Monday, December 6, 2010

Juliana Evans Akui Zizan Lelaki Idaman


Pelakon dan pengacara Julia Evans,21, atau Jue mengaku mempunyai keserasian dengan bekas peserta Raja Lawak, Zizan,26, yang dikenalinya selepas digandingkan bersama dalam filem Hantu Bonceng bulan lalu.

Malah kata Jue, Zizan juga menepati kriteria lelaki idamannya selama ini tetapi sayang sekali hatinya masih belum terbuka untuk menerima Zizan sebagai seorang kekasih buat sementara waktu.
"Saya memang selesa berkawan dengan Zizan kerana dia kelakar dan matang. Keserasian antara kami mula terbina sejak membintangi filem Hantu Bonceng.

"Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula," katanya yang ingin memberi tumpuan kepada pengajian dan karier terlebih dahulu.

Menurut Jue, hatinya masih tertutup untuk menerima lelaki buat masa ini kerana luka akibat kekecewaan cintanya dengan Sam, penyanyi kumpulan Bunkface masih belum lagi terubat selain meninggalkan kesan yang amat mendalam kepadanya.

Justeru, pada fasa ini dia lebih senang untuk berkawan sahaja dengan mana-mana lelaki daripada menjalin hubungan yang serius dengan mereka.

"Bukan bermakna pintu hati sudah tertutup untuk terima lelaki lain tapi buat masa ini saya lebih senang untuk berkawan saja dengan sesiapa pun.
"Adalah lebih baik jika saya buka peluang untuk berkawan dengan ramai orang daripada membataskan pilihan dengan satu atau dua lelaki saja.

"Namun itu bukan bermakna saya mudah untuk bergaul bebas dengan mana-mana lelaki tanpa batasan. Cuma, saya lebih senang membuatkan pilihan lebih terbuka pada waktu ini," katanya.

Baru-baru ini, pasangan pengacara itu dilihat mesra bersama ketika menghadiri Anugerah Shout 2010 (Shout Awards 2010) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 20 November lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi kononnya mereka bercinta.





.

Salam Maal Hijah


Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan baru bagi takwim islam.. Semoga segala impian akan tercapai..Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia...Semoga tahun ini akan lebih membawa berkat buat kita semua...

Selamat menyambut Maal Hijrah...

Pierre Andre Mengaku Biadab

PERSELISIHAN faham antara penerbit juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MiG), David Teo dan pelakon Pierre Andre yang tercetus pada 2008 bukan satu isu baru. Malah, ketegangan itu turut mendapat liputan meluas di merata media.

Dek membawa hati yang rajuk, Pierre yang tidak berpuas hati apabila sentuhannya dalam filem Jangan Tegur (2008) dipertikaikan oleh penerbit itu, lantas mengambil keputusan drastik dengan meninggalkan produksi tersebut dan membiarkan ia terkontang kanting sebelum diambil alih oleh orang lain.

Dua tahun berselang, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan Pierre yang kembali menghubungi David pada Ogos lalu bagi menjernihkan keadaan. Pierre terpaksa menyerah kalah dek kedegilannya selama ini.

Menerusi pertemuan bersama baru-baru ini, gambar dirakamkan sebagai bukti kedua-dua mereka tidak berperang lagi. Sebaliknya kata David, dia menerima permohonan maaf Pierre dan sudah melupakan kisah lama walaupun sebelum ini telinganya sudah bernanah untuk mendengar nama Pierre Andre.

Ujar Pierre, dia bertemu semula dengan David pada Ogos lalu selepas dua tahun membawa diri. Sedar akan kesilapannya, Pierre akui berdebar untuk berdepan dengan penerbit itu buat pertama kalinya selepas peristiwa itu.

"Saya akui bimbang apabila hendak bertemu dengan David. Saya memang sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan, dimarah atau ditengking atas kesilapan saya.
"Ketika berselisih faham dengannya dulu, saya bukan saja telah menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan bajet tambahan untuk melakukan penggambaran semula beberapa babak dalam filem itu.

