Wednesday, December 1, 2010

Everest Bukan Gunung Tertinggi di Dunia?

Everest

Semua orang tahu bahawa gunung Everest merupakan gunung tertinggi di planet Bumi. Pendaki dari seluruh dunia berlumba-lumba mendaki Everest untuk meraih gelaran ‘Penakluk puncak tertinggi di dunia’ yang sangat berprestij.

Seperti diketahui, puncak gunung Everest berada di ketinggian 8.848 meter di atas permukaan laut. Tingginya daratan di pucuk itu membuat gunung Everest mendapat jolokkan sebagai gunung berketinggian nombor satu.

Meskipun demikian, tahukah Anda sebenarnya gunung Everest bukanlah gunung yang paling tinggi di Bumi?

Mauna Kea

Mauna Kea, gunung yang berada di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat memiliki ketinggian 4.205 meter di atas permukaan laut. Puncak gunung ini jauh lebih rendah dari gunung Everest.

Akan tetapi, Mauna Kea sebenarnya merupakan gunung yang kakinya dimulai dari dasar laut. Dan jika diukur dari kaki gunung, secara keseluruhan, tinggi Mauna Kea lebih dari 10 ribu meter. Bandingkan dengan gunung Everest yang hanya 8.848 meter dari kaki ke puncaknya.

Gunung Mauna Kea memiliki volume sebesar 3.200 kilometer kubik. Ukurannya yang sangat besar ini membuat gunung di sebelahnya, yakni Mauna Loa menekan dasar laut di bawahnya hingga 6 kilometer.

Mauna Kea, gunung tertinggi di duniaMauna Kea juga terus turun dan semakin rata kerana beban yang ia tanggung. Rata-rata penurunan ketinggian gunung ini mencapai 0.2 milimeter per tahun. Dan sebahagian besar massa gunung tersebut berada di puncaknya.

Saat ini, puncak tertinggi Mauna Kea yang 4.205 meter di atas permukaan laut hanya berbeza 35 meter berbanding puncak gunung sebelah, Mauna Loa yang tingginya 4.169 meter dari atas permukaan laut.






.

Waktu malam ada apa?

Eheh..tanya budak-budak pun leh jawab..
ada bulan..
tapi kekadang takde..
tapi kat lulu-pages, macam biasa ada apa waktu malam?
kalau korang setia bersama lulu, korang pasti tahu....



Review movie 'Hantu Tanah Kusir'


Film Hantu Tanah Kusir akan segera di tayang di panggung-panggung dengan tema filem bergenre horror dengan menampilkan artis jepun Miyabi aka Maria Ozawa. Film Hantu Tanah Kusir diarah oleh Ody Mulya Hidayat dan di Produksi Maxima Pictures.


Dalam filem dengan durasi selama 82 minit tersebut, adegan untuk Miyabi juga jauh lebih banyak dibanding filem terdahulu. Namun, filem itu tidak sepenuhnya diisi dengan adegan hot maupun berani dari gadis pelakon lucah Jepun-Perancis-Kanada tersebut.


Dalam filem Hantu Tanah Kusir ini, bintang hot asal Jepun itu melakonkan watak sebagai Pauleen. Dirinya seringkali muncul dengan mengenakan baju serba singkat yang mempertontonkan bahagian tubuhnya.

Dalam satu adegan, dirinya kehujanan dan terpaksa mengganti bajunya. Ketika berada di dalam kamar, dengan jelas Miyabi mempertontonkan bahagian atas tubuhnya dengan masih mengenakan jeans pendek, di situ kelihatan sebahagian payudaranya.


Sejumlah artis Indonesia yang turut berlakon dengan Miyabi ialah Yadi Sembako, Benu Buloe, Kiwil, Zaki Zimah, Rheina Mariyana dan Daus Mini.








.

Macam ada yang sama......tapi tak serupa..


Cuba perhatikan gambar-gambar dibawa..
Agak sama...Tapi sebenarnya sama sekali tidak serupa..
Datangnya dari negara yang berbeza..
Sama dalam bidang seni...
Namun adakah citarasa mereka sama?
atau sekadar kebetulan?



Lori 'tergantung' di atas gaung


QINGZHEN - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kepala lorinya 'tergantung' dari atas gaung sedalam lebih 100 meter di China, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian cemas baru-baru ini, brek lori tersebut gagal berfungsi ketika ia membelok di sebatang jalan raya.

