Wednesday, December 15, 2010

Mayat Lelaki Dijumpai Terapung Di Terusan


JITRA: Mayat seorang lelaki berpakaian lengkap ditemui terapung di Terusan Utara di kampung Kemunting di sini, oleh seorang pemancing kira-kira 9.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Sawaluddin Hamenuddin berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan.

"Mayat tersebut ialah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, berbadan gempal dan dipercayai berbangsa Melayu. Tiada sebarang kesan cedera pada badan mayat dan tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat tersebut," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, Borhan Nordin Abdul Halim, 34, yang menemui mayat tersebut berkata, pada mulanya beliau menyangka objek terapung tersebut tilam, namun seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran memberitahu bahawa ia adalah mayat.

Beliau kemudian menarik mayat itu ke tebing menggunakan mata kail pancingnya.








.

Senyum sampai ke malam..nuffnang memang baik...


*Wink...
Salam reader's lulu yang setia................
(Setia ke ni? Eheh tepuk dada tanyalah selera..
Kalau tanya selera jgn tanya dengan makbed...huhu byk demand...ekeke..sowee makbed)
Hari ni nak senyum sampai ke malam...
Eh, senyum tu baguslah..
sedekah.. (senyum memanjang bukan beerti gila)..
Entah apa lulu melalut...

Direct to the point..
Dah gambar nuffnang, mesti entry nuff..
Kerana 'wajah' baru lulu-pages ni....
Waaaaaaa......
betul-betul keputusan tak salah...

Baru jer buka nuff...
Tengok ada BE..
BE yer...
Dah 2 minggu lebih statik jer tak bertambah..
Hari ni, lepas tukar template....
Lulu dapat tambahan 1 BE..
Ok kongsi-kongsi menari..
Karpet biru ni besar..ngee..

Pernah terbaca kat blog sapa entah dah lupa..
Kalau nak tukar template, kena fikir banyak kali..
Sebab bila dah tukar, nuff tak suka..
BE akan hilang satu demi satu..

Kerana niat hati tu kuat untuk tukar template,
lulu tabahkan jer..
Dan buktinya, keadaan tu sebaliknya..
Syukur...alhamdulillah..
(Pasni pakat hari2 tukar template..Biar BE penuh..
Boleh ke mcm tu? ekeke)

Ok, doakan lulu..
Biar BE bertambah lagi...

Terima kasih untuk semua sokongan anda..
Tanpa anda siapalah lulu...



P/S - Korang memang suka template baru ni yer?
Patutlah trafik naik mendadak sejak lulu tukar template..
Huhu kalau tau lama dah tukar..ngee..



.

Jom Kita Berkenalan.....


Salam.. tengok banner dah tau....
Yeah segmen En. Ben....
Korang nak join? Sila ke blog beliau...
Tak tau?
Whoaa.....

Bila mula berblog?
Waa soalan baik punya..Lulu-pages lahir pada 10hb Jun 2010..

Follower Lulu-Pages?
Follower setakat sekarang ni ada seramai..331 orang

Jumlah trafik harian?
Er....Trafik tu yang mana eh?
Waa tak tau.. 2000 lebih...
ngee..sikit jer..

Sehari berapa entri?
tak terkira..
Serius tak pernah kira..
Maybe belas-belas..
Mungkin juga ada yang mencecah 20 sehari..

Blog yang best?
Lulu ni simple jer orgnya..
Kdg tu BW blog org, kalau dah ramai 'pengikut',
tak semestinya lulu pun suka..
huhuhu...
Tapi lulu paling suka baca blog MAKBED..
Lawak mereng dia memikat hatiku..
(eheh maafkan lulu atas bahasa itu makbed..)



P/S - SEGMEN INI DITAJA OLEH EN. BEN ASHAARI




.

Arghhh..:Kenapa...kenapa?


Yuhuuu.....Selamat Petang...Salam..
Dengan wajah baru lulu-pages, ngee....ada tak yang terperanjat..
Eheh, atau ada yang tengok...
pastu ckp alaaa....
template lama lagiiii lawa...
adoi...

Korang,
lulu bukan sesaja nak gatal tangan tukar tau..
template lama tu 'sesak'..
semua serba kecil..
sehari demi sehari, dah naik pening tengoknya..