"Malah, saya juga berlaku biadap dan mengungkapkan perkataan yang tidak sepatutnya kerana terlalu mengikutkan kata hati. Namun, dia menerima kemaafan saya dengan hati yang terbuka," katanya.
Pierre lantas diusik apakah keputusannya untuk berbaik semula dengan David berpunca daripada kegagalannya untuk menyerlah di persada seni. Jawabnya, keputusan itu adalah ketentuan Tuhan yang melembutkan hatinya untuk berdamai.

"Dakwaan yang mengatakan saya berbaik semula dengan David kerana gagal berdikari atau tidak menyerlah di persada seni tanpa pertalian dengan MiG adalah tidak berasas.

"Sepanjang dua tahun membawa diri, saya aktif berlakon dan mengarahkan pelbagai drama dan filem. Selain berlakon dalam siri popular Halimah Jongang, saya juga sempat mengarahkan tiga filem iaitu Hijab, Cantik dan Seru.

"Saya berbaik dengan David kerana ketentuan Tuhan. Pengalaman berdikari di luar sana telah mematangkan diri dan membuka pintu hati saya untuk berdamai," katanya.


Sementara itu, David menyifatkan kepulangan anak kepada dramatis Khatijah Tan itu ke pangkuan MiG bukan saja menggembirakan hatinya, malah turut bermanfaat kepada industri filem tanah air.

"Seperti yang saya katakan dulu, saya sentiasa memaafkan kesilapan anak-anak muda seperti Pierre. Sebagai pemilik produksi ini, saya selalu berharap agar pekerja-pekerja saya melakukan kesilapan supaya mereka dapat belajar sesuatu daripada kesalahan itu.

"Melakukan kesilapan bukan satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan. Apa yang lebih penting, mereka sedar kesilapan itu dan tidak mengulanginya. Perkara yang sama juga saya sematkan pada Pierre dan nampaknya dia semakin matang sekarang.

"Kepulangan Pierre ke MiG bukan saja menguntungkan dirinya dan MiG kerana lebih banyak kerjasama akan terjalin selepas ini, malah ia juga bermanfaat kepada industri seni. Pierre akan terus aktif bergiat dan sekali gus menambahkan jumlah modal insan bagi perkembangan industri filem," katanya.

Mengulas tentang perancangan untuk Pierre, David berkata, dia akan membimbing lelaki berusia 25 tahun itu mempelajari lebih banyak ilmu pembikinan filem mengikut perubahan dan keperluan semasa.

"Pierre akan didedahkan dengan lebih banyak ilmu penerbitan filem mengikut trend semasa. Dia kini sedang berkobar-kobar untuk kembali bersaing di dalam industri dan saya akan buka jalan itu mengikut perancangan yang telah disusun.

"Jika permintaan terhadap Pierre menjurus kepada tawaran lakonan, dia harus rebut peluang itu. Peluang mengarahkan filem sentiasa terbuka dan dia harus bijak mengimbangkan kedua-dua bidang ini agar dapat bergerak seiring," katanya.

Sebagai permulaan, Pierre yang mengikat kontrak baru pada Oktober lalu untuk tempoh lima tahun lagi baru saja membintangi filem 321 Cinta (arahan Azhari Zain) di samping Farid Kamil dan Diana Amir. Filem komedi romantik itu bakal ditayangkan pada 2011.

Sebelum perbualan kami bernokhtah, David sempat berkata, Pierre juga akan kembali ke kerusi pengarah bagi menerajui sebuah projek filem pada awal tahun depan.





.

Palestin Bantu Israel Padamkan Kebakaran


Israel menerima bantuan dari banyak negara ketika sukar mengatasi kebakaran hutan yang terburuk di negara itu dan telah meragut puluhan nyawa sejak Khamis, 2 Disember 2010. Menariknya, bantuan juga datang dari Palestin, yang selama ini menjadi mangsa serangan dan penindasan Israel.


