Tuesday, January 4, 2011

RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini


Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama




.

Putus Cinta..


Hubungan cinta Macaulay Culkin dengan pelakon Mila Kunis tidak berjalan lancar. Keduanya kini mengumumkan putus cinta. Berakhirnya jalinan cinta itu diumumkan oleh wakil Kunis. Dalam pernyataannya, wakil Kunis mengatakan Kunis baru sahaja mengakhiri hubungan peribadinya dengan aktor yang terkenal setelah membintangi film 'Home Alone' itu.

Kunis menegaskan hubungan mereka putus secara baik. Dan sehingga ke saat ini keduanya masih tetap berhubungan. Demikian di petik dari Celebuzz, Selasa, 4 Januari 2011.

Pelakon yang dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik dalam Golden Globe untuk filem 'Black Swam' ini bertemu Culkin ketika membuat pengambaran 'That 70 Show'. Selepas itu hubungan keduanya menjadi rapat dan saling jatuh cinta. Sekian lama, mereka berhasil menutup rapat hubungan itu agar tidak diketahui umum...




.

Bersama dua harimau..What?


Seorang lelaki bercadang menghabiskan masa selama sebulan untuk tinggal dalam kandang bersama dua harimau Afrika.

James Jablon dari Spring Hill, Florida berharap usahanya itu akan membolehkan dia mengumpulkan wang untuk pusat hidupan liarnya, Pusat Pemulihan Hidupan Liar Hernando.

Jablon memasuki kandang singa itu Sabtu lalu. Menurutnya, dia akan tidur atas rumput kering dekat singa bernama Lea dan Ed serta memakan apa yang dimakan kedua-dua haiwan itu.

Jablon juga berkata, dia akan membina sebuah tempat untuk tidur dan bersembunyi di celah pokok sekiranya kedua-dua singa itu bergaduh. Usahanya itu disiarkan secara langsung sehingga 31 Januari depan.

Kira-kira 100 haiwan tinggal di pusat itu yang terletak kira-kira 64 kilometer ke utara Tampa.



.

Meet the 'panda cow'

Proud: Colorado farmer Chris Jessen holds his new 'panda cow' named Ben, hours after the rare miniature cow was born. Its appearance is the result of a genetic manipulation.

It's a farmyard animal with a serious identity crisis.
A rare miniature cow with markings similar to a panda bear has been born on a farm in northern Colorado.

The so-called 'panda cow' born in Larimer County is thought to be one of only about 24 in the world.
The male calf - named Ben - was born Friday morning as the result of genetic manipulation. His mother is a Lowline Angus cow.

Farmer Chris Jessen raises miniature cattle and also owns a miniature kangaroo on his hobby farm.

The (Loveland) Reporter-Herald said the miniature panda cow is the result of a genetic manipulation programme by Richard Gradwohl, a farmer in Covington, Washington.

'We had a Chinese delegation visit our farm and they were fascinated,' Mr Gradwohl told the paper.
'They want them in China, so we're going to be exporting.'

A white belt encircles the animal's midsection, and the cow has a white face with black ovals around the eyes, giving it a panda-like appearance.

Mr Gradwohl claims the breed is a composite of eight different breeds.
The mini-cattle are bred solely as pets and panda calves can sell for $30,000.
Mr Jessen said: 'They get a little nippy. They like to tug at you.'


.

Nuffnang ow nuffnang..


Salam..selamat petang...MySpace
eheh lepas hujan, mendung...
begitu jer lah sepanjang hari..
mood pun macam jangkit jer dengan cuaca...
adeh....


Selepas beberapa jam line internet bermasalah...
MySpace
lulu simpan jer dalam hati....
geram, marah macam2 rasa negative dah bercampur dalam hati..
Dah cuaca tak elok,
takkanlah line pun macam tu...


Dah ramai orang komplen mengenai TM ni..
Tak kira line rumah ataupun celcom brodban...
(Dedua lulu ada dan dedua pun selalu ada masalah...)
entah....no komen je lah...
asyik2 benda yang sama dah bosan nak cakap...