Dah lama lulu fikir..
So, lulu rasa ini adalah masa yang sesuai untuk tukar..
Tapi, semuanya serba tak lengkap lagi..
Mohon waktu..
semuanya akan di upgrade dari masa ke semasa...

Harap-harap lepas ni tak menyesal..
huhuhu.. byk nak kena touch-up balik..
susah woo..
lagi senang touch-up muka orang..
makbed, meh sini lulu touch-up..
Yeye, mari sesama tingkatkan mutu blog kita..


ChOw......



.

Kontroversi Tevez


PENYERANG Argentina, Carlos Tevez sering mencetus pelbagai kontroversi ke mana saja dia pergi. Terbaru, dia meminta untuk berpindah daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kerana sudah tidak sefahaman dengan pengurus dari Itali, Roberto Mancini.

Jelas, ketua pasukan City itu tidak suka jika dia sering dikeluarkan pada separuh masa kedua perlawanan
walaupun keadaan kecergasannya pada tahap terbaik.

Berikut beberapa insiden kontroversi membabitkan bekas pemain Manchester United dan West Ham United itu.

Ogos 2006 - Meninggalkan Corinthians untuk menyertai West Ham United, di samping Javier Mascherano, dengan nilai bersama STG24 juta (RM119 juta). West Ham kemudian didenda STG5.5 juta (RM27 juta) kerana membeli pemain yang turut dimiliki sebahagiannya oleh syarikat milik Kia Joorabchian, MSI.

Ogos 2007 - Menyertai Manchester United secara pinjaman dua tahun dengan harga STG10 juta (RM49.7 juta), dengan MSI membayar West Ham STG2 juta (RM9.95 juta) untuk melepaskannya daripada kontrak.

Januari 2008 - Berikrar untuk kembali Boca Juniors, kelab permulaan kariernya, dalam tempoh "empat atau lima tahun" untuk bermain di samping wiranya, Juan Roman Riquelme.

Jun 2009 - United mengesahkan Tevez menolak kontrak lima tahun untuk kekal di Old Trafford, sekalipun pengurus, Alex Ferguson bersedia untuk membayar harga yang diminta MSI, STG25.5 juta (RM127 juta).

Julai 2009 - Manchester City membayar STG32 juta (RM159 juta) untuk mengikat Tevez, mendapatkan khidmatnya dengan kontrak lima tahun bernilai kira-kira STG160,000 (RM796,000) seminggu.

November 2009 - Mendedahkan dia mungkin bersara daripada bola sepak sekiranya Argentina memenangi Piala Dunia, mendakwa dia sudah bosan dengan bola sepak.

April 2010 - Hubungan tidak baik Tevez dengan Mancini jelas apabila pemain itu merungut mengenai pengendali berbangsa Itali itu yang mengutamakan sesi latihan berganda secara intensif.

Ogos 2010 - Mancini menganugerahkan Tevez lilitan di lengan sebagai kapten baru City pada musim pertamanya mengemudi kelab itu.

Oktober 2010 - Selepas perbalahan pada babak pertama dengan Mancini ketika kemenangan 2-1 City ke atas Newcastle, Tevez mengulangi amarannya untuk bersara daripada bola sepak.

Disember 2010 - Hanya beberapa hari sebelum mereka berkongsi tangga teratas EPL, Tevez menyerahkan surat rasmi meminta untuk berpindah namun pengurusan City enggan menerima permintaan itu.




.

Mila uji kehebatan


LAMBAKAN penyanyi baru dan program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian menyebabkan cabaran survival dalam industri seni suara tanah air semakin sukar.
Tidak terkecuali bintang-bintang daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) yang satu ketika dulu pernah mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan tanah air.

Sinaran bintang-bintang graduan AF ini dilihat mulai pudar, malah sesetengah pelajarnya hilang begitu sahaja dalam dunia seni. Sepi tanpa berita.
Pemilik nama Nursyarmilla Jirin atau mesra disapa Mila merupakan bekas graduan AF yang masih menyengat tuahnya berlatarkan karakter comel keanak-anakkan yang digemari lapisan umur.