Bantuan itu diuruskan seorang pejabat keamanan Palestin, Ahmed Rizek Abu Rabia, seperti dipetik dari laman YNet News, 3 Disember 2010. Menurut Rizek, Palestin mengerahkan sejumlah trak pemadam untuk membantu mengatasi kebakaran di Taibe dan Barta'a. Itu merupakan dua desa Arab di kawasan Galilea, Israel.


Kumpulan  pemadam berhasil memadamkan api di dan sekitar Barta'a. Namun kumpulan pemadam Palestin terus beroperasi di wilayah itu. "Ini merupakan bencana kemanusiaan," kata Rizek. "Pihak Palestin menawarkan segala daya untuk membantu menerusi saluran rasmi."


Selain Palestin, negara yang selama ini berseteru dengan Israel turut mengerahkan bantuan. Mereka adalah Jordan, Mesir, dan Turki. Beberapa negara Barat juga menghantar bantuan darurat.


Menurut pejabat berita Associated Press, kebakaran hutan itu hingga kini dianggap yang terburuk dalam sejarah Israel. Api dengan cepat menghanguskan banyak pokok di hutan Carmel, yang terletak di kawasan Galilea, dan kini dikhabarkan mendekati kota pelabuhan Haifa. "Ini merupakan bencana yang tidak diduga-duga," kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.









.

Adik Presiden Dagestan maut


MOSCOW: Sebuah pesawat penumpang terputus kepada beberapa bahagian selepas terhempas ketika melakukan pendaratan cemas, menyebabkan dua orang terbunuh dan lebih 80 cedera.
Menurut laporan, antara yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah Gadzhimurad Magomedov, adik Presiden Dagestan, Magomedsalam Magomedov.

Seorang lagi ialah ibu seorang hakim Mahkamah Perlembagaan, Gadisa Gadzhyeva.
Pesawat Tupolev milik Syarikat Penerbangan Dagestan yang membawa 169 penumpang itu terbabas dari landasan selepas terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Domodedovo dengan ketiga-tiga enjinnya tidak berfungsi.

“Akibat kemalangan pesawat Tu-154 itu, dua orang terbunuh.

“Kami mengambil semua langkah perlu untuk merawat mangsa yang cedera,” kata Menteri Kesihatan, Tatyana Golikova

Beliau bersama Menteri Pengangkutan, Igor Levitin memberi taklimat kepada Presiden Demitry Medvedev berhubung operasi menyalamat.

Muncung pesawat itu hancur sementara tangki minyaknya berkecai tetapi penumpang memuji kemahiran juruterbang dalam mendaratkan pesawat Tupolev yang sudah berusia itu dan mempunyai rekod buruk dari segi keselamatan.

Penumpang, Gamzat Guitinomagomedov memberitahu AFP, dia dalam penerbangan pulang ke Makhachkala, ibu negara Dagestan, selepas bekerja di Moscow.

“Ketika pesawat mendarat, kami menyangka ia akan selamat. Tetapi pendaratan itu begitu kasar dan kemudian ia seolah-olah melanggar sesuatu.

“Saya duduk di tengah. Pesawat itu putus dua, kira-kira empat atau lima baris di depan saya. Kami melihat mereka yang tercampak. Sebahagian mereka patah kaki,” katanya.

Penyiasat berkata, pesawat itu putus apabila ia meluncur di atas tanah tidak rata yang bersebelahan dengan landasan. Pesawat berkenaan adalah model yang sama yang terhempas April lalu, menyebabkan Presiden Poland, Lech Kaczynski dan 90 yang lain terbunuh.




.

8 maut, 37 cedera kafe Internet meletup


BEIJING: Satu letupan disebabkan bahan kimia yang disimpan secara haram membunuh tujuh pengunjung kafe Internet dan mencederakan 37 yang lain, lapor media semalam.

Menurut agensi berita Xinhua, kejadian di bandar Kaili, Guizhou itu berpunca daripada sebuah kedai bersebelahan kafe Internet berkenaan yang terletak di bawah jambatan.

