Monday, December 13, 2010

Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian:
i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.
ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.
iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.
iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.
v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




.

Blackie kucing paling tua di Britain


LONDON - Pada usia mencecah 24 tahun, seekor kucing yang diberi nama Blackie dilihat masih kuat dan menjadi calon utama untuk gelaran kucing paling tua di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Saya memeliharanya sejak ia berusia hanya beberapa minggu. Ketika itu saya berumur 25 tahun. Ia mempunyai satu bintik hitam di bahagian kepalanya," kata pemilik Blackie, Quentin Shaw, 49.
Blackie kini tidak lagi mampu menangkap tikus dan matanya tidak dapat melihat jika ia berada dalam bilik gelap.

Bakal menyambut ulang tahun ke-24 pada Januari depan, usianya bersamaan dengan 118 tahun umur manusia.
Blackie tinggal bersama keluarga Shaw, di Thurnby, Leicestershire.


"Saya fikir apabila haiwan menerima kasih sayang, mereka akan hidup lebih lama," kata Kim Lanham yang merupakan tunang Shaw.

Seorang pegawai dari Guinness Book of Records, Damian Field berkata: "Buat masa sekarang, tidak ada pemegang gelaran kucing paling tua di Britain. Jadi, kami amat berminat untuk mendengar sesuatu daripada pemilik Blackie."

Kucing paling tua terakhir ialah Hestia yang mati pada September lalu di Cheshire pada usia 21 tahun dan 11 bulan.


P/S - Korang dah tengok entry ni? [KLIK SINI] dan ni? [KLIK SINI]



.

Anak jutawan skim cepat kaya jerut diri

Mark bergambar bersama anak dan isterinya yang tidur dirumah sama tepat Mark menggantung diri..

NEW YORK: Mark Madoff, anak sulung Benard Madoff, jutawan yang terbabit dengan skandal menipu pelabur menerusi skim Ponzi (skim cepat kaya) bernilai berbilion-bilion dolar dua tahun lalu, ditemui mati tergantung di pangsapurinya di New York pagi semalam, dipercayai membunuh diri, kata pegawai.

Jurucakap jabatan polis New York berkata, Mark, 46, ditemui bapa mentuanya tergantung di saluran paip siling pangsapurinya, manakala anak lelakinya berusia dua tahun, tidur di bilik bersebelahan.


Jiran berkumpul di luar kawasan pangsapuri beliau di Lower Manhattan ketika pihak berkuasa membawa mayatnya ke dalam van untuk dibedah siasat.
“Mark Madoff membunuh diri hari ini. Kami amat terkejut dan dukacita dengan apa yang berlaku,” kata peguam keluarga beliau, Martin Flumenbaum dalam satu kenyataan.


Mark bertindak membunuh diri, dua tahun selepas bapanya ditahan kerana menganjurkan satu skim pelaburan piramid yang menipu pelabur berjumlah berbilion-bilion dolar di seluruh dunia dalam tempoh satu dekad kerjayanya.

Madoff dijatuhi hukuman penjara 150 tahun dan sejak itu hanya beberapa dakwaan jenayah kecil dikenakan ke atasnya.


Walaupun tiada dakwaan difailkan terhadap Mark, beliau disaman pemegang amanah raya Amerika dalam usaha mengembalikan semula wang kepada mangsa.




.

SengalZone : Saya Nak Header !

http://Sengalman.blogspot..com

Eheh..Contest time..
Nak join jugak, sila klik pada banner diatas..
seperti biasalah kan..


Contest ni simple jer..
Tak perlu nak jadi follower penganjur..
Tak perlu nak tag kengkawan..
Just kena jwb 3 soalan mudah...


1. Kenapa nak header baru? Eheh..sbb sejak berblogging, tak pernah ada header lagi..
Dan, untuk impian yang akan tercapai tak lama lagi (tukar template dan sedikit makeover lulu-pages sebelum tahun baru), mmg padalah jika lulu menang header percuma...whoaa.....semangat..semoga rezeki menyebelahi lulu yer..

2. Senaraikan tidak lebih 5 warna kegemaran? Lulu paling suka warna biru..dan chelsea adalah antaranya...
Eh sewaktu dengannya..Lulu juga suka warna kuning.. Dan bolehlah warna-warna lembut seperti hijau dan lite purple..