Kini Mila dilihat tidak lagi bergantung harap kepada populariti semata-mata bahkan memaksa dirinya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama anak seni yang lain.

Juara AF5 itu juga telah mula melebarkan sayapnya ke luar negara dengan menyertai beberapa pertandingan nyanyian di peringkat antarabangsa.
Khabar yang bertiup mengatakan penyanyi berumur 23 tahun itu kini sepi buat seketika ternyata bukan satu kata yang logik untuk diterima akal.
Penyanyi kecil molek itu sebenarnya sedang sibuk dengan pelbagai program yang telah diatur buatnya dan membuat dirinya akur untuk merehatkan diri dalam pentas lakonan.

11 Disember lalu adalah tarikh ujian hebat sebagai seorang penyanyi kerana berjaya meletakkan dirinya dalam pertandingan akhir Open Mic UK di Manchester, United Kingdom.

Mila menyatakan bahawa penyertaan dalam pertandingan itu adalah hasil usahanya sendiri, dengan bantuan tenaga kerjanya yang tidak henti membantunya dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Seorang kawan yang Mila kenal sewaktu mewakili Malaysia ke Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery Ke-17 di Bulgaria dulu yang memberitahu Mila berkenaan pertandingan tersebut.

"Pertandingan akhir tersebut merupakan peringkat seterusnya setelah Mila berjaya melepasi peringkat kelayakan di Newcastle Oktober lalu.
"Kalau ada rezeki, Insya-Allah Mila akan melayakkan diri ke Grand Finale di O2, London pada tahun hadapan," katanya ketika menghadiri sidang akhbar untuk Konsert Rhythyms di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) baru-baru ini.
Album baru

Menurutnya, di Grand Finale itu, banyak label rakaman dan agensi yang akan turun menyaksikan pertandingan itu.
"Saya membuat keputusan untuk menyertai pertandingan tersebut kerana mahu mengembangkan bakat, mencari peluang baru dan melihat keadaan pasaran di luar negara" jelasnya.

Bakal tampil dengan album keduanya hujung tahun ini, buah tangan terbaru tersebut akan memuatkan 10 buah lagu iaitu lima lagu baru dan selebihnya merupakan lagu-lagu lama yang diberikan nafas baru.
"Setakat ini, hanya sebuah lagu lagi yang belum dirakamkan. Kalau boleh ia akan dilancarkan pada Disember ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Album ini berkonsepkan pop dan ada juga lagu-lagu berentak balada," katanya.
Mila mendedahkan barisan komposer yang terlibat dalam pembikinan album terbarunya itu yang terdiri daripada nama besar dalam lapangan muzik iaitu Ajai dan Aidit Alfian.

"Album ini sangat istimewa buat Mila kerana inilah kali pertama Mila terlibat seratus peratus dalam pembikinan album, daripada pemilihan lagu hinggalah ke konsep album itu sendiri," ucap pelantun Jika Kau Ubah Fikiran itu dengan senyuman.

Mengupas keputusan berehat daripada pentas lakonan, Mila jujur mengakui jadual nyanyiannya yang padat menyukarkan Mila untuk melapangkan waktu serta komitmen buat profesion keduanya itu.

"Ruang untuk berlakon sangat tipis, Mila tidak mahu terlalu terkejar-kejar dan kelihatan tamak dalam pengagihan kerjaya.
"Jika Mila sibuk menyanyi, takut nanti tidak dapat memenuhi jadual untuk penggambaran dan akan menimbulkan masalah serta menyusahkan ramai pihak.

"Mila akan berhenti berlakon sekejap, tapi kalau Mila dapat tawaran yang baik selepas ini, Insya Allah Mila akan pertimbangkan," katanya.
Konsert Rhythms
Mila turut mencanangkan warta penglibatannya dengan Konsert Rhythyms yang dianjurkan Matic di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang pada 17 hingga 19 Disember ini.

Konsert yang diilhamkan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen itu bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai dan pelancong asing tentang destinasi-destinasi pelancongan yang ada di negara ini.
Konsert tersebut akan memaparkan ekspedisi penerokaan pelancongan tempatan dengan membawa pelbagai tema seperti homestay, taman, seni kontemporari dan festival makanan.