Lapan daripada mangsa yang cedera pula disahkan parah.
Menurut laporan Xinhua, enam daripada pengunjung terbunuh serta-merta, manakala seorang wanita disahkan mati ketika dirawat di hospital kerana kesan terbakar sangat serius.


“Pihak berkuasa sedang mengenal pasti mayat, termasuk seorang budak,” lapor agensi itu.

Sejumlah bungkusan berisi cairan pekat aluminum chloride dan sodium nitrite dikatakan disimpan dalam kedai berkenaan.

Bahan yang memang berbahaya itu diletakkan pada dinding yang memisahkan kedai itu dengan kafe Internet berkenaan.

Tidak dapat dipastikan bagaimana bahan itu terbakar. Jurucakap polis berkata, seorang lelaki ditahan kerana memiliki bahan berbahaya secara haram.


Turut disoal siasat pihak berkuasa adalah pemilik serta pengurus kafe Internet berkenaan.

“Letupan itu cukup kuat dan merosakkan kaca di beberapa bangunan berhampiran,” katanya.




.

Bieber batal kemunculan kerana insiden ngeri

Samuel Koch

DUESSELDORF, Jerman - Penyanyi remaja Kanada, Justin Bieber, 16, terpaksa membatalkan kemunculannya pada malam Sabtu lalu dalam program televisyen Wetten Dass di sini apabila seorang peserta rancangan itu cedera parah ketika melakukan persembahan lagak ngeri, lapor sebuah akhbar semalam.


Bieber melalui laman sosial Twitter menjelaskan kepada peminatnya bahawa dia terpaksa membatalkan kemunculannya kerana peserta rancangan itu, Samuel Koch cedera semasa melakukan aksi melompat lima buah kereta dengan menggunakan kasut spring.


"Saya ingin memberitahu peminat-peminat di Jerman bahawa saya tidak akan berada pada malam ini kerana berlaku sedikit kecelakaan.

"Kami fikir lebih baik ia (kemunculannya) dihentikan sahaja. Tolong doakan kesejahteraan Samuel Koch dan supaya dia sembuh," kata Bieber di laman Twitternya.


Rancangan yang popular di Jerman itu adalah merupakan sebuah rancangan yang memerlukan para pesertanya melakukan sesuatu pencapaian yang tidak dijangka. panel-panel juri yang terdiri daripada selebriti akan menentukan sama ada peserta itu berjaya atau tidak.

Dalam insiden itu, Koch yang merupakan seorang pelajar dan ahli gimnastik berjaya pada lompatan pertama tetapi gagal semasa melompat buat kali kedua.


Koch terjatuh di atas pentas tetapi dia masih sedarkan diri semasa dihantar ke sebuah hospital.
Pengacara, Thomas Gottschalk kemudiannya mengumumkan program itu dibatalkan buat pertama kali sejak dia menjadi hos pada 1987.




.

Contest nak menang Header dan Blog Makeover



Eheh..Masuk contest ni bagaikan langkah kanan buat lulu...Sejak akhir-akhir ni lulu memang naik pening nak tukar template blog..Kalau boleh nak sangat yang design khas buat diri sendiri..Al-maklumlah lulu tak reti buat semua tu..Tapi nak juga belajar try..So, hari-hari cuba surfing tutorial nak reka template..huhu..Tapi harap sangat tercapai sempena tahun baru ni.. [KLIK SINI]

Sebab nak tukar template? Lulu tengok, sejak kebelakangan ni, blog ni dah jadi semak semacam..Nak letak banyak benda, so, template ni tak sesuai..adeh..

Bestnya kan kalau lulu jadi pemenangnya..Ehmm..itulah lulu cakap lulu masuk contest ni bagaikan langkah kanan...Sudah pasti lulu-pages ni akan jadi lebih teratur...

Semoga lulu menang...doakan lulu....




.

