Tuesday, December 14, 2010

SPECIAL ENTRY BUAT 323

Salam semua..
Sejak mula berblogging sehinggalah sekarang ni, tak pernah lagi lulu buat entry untuk follower lulu-pages..
Whoaa, jgn berspekulasi dulu eh.. Bukan bermakna kali ni buat, so ada ehem2 dgn follower tertentu..ngee.. Kdg tu tgk juga org buat.. Kira macam ikut2 lah ni kan...

Rasanya cara ni bagus.. Sebagai tanda kita menghargai orang tu kan..
(jangan lupa ucap terima kasih kata En. Ben [KLIK SINI
So, Terima kasih buat follower ke 323 Lulu-Pages... 
(Juga buat semua follower lulu-masa anda akan tiba..tunggu....)


Inilah orangnya..Sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang maksimum..

Eheh dah tgk blog dia..
Entry pun menarik..
Kreatif semacam jer tau..
saja nak buat org ketawa..

Dan yang paling menarik bagi lulu...


Ayat kat atas tu..
'Jus want to make ur smiles'
So Sweet kan...
Bagus-bagus..promote sekali untuk anda...
Sesiapa nak happy sila berkunjung ke blog beliau..


P/S - Segmen ini ditaja oleh LULU...
Hanya random pick.. 
kalau anda terkena, anda akan duduk di sticky post sepanjang hari..
Yehaaaaaaaaaa........



.

Nicole Richie & Joel Madden Sah Jadi Suami Isteri


SETELAH menjalinkan hubungan cinta dalam tempoh agak lama, pasangan Nicole Richie dan Joel Madden akhirnya selamat dinikahkan dalam satu upacara perkahwinan Ahad lalu.

Lebih istimewa, majlis tersebut dihadiri lebih 130 orang tetamu dan dijalankan di rumah ayahnya, Lionel Richie di Beverly Hill. Dalam upacara tersebut Nicole dan Joel saling bertukar cincin pernikahan yang direka oleh Niel Lane.


Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata sebelum bernikah bernama Harlow 2, manakala Sparrow berusia 15 bulan turut bertugas menjadi pembawa bunga.


“Pasangan ini mahukan pernikahan gaya Hollywood dan glamor. Mereka mahu hiasan yang tidak teralu banyak namun diingati oleh keluarga dan teman rapat,” ujar seorang sumber.


Manakala rakan baiknya, Marsha Gordan menjadi pengiring pengantin wanita. Sementara itu Benji Madden yang juga saudara kembar Joel menjadi pengiring kepada pengantin lelaki.


Beberapa selebriti juga kelihatan hadir seperti Gwen Stefani, Ashlee Simpson, Samantha Ronson, Khloe Kardashian dan beberapa selebriti lain. Selain itu kelihatan seekor gajah bernama Ronson dalam majlis tersebut.



P/S - Apa yang kurang? Eheh gambar pengantin.. Nanti dah dapat, lulu cepat post dalam entry yer...


.

Che Zambil & Bekas Pelakon 'Opah' Sah Bercerai


Ikatan perkahwinan selama 13 tahun antara pelakon drama Cinta Antara Benua, Asdayanti Daud bersama bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Che Zambil, 36, melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Asdayanti, 36, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Asdayanti, yang pernah melakonkan watak kanak-kanak dalam drama Opah suatu ketika dahulu untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Asdayanti juga melakonkan watak sebagai Halimah dalam drama Cinta Antara Benua di samping pelakon utama, Ahmad Idham.

Peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili Che Zambil memberitahu, pasangan tersebut telah menandatangani persetujuan bersama berhubung perkara yang berbangkit daripada perceraian tersebut.

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan dua anak lelaki yang berusia setahun dan 11 tahun diberikan kepada Che Zambil manakala Asdayanti diberikan hak melawat dua kali sebulan.

Asdayanti yang kini merupakan pekerja di jabatan kerajaan juga akan mendapat hak milik sebuah rumah yang terletak di Bangsar, dekat sini.

