Sunday, January 2, 2011

The saddest dog

While other dogs romp in the snow, Princess the puppy can only gaze longingly through the window.
Her skin is so delicate that she cannot go outside in any weather – even a warm jacket would irritate her beyond endurance.
Staff caring for her at a rescue centre say her only hope is a course of drugs which would cost a five-figure sum if given for life.
'Saddest-looking dog we've ever seen': Princess at the sanctuary
'Saddest-looking dog we've ever seen': Princess at the sanctuary

Princess
Heartrending: Six-month-old puppy Princess, a bull-breed-greyhound cross, who was found abandoned prepares for her special bath to treat her skin condition


Princess
Puppy love: Princess gets her first ever hug from Sallie Conroy, at Bleakholt Animal Sanctuary just before Christmas

‘She’s the saddest-looking dog we have ever seen,’ said Neil Martin, manager of the Bleakholt Animal Sanctuary, near Edenfield, Lancashire. ‘Our staff are all in love with her but it’s only recently that she’s started learning how to enjoy a cuddle.


‘She didn’t even know how to play. We tried to get her to cheer up with some toys but she was scared of them.
‘We’re a long, long way from having a happy and trusting puppy wagging her tail.’


Princess
So delicate: The puppy suffers from a severe medical condition called demodectic mange that has left her with no hair. At present, with her delicate skin she can't stay warm enough to go outdoors, even in summer


Princess
A bit of TLC: Sallie tends to Princess. Staff hope the baths will help cure her condition but if not they may have to pay for an even more expensive course of treatment

Six-month-old Princess, thought to be a bull terrier-greyhound cross, was found in Colne, Lancashire, after being abandoned by her owner. ‘She is suffering from an advanced case of demodectic mange,’ said Mr Martin.

‘We are trying a basic skin treatment to see if she responds but she might need Atopica, which is very expensive.
‘The last dog we treated with Atopica is now happy, healthy and has been rehomed in a loving household. It’s the ultimate goal for all the animals we take in.’


.

Pembantu rumah maut jatuh pangsapuri


PUTRAJAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9, di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, berkata mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam tadi semasa majikannya tiada di rumah.

"Mayat mangsa ditemui jam 7.30 pagi tadi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap, di lorong belakang sebuah tadika di apartmen itu. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

Abdul Razak berkata, polis juga masih menyiasat sama ada majikan berkenaan mengambil pendatang tanpa izin sebagai pembantu rumah berikutan tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, isterinya terdengar dentuman kuat semalam tetapi tidak mengesyaki sebarang kejadian yang berlaku.
"Dipercayai mangsa yang terjatuh dari tingkat 12 turut berpaut pada struktur besi di tingkat 10 sebelum terjatuh. Kesan pautan itu menyebabkan beberapa batang besi di tingkat 10 bengkok," katanya di tempat kejadian.

Beliau juga berkata, lorong kecil tempat mayat mangsa ditemui jarang dilalui penduduk menyebabkan kejadian itu tidak dapat dikesan lebih awal.

Majikan mangsa, ketika ditemui pemberita, enggan mengulas.



.

Yeah Lulu menang Giveaway...


Salam....Whoaa buka jer blog....
Lulu menang Giveaway...MySpace
Anyway, ni kali ke3 menang...
eheh mekasih....
suka-suka...
TQ untuk penganjur..[KLIK SINI]
Tak tahu lagi apa hadiahnya...
nanti dah dapat baru update sini yer....



Semoga lepas ni lulu akan menang lebih banyak lagi contest/Giveaway..
Doakan lulu yer....
MySpace





.

Jadi kuda tunggangan


Seorang petani, Marius Els bertuah kerana dapat menunggang antara haiwan paling ganas di benua Afrika, seekor badak air, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasib Els sememangnya baik kerana badak air berusia enam tahun dan bernama Humphrey itu merupakan haiwan peliharaannya sejak kecil lagi.


"Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya seperti anak saya," kata petani tersebut.
Humphrey tinggal di sebuah tasik buatan manusia sedalam 18 meter di sini, Afrika Selatan.




.

Telan telur cacing untuk kurus


Ramai mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan ekstrem itu dilakukan berikutan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan wanita di bandar raya ini, wilayah Fujian, tenggara China.

Telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.
Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

Di China, wanita yang langsing memiliki lebih peluang untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di bandar-bandar besar di negara itu.



.

Pantang membeli-belah


Seorang ibu berusia 34 tahun di Britain, Bethan Brunell berjaya menamatkan cabaran tidak membeli-belah selama setahun, kelmarin.

Selama tempoh itu, Brunell tidak membeli pakaian, menjalani rawatan kecantikan atau membeli barangan harga runtuh.

Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping membuat sendiri dekorasi dan hadiah Krismas untuk suaminya, Steve, 42, serta anak perempuan mereka, Megan.

Wanita itu yang merupakan seorang bekas perunding pekerjaan di sini, Welsh, berkata, dia dapat menjimatkan lebih £1,000 (RM4,817) sepanjang tempoh tersebut selain berat badannya turun sebanyak 19 kilogram.

"Saya melakukan cabaran ini semata-mata kerana ingin bereksperimen. Walaupun tidak gembira melakukannya, ia dapat mendidik saya supaya kurang bersifat materialistik," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia cuma membeli beberapa keperluan asas iaitu makanan, petrol, barangan kelengkapan dandanan diri dan tidak terkecuali, seluar dalam tetapi bukan jenama mewah.




.

Mesti menang


Carlo Ancelotti mengakui Chelsea perlu menewaskan Aston Villa dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Ia bagi menyuntik kembali keyakinan, sekali gus mengakhiri prestasi hambar yang hampir menjejaskan peluang mereka untuk mempertahankan gelaran juara musim ini.
Ketika ini, kedudukan Ancelotti selaku jurulatih pasukan itu semakin tercabar selepas skuad The Blues mencatat keputusan tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Keputusan itu telah menyebabkan juara berganda musim lalu ini menurun di tangga keempat liga, empat mata di hadapan pendahulu liga, Manchester United.
Kemenangan tipis 1-0 ke atas Bolton Wanderers pada Rabu lalu adalah yang pertama daripada tujuh perlawanan liga.

Kini, Ancelotti sedar kekalahan kepada Villa malam ini bakal mengundang lebih banyak bencana.
Kunjungan Villa di Stamford Bridge yang ketika itu dibimbing oleh Martin O'Neill pada Mac lalu meninggalkan kenangan manis buat Chelsea apabila mereka menang 7-0.

"Ia adalah satu tempoh yang sukar, itu adalah normal," kata Ancelotti.
"Ia adalah satu keadaan yang sangat sukar. Kami perlu terus berusaha. Kami perlu kekalkan fokus dalam sesi latihan dan perlawanan sebenar."

Sementara itu, Villa berpeluang untuk menggunakan kelemahan Chelsea itu untuk melakar kejutan.
Skuad bimbingan Gerard Houllier ini dijangka tidak berdepan masalah untuk membolosi benteng pertahanan Chelsea yang bakal dikemudi pemain remaja, Jeffrey Bruma.

Bruma, 19, bakal membuat penampilan pertama berikutan ketiadaan Branislav Ivanovic yang digantung permainan manakala Alex masih belum pulih daripada kecederaan.



.

Keluar hospital Selasa


“Isteri (Maizawati) dijangka keluar wad Selasa ini. Sepatutnya, dia dibenarkan keluar pagi ini (semalam), namun doktor pakar sakit puan memintanya menjalankan ujian imbasan terakhir bagi memeriksa semula kandungannya sebelum dibenarkan pulang,” kata Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, suami Maizawati Zainal, 35 yang kini terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas terbabit kemalangan baru-baru ini.

Semalam di laporkan, kereta dinaiki Maizawati bersama suami dan tiga anaknya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, kira-kira jam 5.15 pagi, 28 Disember lalu.

