Thursday, December 2, 2010

Kesinambungan entry : Kucing gemuk jadi sensasi..



Entry ini adalah kesinambungan daripada entry 'Kucing Gemuk jadi sensasi..'
Koleksi gambarnya yang waaaa...sangat gemok..
Entah dia makan apa sampai boleh jadi gemuk macam ni..
Adakah makan ikan?
Makan ikan boleh jadi gemuk ke?

Yang buat geramnya...
Kucing ni macam pandai je buat pose ambik gambar..
ow suke ko ye jadi model...






























































Rasa macam nak tarik-tarik jer misai dia..
Nak cubit jer perut dia yang gemuk tu..
adeh..geram..




.

Astro Tegur Lisa Surihani


Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.
Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.

“Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",
“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya.

Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.
“Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.

“Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.

Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.

“Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka,” katanya.




.

Kucing gemuk jadi sensasi

Cak......

FLORENCE, Itali - Seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

Chiara memberitahu, kucing gemuk bernama Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.


Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.
Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiara.


P/S - Lagi gambar Giuly dalam entry seterusnya mlm ini...




.

Conteng-conteng




Perkahwinan merupakan suatu ikatan yang suci..
Kasih sayang yang tersemai,
akhirnya dikuatkan dengan hubungan yang sah..
Kata-kata cinta dan kasih sayang
disulam dengan keindahan alam suami isteri..
Namun demikian,
adakah cinta sebelum kahwin sama dengan setelah berkahwin?

BILA SI DIA BERTANYA ..




1. Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ? 
Entry yang menarik, kreatif dan gambar yang berkualiti..


2. Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
Jawab komen dalam entry, tag award, ikut contest/giveaway..


3. Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
Blog yang sarat dengan hiasan berlebihan..cursor diubah, tulisan kecil, dan entry yang tak menarik..


4. Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
1st tengok template, pastu tengok follower dia..Kalau ramai, pasti blog itu berpotensi. Kemudian tengok entry..Dan yang paling bonus adalah cara seseorang blogger itu mengurus blognya agar tidak 'semak' dipandang dan bila tengok blog tu, tak pening kepala(warna yang terlalu terang dan menonjol, walaupun blog menarik dari segi penyampaian dan entry)...


5. Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
Setiap perjuangan itu ada jatuh dan bangunnya.. Yang membezakan adalah, sejauh mana semangat dan tekad untuk berjaya didalam diri masing-masing.. Tiada kejayaan tanpa usaha...yeah....semangat!


6. Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..

  1. http://blekros.blogspot.com/ (penyampaian makbed mmg bersahaja..kdg2 lucu dengan celotehnya yang lucu dan 'gila-gila')

  2. http://wwwbenashaari.com/ (Sentiasa update, penuh idea, dan saya jadi semangat untuk mencabar BA update blog, kerana ingin sentiasa berada 'diatas' blog list)

  3. http://honeykoyuki.blogspot.com/ (Fatin liyana merupakan seorang bakal doktor..Blognya menarik dan menyampaian setiap entry agak kreatif)




P/S - Entry ini ditaja oleh Encik Ben Ashaari.
Dah tengok entry ini?[KLIK SINI]





.

Turun 10kg makan ubi kentang


WASHINGTON - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Chris Voigt yang gigih mengamalkan diet memakan ubi kentang selama 60 hari akhirnya berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.


Diet istimewa itu membawa kesan baik terhadap kesihatan Voigt apabila berat badannya berkurangan dari 89.35kg kepada 79.83kg manakala tahap kolesterolnya berkurangan kepada 69 mata.


Pengurangan berat badan itu mengejutkan doktor yang memeriksanya.

Voigt kini dinasihatkan secara perlahan-lahan mengambil makanan yang lain selepas dia berhenti mengamalkan diet istimewa itu Isnin lalu.




.

Beckham tidak bimbang bidaan England terjejas


ZURICH - David Beckham menyertai Perdana Menteri Britain, David Cameroon dalam satu perjumpaan dengan Sepp Blatter, kelmarin bagi memastikan bidaan England untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 tidak terjejas ekoran dakwaan rasuah yang didedahkan oleh BBC terhadap FIFA.

Menerusi sebuah rancangan televisyen terbitan BBC, Panorama yang disiarkan, Isnin lalu, telah membongkar satu bukti baru yang kononnya mengaitkan isu rasuah dengan sebuah badan sukan iaitu International Sports and Leisure (ISL).

Kata Beckham, selepas pertemuan dengan presiden FIFA, dia tidak bimbang yang tuduhan itu mampu menjejaskan peluang England untuk meraih undian, hari ini.
"Kami telah menjelaskan kepadanya dan dia sendiri sedia maklum jika kami mendapat hak penganjuran Piala
Dunia pada 2018, media kami sudah tentu akan berada di belakang kami," kata Beckham kepada pemberita.
Selain England, negara lain yang turut membida sebagai pengajur 2018 ialah Sepanyol-Portugal, Rusia dan Belanda-Belgium.