Selain itu, Asdayanti juga bersetuju untuk menggugurkan haknya dalam nafkah edah dan mutaah daripada Che Zambil, yang dikahwininya pada 21 April 1998.
Perceraian itu berlaku 17 hari selepas Che Zambil yang pernah menyarung jersi pemain bola Kedah sebagai penyerang memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadap Asdayanti.

Permohonan nusyuz difailkan pada 25 November lalu di mahkamah sama selepas mendakwa isterinya enggan mematuhi notis kembali taat yang difailkan pada 1 November lalu.

Semasa itu, media difahamkan permohonan nusyuz dibuat atas dakwaan Asdayanti sering berulang-alik ke luar negara dengan seorang lelaki.




.

Buaya Tembaga terdampar di Pantai Teluk Chempedak


KUANTAN: Pengunjung pantai peranginan Teluk Chempedak di sini malam tadi digemparkan dengan penemuan seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram.

Penolong Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Mohamad Irwanis Seni, berkata seramai lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuantan bergegas ke pantai itu sebaik menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan buaya berkenaan pada 8 malam.
Beliau berkata, pihaknya terus menangkap buaya berkenaan yang terdampar berhampiran kawasan batu-batu di pantai itu.
"Buaya sepanjang tiga meter itu tidak terlalu agresif ketika ditangkap," katanya di sini, hari ini.

Katanya, reptilia berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang lewat malam tadi.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff, berkata reptilia itu telah dilepaskan ke habitat semulajadinya pagi ini.

"Pengunjung Pantai Teluk Chempedak tidak perlu risau dengan penemuan buaya berkenaan kerana pantai berkenaan bukan tempat haiwan itu bermain," katanya.
Khairiah berkata, buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Kuantan.




.

Debu Gunung Merapi jadi cenderahati


JAKARTA: Seorang seniman Indonesia menawarkan abu Gunung Merapi sebagai cenderahati kepada pelancong untuk mengumpul derma membantu mangsa gunung berapi berkenaan.
Akhbar The Jakarta Globe melaporkan, Agus Budi Setiawan menjual sebotol abu Gunung Merapi pada harga RM3.

Botol itu turut dihiasi lakaran Gunung Merapi.
Sejak meletup akhir Oktober lalu, Gunung Merapi mengorbankan 386 orang dan memaksa lebih 17,000 lagi berpindah.

Bekerja di Institut Seni Indonesia di Yogyakarta, Agus berkata, sejak 10 hari lalu, lebih RM6,000 dikumpulkan hasil jualan amal berkenaan. “Semua hasil jualan akan didermakan kepada mangsa Gunung Merapi,” katanya.



.

Korean man marries pillow girlfriend


God bless the east Asian countries; they won’t back down from love, no matter whether it’s with a large body pillow, a video game character, or tentacle rape. So begins the journey of love undertaken by a Korean man who fell in love with a Japanese body pillow and made it his wife.

Lee Jin-gyu fell for his ‘dakimakura’ – a kind of large, huggable pillow from Japan, often with a picture of a popular anime character printed on the side.
In Lee’s case, his beloved pillow has an image of Fate Testarossa, from the ‘magical girl’ anime series Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.
Now the 28-year-old otaku (a Japanese term that roughly translates to somewhere between ‘obsessive’ and ‘nerd’) has wed the pillow in a special ceremony, after fitting it out with a wedding dress for the service in front of a local priest. Their nuptials were eagerly chronicled by the local media.
‘They go out to the park or the funfair where it will go on all the rides with him. Then when he goes out to eat he takes it with him and it gets its own seat and its own meal,’ [a friend] added.

Who are we to mock a man for finding love, no matter how ridiculous and creepy the circumstances are? Don’t get me wrong, this guy is an absolute freak and I certainly wouldn’t ask him to babysit my kids (especially if they were particularly comfortable), but hey, the guy is happy. And isn’t that what it’s all about? Unless you’re in America, in which case you better not be marrying someone whose genitals bear a resemblance to yours because that’s just too ludicrous to even process.
So to you, Mr. and Mrs. Jin-gyu, I wish you nothing but the best. May your first child be a down-filled child.




.