Kenderaan itu yang membawa muatan 40 tan metrik arang batu terbabas lalu merempuh penghadang keselamatan dan sebuah beting pasir yang menyebabkan ia terhenti.

"Pemandu itu yakin dia akan mati dan kami memujuknya supaya bertenang dan keluar dengan memanjat bahagian belakang lorinya," kata seorang jurucakap polis.




.

Ribut salji ganjil di London


Ribut salji yang berlaku buat pertama kali di luar musim sejuk melanda bandar raya ini semalam telah menjejaskan jadual penerbangan, ratusan sekolah ditutup dan menyebabkan dua mati manakala perlawanan bola sepak Liga Scotland terpaksa ditangguhkan.

Seorang pegawai ramalan kaji cuaca, Tom Morgan memberi amaran bahawa suhu akan kekal berada antara satu darjah Celsius hingga dua darjah Celsius dengan tiupan angin yang kuat.


Dua kematian berlaku dalam ribut itu melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun yang maut apabila sebuah trak penunda melanggar dua kenderaan lain di lebuh raya berdekatan Concater di utara England.
Seorang lagi lelaki maut apabila keretanya terbabas ke dalam parit di Lincolnshire, timur England.

Lapangan Terbang London dilaporkan membatalkan dan menunda beberapa penerbangan namun lapangan terbang tersibuk Britain, Heathrow meneruskan operasinya seperti biasa.

Anggota-anggota polis dan seorang petani turut menyelamatkan kira-kira 60 buah kenderaan yang terkandas di kawasan sama.


P/S Bila keadaan macam ni, lulu jadi risau...sebab......game bola boleh dibatalkan...adeh..




.

Hujan...


Salam reader's...
Tengah hujan...lebat sangat...
Tetiba bila tengok hujan, fikiran jauh melayang...
Teringat diwaktu kecil..
Berlari-lari ketika pulang sekolah turun dari bas..
Sambil berpegangan tangan dengan abang...
Laju menuju kerumah..

Habis badan basah..
aku melihat tepat kemata abang..
lalu kami ketawa..
Wah.. seakan dipersetujui, kami mencampakkan beg sekolah didapur rumah..
Dan kembali dihalaman rumah...
Berlari-lari sambil dibasahi hujan...
seronoknya....
melihat pokok-pokok bunga menitiskan air hujan...

mummy teriak..
antara dengar dan tidak..
dek hujan yang terlalu lebat ketika itu..
eheh..bila lagi nak mandi hujan...


Setelah hampir 15 minit bermandikan iar hujan,
kami mengambil keputusan untuk masuk kedalam rumah..
mummy membebel tidak berhenti..
Kami saling berpandangan..
kemudian tersenyum
Berbaloi setelah seronok bermain hujan..


Dan....malam itu....
aku dan abang demam...
ngee...


Korang ada pengalaman bermain hujan?
(Oh hujan, bila nak berhenti..astro tergendala ntah sampai bila..)




.

Trak tersangkut di celah dahan pokok


BANDAR EVANS, Pennsylvania - Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali dan tangga bagi membantu menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di dalam traknya yang tersangkut di celah dahan sebatang pokok kelmarin.

Pihak polis menjelaskan bahawa wanita itu, Dana Bowser berusia 33 tahun akan disaman kerana memandu laju dekat bandar Evans di barat Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) kira-kira 40 kilometer dari utara Pittsburgh.

Polis negeri memberitahu bahawa wanita itu telah hilang kawalan di lebuh raya Connoquenessing Creek dan polis diberitahu beliau bahawa jalan tersebut licin kerana diselaputi ais.


Anggota-anggota penyelamat menyatakan, Bowser sedar dan boleh berkomunikasi ketika diselamatkan dan dia tidak panik selepas kemalangan itu.

Bowser seterusnya dihantar ke sebuah hospital kerana cedera ringan.



.

Kelab bola sepak kalah 55-0


LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata.


P/S - Kalau tengok bola, 8-0 pun dah kira kenduri gol..inikan pula 55? Eh 22 pun dah kira banyak.. Agaknya macam mana mereka main bola eh? Kalau begitu dalam game tu, susah nampak pass bola thru each other...tendang dari dekat/jauh pun dah gol agaknya...ngee...55 berbanding 22 dah kira peningkatan? magic.. 




.