Pembongkaran yang dilakukan melalui program Panorama itu mendedahkan tiga pegawai eksekutif iaitu Ricardo Teixeira dari Brazil yang juga penganjur Piala Dunia 2014, Presiden Konfederasi Bola Sepak Afrika, Issa Hayatou dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, Nicolas Leoz menerima rasuah daripada ISL untuk memenangi kontrak yang menguntungkan.

Hayatou bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dalam satu temu bual dengan Reuters, kelmarin dan berkata, rancangan televisten tersebut telah membuat tuduhan palsu.




.

Maut dirempuh kereta api

KUALA LIPIS: Seorang lelaki yang dipercayai masih bersedih serta tidak dapat menerima hakikat kematian isteri sejak tiga tahun lalu ditemui maut selepas dilanggar kereta api di Kilometer 244.67 di Bukit Bentong, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian jam 4.05 pagi itu mengakibatkan Md Arshad Ariffin, 67, dari Felda Sungai Koyan, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mangsa yang menghidap penyakit nyanyuk sejak tiga tahun lalu selepas kematian isteri dan mempunyai enam anak, tinggal bersama anak perempuan keempatnya di Felda berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai keluar rumah tanpa disedari anak dan menantunya yang sedang tidur sebelum menuju ke landasan kereta api itu.

Menurutnya, pada masa sama, kereta api membawa puluhan penumpang dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Tumpat, Kelantan, merempuh mangsa sehingga mengakibatkan warga emas itu tercampak.

Katanya, kejadian disedari seorang anggota polis bantuan Keretapi Tanah Melayu selepas menemui mangsa terbaring berlumuran darah sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis untuk meminta bantuan.




.

Jadi bilioanir jual laman web


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.
Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Andrew Mason

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion).




.

Bas terbakar di lebuh raya


KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam.
Difahamkan, bas terbabit yang disewa khas untuk membawa penumpang dari Sungai Besi menghala ibu kota tiba-tiba berasap sebelum terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi serta Taman Desa dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Operasi memadamkan kebakaran itu mengambil masa 45 minit.

“Hasil siasatan awal, kebakaran itu berpunca dari arah belakang bas sebelum merebak. Bas itu sempat berhenti di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang ditemui berkata, bas terbabit dipercayai rosak pada enjin apabila melihat kepulan asap dari arah belakang bas sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada pemandu bas.

“Pemandu itu memberhentikan bas di bahu jalan sebelum kami turun. Api mula merebak pada badan bas dan hangus keseluruhannya.

“Pemandu terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berhasil kerana ia marak cepat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.



.

Lapan tercampak


HULU SELANGOR: Seorang pemandu bas ekspres dan sembilan penumpangnya cedera parah selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah bas ekspres lain yang turut terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran susur Bukit Tagar, di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, kejadian membabitkan dua bas ekspres dan sebuah lori kira-kira jam 6.15 petang semalam berlaku selepas bas ekspres yang membawa sembilan penumpang dari Setiawan, Perak, cuba mengelak melanggar lori di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluannya.

“Pemandu bas terbabit terkejut apabila sebuah lori di lorong paling kiri lebuh raya tiba-tiba memasuki laluan hadapannya menyebabkan dia cuba mengelak sambil menekan brek.
“Pada masa sama, sebuah lagi bas ekspres lain yang mengekori belakang bas berkenaan gagal mengelak sebelum merempuh bas di hadapannya itu. “Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu bas di belakang sekali yang juga dari Setiawan, Perak menuju Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang, cedera parah di kaki akibat tersepit,” katanya.

Menurutnya, lapan daripada 18 penumpang yang berada dalam bas di belakang sekali cedera apabila kebanyakan mereka tercampak di dalam bas yang remuk di bahagian hadapan.

“Kebanyakan mangsa yang cedera diselamatkan orang ramai sebelum dibawa keluar dari bas terbabit. Kebanyakan mangsa yang masih dalam keadaan terkejut dan kesakitan diberi rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulans.


“Tidak sampai 15 minit kemudian empat ambulans dari Hospital Tanjung Malim, Hospital Kuala Kubu Baru dan Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi kejadian sebelum membawa mangsa yang cedera ke hospital,” katanya.

Bagaimanapun, katanya semua penumpang bas ekspres yang melanggar bahagian belakang lori berkenaan terselamat.

Seorang mangsa yang cedera, Fauziah Abdilah, 41, berkata, dia terkejut dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya dan penumpang lain.

Menurutnya, kejadian berlaku sekelip mata apabila bas berkenaan tiba-tiba bergegar sebelum berhenti mengejut.

“Akibatnya saya tercampak dan kepala melanggar kerusi di hadapan. Hentaman kuat menyebabkan kepala saya berpinar dan hampir pitam,” katanya sambil memegang dahinya yang lebam.