Ikan jerung mengganas lagi di Mesir

Sharm el-Sheikh

KAHERAH - Seekor ikan jerung semalam menyerang seorang pelancong wanita Jerman yang sedang menyelam dekat sebuah resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.
Ia merupakan kejadian yang ketiga dalam tempoh seminggu.
Pengarah Konservasi Sinai Selatan, Mohammed Salem berkata, wanita itu mati selepas diserang di Naama Bay.

Serangan itu berlaku sehari selepas Sharm el-Sheikh dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup sebelum ini kerana dua kejadian sama yang mengorbankan warga Rusia.

Menurut beberapa pegawai perubatan, wanita itu ditarik dari laut mati selepas jerung itu membaham paha dan lengannya.

Pada Jumaat lalu, pakar-pakar pemuliharaan berkata, mereka telah menangkap dua ikan jerung yang dipercayai telah membunuh dua perenang Rusia pada Selasa dan Rabu sebelumnya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Gamal al-Mahdi berkata pantai tersebut dibuka semula selepas pihak berkuasa menganggap tidak ada lagi ancaman di pantai tersebut.
Pantai itu dikunjungi di antara tiga hingga empat juta pelancong setahun.
Satu siri serangan di Sharm el-Sheikh itu tidak dijangka, kata seorang pakar ikan jerung, Samuel Gruber yang mengetuai Stesen Kajian Biologi Bimini, Miami, Amerika Syarikat.

"Dalam satu hari, ikan jerung menggigit lebih seorang individu. berdasarkan kajian saya yang membaca mengenai serangan ikan jerung dan menulis mengenainya, anda tidak pernah mendengar ada ikan jerung yang menggigit lebih daripada seorang manusia," katanya.


P/S - Untuk membaca berita terdahulu..[KLIK SINI]



.

2nd Giveaway- Pemenangnya?



Salam semua...
Selamat petang..ngee...

Setelah memasuki beberapa contest/giveaway...
akhirnya.........
eheh...
LULU MENANG!


Ekeke...betul-betul tak percaya...sangat lucky eh..
Sebenarnya result telah diumukan hari sabtu lagi..
Dan entry ini dibuat khas untuk itu...
[KLIK SINI]



Waa...First time menang ni..
Happy macam nak teriak satu dunia tau..
*waaaaaaaaa...
(oops..ehe, over lak..)

Anyway, TQ untuk MJ yang dah anjurkan GA tu..
Semoga lepas ni lulu akan menang dan menang lagi..
(makbed........lulu akhirnya berjaya..)





.

Diddy Hirdy Bakal Timang Bayi Perempuan


Penyanyi Diddy Hirdy mengesahkan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Menurut penyanyi lagu Genggam dan Biar Diddy Sambung ini, isterinya, Allen Nor Azah Musa sedang hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada 12 Januari 2011.

Setakat ini, Diddy telah mempunyai nama untuk bayi sulungnya namun mahu merahsiakan sehingga anaknya itu dilahirkan.

“Sekarang saya sudah membeli semua kelengkapan untuk bayi, cuma membuat persediaan mental kerana apabila mempunyai anak cabaran semakin besar.

“Sedikit-sebanyak, saya sudah menggalas tanggungjawab sebagai suami seperti membantu isteri menjemur baju dan selepas ini perlu memikul tanggungjawab sebagai bapa pula,” ujarnya semasa menjual kek coklat untuk mengisi dana amal badan perlindungan kanak-kanak di Great Estern Mall, Sabtu.
Diddy dan Allen bernikah pada 6 Februari 2010.

Dalam perkembangan lain, Diddy akan terlibat dengan teater muzikal Terima Kasih Cinta. Ini merupakan teaternya yang kedua selepas teater Lorong Blues.

Selain itu, dia sibuk dengan rakaman album kedua.




.

Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh


BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.

Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.
Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.

Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.
Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.

Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.
Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.
Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel.



 
.

Hadiah Pertunangan Noh (Hujan)


Vokalis Hujan, Mohammed Noh Salleh (Noh) menganggap anugerah Komposer Muda Berpotensi (25 tahun ke bawah) yang dimenanginya di Malam Mesra Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2010 pada Jumaat lalu sebagai hadiah pertunangannya.