Entry khas buat Cik Dyla

Salam kenal Cik Dyla..
Suka sangat blog awak..
tak messy macam blog ni..
Sila ajar saya buat/tutorial untuk ni..



eheh..atas kesudian Cik Dyla, lulu ucapkan mekasih...
you're the best..







.

Astro papar tragedi kawad maut


PERISTIWA kawad maut yang berlaku sekitar tahun 1943 hingga 1945 mungkin dipandang remeh oleh khalayak yang tidak melalui kisah itu. Realitinya, Kawad Maut Sandakan-Ranau telah mengorbankan 2,428 tawanan perang tentera bersekutu.
Hanya enam orang sahaja berjaya melepaskan diri.

Hakikat sebenarnya peristiwa tersebut merupakan yang terburuk dalam siri jenayah perang Jepun sewaktu perang Dunia Kedua yang berlaku di tanah air kita.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui secara mendalam kejadian tersebut kerana ia tidak tercatat dalam pelajaran Sejarah.

Astro atas rasa tanggungjawab terpanggil untuk menceritakan semula kisah itu dalam bentuk dokumentari dan drama bersiri demi untuk memberitahu umum berkenaan tragedi hitam tersebut.
Menurut Pengarah Dokumentari Suatu Ketika...Kawad Besi, Basir Siswo, cabaran dalam menghasilkan dokumentari itu terletak pada perolehan fakta kerana kejadian itu berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

Katanya, dia juga perlu mencari mangsa dan ahli-ahli keluarga mereka yang terselamat untuk mendapatkan fakta yang sahih.
“Kajian dilakukan selama dua bulan malah kami terbang ke Brisbane, Australia untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci dari Muzium Perang Australia.

LAKONAN mantap pelakon muda, Munif Isa (baju hitam) dalam drama bersiri Suatu Ketika... Akinabalu.

“Kami juga dapat menjejaki waris askar-askar yang masih hidup serta orang Dusun yang menyelamatkan mereka dan mereka menceritakan keadaan sebenar untuk mendapat gambaran lebih jelas,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran dokumentari itu di Restoran Borneo Rainforest, Subang Jaya baru baru ini.

Tambahnya, apa yang menarik cerita waris keluarga mangsa mengenai tindakan seorang anggota tentera Australia mengambil dua orang anak orang Dusun untuk dijadikan anak angkat.
Mereka kemudian dibawa menetap di Australia selama lapan tahun.

Bagi Khabir Bahtiar pula selaku pengarah untuk drama bersiri Suatu Ketika...Akinabalu, dia banyak bekerjasama dengan Basir untuk mendapatkat plot serta cerita dan ditambah dengan elemen percintaan untuk memberi suntikan dramatik.

Katanya, Akinabalu lebih fokus kepada kisah cinta salah seorang askar tempatan di situ.
“Walaupun kisah percintaan itu adalah sampingan, fakta tentang sejarah tragedi itu tetap menjadi asas utama Akinabalu,” ujarnya.

Jelasnya, cabaran bagi menghasilkan drama ini ialah ketika proses menghasilkan skrip yang menggabungkan fakta dan cereka agar ia tidak membosankan serta tidak lari daripada fakta.
Suatu Ketika...Akinabalu menampilkan pelakon, Dira Abu Zahar, Gavin Stenhouse, Aaron Aziz dan Munif Isa.


P/S - Dah tengok entry ini? [KLIK SINI]




.

Nasib malang dua warga emas


SEREMBAN - Dua penunggang motosikal warga emas terbunuh dalam nahas berasingan di Seremban dan Kuantan semalam.

Di Seremban, Ahmad Abu Samah, 83, mati dirempuh sebuah lori pasir di Jalan Senawang-Paroi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Rasyidah Utama.

Kejadian pukul 10 pagi itu mengakibatkan Ahmad Abu mati di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.




.

West Ham belasah Manchester United


Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menjaringkan dua gol untuk West Ham membelasah juara bertahan Manchester United 4-0 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga manakala Arsenal turut layak selepas menewaskan Wigan 2-0 pagi tadi.


Bekas pemain United, Jonathan Spector, menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Cole menambah dua lagi gol selepas rehat untuk West Ham yang berada di tempat tercorot Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan itu apabila gol sendiri Antolin Alcaraz dan jaringan Nicklas Bendtner memastikan Wigan tersingkir.



.

