Monday, January 31, 2011

Aik, takkan naik lagi?


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1
Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.



P/S - Bukan minyak jer naik tau, bermula bil astro bulan ni, pelanggan pun kena tax oleh kerajaan..tak silap 6% macam tu...(Cuba check) huhu semua asyik naik jer, gaji + elaun bila nak naik ni..



.

Ikan ini lebih ganas dan bahaya dari piranha

Ikan yang lebih ganas dari piranha?
Inilah ikan yang lebih ganas dari piranha, 
Namanya adalah Candiru - Canndiru sangat berbahaya melebihi piranha. 




Mengapa? Ikan yang banyak terdapat di Sungai Amazon ini makanannya 
adalah darah mangsanya seperti drakula.

Bau kencing manusia akan mengundangnya, dan dia dapat masuk ke dalam kemaluan lelaki/perempuan. Satu-satunya cara mengeluarkannya adalah dengan pembedahan. 
Jadi jangan kencing di Sungai Amazon jika berenang atau berendam didalamnya.


.

Perawatan Kecantikan Paling Menjijikkan

Ramai orang melakukan pelbagai perawatan tubuh untuk menyerlahkan penampilannya. Mereka tak ragu memilih perawatan paling mahal, menyakitkan, bahkan menjijikkan demi mempercantikkan diri.
Jom tengok terapi kecantikkan ni..

Terapi Ular



Membiarkan ular menggeliat dan merayap di tubuh akan menjadi hal paling menakutkan. Tapi terapi ini, boleh memberikan sensasi urutan yang boleh membuatkan anda merasa relaks. Terapi seperti ini banyak tersedia di Barak Snake Spa, Israel. Tapi jangan risau.. ular yang digunakan bukan dari ular yang berbisa.




.

8 tahun tapi seperti 80?

Kanak-kanak berusia 8 Tahun kelihatan seperti nenek 80 tahun

Sungguh kasihan melihat nasib anak perempuan yang masih berusia 8 tahun ini, kerana suatu penyakit yang aneh. Diaz nama anak perempuan yang berasal dari Cajamarca Peru ini harus menjalani hidupnya dengan kesusahan.



Dipetik dari berita Cina Xinhua menyebut bahawa sejak lahir jantung Diaz sudah tidak boleh berfungsi normal, begitu juga pandangan matanya. Salah satu matanya menderita buta tetap sedangkan yang satu lagi menderita katarak. Selain itu Diaz juga menderita Osteoporosis (kerapuhan tulang). Menurut analisis doktor salah satu penyebab keadaan ini adalah kerana pemakanan buruk selama masa kandungan terutama kekurangan asid folat.

Namun dalam laporan lain menyebut penyakit yang di deritai oleh Aracely Diaz nama lengkap gadis cilik ini disebabkan kerana mutasi gen, dimana kes seperti ini sangat jarang dan boleh terjadi 1 : 2 juta kelahiran. Ibu Diaz sendiri Elvia Rojas mengakui sangat hairan kejadian yang menimpa anaknya mulai sejak kecil ini.

Eva Klein, seorang ahli genetik dari Institut Kedoktoran Geriatrik, mengatakan kes Aracely ini kali kedua terjadi di Peru dan ketika ini ada 50 anak di dunia dengan progeria seperti ini . Dia mengatakan penyakit ini disebabkan oleh mutasi gen pada lengan panjang kromosom 1.

Dengan keadaan seperti ini Diaz yang usianya masih 8 tahun sudah kelihatan sangat tua bahkan nyaris seperti seorang nenek. Baik dari wajahnya dan kulitnya. Semoga Tuhan memberikan kasih sayang padanya dan memberikan jalan keluar yang terbaik baginya.








.

First Wedding Anniversary *GIVE AWAY*


Jom join Giveaway ni...
Banner dia lawa, ngee, best tengok org sambut anniversary..
Teringin nak rasa bahagia juga..