Ia akan disampaikan dalam bentuk pementasan muzikal dan Mila akan memainkan peranan sebagai pelancong dan akan berkongsi kisah pelancongannya bersama audiens yang hadir.

Pengarah Matic, Datin Zaitun Mohd Ali berkata, Mila dipilih berdasarkan imej yang bersih dan contoh yang baik untuk ditonjolkan kepada pelancong-pelancong asing.
"Mila akan memegang peranan sebagai tunjang utama, di mana dia akan bertindak sebagai pelancong dan bercerita mengenai pelancongannya dalam bahasa Inggeris.
"Persembahan selama 45 minit itu akan melibatkan tarian, visual, muzik, nyanyian dan kesan khas. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket secara percuma di Matic," katanya.

Sementara itu, Mila menjelaskan dia sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk turut serta menjayakan konsert tersebut.
"Sebelum ini, Kementerian Pelancongan banyak menyokong artis tempatan untuk membuat persembahan di luar negara.

"Konsert ini turut bertindak sebagai satu mesej dan maklumat kepada pelancong asing yang tidak mempunyai pengetahuan tentang destinasi pelancongan di Malaysia," katanya.



.

Fasha luah perasaan di Twitter


LAMAN sosial Twitter di Internet bukan setakat menjadi tumpuan masyarakat biasa, sebaliknya kalangan artis seperti pelakon yang mempunyai ribun peminat turut tidak terkecuali menggunakannya.

Twitter bukan sahaja laman sesawang untuk bersosial, malah ia juga boleh dijadikan ruang untuk meluahkan perasaan termasuklah pelakon Fasha Sandha yang sering dilanda gosip dan cerita-cerita panas.
Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, selama ini dia banyak meringankan beban perasaan sedih dan kecewa yang dihadapinya dengan meluahkannya secara terbuka di Twitter untuk dikongsi bersama-sama para peminat.

"Saya memang menjadikan Twitter untuk meluahkan apa juga perasaan yang terbuku di hati. Sama ada ia yang menggembirakan atau menyedihkan hati saya. Saya mahu berkongsi perasaan itu dengan para peminat saya di Twitter.

"Setakat ini, saya mempunyai 37,000 peminat yang banyak menyokong kerjaya saya sebagai pelakon. Apabila saya meluahkan perasaan saya di Twitter ramai yang memberi maklum balas dan memberi sokongan moral kepada saya.

"Saya suka berterus terang di Twitter tentang apa juga perasaan yang saya lalui ketika itu. Pada masa sama saya terbuka dengan kritikan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Pada pertemuan sewaktu pelancaran drama bersiri 26 episod Dia Atilia lakonannya yang disiarkan di Astro Prima setiap Selasa 9 malam bermula 30 November lalu, Fasha menafikan dia menyalahgunakan laman sosial tersebut.

Malah, pelakon filem Anak Halal itu turut menafikan dia telah memburuk-burukkan teman-teman artis yang tidak sehaluan dengannya di Twitter biarpun ramai yang sudah semakin ramai bercakap mengenainya.
"Kalau saya tulis di Twitter saya tulis secara berlapik dan tidak bertujuan memburuk- burukkan sesiapa. Tetapi siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Ini kerana, saya menulis berdasarkan pendapat saya sahaja.

"Sungguhpun begitu, ada juga yang cuba 'menyerang' saya di Twitter. Namun, saya tidak membalasnya dengan cara yang kasar. Pada masa sama, ramai lagi peminat saya di Twitter yang akan mempertahankan saya.

"Apa yang saya tulis dan luahkan di Twitter selama ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan saya dengan para peminat. Asalkan apa yang saya tulis itu tidak melampaui batas , cukuplah. Saya juga kena jaga hati ramai orang," ujarnya.

Jelas Fasha, menerusi laman sosial Twitter, dia bukan sekadar merapatkan hubungan dengan para peminatnya, malah pelbagai aktiviti dan berita tentang dirinya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan cepat.