Dibaham buaya di Malamala


JOHANNESBURG - Aksi seekor buaya besar yang membaham seekor anak kerbau di hadapan ibunya sempat dirakamkan di laluan berbasikal di hutan simpan Malamala di Johannesburg, Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.


Imej-imej dramatik itu dirakamkan oleh seorang pelancong Britain ketika sekumpulan kerbau melintasi kawasan berair tersebut baru-baru ini.


Semasa kumpulan kerbau itu berhenti untuk minum air, seekor buaya muncul secara tiba-tiba.


Malangnya, kerbau-kerbau yang pada kebiasaannya bersifat proaktif hanya membiarkan anak kerbau malang itu dibaham buaya. Selepas bergelut selama hampir dua jam, anak lembu yang kepenatan itu diseret masuk ke dalam air.




.

Sad ending

Zac Efron and Vanessa Hudgens split, but 'there's no third party involved'


One of Hollywood's hottest young couples has split.
It emerged Monday that Zac Efron and Vanessa Hudgens have ended their three-year relationship.
Zac, 23 and Vanessa, who celebrates her 22nd birthday Tuesday, started dating when they were only teenagers, after meeting on the set of the hit movie High School Musical, which made them household names.


However, it seems there is no third party involved and it was simply a sad case of growing apart.
'It's nothing dramatic,' a source told E Online. 'There's no third party involved.'
Another source, close to the couple told usmagazine.com: 'They are still talking and still friends. There's no drama. No one cheated. They just grew up.'
Vanessa talked about the relationship earlier this year, saying: 'Right off the bat, we had a connection.
'I think everybody could see it. When we had our audition, they paired us together. And he was adorable.' she told Glamour magazine.




'I think that we inspire each other,' she added. '[I love] having someone to grow with.'
Zac also claimed to be more of a monogamist in a recent interview, telling Details magazine: 'Everyone tells me [to play the field]. I think a lot of guys would enjoy that.
'But I'm not really like that.'
When asked if his relationship with Vanessa was for publicity, he said: 'That's just f***ing insane... It would have been so much easier to call it off a long time ago.'
Zac is currently filming on location in New Orleans for new movie The Lucky One, while Vanessa is filming Journey 2: The Mysterious Island in Hawaii.





.

Liz mengaku sudah berpisah

Liz dan Warne

LONDON: Pelakon dan peragawati Liz Hurley memberitahu dia sudah berpisah daripada suaminya sejak beberapa bulan lalu. Liz mendedahkan perkara itu malam tadi beberapa jam selepas hubungannya dengan legenda kriket Shane Warne terbongkar.
Liz memberitahu peminatnya di Twitter dia sudah berpisah daripada suaminya, Arun Nayar, seorang taikun India.

Liz mengeluarkan kenyataan itu selepas laporan mengenai kecurangannya bersama bintang kriket Australia itu didedahkan, semalam. Liz, 45, memberitahu: “Hari ini bukan hari yang baik. Saya dan suami, Arun sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu. Keluarga dan rakan terdekat kami tahu mengenai perkara ini.


Liz membuat pengakuan yang mengejutkan itu selepas gambar dia berkucup dengan Warne, 41, di sebuah hotel dan restoran eksklusif di London minggu lalu didedahkan. Pasangan itu bertemu lagi selepas saling bertukar mesej di Twitter untuk beberapa bulan ekoran pertemuan di perlumbaan Goodwood di West Sussex Julai lalu.

Keluarga Arun berkata, jutawan itu tertekan dengan cara berita mengenai perpisahan mereka terbongkar.

Pasangan itu berkahwin pada 2007 tetapi dalam tempoh setahun terdapat spekulasi menyatakan Arun semakin bosan dengan cara kehidupan Liz yang suka berpesta dan bersosial.

Dulu....Arun dan Liz

Berita mengenai keretakan hubungan mereka sudah tersebar beberapa bulan lalu apabila Arun lebih banyak menghabiskan masa dengan perniagaannya di luar negara dan kediaman keluarganya di Mumbai, India.