Semoga perkahwinan yang terbina sentiasa bahagia...
Dan kekal buat selamanya....
(Sila klik pada banner untuk lebih lanjut..)



Tarikh tutup : 10.02.2011



.

Selepas jadi isteri..


DIA menjadi tumpuan ketika melangkah masuk ke lobi Hotel Impiana Kuala Lumpur. Malah setiap langkahnya diperhatikan orang di sekeliling termasuklah pelancong asing yang berada di situ.
Mungkin kerana personaliti dan keyakinannya membawa diri di khalayak, pemilik nama Marion Rose Caunter Abdullah seperti memiliki aura hebat sehingga menjadi perhatian.

Ternyata kerjayanya sebagai pengacara E! News Asia sejak tahun lalu banyak membantu menampakkan personaliti wanita berusia 30 tahun ini untuk lebih menyerlah. Apatah lagi apabila berpeluang mengendalikan program-program seperti The Biggest Loser Asia serta ESPN MyEG Xtra Time.

Rezeki Marion di luar negara semakin terbuka luas selepas mengendalikan program pertandingan realiti One In A Million bersama Awal Ashaari untuk tiga musim berturut-turut tidak lama dulu.
Bagaimanapun, wanita ini masih mencari peluang mengacara sehingga mampu mengendalikan sebuah program di Hollywood.

Dalam pada itu, Marion turut membantu suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin (Nasa) membina rangkaian label fesyen suaminya sendiri iaitu In Add Minus yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menariknya majlis pelancaran jenama fesyen berkenaan telah diadakan pada November lalu dan ia telah dihadiri ramai selebriti popular Hollywood seperti Ann Kendrick, Jessica Szohr dan Matthew Marrison (Glee).

Ia juga merupakan satu langkah baru untuk Marion mempelajari selok-belok bidang perniagaan fesyen bersama suaminya itu.
“Benar, saya sedang cuba mendapatkan peluang menjadi pengacara ke tahap yang lebih tinggi tetapi semua itu bergantung dengan keputusan suami sama ada dia membenarkannya ataupun tidak.

“Tambah pula Nasa baru memulakan perniagaan dalam bidang fesyen, saya perlu membantunya juga. Dalam pada itu saya turut mempromosikan baju tersebut dengan memakai pakaian In Add Minus untuk program-program yang saya acarakan.

“Saya rasa perniagaan ini satu perkara yang menyeronokkan. Kebetulan pula Nasa turut menggemari bidang ini. Mungkin jika saya tidak menjadi pengacara, fesyen adalah bidang yang akan saya terokai,” katanya.
Tambahnya, buat masa ini, dia gembira dengan pencapaian kerjaya yang dimilikinya dan ingin mendapatkan sebuah pencapaian di bidang pengacaraan.



Belajar masak untuk suami

Baru saja bergelar isteri pada 16 Disember tahun lalu, seri wajah pengantinnya masih lagi bersinar.
Namun, kata anak kelahiran Pulau Pinang ini, walaupun masih lagi berada dalam suasana pengantin baru, kesibukannya sebagai pengacara membuatkan dia dan suami jarang-jarang berjumpa berbanding pasangan pengantin baru yang lain.

Malah kehidupan sebagai suami isteri belum dirasai sepenuhnya oleh mereka.“Selepas berkahwin, tidak banyak perubahan pun berlaku kerana kesibukan kerjaya masing-masing. Ini pun saya baru balik dari Singapura kerana kesibukan rakaman E!News Asia dan suami pula baru pulang dari Paris, Perancis.

“Bayangkan kami sudah dua minggu tidak berjumpa. Ia kelihatan seperti kehidupan kami sebelum kahwin.
“Apa-apa pun saya sukakan fasa baru hidup berumah tangga kerana yang menariknya, selepas masing-masing sibuk bekerja seharian, bila pulang ke rumah, kita dapat berada di samping orang yang kita cintai.