Kejadian itu menyebabkan Maizawati patah tangan kiri dan cedera di kedua-dua kaki dan bengkak di kepala manakala suaminya serta tiga anaknya hanya cedera ringan.

Mohd Yassin berkata, ujian imbasan itu perlu dilakukan sekali lagi bagi membolehkan doktor memastikan kandungan isterinya tidak mengalami masalah selepas ujian pertama dilakukan beberapa hari selepas kemalangan itu.

Katanya, jika semuanya berjalan lancar, Maizawati akan dibenarkan keluar dari wad HRPB pada Selasa ini.

“Ujian imbasan itu akan dilakukan petang ini (semalam). Saya berharap kandungan isteri selamat seperti mana keputusan ujian yang dikeluarkan sebelum ini.

“Selepas dibenarkan keluar dari wad kelak, Maizawati akan berehat beberapa hari di kediaman keluarganya di Taman Utama, Bercham, di sini, sebelum kembali ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, buat masa ini Maizawati sibuk mengendalikan beberapa program kebajikan dianjurkan Yayasan Muamalat Belia di Kuala Lumpur.

“Saya tidak pasti sama ada dia boleh menyertai program itu berdasarkan kecederaan dihadapi,” katanya.

Mengenai sambutan tahun baru yang diraikan bersama Maizawati semalam, Mohd Yassin berkata, tiada sambutan dilakukan, sebaliknya mereka berdua meluahkan kata-kata semangat antara satu sama lain selain berharap hubungan yang dibina berkekalan.



.

Beckham sertai Tottenham?


Bekas kapten England, David Beckham bakal membuat penampilan semula dalam saingan Liga Perdana England.

Semalam, pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengesahkan bahawa dia akan berusaha untuk mendapat pemain tengah Los Angeles (LA) Galaxy itu secara pinjaman.

Pada Jumaat lalu, Redknapp memberitahu dia meminta pengerusi kelab, Daniel Levy untuk memujuk pemain berusia 35 tahun itu menyertai Spurs sehingga kempen Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MSL) bermula, Mac ini.

Begitupun pengurus Spurs itu mengesahkan kehadiran Beckham bukan untuk tujuan komersial.

"Dia tidak akan datang ke sini hanya untuk menjual jersi. Dalam tempoh yang singkat, dia tidak akan menjual banyak jersi pasukan ini."

Redknapp yang membantu Spurs melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dan menduduki tangga ketiga Liga Perdana England musim ini, juga menegaskan Beckham juga tidak mempunyai motif kewangan untuk kembali ke England.

"Dia bukan datang ke sini untuk memperoleh wang yang banyak. Kami tidak memerlukan pemain seperti itu di kelab ini," katanya.

"Sudah tentu dia sudah memiliki sebuah rumah mewah dan dia boleh duduk di sana setiap hari sambil menikmati kehidupan untuk beberapa bulan sebelum bermain untuk LA Galaxy semula."



.

Mat rempit terjun sungai tinggal kekasih


Seorang lelaki tergamak meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke Sungai Kinta semata-mata mahu melarikan diri daripada sekatan polis di Jalan Sultan Idris Shah, di sini sempena Ops Ambang Tahun Baru dan Ops Mabuk, awal pagi semalam.

Tindakan lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia sebaya terpaksa disoalsiasat polis.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kejadian itu antara senario dihadapi pihaknya sepanjang operasi bersepadu yang dibuat dengan kerjasama polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), bermula jam 6 petang berakhir 5.30 pagi.

"Selain terjun ke sungai, ada beberapa pengguna jalan raya kebanyakannya penunggang motosikal sanggup menentang aliran trafik, tercekik topi keledar disebabkan panik dan bergelut dengan anggota polis semata-mata untuk melepaskan diri daripada kepungan atau sekatan polis.

"Malah, empat penunggang dan pembonceng termasuk satu pasangan berusia lingkungan 20-an turut ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan," katanya kepada pemberita selepas tamatnya operasi itu.