3. Pendapat Lulu mengenai blog sengal zone? Well, ni 1st time tengok tau..Tapi agak menarik.. Dan ada potensi untuk berjaya seperti blogger-blogger yang dah ternama..Ngee..Keep it up ye..





.

Gaya Kate imbau kenangan terhadap Puteri Diana


Kemesraan dipamerkan Putera William dan Kate Middleton dalam sesi fotografi rasmi sempena pertunangan mereka mengingatkan orang ramai kepada ibu pewaris takhta Britain itu, Puteri Diana.
Potret itu dirakam jurugambar selebriti terkenal, Mario Testino.

Dua keping gambar disiarkan semalam menunjukkan pasangan itu bergaya secara rasmi dan lebih bersahaja.
Pemerhati berpendapat, gaya ditunjukkan William dan Kate - kedua-duanya berusia 28 tahun - di Istana St James itu sangat mesra.

Bangunan itu dibina pada abad ke-16.

Kate juga mengenakan pakaian jenama Reiss serta subang Links.

Lebih menarik, Kate memakai cincin pertunangan yang sebelum ini dimiliki Diana.

Bagi potret santai itu, pasangan terbabit saling berpelukan dan tersenyum berhampiran tingkap istana dalam bilik Cornwall yang selama ini digunakan untuk majlis rasmi dan peribadi.

Gambar itu dirakam pada 25 November lalu.


P/S - Lagi gambar pertunangan [KLIK SINI]



.

Kisah duka ditipu syarikat jualan langsung


KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.

Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.

"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.



.

Bukan cari publisiti murahan



JIKA dahulu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Paling Comel ini aksi dan penampilannya di media sentiasa kelihatan sopan umpama wanita melayu terakhir.
Sering membawakan lagu berirama pop etnik dan tradisional, penampilan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini jarang kelihatan menjolok mata.

Baju kurung dan kebaya sungguh sinonim dengan penampilannya. Kalau bergaya yang lebih kasual pula, Nana sering dilihat mengenakan seluar panjang serta kemeja yang sopan.
Namun, sejak akhir-akhir ini, Nana yang telah memegang status janda lebih setahun mula berubah imej.

Dilihat di majlis-majlis hiburan baru-baru ini, Nana mula beraksi lebih berani dengan pakaian yang lebih menunjukkan kulit.
Malah pada satu sesi fotografi yang diaturkan baru-baru ini, Nana hadir dengan gaun indah ciptaan pereka muda Hazril Hisyam yang menampakkan dada dan bahu.

Bukanlah sesuatu yang pelik jika artis hadir ke sesi fotografi berpakaian sedemikian. Tetapi ia menjadi pelik kerana dia adalah Siti Nordiana, seorang penyanyi yang dikenali dengan imej sopan satu ketika dulu.
Nana tidak menafikan cara pemakaiannya yang seksi sejak akhir-akhir ini menjadi percakapan peminat, namun bagi Nana gaya seksinya itu masih terkawal dan tidak keterlaluan.

“Saya bergaya seksi bukan mahu mencari publisiti murahan. Ia sekadar mengikut peredaran masa dan perubahannya itu selari dengan single baru saya yang lebih rancak.
“Dulu masa saya masih belum berkahwin, saya ada juga hadir ke sesi fotografi dan majlis-majlis hiburan memakai baju yang tiada lengan.

“Tapi sebelum ini orang tidak ambil peduli pun. Mungkin sekarang kerana status saya janda, ia menjadi percakapan orang.
“Saya tidak kisah kalau ada yang menegur pakaian saya yang dianggap melampau. Tegurlah dengan cara baik tetapi jangan melibatkan keluarga saya,” pinta Nana.

Menurut Nana, sebagai artis dia bingung dengan sikap peminat atau masyarakat terhadap dirinya dan mungkin artis-artis lain
“Apabila memikirkannya saya tidak tahu nak buat apa. Dulu bila saya berpakaian sopan orang mengata saya macam orang kampung. Saya ubah imej yang lebih segar pun orang masih berkata.

“Perubahan imej saya ini sebenarnya sesuai dengan kemunculan kembali saya dalam industri dengan lagu yang berkonsepkan alternatif rock. Saya perlukan imej baru yang lebih segar,” ujar Nana tenang sewaktu sesi fotografi baru-baru ini.