Liz yang melakonkan watak Vanessa Kensington dalam filem Austin Powers dikatakan pulang ke kediamannya di London bersama anak lelakinya, Damian, 8. Arun, 46, pula dilihat di kediaman ladang pasangan itu di Cotswolds.



.

Kumpulan Sofaz Tukar Nama 'Sofazr'


Selepas tujuh tahun menggunakan nama Sofaz, kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini tampil dengan nama baru iaitu Sofazr bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Maaf Dari Hati Mohd Atlas.

Menurut gitaris kumpulan itu Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard) itu menganggap sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.
Justeru, penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

"Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami.
"Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.

"Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini.

"Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Isnin.
Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.




.

Bumbung stadium runtuh akibat salji


MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Bumbung stadium sukan Metrodome di sini runtuh kelmarin selepas hujan salji yang menyebabkan banyak kawasan dilanda salji setebal 53 sentimeter.
Tiada mangsa yang cedera tetapi kejadian itu menyebabkan Liga Bola Sepak Kebangsaan Amerika menukar lokasi perlawanan antara pasukan Minnesota Vikings dengan New York Giants ke stadium Ford Field di Detroit.


Bumbung Stadium Metrodome itu seluas empat hektar dan ia diperbuat daripada gentian kaca yang dilitupi bahan kimia telefon dengan dilengkapi 20 kipas angin.


Berat bumbung itu kira-kira 263,0000 kilogram. Pengerusi Suruhanjaya Sukan Metropolitan, Roy Terwilliger berkata, beliau optimis bumbung itu akan siap dibaiki menjelang perlawanan di antara pasukan Vikings menentang Chicago Bears pada Isnin 20 Disember ini.


Sementara itu, seorang pegawai kaji cuaca, James McQuirter berkata, insiden bumbung runtuh itu berlaku selepas ribut salji yang membawa 43.4 sentimeter salji turun di bandar itu bermula pada malam Jumaat lalu dan berakhir pada malam Sabtu lepas.


Stadium Metropolitan boleh memuatkan seramai 64,000 penonton.



.

Janin mendebarkan, meruntun jiwa


SEBELUM tahun 2010 melabuhkan tirainya, Primeworks Studios akan melajukan degupan jantung para peminat filem Melayu menerusi filem terbaru terbitan mereka yang berjudul Janin.

Janin yang diarahkan oleh Yeop Hitler Zami akan menemui para penonton mulai 23 Disember ini dengan jalan cerita yang padat dengan adegan ngeri di mana pada masa sama ia turut meruntun sesiapa yang menontonnya.
Mendengarkan tajuknya saja sudah sedikit mencemaskan, apatah lagi apabila menyaksikan filem ini digarap dengan cetusan emosi tersendiri oleh Yeop yang pernah mengarahkan filem berjudul Dunia Baru The Movie tidak lama dulu.

Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Ahmad Puah Onah berkata, Janin bukan sekadar sebuah filem seram tetapi banyak mesej di sebalik jalan ceritanya yang boleh dijadikan iktibar oleh para penonton.

“Filem ini adalah sebuah filem seram yang bukan hanya menumpukan kepada emosi ketakutan seperti kebanyakan filem seram yang lain. Sebaliknya, Janin juga memberi ruang kepada penonton untuk menghayati emosi kesedihan yang membawa kepada satu mesej.

“Kita tidak mahu penonton terlalu berdebar-debar setiap masa ketika menyaksikan filem seram kerana ada ketikanya penonton hilang fokus dan ketinggalan babak-babak yang menarik.

“Kita mahukan penonton kali ini menyaksikan filem seram yang sememangnya bakal mendebarkan mereka tetapi pada masa yang sama mereka akan melalui pengisian emosi yang mampu menggamit jiwa mereka,” katanya.
Kenyataan Ahmad Puad itu menjelaskan bahawa filem Janin tidak akan meninggalkan kesan ketakutan yang berpanjangan tetapi penonton akan lebih tersentuh dengan cetusan emosi yang diilhamkan oleh pengarahnya.