Mohd Rodzi berkata, operasi dijalankan secara berperingkat di beberapa lokasi di bandaraya ini termasuk Jalan Raja Dr Nazrin Shah dan Jalan Raja Musa Aziz.

"Operasi membabitkan kekuatan seramai tiga pegawai dan 45 anggota serta 36 anggota dari Unit Peronda Polis (MPV). Selain itu, turut membantu 10 pegawai dan anggota JPJ serta 30 anggota RELA.

"Sepanjang operasi 13 jam itu, sebanyak 229 saman dikeluarkan termasuk 257 saman trafik (POL 257) manakala sejumlah 269 kesalahan direkodkan termasuk 36 kes membabitkan tidak memiliki lesen, 37 kes tidak mempamerkan L atau P dan 22 kes tidak memiliki cermin sisi.

"Turut direkodkan, 34 kes membabitkan kesalahan mengubah suai plet kenderaan, 16 kesalahan tidak memperbaharui cukai jalan, 12 kes lesen tamat tempoh dan lima kes mengubah suai ekzos," katanya.

Beliau berkata, Operasi Mabuk yang dijalankan bermula jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi pula berjaya menahan 10 individu terdiri sembilan lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

"Mereka ditahan di beberapa lokasi sekatan jalan dan ujian alkohol dijalankan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.



.

Entry Khas - The Best Lulu-Pages Post 2010 (UPDATE)

HAPPY NEW YEAR 2011...


Salam untuk semua pembaca Lulu-Pages...
Yeah....Selamat tahun baru.....
(Terasa mcm nak pasang bunga api jer dalam blog ni..ekeke)
Semoga impian dan harapan akan tercapai di tahun 2011 ni..
Semoga terus berbahagia bersama insan tersayang..
Semoga menjadi orang yang lebih 'berguna'...

So, Special Entry....
Buat pembaca blog ni, yang dari mula sudah bersama lulu,
mesti dah baca kebanyakan entry yang bakal lulu senaraikan..
Tapi bagi yang baru follow mollow lulu,
 tak usah kisah...


Lulu senaraikan di sini 10 entry terbaik Lulu-Pages..




Dah macam blog separa 'luc*h' lulu rasa Lulu-Pages ni..
Apa taknya, tengoklah entry apa yang paling byk PV..
huhuhu...Dah itu yang rekod dalam 'stat' ye tak..
(Lagipun dalam blog ni ada ribu-ribu entry lain..
sila jangan salahkan lulu atas entry yang kurang sihat itu..)







Lulu nak buat sedikit perubahan pada blog ni...




nampak tak jumlah entry itu?
Setakat masa lulu tulis entry ni (3219 posts)..
Akan datang, lulu akan 'gugurkan'
sebilangan besar dari entry post itu...

Ianya adalah kerana kiranya lulu nak refresh lah blog ni..
Entry lulu kan lebih byk kepada hal ehwal semasa..
Mana ada orang nak tengok entry lelama lagi..
ye tak?
SO, benda ni akan dibuat mengikut peringkat-peringkit..
slowly lah kata org putehnya...

So, dengan bakal gugurnya entry-entry tersebut,
blog lulu pasti akan menerima kemasukkan lebih byk entry post
akan datang...(Semestinya..)
Lebih terkini dan sensasi..ekekeke..
So, tetap setia bersama lulu yer..


Buat Follower setia lulu (setakat ni 396 orang),
terima kasih sebab kekal setia disisi...
Tanpa korang siapalah lulu caldina..
ye tak....
Happy new year...........




P/S - Banner baru buat (perasan tak?)...saiz 125x125,
tempek kat blog masing-masing eh..
Ni sementara jer..nanti buat baru..
(kalau rajen..huhuhu...)



.