"Selama ini para peminat hanya mengetahui perkembangan tentang diri saya melalui akhbar, majalah, televisyen dan radio sahaja. Tetapi kini mereka boleh tahu lebih cepat melalui Internet serta telefon bimbit.
"Kalau ada cerita terbaru tentang saya, saya akan terus tulis di Twitter. Ini bermakna, apa sahaja berita yang saya salurkan ia datangnya terus daripada saya.

"Misalnya, saya baru sahaja habis menjalani penggambaran filem Dari Kerana Mata lakonan saya bersama Awie arahan Melissa Saila, maka saya boleh terus sampaikan di Twitter supaya mereka bersedia menontonnya nanti.

"Secara tidak langsung ia bukan sahaja memudahkan para peminat mengetahui berita terbaru tentang saya, malah ia juga mampu menarik lebih ramai pengikut saya di Twitter kerana ia disediakan percuma," katanya.
Tambah pemegang watak Atilia dalam Dia Atilia yang persis filem Hindi, Kuch Kuch Hota Hai ini, kebanyakan cerita yang diperbualkan di Twitter adalah kisah-kisah peribadi terutama hubungannya dengan kekasihnya, Jejai.

Sedaya upaya, kata Fasha, dia enggan mengulas panjang kisah cintanya itu, tetapi tidak menolak hubungannya dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

"Apa yang boleh saya kata sekarang ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu. Insya-Allah kami akan melalui adat Melayu di mana ia akan bermula dengan bertunang dan seterusnya berkahwin. Tarikhnya sudah ada.

"Buat masa ini saya tidak mahu mengumumkannya bila kerana menghormati keputusan pihak keluarga Jejai. Saya tidak mahu memandai-mandai. Kalau sampai masanya nanti (bernikah) kami akan mengundang wartawan," ujarnya.




.

Novelis diarah bayar nafkah


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, memerintahkan novelis Lagenda Budak Setan, Ahadiat Akashah membayar nafkah RM400 bermula bulan ini kepada anak tunggalnya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad, membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Ahadiat Akashah Khairuddin Akashah, 44, untuk mengubah tuntutan nafkah bulanan bekas isteri, Shahilah Mat Nazir, 39, daripada RM300 kepada RM800.
Dalam penghakimannya Wan Mahyuddin berkata, walaupun Ahadiat pernah muflis pada 1998, namun beliau berupaya untuk bekerja malah masih menerima royalti hasil penjualan novelnya yang sentiasa diulang cetak.
“Novel hasil tulisan Ahadiat juga sudah diadaptasikan ke filem selain dijadikan drama bersiri di siaran Astro.

“Mahkamah percaya dia mempunyai kemampuan untuk menanggung seorang anak hasil perkahwinan pertamanya, ” katanya.

Sebelum ini, Ahadiat memfailkan permohonan ubah perintah dengan memohon nafkah terhadap anak tunggal mereka, Aishah Akashah diberikan mengikut kedudukan kewangannya sekarang.

Shahilah kemudian memfailkan permohonan supaya jumlah nafkah RM300 dinaikkan kepada RM800 sebulan kerana keperluan anaknya sudah meningkat seiring dengan usia dan keadaan semasa.
Ahadiat dan Shahilah hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Mostadza Halimi dan Mohammad Amir Nazli Hussin.


P/S - Susah sangat ke nak bagi duit untuk anak sendiri?



.

Maut ketika cari bola golf


MELAKA - Seorang pemuda yang menceroboh Kelab Golf Tiara di Jalan Gapam, Bukit Katil di sini bagi mengutip bola golf terpakai mati lemas ketika cuba menyeberangi sebuah tasik di situ semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, mangsa, Azrul Jaapar, 24, bersama dua lagi rakannya, Izuan Ab. Latif, 19, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Botak, 20-an, menceroboh kelab golf berkenaan melalui sebuah lubang di bahagian belakang kelab berkenaan.

Mereka kemudian memasuki kawasan Tasik 8 di kelab berkenaan sebelum berenang menuju seberang tasik sejauh kira-kira 100 meter bagi mengutip bola terpakai yang banyak terdapat di situ.

Izuan berkata, ketika ketiga-tiga mereka berenang dengan perlahan bagi mengelakkan mereka disedari pengawal keselamatan, Azrul secara tiba-tiba terkapai-kapai seperti mahu lemas namun dapat diselamatkan oleh Botak.