'Iza harus pergi'


KUALA LUMPUR: “Ia mungkin perkara paling bodoh dalam hidup saya, tapi percayalah, saya berjuang untuk mendapat yang terbaik. Saya sayangkan kamu semua, tetapi saya harus pergi.
“Ini mungkin hari paling sukar dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan menoleh ke belakang,” luah seorang gadis dalam blognya sebelum menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pensyarah lelaki berusia lewat 50-an ke Kochi di negeri Kerala, selatan India.

Nur Afiza Mohd Mantali, 21, anak keempat daripada lima beradik menulis pesanan berkenaan di dalam blognya sehari sebelum dikesan meninggalkan negara ini dipercayai untuk bersama lelaki terbabit yang juga seorang bekas pensyarah perubatan warga India di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak.
Menurut abangnya, Zuhaili, 29, mereka sekeluarga kini kebimbangan berikutan adiknya yang mesra dipanggil Iza tidak dapat dihubungi sejak kehilangannya pada 1 November lalu.

Katanya, kegagalan untuk menelefon Iza juga menyebabkan mereka sekeluarga terfikir pelbagai kemungkinan buruk termasuk Iza dijadikan keldai dadah dan lebih teruk akidah gadis itu akan terpesong.

“Saya tak mengenali lelaki itu, tapi ibu (Hasimah Brahim, 48,) memberitahu Iza pernah membawa lelaki terbabit ke rumah di Kuching, Sarawak, pada bulan puasa lalu dengan memperkenalkannya sebagai kawan.

BUKTI...lelaki yang disyaki membawa Nur Afiza ke India

“Iza juga pernah memberitahu adik bongsu mengenai lelaki itu yang didakwanya seorang pensyarah kontrak di sebuah IPT di Sarawak dari tahun 2007 hingga 2009,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian pada 1 November itu, Zuhaili berkata adiknya memberitahu mahu ke rumah kakaknya di Batu 7, Lundu, Sarawak.
“Ibu langsung tidak curiga kerana setiap bulan Iza akan menziarahi rumah kakak. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, ibu bimbang Iza langsung tidak menelefon.

“Ibu menghubungi kakak Iza dan terkejut apabila mendapat tahu dia tidak ke rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, bimbang keselamatan Iza yang ketika itu sudah lima hari tanpa khabar berita, ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 5 November lalu.

Zuhaili berkata, dia melakukan pemeriksaan di terminal lapangan terbang dan Jabatan Imigresen sebelum pihak terbabit mengesahkan nama Iza ada dalam rekod senarai penerbangan keluar ke Kochi, India, sehari selepas meninggalkan rumah.

Pemeriksaan lanjut di blog Iza juga, katanya, mendapati gadis berkenaan ada meninggalkan pesanan seolah-olah akan pergi jauh.

Zuhaili berkata, dia juga cuba bertanya mengenai adiknya kepada lelaki itu di laman Facebooknya, tetapi tiada jawapan, malah akaun itu didapati sudah ditutup.

Katanya, bimbang keselamatan adiknya itu, dia merujuk perkara berkenaan ke Wisma Putra dan Kedutaan India di Malaysia, namun masih tiada perkembangan sehingga kini.

“Kami khuatir kesihatan Iza yang menghidap asma akan terjejas. Selama ini, tiada siapa yang tahu dia mempunyai masalah itu kerana Iza hanya rapat dengan ibu, malah masih tidur bersama ibu sehingga sebelum kehilangannya.

“Harapan kami semoga Iza kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Itu saja. Kami difahamkan ada satu tempahan tiket yang dibuat atas nama Iza dari Kochi ke Kuching pada 8 April 2011, tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana setakat ini belum dapat berhubung dengannya secara langsung,” katanya.

Sehubungan itu, Zuhaili berharap pihak berkuasa membantu dia dan keluarganya membawa pulang adiknya ke negara ini dengan selamat. Sebarang maklumat boleh hubungi beliau di talian 012-8892184.




.

Morning December..


Salam reader's..
Korang dah bangun?
Indahnya matahari pagi,kan?
Bersyukur sebab pagi ni masih boleh bernafas..

Hari ni dah masuk bulan december..
tinggal beberapa minggu/hari jer lagi untuk kita melangkah ke tahun baru..
tahun 2011..
Menghadapi tahun baru memang best..
Tengok sambutan yang gilang gemilang diseluruh dunia..
Wah meriahnya..

Tapi, sudah tercapai ke impian 2010 kita?
Boleh ke tercapai?


Dan menjelang tahun baru, kena ada azam baru..
apa azam korang?



.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!