Bagi Nana, dia tidak bermaksud jika membawa lagu rock perlu berimej seksi, tetapi Nana mahu nampak lebih berani dan lebih agresif serta kelihatan cantik.

“Saya bukan sentiasa berpakaian seksi tetapi sekadar mengikut tema majlis dan sesi fotografi.
“Apabila di luar, saya masih seperti Nana yang dulu. Nana berpakaian seperti wanita-wanita lain,” katanya.




P/S - Untuk lagi berita mengenai nana [KLIK SINI]




.

Kami Merayu...



Segmen En. Ben ni memang amat menarik..
Tertarik dan mesti nak turut serta..
Dan mungkin inilah antara cara untuk menghentikan tabiat tidak sihat ini..


Banyak pengalaman lulu dengan orang yang merokok ni..
Oleh kerana lulu amat meminati bola (Walaupun tak pernah main bola - tennis juga), lulu merupakan pengunjung setia stadium astro (yeah-smlm baru lepas tension tgk chelsea main..ngee) dan stadium-stadium terdekat kat malaysia ni.. So, ada satu game, di stadium yang tak perlu disebut, lulu masuk, dan rasa nak enjoy tengok malam tu.. Tapi...selang 2 bari di depan tempat duduk, ada sekumpulan lelaki, yang asyik melayan blues hisap rokok.. Yelah, buat apa nak peduli kan..Mereka2 tu beli rokok bukan pakai duit lulu pun.. Tapi yang tak enaknya..eh yang kurang senangnya.. Asap rokok tu direct jer ke arah lulu...Dan dibelakang lulu pula ada ibu ngandung.. Eh...sungguh tak 'sporting' kan? Pastu bila hisap rokok tu, siap kepul2 lagi keudara..Huh...
Bila lepas sebatang, sambung lagi sebatang..
Tengok game bola pun dah jadi tak best..

Rayuan Lulu...
Tolong lah...yer..Korang nak hisap rokok nak mati sorang lulu tak kisah.. Tapi sila pastikan HANYA ANDA yang menanggung akibatnya.. Jangan babitkan kami kami kami yang tak berdosa ini..huhu..

Dan...akhirnyaaaaaaa............Cadangan lulu kepada kerajaan..
1. Kena lebih banyak pemantauan. Mana2 tempat tak boleh merokok, kena pasang signboard besar..besar sekali..Biar yang rabun pun boleh jadi tak rabun..
2. Kompaun bagi naik.. Biar serik nak bayar..
3. Harga rokok bagi naik tinggi lagi.. 100x ganda pun, kitaorang tak kisah..




Segmen ini ditaja oleh En. Ben Ashaari




.

Isteri 'mengamuk' di lokasi nahas

ANGGOTA bomba mengeluarkan Jelita (gambar kecil), yang tersepit di tempat duduk hadapan, namun meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Bau-Serikin

Suami dituduh jalin hubungan sulit dengan penumpang wanita yang maut

KUCHING: Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Bau-Serikin dekat sini, petang kelmarin, menjadi kecoh selepas isteri salah seorang mangsa memarahi suaminya yang didakwanya mempunyai hubungan dengan penumpang wanita yang meninggal dunia.

Dalam kemalangan jam 1 petang itu, Jelita Lorin, 32, berasal dari Kampung Sileng Melayu, Lundu, menaiki Perodua Viva dipandu rakannya seorang anggota polis berpangkat sarjan berusia 49 tahun sebelum kenderaan itu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.
Jelita yang tersepit di bahagian tempat duduk depan diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, namun meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Bau akibat cedera parah di kepala dan dada.

Bagaimanapun, kekecohan berlaku ketika pasukan penyelamat cuba mengeluarkan mangsa lelaki yang turut terperangkap di tempat duduknya selepas seorang wanita berusia sekitar 40-an, dipercayai isteri anggota polis itu memarahi suaminya yang cedera parah.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Vincent Ajeng, berkata kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang menghala ke Serikin dipercayai terbabas ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Viva.

"Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala mangsa lelaki yang juga anggota polis dari Lundu patah tangan dan kaki.
“Seorang penumpang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda turut patah tangan kiri, namun pemandu dan seorang lagi penumpangnya tidak cedera," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.