"Namun selepas itu, saya pula terkapai-kapai mahu lemas menyebabkan Botak melepaskan Azrul dan menyelamatkan saya.

"Ketika kami sampai ke tepi, Azrul sekali lagi terkapai-kapai mahu lemas namun kali ini Botak tidak sempat menyelamatkannya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka semalam.


P/S - Kalau kanak2 selalu dah nampak ambik bola golf dalam air tu..Ni 1st time dengar org dewasa pun buat perkara yang sama..Tahukah anda, biasanya bola golf terpakai ini dijual 8 biji = RM10 ..



.

6 dibaham bebola api

MANGSA LETUPAN...(atas dari kiri) Mohd Hamzah, Alias, Mohd Fauzi dan Zamri manakala (bawah) Mohd Rishauddin dan Mohd Arif dirawat di HSNZ.

KUALA TERENGGANU: “Saya nampak satu bebola api menuju ke arah kami ketika saya dan rakan dalam proses menamatkan syif di pelantar minyak Bekok C.

“Saya dan lima rakan lain terkena bebola itu menyebabkan kami mengalami lecur di beberapa anggota badan termasuk di muka,” kata Alias Abdullah, 52, seorang daripada enam pekerja yang terbabit dalam kebakaran pelantar minyak milik Petronas, kira-kira 200 kilometer dari perairan Terengganu.

Dia yang mengalami lecur kecil di muka menceritakan kejadian itu kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang melawat mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, seramai 108 pekerja berada di pelantar itu, tetapi hanya enam pekerja mengalami kecederaan. Kebakaran dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor.

Menurut Alias, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia bersama rakan tidak dapat berbuat apa-apa apabila melihat bebola itu meluru laju ke arah mereka.

“Kami diberikan rawatan awal di pelantar minyak sebelum diterbangkan dengan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke hospital ini untuk rawatan lanjut.

“Saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak begitu parah dan hanya mengalami lecur akibat disambar api pada muka,” katanya.

Selain Alias, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Rishauddin Ismail, 37, Mohd Hamzah Abdullah, 32, Mohd Fauzi Ibrahim, 37, Mohd Arif Farimi, 28, dan Zamri Wagiman, 32.

Mohd Hamzah ketika menceritakan kejadian itu kepada Ahmad Said pula berkata, api menyambar mereka pada hujung waktu bertugas di pelantar itu.

“Ketika itu kami sibuk menyiapkan tugasan dan saya tidak tahu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu, Petronas Carigali Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar berkata, kejadian berlaku di pelantar Bekok C yang berkedudukan 200 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia sejurus selepas tengah malam dan api berjaya dikawal pasukan tindakan kecemasan pelantar terbabit.

“Terdapat 108 pekerja di pelantar itu ketika kejadian dan enam daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan. Baki 102 pekerja lagi dipindahkan ke pelantar berhampiran,” katanya.

Menurut kenyataan itu, aktiviti di Bekok C dihentikan sementara dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ahmad Said yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa.

“Mujur pelantar tidak meletup akibat kejadian itu kerana bilangan pekerja ketika kejadian ramai,” katanya.



.

Ibu gadai nyawa selamatkan anak

HARMA menunjukkan lokasi Muhd. Fikri yang lemas di tali air Kampung Bechah Landak, Pasir Mas

Seorang ibu sanggup menggadai nyawa dengan terjun ke dalam tali air untuk menyelamat anak lelakinya berusia 11 tahun yang lemas selepas terjatuh ketika memancing di Kampung Bechah Landak, Bunut Susu di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Muhd. Fikri Abdullah dikatakan terjatuh selepas keluar memancing bersama dua adik-beradiknya di kawasan tali air kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

Ibu mangsa, Zainab Ariffin, 50, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas anak perempuannya, Harma Abdullah, 35, memberitahu Muhd. Fikri telah hilang dipercayai terjatuh.

"Selepas mendengar perkara itu, saya terus berlari ke tali air dan memberanikan diri terjun ke dalamnya kerana yakin Muhd. Fikri masih hidup," katanya di sini semalam.



.

Temani mayat ibu


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.


Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.

“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!