Tambahnya, ini bukanlah untuk menunjukkan filem Janin tidak menyeramkan langsung. Setiap penonton akan merasa seram dengan cara yang berbeza.
Janin antaranya dilakonkan oleh para pelakon senior yang hebat seperti Siti Shahrizah (Eja) dan Hairie Othman di mana mereka dijangka mampu menarik masyarakat untuk ke panggung.

Tidak seperti kebanyakan filem seram sebelum ini yang lebih memfokuskan kemunculan hantu dengan efek bunyi dan kesan khas bagi menakutkan penonton.
Janin lebih mengetengahkan tindak balas emosi antara penonton dengan suasana yang ditimbulkan dalam filem tersebut.

“Ini bermakna penonton bukan saja berasa berdebar-debar tatkala menyaksikan babak-babak seram yang mengejutkan tetapi mungkin juga boleh meruntun jiwa,” jelas Ahmad Puad lagi.
“Tanpa disedari ketika khusyuk melayari emosi yang dibina secara berperingkat-peringkat sehingga mampu membuatkan penonton menitiskan air mata,” katanya.




.

Tevez mungkin bersara


Penyerang Argentina, Carlos Tevez dilaporkan memberi bayangan untuk bersara sekiranya Manchester City enggan melepaskannya pada musim perpindahan Januari ini.

Keputusan itu adalah muktamad dan Tevez mengakui dia mahu meninggalkan Eastlands.
Tevez berkata, wang tidak mampu untuk mengubah keputusan itu.
Menurut laporan akhbar, Tevez pernah memberitahu dia mahu meninggalkan kelab London itu pada Ogos lalu tetapi telah dipujuk untuk kekal dan ditawarkan bonus.

Tevez, 26, berkata, keputusan yang dibuat itu bukan semata-mata kerana wang tetapi lebih kepada kehidupan peribadi bersama keluarga.
Kelmarin, penjaring terbanyak City itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya bersama beberapa eksekutif serta individu di kelab tersebut dingin dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Terdahulu, Tevez telah menghubungi peguam bagi menguruskan hal mengenai perpindahan tanpa pengetahuan ejennya, Kia Joorabchian.
Difahamkan, pemain itu pernah memberitahu Joorabchian yang dia terlalu bosan untuk terus beraksi bersama City dan menyuarakan keinginan untuk menamatkan kariernya.

Selain itu, Tevez dikatakan sangat merindui kedua orang anaknya yang kini menetap bersama isterinya di Argentina.

City pula dijangka akan mengemukakan tawaran lumayan kepada Tevez untuk terus kekal di Eastlands.
Ketika ini, bekas penyerang Manchester United itu mene- rima gaji paling tinggi dikala- ngan pemain City apabila memperoleh £200,000 (RM990,665) seminggu.

Begitupun, Tevez dijangkan menerima sebanyak £250,000 (RM1.238 juta) seminggu seandainya dia memperbaharui kontrak barunya bersama City selepas ini.


P/S - Banyak demand lah awak ni bro...Hari tu di menyu pun mcm ni..Kalau moral mcm ni lama-lama takde team nak ambik lagi..adoi.. 






.

Ajal bawah lori 5 tan


Niat murni seorang anak gadis untuk membelikan kereta kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat digilis sebuah lori hingga separuh tubuhnya hancur.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, Nor Azima Abdul Aziz, 22, maut di tempat kejadian selepas bahagian perut hingga kakinya digilis lori seberat kira-kira lima tan berhampiran Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak.

Ketika kejadian mangsa yang berasal dari Jalan Bukit Goh, Kuantan, Pahang, menaiki motosikal bersendirian dari arah bulatan Pahang menuju ke tempat kerjanya di Jalan Semarak, di sini.
Ibu mangsa, Rosnah Budin, 45, yang ditemui di rumahnya di Kuantan, malam tadi berkata, kali terakhir dia berjumpa Azima ialah pada Sabtu lalu apabila anak sulung daripada empat beradik itu pulang secara mengejut ke kampung.

“Dia tiba di rumah pada kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu dan pada jam 12.30 tengah hari keesokannya dia bertolak semula ke Kuala Lumpur. Itulah kali terakhir kami sekeluarga menemuinya.