.

2 beg berisi mayat gadis dikerat lima

Dua pemburu cicak Gecko lihat kaki dalam beg terjulur


BENTONG: Mayat seorang gadis dikerat lima ditemui dalam dua beg berasingan di tepi jalan menuju pusat peranginan dekat sini, petang kelmarin

Mayat mangsa ditemui dua pemburu cicak Gecko setelah terlihat kaki manusia terjulur keluar dari sebuah beg pakaian kira-kira jam 5 petang dan selepas diperiksa mengandungi tangan kanan dan kaki kiri. Pemeriksaan polis di kawasan sekitar kemudian menemui sebuah lagi beg pakaian bersaiz besar kira-kira 12 meter daripada penemuan beg itu mengandungi badan dan kepala mangsa. Bagaimanapun, tangan kiri dan kaki kanan mangsa tidak ditemui.

Mayat mangsa dipercayai belasan tahun itu ditemui berpakaian lengkap, berambut kerinting serta kepala agak besar dan tangan kanan bersaiz kecil dipercayai orang kurang upaya.

Mangsa tiada pengenalan diri dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di situ kira-kira dua hari lalu berdasarkan kesan lebam pada tubuh mangsa dan keadaan mayat sudah berbau.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata pihaknya sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga menghubungi balai polis berhampiran.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Komisioner Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berhampiran.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan seksual pada mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, mayat seorang lelaki berusia 30-an ditemui di tepi Lebuh Raya Karak di kilometer 46.8 berhampiran susur masuk ke Berjaya Hill Resort di sini dengan kesan tembakan di kepala dan belakang badan.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian itu ditemui seorang pemandu bas ekspres yang melalui lebuh raya itu kira-kira jam 3 petang semalam setelah bas yang dipandunya mengalami kerosakan.

Siasatan awal polis mendapati terdapat tatu harimau di belakang dan depan badan mangsa yang dipercayai mati kira-kira 36 jam lalu.

Rosli berkata, mangsa yang tidak mempunyai identiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di situ.

Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang terlihat kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Yusof atau balai polis berhampiran.





.

Jual murah pun boleh untung

ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman
di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.

Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.

Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.

“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya.


P/S - Mesti sedap ni..Biasanya, ada orang tu, biar murah, kalau tak sedap. tak nak juga beli..








.

Wanita maut jatuh kondominium



Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Mont Kiara di sini pagi semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh penghuni kondominium terbabit pada pukul 10 pagi sebelum bertindak menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mangsa yang berusia 29 tahun itu dipercayai tinggal di tingkat 19.

"Mayat mangsa dijumpai di atas bumbung sebuah rumah di tingkat lima bangunan kondominium yang sama.
Siasatan mendapati mangsa terjatuh dari tingkat 19 dan kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kata beliau, mangsa dipercayai telah berkahwin dan tinggal di rumah tersebut bersama ahli keluarganya.




.

Ahli perniagaan dakwa hospital cuai

Khairul Anwar bersama arwah isteri, Norliza Shariff.

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan mendakwa isteri dan anaknya meninggal dunia ketika proses kelahiran akibat kecuaian doktor serta jururawat sebuah hospital swasta di sini, pada 6 Disember lalu.

Khairul Anwar Abdul Halim, 40, mendakwa isterinya, Norliza Shariff, 40, diberikan gas nitrus oksida dan oksigen berterusan selama lebih dua jam sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar. “Isteri saya baru selesai makan pada jam 1.45 petang dan mula terasa sakit hendak bersalin kira-kira jam 3 petang lalu jururawat memakaikan topeng gas nitrus oksida dan oksigen untuk mengurangkan sakit. “Saya menegur kerana bimbang isteri memuntahkan kembali makanan, tetapi tidak dipedulikan. Doktor kemudian mendapati bukaan serviks sudah empat sentimeter (sm) walaupun tidak memecahkan air ketuban.

“Doktor memecahkan air ketuban jam 4.15 petang dan beredar. Kira-kira 15 minit kemudian bukaan serviks sudah lapan sm dan isteri saya mengalami kontraksi setiap setengah minit dan berlanjutan selama 20 minit, namun jururawat tidak memaklumkan doktor sebaliknya menyuruh isteri saya meneran.