“Memang buat masa ini saya sangat sibuk dan perlu fokus dengan E! News Asia. Saya harap tahun ini kesibukan saya dapat dikurangkan kerana ingin meluangkan sedikit masa di rumah bersama suami,” katanya.
Tambah Marion, kesibukan dia dan suami tidak menghalang mereka untuk menambahkan bilangan keluarga yang baru dibinanya.

“Rasanya kami sudah bersedia untuk menjadi ibu dan ayah. Insya-Allah mungkin dalam masa terdekat ini. Selain itu, saya juga ingin belajar masak untuk suami,” selorohnya.

Tidak keberatan untuk berkongsi cerita mengenai perubahan dirinya selepas memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu, Marion berkata Nasa banyak mengajarnya mendalami Islam sedikit demi sedikit.
Namun, sebagai seorang saudara baru ataupun mualaf , dia gembira kerana dapat merasakan kehidupan yang lebih baik selepas memeluk Islam.


 
“Alhamdulillah, saya sedang mendalami Islam sedikit demi sedikit dan Nasa yang memberi tunjuk ajar kepada saya.
“Bagaimanapun, dia tidaklah memaksa saya memakai tudung atau apa-apa pun dan katanya, dia akan mencintai saya walau apa jua keadaan,” tuturnya.


Berbulan madu pada Tahun Baru Cina

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, Marion akan melalui Tahun Baru Cina dengan cara yang berbeza pula kali ini.

Pengacara itu mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina pada 3 Februari depan untuk pergi berbulan madu di beberapa lokasi yang masih lagi belum diketahui.
“Mungkin sambutan Tahun Baru Cina saya agak berbeza. Kebetulan pula saya dapat cuti daripada pihak E! News, Nasa dan saya bersepakat untuk berbulan madu sebelum kembali sibuk dengan kerja.

“Jadi saya tidak dapat menyertai saudara mara meraikan sambutan itu. Cuma sebelum bergerak ke destinasi percutian kami akan mengadakan makan malam bersama keluarga,” ujarnya.
Mengimbas kenangan sambutan Tahun Baru Cina pada zaman muda, Marion gembira kerana zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan kegembiraan bersama rakan-rakan seusianya setiap kali sambutan tahun baru itu berlangsung.

“Sambutan tahun Baru Cina adalah masanya untuk kami sekeluarga berkumpul bersama saudara mara yang lain di rumah emak, di Sungai Siput, Perak.

“Tapi rasanya, tidak kira apa jua perayaan, baik sambutan Krismas, Hari Raya atau sambutan perayaan lain, inilah masanya untuk kami berkumpul seisi keluarga. Saya sangat gembira bila meluangkan masa bersama mereka,” katanya.



.

Mati tertimbus ketika kutip sayur


Seorang buruh warga Bangladesh yang leka mengutip sayur, maut apabila dihempap pondok rehat akibat runtuhan tanah di Kebun Sayur Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Khorshed Montaz Uddin, 34, yang ditemui tertimbus separuh badan dipercayai meninggal dunia selepas kepalanya cedera terkena besi pondok berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama anak majikannya berusia lingkungan 20-an berada di lereng bukit berhampiran dengan pondok berkenaan untuk mengutip sayur dalam keadaan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa dipercayai tidak menyedari tanah semakin terhakis menyebabkan pondok yang dijadikan sebagai tempat untuk berehat tiba-tiba runtuh.

“Kejadian itu disedari anak majikan yang menemui pekerjanya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Mohd Zahari berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus selepas mengalihkan pondok yang menghempapnya.



.

Hoh? Sekejap kata itu, sekejap kata ini...Mana satu nak percaya?


Krisis rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, dan pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 35, memasuki episod baru apabila satu pihak mengeluarkan kenyataan sudah menemui jalan damai manakala satu pihak lagi menafikannya dengan tegas, semalam.

Aidil yang dihubungi untuk mengesahkan laporan satu portal Internet mengenai Rita dikatakan sudah memohon maaf dengan mentuanya, mengakui perkembangan positif itu berlaku ketika isteri dan ibunya berjumpa selepas anak mereka, Airil Rayyan Rizkin, 2, dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Khamis lalu.