Noh yang bertunang dengan Mizz Nina atau Shazrina Azman pada 6 November lalu turut meraikan kemenangannya pada malam itu di samping bakal isterinya.

“Saya memang tak jangka dengan kemenangan ini kerana MACP terdiri daripada komposer nama-nama besar.

“Jadi, saya rasa sangat dihargai dan terharu dengan rezeki ini,” katanya pada sidang media di Hotel Crown Plaza, di sini.

Noh pada mulanya menjangkakan Aizat Amdan yang akan memenangi anugerah tersebut berdasarkan pencapaian yang dilakukan sebelum ini.
Walaupun begitu, dia akui tetap mengagumi bakat yang dimiliki oleh penyanyi dan komposer berusia 20 tahun itu.

Bercerita tentang rahsianya bergelar seorang komposer sebelum ini, penyanyi lagu Kau Harus Ada, Bila Aku Sudah Tiada dan Mencari Konklusi ini akui setiap lagu yang digubah atas kehendaknya sendiri.
“Sebagai komposer, saya tak pernah letakkan diri ini dalam situasi yang kena sentiasa melakukan perubahan sebaliknya saya juga perlu menjadi seorang pendengar kepada lagu sendiri.

“Daripada situ, baru saya dapat menikmati lagu itu sepenuhnya. Jadi, sebab itu saya buat lagu berdasarkan apa yang saya rasa. Sebagai pemuzik, saya tak boleh hadkan kreativiti dan tidak dinafikan, komposer nama besar banyak dijadikan sebagai pendorong,” katanya yang pertama kali memenangi anugerah daripada MACP.

Di sebalik kemenangannya itu, Noh terpaksa akur kepada kekalahan dua buah lagunya iaitu Bila Aku Sudah Tiada dan Pagi Yang Gelap dalam kategori Lagu Melayu: Kategori Persembahan Terbanyak.
Kategori tersebut dimenangi oleh lagu Buronan Cinta (The Lima/Edry Abdul Halim).
“Lagu Buronan Cinta memang kuat dan saya tak rasakan lagu-lagu saya layak untuk menang anugerah itu,” jawabnya.

Katanya lagi: “Saya akui, saya bukanlah vokalis yang teknikal dan melakukan sekadar yang termampu. Misalnya, saya rasa dihargai apabila Monoloque mengajak saya sama-sama menyanyikan lagu Pelita di bawah projek API.”

Selepas kemenangan ini, Noh berjanji akan lebih banyak menghasilkan lagu-lagu untuk industri muzik tempatan.

“Album baru saya baru diterbitkan baru-baru ini dan Dimas banyak membantu promosi secara konsisten. Saya pula sudah mula menumpukan kepada album akan datang,” ujarnya.
Album Lonely Soldier Boy edaran Warner Music Malaysia itu memuatkan 14 buah lagu termasuklah lagu Lonely Soldier Boy, Kotak Hati, Bagaikan Matahari dan Di Kala Bulan Bermain Biola.




.

:: Mya Elzara Brithday GIVEAWAY::


Sempena Hari Lahir yang ke 3 tahun Puteri kesayangan kami MYA ELZARA BATRISYA pada 7 Disember 2010 ini, saya dengan rasa rendah diri nyer (Fuhhh Nerbes + Gementar + Takut tak der org nak Join), ingin menganjurkan (cewahhh mcm nak buat sukan olympik pulak) GIVEAWAY untuk memberi hadiah (hehehe selalu besday gurl yg dapat hadiah) kepada insan2 yang bertuah di luar sana....




Ok, itu kata penganjur.. Jom..Kita ber-Giveaway..
Eheh.. Nak join sila klik pada banner diatas yer..
Sempat lagi ni.. Tamat malam ni, 11.59 mlm..

So, harap-harap lulu menang tempat pertama..
eheh, bedsheet mmg kena tukar ni..(Hadiah utama adalah bedsheet)...


