Saturday, January 29, 2011

Aksi seronok paparazi ketika bertemu Paris Hilton..ekeke


Paris Hilton adalah salah seorang artis ternama di Hollywood. 
Ramai Paparazzi yang mengintainya. 
Tidak kurang juga yang membuat kelakuan tidak senonoh ke atas artis-artis yang diburu..
Tidak ketinggalan, Paris Hilton. Inilah aksi Paparazzi ketika dia bertemu Paris Hiton.





Jangan Tiru eh...






.

Waktu kelahiran UNIK?


Seorang ibu di Michigan bernama Barbara Sopher, 
merayakan ulang tahun anak perempuannya, 
Cearra pada 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), 
diikuti dengan anak lelakinya yang lahir pada 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), 
dan seorang lagi anak perempuannya yang lahir pada 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08). 


Memang sungguh benar-benar aneh, namun Barbara mengakui 
bahawa dia dan suaminya tidak pernah merancang 
tarikh kelahiran anak-anaknya yang unik tersebut.



 .

" LUCKY FOLLOWERS ~ SAYA MAU HADIAH"



Ah ha...dah bookmark contest ni lama dah..
Boleh terlupa...Nasib baik masih sempat nak join...


Hadiahnya best...
Duit cash RM50 dan top up RM10 ke sebarang nombor..
Boleh buat makan kepsi..ngee









Kalau nak join sama sila klik pada banner yer...
Cepat, tarikh tutup 31.01.2011



.



Saya tak buat!


Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.
Bagaimanapun menurut Nora, dia mengakui tidak kisah tentang penyebaran gambar tersebut.

“Salah seorang ahli keluarga Jejai yang memasukkan gambar-gambar tersebut di laman Facebook bagi berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga yang lain.
“Pada saya ia bukan satu masalah besar sebab ia hanya gambar percutian kami dan tiada sebarang niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa,” ujarnya yang ditemui di Majlis Malam Penghargaan MIG Production, di One World Hotel, Rabu.

Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang.
“Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi.

“Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.


‘Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri.
“Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran,” katanya.



P/S - Kredit gambar Oh Bulan


.

Saya nikah hujung tahun ni..


Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.

Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.

"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.

Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.

"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Mereka bertunang pada 13 September 2010 .

Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.

Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.



P/S - Gambar hanya hiasan..




.

Wanita mengandung, lelaki warga India maut kemalangan


Seorang wanita yang hamil enam bulan dan seorang lelaki warga India maut apabila sebuah trak yang membawa baja bertembung dengan sebuah bas ekspres berhampiran Tatau, kira-kira 50km dari sini hari ini.
Polis mengesahkan wanita itu adalah Ceria Menua dari Tatau, 39, yang menaiki trak, manakala lelaki itu adalah Jagjeet Singh, 54, salah seorang penumpang bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata, Ceria meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika dirawat di klinik kesihatan Bintulu pada 8.23 pagi, manakala Jagjeet terkorban di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan itu berlaku pada 6.15 pagi apabila bas ekspres yang dalam perjalanan ke Miri membawa 15 penumpang hilang kawalan selepas salah satu tayar di bahagian depan pecah lalu memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan trak berkenaan.

Pemandu bas dan salah seorang penumpang yang terselamat, patah kedua-dua belah kaki dan kesemua yang tercedera termasuk pemandu trak dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!