“Ibu saya menziarahi anak saya yang mengalami demam panas dan dia berbual panjang dengan Rita. Mereka sudah bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanapun lebih baik persoalan mengenai perkara ini ditanya kepada Rita kerana dia yang mempunyai masalah dan bukannya saya,” katanya.

Malah, Aidil berkata dia juga menarik balik tindakan proses sulh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung soal penjagaan anak yang dibuat sebelum ini.

“Saya akan menarik balik tindakan memfailkan proses sulh yang dibuat sebelum ini dalam masa terdekat dan bersyukur sekiranya apa yang berlaku sebelum ini tidak berpanjangan dan berakhir dengan baik dan selamat,” katanya.

Bagaimanapun Rita yang dihubungi pula, menafikan segala yang diperkatakan suaminya dan tidak mahu kenyataan diputar belit sehingga menimbulkan masalah kepadanya seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

“Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi,” katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

“Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

“Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya,” katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

“Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan,” katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

“Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

“Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya,” kata Rita.



P/S - Berita terdahulu..[KLIK SINI]



.

'Ayah, siapa nak hantar kakak ke sekolah?'

Mangsa terbabit kemalangan jalanraya bersama majikan cuma boleh gerak mata
 



"Ayah cepatlah bangun, nanti siapa nak hantar kakak ke sekolah." Itulah inilah rintihan Puteri Norsyahariah Idham, 6, dan Izz Ilham Idham, 2, kepada bapa mereka yang terlantar tidak sedarkan diri sejak enam bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.


Mohd Idham Yahya, 25, bapa dua anak itu terlantar di rumahnya di Taman Wilayah Selayang, di sini selepas otaknya gagal berfungsi akibat gegaran kuat pada kepalanya.

Dalam kejadian pada tengah malam 1 Julai lalu, kereta yang dinaiki bersama majikannya terbabas lalu terjunam dalam gaung berhampiran Gua Tempurung, Perak, menyebabkan majikannya terkorban, manakala Idham mengalami parah pada muka selain patah tulang tangan, paha dan kaki.

Isterinya, Syafawati Nadiah Abdul Ghani, 26, berkata, sebelum kemalangan, suaminya adalah seorang yang penyayang dan rapat dengan dua anak mereka. Namun semua itu hilang dan Idham kini hanya mampu menggerakkan mata, kaki dan tangannya saja.

“Sejak terlantar dia tidak boleh makan dan hanya bergantung kepada susu menggunakan tiub khas yang disalur melalui hidung.

“Dia tidak mampu menelan. Air liur pun akan meleleh keluar. Doktor kata peratusan untuk sembuh sangat rendah, selain bakal kehilangan ingatan dan keupayaan bergerak,” katanya ketika ditemui semalam.
Selepas terbabit dalam kemalangan itu, Idham terlantar koma di Hospital Ipoh selama empat bulan dan sepanjang tempoh itu dia dijaga Syafawati dan ibu Idham, Jamaliah Saidin, 57.

Syafawati yang terpaksa berhenti kerja berkata, keadaan kewangan mereka semakin rumit, ditambah keadaan kesihatan Jamaliah yang tidak menentu.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana ingin menjaga suami. Ibu mentua pun tidak berapa sihat kerana baru menjalani pembedahan membuang batu karang. Ditambah pula dengan anak yang masih kecil, ia memang merumitkan.

“Kami menerima bantuan Baitulmal RM300 sebulan selain bantuan keluarga dan orang ramai. Namun, masih tidak mencukupi kerana kos penjagaan Idham mencecah RM1,000 sebulan,” katanya sambil menambah beliau memerlukan wang untuk membeli susu dan lampin pakai buang suaminya, selain perbelanjaan anak setiap bulan.

Pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh ke rumah Syafawati di 8-2-3, Blok 8, Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang atau hubungi 012-3416226 atau 03-61366986.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!