Fauziah berkata, keadaan mungkin menjadi tragedi lebih dahsyat sekiranya bas berkenaan dipandu laju atau tercampak ke laluan bertentangan.

“Walaupun bersyukur kerana terselamat, saya mungkin terlepas penerbangan pesawat Air Asia untuk ke Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. Kemalangan ini boleh dielak jika bas berkenaan dipandu dalam jarak selamat,” katanya.

Sementara itu, pemandu bas, Muhammad Asraf Nordin, 36, yang terselamat berkata, dia cuba mengelak sebuah lori di hadapannya yang tiba-tiba memasuki laluannya tanpa memberikan lampu isyarat.

Menurutnya, dia cuba menekan brek, tetapi terlanggar sisi lori terbabit menyebabkan cermin hadapan bas pecah.

“Namun, belum sempat saya menarik nafas lega, sebuah lagi bas ekspres merempuh kuat belakang bas dipandu saya. Namun, saya dan sembilan penumpang lain bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya masih menyiasat punca kemalangan terbabit dan akan mengambil keterangan dua pemandu bas dan seorang pemandu lori berkenaan.




.

Mourinho digantung kerana salah laku


NYON, Switzerland – Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho digantung satu perlawanan Liga Juara-juara kerana mengarahkan pemain supaya sengaja mendapat kad merah, agar mereka dapat menjalani penggantungan dalam satu perlawanan yang tidak penting.

Mourinho turut didenda 40,000 euro (RM164,851) kerana mengarahkan Xabi Alonso dan Sergio Ramos dibuang padang ketika kemenangan 4-0, minggu lalu ke atas Ajax. Alonso dan Ramos didenda 20,000 euro (RM82,426).

Mereka sudah pun dikenakan hukuman gantung untuk perlawanan berikut menentang Auxere dalam saingan peringkat kumpulan pada 8 Disember ini, tetapi, kelab itu akan memulakan pusingan kalah mati Februari depan dengan rekod bersih. Madrid sudah pun pasti memenangi Kumpulan G.

Mourinho juga boleh dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan, jika jurulatih dari Portugal itu didapati bersalah dalam tempoh tiga tahun atas apa yang UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) sifatkan sebagai ‘salah laku’.

Mourinho turut menafikan tuduhan itu, tetapi rakaman perlawanan menunjukkan dia secara terang-terangan memberi arahan dari bangku simpanan sebelum Alonso dan Ramos menerima kad kuning kedua kerana sengaja melambat-lambatkan perlawanan yang sedang berlangsung itu.

UEFA turut mendenda Real Madrid 120,000 euro (RM495,047), manakala penjaga gol Iker Casillas dan Jerzy Dudek didenda dengan jumlah yang lebih kecil kerana secara terang-terangan menghantar bola setelah menerima arahan Mourinho.

Mourinho mungkin dilarang menyertai perlawanan menentang Auxerre dan jurulatih itu serta Madrid mempunyai tiga hari untuk merayu bagi membantah keputusan tersebut.

Ini bukan kali pertama Mourinho dihukum oleh UEFA kerana insiden dalam Liga Juara-juara.

Sewaktu dia melatih Chelsea, UEFA telah mengenakan hukuman penggantungan terhadapnya dari tepi padang bagi dua perlawanan pada 2005, selepas dia menuduh jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard menemui pengadil Sweden, Anders Frisk pada separuh masa dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan.




.

Bakal 'raja sehari' maut dirempuh


Mangsa dikatakan gagal berhenti ketika masuk simpang dilanggar bas ekspres

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kilang yang akan berkahwin awal tahun depan maut, manakala enam penumpang serta pemandu sebuah bas ekspres cedera dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Gong Beris, Marang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, Mohd Shahabudin Sudin, 24, dari Kampung Tasek Kubu, Pengkalan Berangan, Marang dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Chendering, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh bas ekspres dari arah Dungun ke pusat bandar raya.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim, berkata selepas merempuh motosikal berkenaan, bas ekspres itu terbabas dan melanggar dua tiang elektrik di bahu jalan sebelum terjunam ke semak dan terbalik.

ABDUL RAHMAN melakonkan semula bagaimana dia keluar selepas memecahkan cermin depan bas yang terbalik dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, Marang

Katanya, bas ekspres yang dipandu Abdul Rahman Daud, 54, membawa 10 penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Kota Bharu dikatakan gagal mengawal kenderaan selepas motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan, membelok secara tiba-tiba ke kanan jalan untuk masuk ke simpang Gong Beris.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kegagalan mangsa berhenti memberi laluan kepada bas ekspres ketika masuk simpang terbabit sehingga menyebabkannya dirempuh bas berkenaan," katanya.

Sementara itu bapa Shahbudin, Sudin Solah, 72, berkata anaknya bakal melangsungkan perkahwinan Jun tahun depan.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!