Kini Bergelar Suami


Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Azlan And the Typewritter, Norazlan Rosle atau Lan, 28, sah bergelar suami kepada Normala Hassan, 28, pukul 10 pagi, Sabtu, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982.
Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.
Menurut Lan, dia lega dengan kelancaran majlis yang dibuat setelah menunda perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada November tahun lalu.
"Apabila tarikh pertama yang dirancang tidak menjadi, kami telah menetapkan tarikh baru iaitu hari ini. Itupun saya agak tergesa-gesa kerana sibuk dengan kerjaya nyanyian.
"Jadi, bila dah kahwin, senang sikit dan hati pun dah lega. Selepas ini saya akan kembali sibuk dengan persembahan nyanyian. Mungkin kami akan mula fikirkan tentang mendapatkan anak pada tahun depan.
"Setakat ini, kami merancang untuk mendapat seramai tiga orang anak," katanya yang masih tidak tahu lokasi percutian bulan madu mereka.
Majlis resepsi yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman diadakan secara sederhana di Taman Pudu Ulu, Cheras.
Lan dan Normala telah bertunang pada Julai 2009 dan sepatutnya mereka dijadualkan bernikah pada November 2010. Disebabkan penundaan itu, Lan dikhabarkan dia kononnya sudah putus tunang.




.

'My Christmas miracle'

 A mother who was told she had suffered a miscarriage just weeks into her pregnancy has taken her 'miracle' baby home for Christmas.

Rachel Lennard had to endure an agonising three-day wait before a scan finally showed the baby was actually still alive.

Baby Faith had to face another battle for survival after she was born 13 weeks premature weighing a mere 1lb and 14oz - the same as a bag of sugar.


Rachel Lennard had a three-day wait before a scan showed baby Faith - born 13 weeks premature - was alive
Rachel Lennard had a three-day wait before a scan showed baby Faith - born 13 weeks premature - was alive


It was seven weeks into her pregnancy that doctors told Rachel Lennard to expect the worst.

For three days she and husband Pete believed she'd had a miscarriage.
But when Rachel went for a scan to confirm the diagnosis the couple were stunned when medics spotted a glimmer of life.

Now their baby girl - who they named Faith - has headed home to Audenshaw, Manchester, for Christmas with her mother and father and three-year-old brother Calum.

After being born Faith was given steroid injections and oxygen treatment and battled back to health at Tameside Hospital.

She was allowed to go home on the exact day she had originally been due to be born.
Rachel, 27, said: 'It's going to be the best Christmas ever. There have been plenty of tears - but now they are tears of happiness.


Baby Faith is now well enough to spend Christmas with her family after being given the all-clear to leave hospital
Baby Faith is now well enough to spend Christmas with her family after being given the all-clear to leave hospital and now only needs community nursing staff to occasionally check on her at home while she builds up strength

'Faith has really made our Christmas and having her and Calum at home together has made this the perfect happy  ending.'

Rachel told how her happiness at falling pregnant turned to dismay after she thought she had miscarried.
'It was awful,' she said. 'I thought she had gone, and I had to wait three days for the scan which would confirm it.

'Incredibly, that scan showed she was still alive. Pete jumped up and punched the air, I just cried.'
But at 25 weeks Rachel's waters broke when she was picking up Calum from nursery.
She was rushed to a specialist centre at the Royal Preston Hospital. Faith was born a week later.

The tiny baby was transferred back to Tameside's neonatal unit a month later - and after another two months she was finally sent home.
Community nursing staff check on Faith most days at home and yesterday they turned down her oxygen pump - to start weaning her off it.

Rachel, who works as a fish importer, said: 'She has always been a little fighter.
'Even when my waters broke early and then during a horrendously difficult labour, Faith's heartbeat stayed strong.'

Community nurse Jackie Leonard said: 'Our aim is to help get these babies home from the neonatal intensive care unit into an environment in which we are fully trained to deliver excellent quality care as well as giving the parents of these babies the confidence they need.

'It's a very exciting new chapter for us which has allowed us to expand as a service.
'But more importantly, it allows families to benefit from a better bonding process by being at home which is a better environment for both parents, siblings and, of course, the baby.'

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!