Tuesday, January 25, 2011

Having a swinging time

She's a busy working mother who's juggling opening a new clothing store with filming a reality TV show - but Kourtney Kardashian still managed to find the time to take her son to the park.
The 31-year-old mother of one was at home in Los Angeles over the weekend and took 14 month old Mason, her son with partner Scott Disick, for a swinging time at Coldwater Canyon Park. 

Higher, mommy! Mason grins as his mother Kourtney Kardashian prepares to give him a big push on the swings as they play at Coldwater Canyon Park in Los Angeles
Higher, mommy! Mason grins as his mother Kourtney Kardashian prepares to give him a big push on the swings as they play at Coldwater Canyon Park in Los Angeles

The former star of Keeping Up With The Kardashians is now starring with sister Kim in Kourtney And Kim Take New York, which follows their efforts to set up a fashion store called Dash - not to be confused with the 80s leisurewear company of the same name.

What a cutie: Kourtney looks on lovingly as Mason uses his mother's car keys as a teething ring
What a cutie: Kourtney looks on lovingly as Mason uses his mother's car keys as a teething ring


Dash, which also has branches in LA and Miami, sells boutique wear along side gear designed by the Kardashians themselves.  

Kourtney and Kim have been spending a lot of time in Manhattan opening their latest store - which saw a surprise visit from Kanye West yesterday.




.

Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram

Remaja bertindik selain anggota telinga, bertatu bertentangan dengan tatasusila Muslim


HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)

Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.

Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.

Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”

Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.


Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.

Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.

Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)

Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).

Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.

Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.

Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.

Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan.

Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim.


Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.

Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.

Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).

Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari. Pandangan ini juga dinukilkan dari ulama semasa iaitu Dr Muzzamil dan bekas Mufti Kerajaan Saudi, Syeikh Abd Aziz bin Baz dalam fatwa beliau.

Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.



.

Wah sungguh besar, boleh buat katil untuk tidur..


Seorang bekas petinju dalam kurungan, Steve Wienecke mencipta meja permainan pool gergasi dengan ukuran empat kali lebih besar daripada meja biasa, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Meja pool yang dikatakan terbesar di dunia itu dibina oleh Wienecke di belakang rumahnya.
Ia dibina dengan menggunakan sejumlah batu yang diangkut dengan lima buah trak selain menghabiskan masa selama 250 jam untuk menyiapkannya.
Menurutnya, peraturan bermain adalah mengikut peraturan pool.


"Pada 1985, saya bermain untuk liga pool tempatan dan saya memikirkan bermain pool di atas meja akan menjadi lebih kemas," katanya pada sebuah majalah Rural Missouri.
Wienecke berkata, dia memperoleh wang untuk membina meja gergasi itu menerusi derma yang diberikan oleh beberapa ahli perniagaan tempatan.




.

Seksi + Dr. gigi?


MUNICH - Seorang doktor gigi wanita dan beberapa kakitangannya memakai pakaian seksi dengan tujuan untuk menenteramkan para pesakit yang mengunjungi kliniknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor gigi itu, Marie-Catherine Klarkowski berkata, melalui cara itu, para pesakit akan dapat melupakan seketika perasaan akan berasa sakit semasa dirawat.

Sejak dia dan kakitangannya memakai pakaian seksi itu, bilangan pesakit ke kliniknya, Relax And Smile di sini semakin meningkat.

Namun, peningkatan pesakit itu terdiri daripada lelaki.
Menurut doktor gigi tersebut, dia mendapat idea pakaian seksi itu dalam majlis Oktoberfest selepas melihat golongan lelaki merenung wanita yang memakai skirt tradisional yang ketat.



P/S - Seksi ke? Bhgn dada seksi sedikit..Lelain tak pon..huhu



.

Selamat walaupun terjun dari tingkat 23


Seorang wanita yang nekad terjun dari sebuah restoran di tingkat 23 sebuah hotel di Buenos Aires mencipta 'keajaiban' apabila dia jatuh di atas sebuah teksi yang menyelamatkan nyawanya.

Gambar menunjukkan wanita berusia 30 tahun itu terjatuh di atas bumbung teksi berwarna hitam dan kuning sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan.

Saksi yang berada di restoran terbuka di atas bumbung Hotel Panamericano itu menceritakan, mangsa mulanya memesan secawa kopi sebelum meletakkan dompet duitnya di atas meja.

Sejurus itu, wanita berkenaan menanggalkan kasutnya dan mula memanjat penghadang keselamatan sebelum tiba-tiba terjun.

“Kalau saya tidak keluar, dia mungkin membunuh saya pula," kata pemandu teksi berkenaan yang masih terkejut dengan kejadian itu.


Pemandu teksi yang dikenali sebagai Miguel, berusia 39 tahun berkata, ketika itu beliau terdengar satu letupan dan tiba-tiba melihat tubuh seorang wanita terhumban di atas bumbung teksinya.

“Tindakan pertama saya ialah menelefon keluarga saya dan selepas itu, saya mula menangis. Ia sesuatu yang mustahil untuk melihat kejadian seperti ini dan wanita itu masih bernyawa," katanya.



.

'KEYCHAIN LUCKYDRAW 2011'

Alang-alang dah jd pengikut setia Puan Netty,
maka haruslah memberi sokongan utk 
apa jua benda dia buat, kan?

yeah, Lucky Draw time..