“Dalam, perbualannya dengan saya, arwah ada menyatakan hasrat untuk membelikan kereta kepada saya bulan depan. Saya diam saja mendengar kata-katanya itu dan terharu dengan niatnya untuk membantu biarpun dia baru kira-kira seminggu bekerja,” katanya.

Menurutnya, Azima baru menamatkan pengajian diploma perakaunan di Kolej Poly-Tech Mara, di sini kira-kira empat bulan lalu dan baru mendapat pekerjaan di sebuah syarikat telekomunikasi di ibu negara.

“Patutlah dalam dua, tiga hari ini saya selalu berasa tak sedap hati. Saya sendiri tak tahu apa puncanya, rupa-rupanya itu petanda anak kesayangan saya akan pergi meninggalkan saya,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian Azima yang menunggang di lorong tengah tiba-tiba dirempuh sebuah lori yang datang dari arah belakang. “Rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis lori berkenaan. Akibatnya, bahagian perut mangsa hingga ke bawah hancur. Pemandu lori itu melarikan diri dari lokasi kejadian dan meninggalkan mangsa begitu saja,” katanya.

Susulan itu, anggota polis trafik Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Rakan karib Azima, Norhafiza Zahari, 23, berkata, ketika kejadian mangsa yang tinggal menyewa rumah di Taman Shamelin, Cheras, di sini, dalam perjalanan untuk memulakan kerja pada jam 4 petang.




.

Kepala diparang 10 kali

CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu yang ditetak perompak.

Pantang maut sebelum ajal apabila seorang lelaki warga emas yang ditetak hampir 10 kali di kepala dengan parang panjang oleh dua perompak masih bernyawa walaupun bermandi darah.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, S Vadevellu, 72, menerima 40 jahitan dan terlantar di hospital selama dua hari.

Mangsa ‘dikerjakan’ dua remaja yang cuba menyamun lelaki terbabit yang juga pengawal keselamatan sebuah syarikat kewangan di Jalan Changkat Thamby Dollah pada kira-kira jam 4 pagi, Sabtu lalu.
Menceritakan detik cemas itu, mangsa berkata penjenayah terbabit berang dengannya yang enggan membuka pintu syarikat kewangan bagi membolehkan mereka merompak.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia berkawal di pintu syarikat terbabit sebelum dihampiri dua remaja berusia belasan tahun yang menaiki sebuah motosikal.

“Sebaik memberhentikan motosikal, seorang daripada remaja terbabit membuka topi keledar dan menghampiri saya seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu, namun dia memaksa saya menyerahkan wang.

“Saya beritahu tidak mempunyai wang dan remaja terbabit marah sebelum menyuruh saya membuka pintu, tetapi saya mengatakan tidak memegang kunci,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Murni, Cheras, dekat sini, semalam.

Vadevellu berkata, remaja terbabit menumbuk mata kanannya hingga mengakibatkannya terlentang.

“Sudah lebih 20 tahun saya bekerja di sini dan ini kejadian pertama serta ia hampir meragut nyawa saya. Saya tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa, tetapi mereka sanggup berlaku kejam,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengecam muka kedua-dua remaja terbabit dan nombor pendaftaran motosikal mereka kerana kejadian berlaku pantas serta keadaan ketika itu gelap.




.

Majlis Pertunangan 'Kejutan' Shuib Buat Siti Sarah


Mengambil iktibar dari pengalaman silam, penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 26, enggan terlalu terbuka bercerita tentang cinta barunya.
Sebelum ini, dia pernah putus tunang dengan jejaka berasal dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson.

Kini Sarah telah meninggalkan kisah silamnya.
Yang penting dia sedang berbahagia dengan tunangnya, Shahmira Muhammad, 26, atau Shuib (Raja Lawak) selepas mereka melangsungkan pertunangan pada 16 November lalu di kediaman keluarga Sarah di Kuala Selangor.

Bukan sengaja menyorok berita pertunangannya daripada pihak media sebaliknya penyanyi lagu Kesetiaan ini menerima kejutan daripada pihak Shuib.
"Saya sebenarnya tak sangka daripada nak membuat majlis merisik sahaja, terus jadi majlis bertunang. Jika ikut perancangan, keluarga Shuib hendak datang merisik sahaja.