Cakap pasal nuffnang....
Truth, lulu suka baca bila dalam blog sesiapa pun ada cerita pasal nuffnang..
Nampak jer kat bloglist sesapa,
atau tengah surfing kat google,
mesti/wajib kena klik...
MySpace


Tapi yang menariknya,
lulu bukan hanya tertarik dengan 'pendapatan' dari nuffnang...
Lulu juga tertarik dengan BE dan segala yang berkaitan dengan nuffnang..
Tapi lulu tak bolehlah nak post entry mengenai nuffnang....selalu...
Yelah, takut dikejar LHDN...
Sorry, lulu takde pendapatan ribu riban macam blogger tegar/eh pemes..
Lulu ni sikit jer...
Belum pernah cash out pun lagi...
huhuhu...
MySpace



P/S - Cuba buat entry nuff, tengok lulu dapat 'singgah' tak?
ngee...



.

Sedia kaji tukar nama Harimau Malaya

Kementerian Belia dan Sukan bersedia mendengar pandangan orang ramai mengenai cadangan untuk menukar gelaran Harimau Malaya untuk pasukan bola sepak kebangsaan kepada Harimau Malaysia, yang dikatakan lebih mencerminkan konsep 1Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pertukaran nama gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia, bagaimanapun bermakna rakyat perlu melupakan analogi di antara pasukan negara dengan spesies Harimau Malaya, yang terkenal dengan sifat keberaniannya.

''Sekiranya ada orang yang mahu tukar nama kepada Harimau Malaysia, maka kita perlu lupa perkaitan pasukan kita dengan sebarang spesies binatang, kerana tidak terdapat spesies Harimau Malaysia di dunia.

''Saya bersifat terbuka dan jika pertukaran gelaran ini dapat membakar semangat 1Malaysia dan menyatukan rakyat, kita boleh lakukannya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil pengakap Malaysia yang akan menyertai Persidangan Pengakap Sedunia di Brazil pada 9 hingga 14 Januari ini.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah meminta gelaran Harimau Malaya diubah kepada Harimau Malaysia, bagi mencerminkan semangat 1Malaysia serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, Indonesia menggunakan gelaran Garuda untuk pasukan bola sepak mereka, walaupun gelaran itu tidak melambangkan spesies binatang dalam dunia nyata.

''Garuda bukan sejenis binatang tetapi ia merupakan burung mitos dalam penulisan Sanskrit yang tidak pernah wujud," katanya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu beremosi apabila menyentuh mengenai penggunaan gelaran Harimau Malaya.

''Penggunaan gelaran Harimau Malaya seperti juga dengan penggunaan gelaran Seladang, ia tidak melambangkan kawasan geografi, tetapi melambangkan sifat positif haiwan itu.
''Penggunaan gelaran Harimau Bengal dan Harimau Sumatera masing-masing di India dan Indonesia juga tidak terhad kepada wilayah tertentu," katanya.



.

Rasmi Bernikah Pada 1.1.11 (Wedding Picture)


PENYANYI popular, Shania Twain selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Frederic Thiebaud pada 1 Januari lalu.

Dia yang menamatkan zaman jandanya telah mengadakan upacara pernikahan tersebut di Rincon, Puerto
Rico di hadapan 40 orang tetamu yang terdiri dari ahli keluarga dan teman rapatnya.
Sementara itu, Shania sendiri merasa sangat teruja dengan kehidupan barunya dan tidak sabar menempuhi fasa baru tersebut bersama suami tersayang.


“2010 meninggalkan saya dengan sebuah janji setia baru dalam percintaan dan komitmen. Berbicara soal cinta, saya sangat teruja untuk berkongsi kisah peribadi kepada peminat.

“Saya jatuh cinta! Frederic Nicolas Thiebaud adalah lelaki yang diciptakan untukku, dia seorang teman yang penuh pengertian,” ujar Shania pada blog peribadinya yang dipetik dari BangShowbiz.


Seperti diketahui umum, Shania pernah berkahwin dengan Robert Mutt Lange namun bercerai setelah 14 tahun bersama iaitu pada Mei 2008.



.