“Selepas itu isteri saya muntah dalam topeng gas dan berada dalam keadaan separuh sedar dengan mata terbeliak. Pada waktu sama doktor tiba dan panik melihat keadaan isteri saya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, doktor terbabit bagaimanapun tidak berusaha menyelamatkan isterinya, sebaliknya sibuk menggunakan telefon bimbit menyebabkan beliau sendiri mengambil inisiatif memanggil isterinya bagi mengelakkan pengsan.
Katanya, beliau kemudian menggesa doktor membuat pembedahan menyelamatkan isteri dan anaknya, namun pihak hospital mengambil masa setengah jam menyediakan dewan pembedahan.

Beliau berkata, lebih dikesalkan, isteri dan anaknya disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang, tetapi beliau hanya dimaklumkan mengenainya sejam kemudian.

“Saya hairan sikap doktor terbabit yang mengelak untuk menyambut kelahiran secara caesarean walaupun diminta sejak beberapa bulan lalu.

“Sejak awal saya meminta doktor melakukan pembedahan kerana memikirkan usia isteri saya dan sehingga pagi hari kejadian saya masih mendesak, namun doktor terbabit berkeras melakukan secara normal,” katanya.

Khairul berkata, beliau sedang berbincang dengan peguamnya untuk menyaman hospital serta doktor terbabit sebagai peringatan kepada semua hospital swasta supaya tidak mengambil mudah keadaan setiap pesakit.

Sementara itu, seorang pakar perbidanan dan sakit puan hospital terbabit, berkata siasatan dalaman sudah dilakukan dan mendapati tidak ada sebarang kecuaian berlaku kerana semua dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.




.

Kereta parkir depan rumah dirempuh

REMUK...penduduk melihat Proton Waja yang dirempuh, kelmarin. Gambar kecil, Zailani.

MASJID TANAH: Empat sekeluarga yang baru tiba di rumah keluarga mereka di Kampung Seri Jeram, dekat sini, tergamam apabila dikejutkan bunyi seakan-akan letupan bom dalam kemalangan, kelmarin.
Zailani Zainal, 34, berkata, lebih mengejutkan, kemalangan berlaku depan rumah keluarganya membabitkan Proton Waja miliknya yang baru beberapa minit diletakkan di kiri jalan.

Kereta mangsa dipercayai dirempuh kereta lain dipandu laju seorang remaja berusia 17 tahun dari pekan itu menuju Kuala Sungai Baru.

Remaja dari Paya Mengkuang itu gagal mengawal kereta Toyota LE dipandunya bersendirian lalu melanggar Proton Waja yang kemudian terhumban sejauh 25 meter ke tebing.

Menurut Zailani, dalam kejadian jam 7.30 malam, dia yang menjamu selera bersama ahli keluarganya dalam rumah tersentak dikejutkan bunyi hentaman kuat.

Dia berlari ke pintu untuk meninjau, tetapi disebabkan keadaan gelap, dia tidak dapat melihat apa yang berlaku.

“Beberapa minit kemudian saya terdengar suara riuh-rendah mengatakan kereta terperosok ke gaung di kiri jalan dan ketika itu hati mula terdetik, mungkin kereta itu milik saya.

“Saya yang tidak berpuas hati memeriksa sebelum mendapati kereta terperosok dalam gaung.

“Nasib baik kemalangan berlaku ketika kami berada dalam rumah, jika tidak saya tidak tahu nasib kami,” katanya.

Saksi, Omar Jantan, 38, mendakwa dia bersama lima rakannya yang duduk bersembang di bawah khemah dipasang untuk majlis kenduri kahwin seorang jiran di kampung itu terdengar bunyi hentaman kuat seperti bom.




.

Tak kira..nak juga berblues dimalam hari...whoaa

Salam semua..
Korang dah tidur?
Atau mata dah ngantuk tapi masih sibuk nak BW?
So, mekasih lah eh, dalam keadaan begitu, masih sudi singgah
lulu-pages...

Tajuk entry memang best..
Cuma lulu yang tak best..
Rasa sangat hampa dan kecewa..
Ekeke macam lagu pula..


So, memalam macam ni, dan belum tidur lagi..
memang takde lain...
Mesti tengok bola..



 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!