Simple jer lucky draw ni..
kalau menang, keychain tu boleh letak kat kunci rumah..
sebab untuk keta dah ada...
cute, kan....eheh...





Lulu nak tag CikBintang....



Tarikh tutup : 28 Feb 2011


.

Apa kata Fasha Sandha bila putus cinta?


“Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha.

Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.
“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.

Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.
“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.

“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.

“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.
Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.

“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.
“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya.



.

Bertemu Amy Search..


Muhammad Hairuman Miskon, 22, mangsa yang melecur teruk hampir 35 peratus tubuhnya akibat terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi ditawarkan mengikuti pendidikan dengan pembiayaan penuh di Kolej Poly-Tech MARA pada sesi kemasukan Jun tahun depan.

Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya sedia membantu pelajar malang itu meneruskan pelajaran daripada peringkat sijil dalam bidang elektrikal hingga diploma sebagai jaminan masa depannya.

“Kami akan beri kebebasan kepada beliau untuk memilih bidang yang diminatinya. Tiada halangan.

“Saya harap tajaan pendidikan daripada kolej kami akan mengubah masa depan beliau dalam membina kehidupan baru,” katanya yang ditemui ketika melawat Muhammad Hairuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.
Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO, turut menyumbangkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Sementara itu, Wad 8, HTAR dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi rock tersohor negara, Amy Search yang berbesar hati melawat mangsa dan memberi sumbangan peribadi sempena permintaan mangsa yang mengagumi bakat penyanyi itu sejak kecil.

Muhammad Hairuman berkata, segala kesakitan hilang sebaik beliau melihat kehadiran Amy.
“Terima kasih atas kasih sayang semua kepada saya. Ramai yang memberi pelbagai kata nasihat, pemberian sumbangan dan kehadiran Amy hari ini (semalam) sangat saya hargai,” katanya.

Beliau berkata, beliau tidak mahu lagi memikirkan perkara negatif walaupun terpaksa hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Saya mahu menyanyi lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu’ bersama Amy. Beliau sumber inspirasi saya,” katanya.



P/S - Alhamdulillah dengan semua bantuan, semoga mangsa dapat menjalani hidup dengan baik selepas ini.. Jom bantu adik Hairuman.. [KLIK SINI]



.

Bas dibakar

Orang ramai lepas geram, pejalan kaki lintas jalan mati kena rempuh


Sebuah bas ekspres bersama empat penumpang yang dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Singapura, dibakar selepas terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 27, Jalan Besar Valdor, Sungai Bakap NIBONG TEBAL, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota polis yang tiba di tempat kejadian yang dikerumuni orang ramai, berjaya memadam kebakaran di kanan dinding bas menggunakan pemadam api yang diambil dari dalam bas itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, orang ramai dipercayai bertindak membakar bas berkenaan kerana marah selepas mendapati pejalan kaki, V Munusamy, mati akibat kecederaan parah selepas dilanggar bas terbabit.
Pemandu bas, Ahmad Salleh, 64, yang bimbang dengan keselamatannya, melarikan diri selepas mendapati orang ramai mengerumuni bas sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Prai Selatan (SPS).

Empat penumpang bas turut lari menyelamatkan diri apabila orang ramai bertindak membakar kenderaan itu.

Ahmad berkata, bas ekspres itu bertolak dari Bukit Mertajam kira-kira jam 7.30 malam bersama tiga penumpang sebelum singgah di Simpang Ampang untuk mengambil seorang lagi penumpang.

Katanya, ketika meneruskan perjalanan, seorang lelaki dipercayai mabuk melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan dia gagal mengelak, lalu merempuh mangsa.
“Saya turun mendapatkan mangsa tetapi dia tidak lagi bergerak. Ketika itu, orang ramai mula mengerumuni saya. Saya bimbang dengan keselamatan diri, terus lari sebelum menahan sebuah bas kilang dan membuat laporan polis.

“Saya bersyukur kerana sempat melarikan diri dan melaporkan kejadian itu kepada polis, jika tidak, mesti berlaku kejadian buruk ke atas diri saya.” katanya yang mendakwa kemalangan itu kali pertama menimpa dirinya sejak memandu bas ekspres lebih 20 tahun.

Dia hanya mengetahui bas ekspres itu dibakar selepas dimaklumkan oleh polis selain tidak mengetahui status empat penumpang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, polis menyiasat kes kemalangan berkenaan serta perbuatan membakar bas mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.



.

Korang menang, kami pun menang..weee..


Lulu tak tengok game ni subuh tadi..
ngantuk sangat, tak kuasa nak tunggu..
Well, alhamdulillah chelsea menang besar subuh tadi..
  • Drogba 11’
  • Malouda 41’
  • Anelka 56’
  • Ramires 74’


3 kemenangan berturut-turut..
(Selepas Ipswich kalah 0-7 Piala FA, menang 2-0 keatas Blackburn dan 
menang 4-0 keatas Bolton subuh tadi untuk Piala BPL..


Setakat ni, takde ulangan lagi, 
tapi yang pasti team haku mempamirkan persembahan
yang superb untuk menang besar..
Nampaknya bukan Menyu, liberpul dan arsengal saje
yang menang game, chelsea pun turut langkah yang sama..
yeah.......


semoga kemenangan berterusan...
7 mata dibelakang pendahulu liga setakat ni..
sapa pendahulu?
entah, tengok sendiri eh.. eheh...





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!