Dua beranak mati lemas

Pegawai tentera mahu selamat anak tergelincir dihanyut ombak


KOTA TINGGI: Hajat sebuah keluarga untuk berkelah sebelum musim persekolahan bertukar tragedi apabila seorang pegawai tentera lemas bersama anaknya selepas dihanyutkan ombak besar ketika bersantai di Pantai Tanjung Balau di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika Pegawai Waran II Norizal Tajudin yang berkhidmat dengan Briged ke-7 Artileri di Kem Mahkota Kluang, ketika cuba menyelamatkan anak sulungnya, Mohd Shyful Akmal, 11, yang tergelincir ke laut ketika duduk di batuan pantai itu. Kedua-duanya lemas dalam kejadian itu.

Sebelum kejadian itu, Norizal yang bersara tahun depan selepas berkhidmat 21 tahun, bersama isteri Hasnah Taib, 35, dan tiga anak mereka mengikut saudara mereka, Rosdi Poniran, 51, untuk menghantar anaknya kembali ke sebuah kolej dekat Bandar Penawar.

Rosdi berkata, selepas selesai menguruskan kemasukan anaknya ke kolej itu, mereka merancang untuk menziarahi seorang cucu saudara dekat FELDA Pasak, sebelum sepakat menuju ke arah Desaru untuk berehat sambil makan tengah hari.

“Dalam perjalanan itu, Norizal mencadangkan kami semua berkelah di Pantai Tanjung Balau. Selepas makan tengah hari, Shyful Akmal meminta izin bapanya untuk mandi tetapi tidak dibenarkan. Dia kemudiannya meminta izin untuk ke batuan sekitar pantai sambil menikmati pemandangannya.

“Bagaimanapun dia tergelincir ke dalam laut ketika hendak pulang sebaik dipanggil bapanya. Menyedari anaknya jatuh, Norizal bergegas cuba membantu tetapi dia turut dihanyutkan arus dan ombak besar,” katanya ketika ditemui, semalam.
Rosdi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu turut sama membantu dan berjaya mengeluarkan Noraizal kira-kira lima minit kemudian dan diberi bantuan kecemasan tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

Orang ramai kemudian menemui mayat Shyful Akmal kira-kira 10 minit kemudian dengan kesan cedera di kepala dipercayai akibat terhantuk batu ketika dihanyutkan ombak.

Sementara itu, Hasnah berkata, suami dan anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ketara sebelum menempuh tragedi malang buat keluarganya.

Hasnah (berbaju oren) tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah suami dan anak lelakinya di Rumah Mayat Hospital Kota Tinggi, Johor

“Cuma Akmal kelihatan begitu gembira melihat pakaian dan peralatan persekolahan yang lengkap dibeli arwah suami. Dia kelihatan tidak sabar hendak ke sekolah, malah sudah siap menulis namanya pada buku latihan dan meletakkan pakaian serta kelengkapan se-kolah di sebelah tempat tidurnya.

“Meskipun sedih dengan tragedi yang menimpa suami dan anak saya, namun saya terpaksa menerima dugaan ini sebagai takdir dan semoga roh mereka dicucuri rahmat,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata mayat dua beranak itu dituntut keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Sri Impian, Kluang.

Selain Hasnah, Norizal turut meninggalkan dua anak iaitu Nor Shzril, 9 dan Nor Shazwan, 4 tahun. Jenazah dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan dekat Kluang sebelum solat Zuhur, semalam.


P/S- Sumber Berita harian..


.

GA HAPPY 1st ANNIVERSARY CIK FIRUS BLOG


Jom sertai Giveaway Cik Firus ni..
sempat lagi join sbb tarikh tutpnya adalah esok..
05 Jan 2011..
Klik pada banner untuk lebih lanjut...
Mari kita sama-sama memberi sokongan
untuk Giveaway pertama Cik Firus ni..
(Esok-esok bila lulu buat GA/Contest, sokong lulu pula yer..ngee)



Hadiahnya...

Ø  Hadiah adalah cik firus homemade chocolate seperti gambar di atas. Bentuk dan corak chocolate mungkin berbeza dengan gambar di atas. Jika cik firus bermurah hati cik firus akan menambah hadiah yang lain.





Bestkan hadiahnya...
Siapa tak suka coklat....
nyummy....



Tarikh tutup 05 Jan 2011 - 11.59PM




.

Kukuh benteng


Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sedang berkira-kira sama ada benteng tengah pasukan itu perlu menjadi sebagai sasaran dalam pasaran perpindahan pemain Januari ini sejurus Alex kembali ke Stamford Bridge minggu ini.