"Tetapi tanpa diduga rombongan mereka datang dengan membawa hantaran. Jadi, saya dan keluarga terus bersetuju," kata Sarah ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk kesihatan Balung Natural Herbal di Hotel Concorde, di sini, Isnin.

Biarpun begitu, kedua-dua pihak belum menetapkan tarikh pernikahan mereka. Kemungkinan mereka akan berkahwin pada tahun hadapan.
"Saya pihak perempuan, jadi tak manis untuk memberitahu tentang tarikh pernikahan kami. Saya hanya menyerahkan kepada Allah.

"Mungkin kami akan membincangkan tentang majlis ini selepas Shuib selesai kerjanya dalam tempoh dua bulan lagi kerana sekarang dia sangat sibuk," ujarnya yang turut sibuk dengan pencarian material untuk single terbarunya.
Menduga sebab yang membuatkan hati Sarah terpaut pada Shuib, anak kepada aktor Raisuddin Hamzah ini berkata lelaki itu tidak pernah mengongkongnya.

"Apabila bersama Shuib, saya tidak perlu memakai solekan dan dia menerima siapa saya. Dia juga mempunyai perwatakan yang berbeza semasa berlakon dan di luar.
"Dia layan saya seperti orang biasa. Saya sangat suka dirinya yang bersederhana dalam melakukan setiap perkara. Dia juga menghormati keluarga saya," katanya.
Tambahnya: "Saya mengenalinya pada Oktober 2009 semasa membuat rakaman program Gelak Khas untuk Astro Warna.

"Selepas itu, dia menelefon bapa saya dan buat pengakuan untuk berkahwin dengan saya dan mencintai saya. Jarang ada orang berani telefon bapa saya."
Menyentuh tentang perkembang terbaru Sarah, dia bakal membikin single terbaru selepas berkahwin dengan Shuib. Ini merupakan lagu terbarunya selepas lima tahun tidak muncul dengan album baru.




.

Pelakon Filem 'Anakku Sazali' Meninggal Dunia


Pelakon filem Anakku Sazali, Tony Castello atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah, 64, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin di Hospital Changi, Singapura.

Menurut pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof yang dihubungi malam Isnin berkata, pelakon yang terkenal dengan watak Sazali dalam filem itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi, Chua Chu Kang, Singapura pada Selasa.

Mustapha agak terkejut menerima berita kematian Tony yang sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana sakit. Namun begitu, beliau tidak dapat mengesahkan punca kematian Tony.
"Saya agak terkejut dan sedih dengan kehilangan Allahyarham," katanya yang berada di negara itu bagi menziarahi Allahyarham.

Dalam pada itu, seorang lagi pelakon veteran, Kuswadinata menganggap Tony seperti anaknya berkata lelaki itu sempat muncul beberapa babak dalam filem Empayar, yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD kerjasama produksi Malaysia dan Singapura.


Sebelum itu, Tony pernah membintangi empat filem termasuk Doktor.
Dia merupakan penerima Anugerah Bintang Legenda Lelaki di Festival Filem Malaysia ke-22 di Sabah pada tahun lalu.

Hasil keberkesanan lakonannya dalam Anakku Sazali, beliau turut dianugerahkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo, Jepun pada 1957.
Pelakon berasal dari Filipina itu juga aktif dalam bidang muzik dan pandai bermain trompet.
Bagaimanapun, sejak 31 tahun lalu dia menetap di Amerika Syarikat dan menjadi penduduk tetap negara itu.

Tony mempunyai tiga anak, seorang hasil perkahwinannya dengan wanita Amerika Syarikat manakala dua lagi dengan wanita Singapura.
Bagaimanapun, isteri pertamanya meninggal dunia manakala perkahwinan dengan isteri kedua pula berakhir dengan perpisahan.
Kemudian dia berkahwin dengan isteri ketiga yang berasal dari Filipina.

Dia turut menubuhkan akademi pemikiran kreatif di Singapura.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!