Happy birthday untuk sweet birthday girl..
Mya Elzara..(cute namanya)
Yang ke 3 tahun..





.

United sedia tanggung rugi


Manchester United dijangka bersedia menanggung kerugian £34.5 juta (RM171 juta) ke atas Owen Heargreaves dengan membenarkan pemain yang sering dilanda kecederaan itu meninggalkan Old Trafford secara percuma hujung musim ini.

Hargreaves telah membuat 39 penampilan buat United sejak menyertai kelab itu pada musim panas 2007 dan mempunyai baki selama enam bulan dalam kontraknya.
Bekas bintang Bayern Munich itu mengalami kecederaan di kedua belah lutut yang kerap kali memerlukan pembedahan.

Hajatnya untuk kembali membuat penampilan ketika menentang West Brom Oktober lalu akhirnya musnah selepas lima minit apabila dia mengalami hamstring.

United bersedia menawarkan Hargreaves kontrak mengikut setiap perlawanan sekiranya dia mampu membuktikan kecergasannya.

Namun kelmarin difahamkan bahawa perancang England itu telah menghampiri usia 30 tahun bulan depan dan tawaran tersebut ditarik balik.

Hargreaves bernilai £18 juta (RM89.2 juta) ketika United berjaya memujuk Bayern menjualnya pada 2007 dan gajinya sebanyak £80,000 (RM396,528) menambah lagi beban mereka kepada lebih £16.5 juta (RM82 juta) sehingga hujung kempen ini.



P/S - Sedihnya..Bila nak bukan main lagi..skrg alasan dia dah tua eh?




.

Awas jualan kereta murah di Internet

SOON BOON (kanan) dan Eng Chong menunjukkan salinan laman web yang menawarkan kereta dijual pada harga rendah berbanding harga semasa di Alor Setar

Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak tertipu dengan taktik penjualan kereta pada harga murah berbanding harga pasaran yang kini boleh diakses di laman penyedia pengiklanan di Internet.

Ketua Pemuda MCA Kedah, Ong Soon Boon yang mendedahkan perkara itu di pejabatnya di sini memberitahu, pihaknya mengesan iklan bagi sebuah kereta Honda Accord 2.4 tahun 2005 yang mahu dijual pada harga RM37,600 berbanding harga pasaran lebih RM80,000 dengan pemiliknya dikatakan kononnya berada di Taiwan.

Katanya, pihaknya kemudian menghubungi pemilik kenderaan itu melalui e-mel di laman tersebut yang memaklumkan kenderaan itu kini berada di Taiwan dan pembeli yang berminat perlu menjelaskan separuh harga kereta dengan urusan permit import (AP), cukai kastam serta kos penghantaran manakala pertukaran nama akan diuruskan penjual.

“Pembayaran wang tersebut perlu dibuat menerusi akaun pihak ketiga yang kononnya dilantik oleh pemilik untuk menerima wang tersebut.

“Pemilik mendakwa dia menjual kereta itu pada harga murah kerana tiada pembeli di Taiwan berikutan pemanduan di negara itu adalah sebelah kiri berbanding Malaysia (kanan),” katanya.




.

Padah menunggang lawan arus


Seorang pemuda maut apabila motosikalnya yang ditunggang melawan arus bertembung sebuah teksi di susur bertingkat Jalan Tun Razak, arah persimpangan ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa K Logeswaran, 22, tercampak ke cermin teksi sebelum jatuh di atas jalan.

Menurut sumber polis trafik, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang melawan arus di laluan tengah jalan yang mempunyai tiga lorong itu.
“Sebuah teksi limosin KLIA dari Kampung Pandan, dekat sini, gagal mengelak motosikal terbabit lalu merempuhnya.

“Akibat daripada itu, mangsa tercampak ke cermin teksi sebelum jatuh ke jalan dan parah serta mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, katanya, pemandu teksi Rostam Nordin, 42, dan isterinya tidak cedera.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan polis meminta saksi kejadian menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.




.

Pelajar UiTM maut kereta bergesel


MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.

Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.

“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!