Alex ketika ini dalam proses pemulihan susulan pembedahan lututnya dan dijadualkan kembali ke kelab itu selepas berehat di Brazil.

Pertahanan tengah Brazil itu dijangka tidak sempat cergas sehingga akhir bulan ini, dan Ancelotti mahu meneliti perkembangan proses pemulihannya sebelum membuat sebarang keputusan sama ada untuk memasuki pasaran perpindahan.

Ketika ketiadaan Alex, benteng Chelsea kelihatan rapuh, dan dengan Branislav Ivanovic juga tidak dapat beraksi selepas digantung satu perlawanan, ia memaksa Ancelotti menurunkan pemain muda Jeffrey Bruma buat pertama kali ketika mereka seri 3-3 ketika menentang Aston Villa, kelmarin.

Ancelotti mengakui ketiadaan pertahanan tengah berpengalaman menyumbang kegagalan pasukannya untuk memenangi perlawanan itu dan menyalahkan tambahan masa berlebihan yang membolehkan Villa menyamakan kedudukan selepas dua minit John Terry menyangka dia sudah menjaringkan gol kemenangan tuan rumah.

Ancelotti dikatakan berminat mendapatkan pertahanan Benfica, David Luiz dan Gary Cahill dari Bolton, tetapi dia berkata: “Kami perlu melihat kedudukan Alex terlebih dulu. Dia akan pulang dari Brazil. Saya tidak berminat untuk bercakap mengenai pemain mana tetapi kami memerlukan beberapa pemain.”

Chelsea mendahului pada minit ke-21 menerusi sepakan penalti Frank Lampard, tetapi Villa bangkit dengan jaringan penyamaan Ashley Young, juga menerusi sepakan penalti sebelum Emile Heskey menanduk masuk gol kedua.
Didier Drogba menyamakan kedudukan buat Chelsea sebelum Terry menggamatkan penyokong tuan rumah dengan gol ketiga tetapi Ciaran Clark menafikan kemenangan tuan rumah untuk berkongsi mata dengan jaringan penyamaan.

“Kita kehilangan sesuatu di bahagian benteng,” kata Ancelotti. “Saya mahu nyatakan Bruma beraksi baik tetapi tanpa Alex dan Ivanovic, kami kehilangan tenaga dalam perebutan bola di udara.”



.

Dicampak di tepi jalan


Seorang wanita dipercayai warga Vietnam dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak ke bahu jalan di Jalan Lencongan Timur berdekatan persimpangan Sungai Pasir, di sini awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Yuan Ting Lan, berusia awal 30-an ditemui kira-kira pukul 3 pagi oleh penunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain terdapat kesan jerut di leher.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, siasatan awal mendapati, mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan tersebut.

“Mangsa ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan bahagian skirt terselak. Pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di kepala dan kesan jerut di leher serta hidung mengalami pendarahan.

“Berdasarkan semakan awal, mangsa adalah warga Vietnam yang tinggal di sebuah rumah kongsi di belakang kilang berdekatan kawasan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Aik Chang berkata, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

“Ketika ditemui, mangsa masih memakai tali leher emas putih. Motif kejadian bukan samun kerana barangan peribadi lain seperti beg tangan dan wang tunai juga masih berada bersama mangsa.

“Bagaimanapun, kita percaya wanita ini mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya.
Polis katanya, setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian,” jelasnya.

Beliau juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



P/S - Dah macam sampah yer, dibuang jer kat tepi jalan macam tu..kesiannya..

Salahkah Saya Jawab Telefon Tunang?


Pelakon Memey atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya Norman Hakim, Abby Abadi yang meluahkan perasaan marah terhadapnya di laman sosial Facebook, Isnin.
Jelas Memey, dia menganggap punca kemarahan Abby iaitu memarahinya menjawab telefon bagi pihak Norman adalah tidak masuk akal.

“Salahkah saya jawab telefon bagi pihak tunang saya. Saya bukan buat salah besar sehinggakan dia begitu marah. Setalah sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara tersebut di facebook.
“Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia,” katanya.


Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.
“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.


“Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pon tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.
“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.


P/S - Berisi memey sekarang...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!