta Akademi Fantasia musim pertama itu ialah tatkala mampu menimba momen manis memandikan Althea.
Sungguhpun, tidak begitu mahir, Nana tidak akan membiarkan individu lain melakukan tugas tersebut selagi dia mampu menyempurnakannya.
Kegembiraan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata setiap kali menggalas tugas mempersiapkan diri anak tercinta dengan kerahan tenaga sendiri.
Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Nana, dia seolah-olah terlalu memanjakan Althea. Secara jujur, dia akui Brian merupakan seorang ayah yang lebih mementingkan ketegasan dalam membesarkan Althea.
“Saya rasa setiap pasangan perlu ada keseimbangan untuk mendidik dan membentuk anak. Bila saya perhatikan, Brian mungkin menjadi bapa yang mengutamakan disiplin kerana setiap kali Althea menangis dia akan minta saya biarkan dahulu.
“Jangan terus tepuk atau dukung. Tetapi saya lain pula kesian tengok dia menangis,” ceritanya yang bercadang menyusukan Althea sehingga usianya mencecah enam bulan.


Tiada pembantu rumah

Alam bujang, berumah tangga dan seorang ibu merupakan pengalaman cukup berlainan. Ketiga-tiganya mempunyai cara pengendalian tersendiri supaya tugas hakiki tidak mudah terabai.
Rutin terbaru yang perlu dipikul oleh Nana dan suami perlu disambut dengan senyuman meskipun terpaksa melupakan kegiatan melepak dan membeli-belah bersama teman-teman.
Keutamaan yang bermain difikiran pasangan terbabit ialah melunaskan tanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing.
Di samping itu, perlu berkejar ke rumah untuk bermesra bersama Althea yang buat masa kini dijaga oleh ibu Nana.
“Saya tidak ada pembantu rumah sebaliknya emak yang jaga Althea. Tetapi bila habis waktu kerja memang saya akan ambil alih tugas ibu.
“Jadi ibu boleh berehat dan giliran saya pula untuk melayan kerenah anak,” selorohnya.
Rancak bercerita, Nana menyifatkan dia cukup bertuah kerana cahaya matanya itu tidak sering meragam. Meskipun pada waktu malam, Althea hanya akan terjaga sebanyak dua kali untuk meminum susu.
“Mudah jaga Althea, empat jam sekali dia akan bangun untuk menyusu dan sambung tidur,” jelasnya.



Jaga badan

Lupakan seketika perihal rutin harian, Nana yang tidak keberatan memberikan laman blog peribadinya iaitu nana-ker.blogspot.com untuk tatapan gambar-gambar terkini.
Seronok perhatikan gambar telatah Althea yang dimuatkan di dalam blog itu tetapi terkejut dan sekali gus kagum juga dengan bentuk badan yang dimiliki oleh Nana.
Meskipun baru sahaja melahirkan anak, Nana tetap mengekalkan sosok tubuhnya yang langsing. Apabila ditanya, mungkinkah Nana mempunyai sebarang petua, secara spontan dia langsung tidak mengamalkan diet.
“Nana jenis yang kena makan nasi. Jadi istilah diet atau jaga pemakanan memang tidak ada. Berat Nana waktu mengandung 62kg dan sekarang 53kg.
“Mungkin Nana menyusu dan jaga Althea, itu menyebabkan berat senang turun,” jelasnya.
Sementara itu, daripada segi perkembangan kerjaya pula, Nana menjelaskan, dia masih aktif sebagai penyampai radio di XFM yang ke udara pada pukul 10 pagi hingga 3 petang.
Pengalaman tujuh tahun bergelumang dengan dunia penyampai radio tidak pernah dirasakan sesuatu yang membosankan.
Malahan semakin lama berada di industri itu akan lebih banyak berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama dalam memuaskan hati pendengar.
“Kemunculan di radio XFM banyak membantu Nana terutama dalam pemilihan lagu dan topik yang bersesuaian dengan pendengar muda,” tambah Nana.



.

Ibu....Sampai hatimu...


Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.



Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.


Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.

“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.



“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.
Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

“Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.


Dalam kenangan..

“Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.
“Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!