Sunday, November 28, 2010

Nombor yang cantik..


Kejadian ni berlaku tengah hari tadi..
Memang nombor yang cantik..
Wah semua 5-lima..
Macam dirancang..Tapi tidak..
Betul..
Tak percaya cuba korang tengok..


Bilionair India perkenal rumah termahal


MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.

Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.

Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.


“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.
Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu

Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion).



 
.

Coleen tampil lesu walaupun baru dapat rawatan spa


LONDON: Selebriti Coleen Rooney kelihatan tidak bermaya, semalam walaupun dia dilihat baru keluar dari pusat rawatan spa di Wilmslow, Cheshire selepas menghabiskan beberapa jam untuk rawatan tubuh dan wajah yang mewah.

Isteri bintang bola sepak Manchester United, Wayne Rooney itu kelihatan muram, tidak berseri dan kesepian sebaik dia keluar dari pusat rawatan spa berkenaan. Wanita berusia 24 tahun itu tidak dapat menyembunyikan wajah yang tertekan dan murung biarpun pasangan suami isteri itu sudah bercuti ke Dubai bulan lalu. Percutian 30,000 (RM150,000) yang dirancang untuk memulihkan hubungan pasangan itu nampaknya gagal mencapai matlamat kerana sukar bagi mereka untuk menjalin kembali kemesraan.

Malah, Coleen dan Rooney dikatakan jarang meluangkan masa bersama-sama sejak pulang bercuti dari Dubai. Rooney dikhabarkan berada di Portland, Amerika Syarikat sejak seminggu lalu untuk sesi latihan bola sepak.




.

Abramovich tetap sokong Ancelotti

Owner

Carlo Ancelotti menegaskan, pemilik Chelsea, Roman Abramovich tidak memberi sebarang tekanan meskipun skuad The Blues tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir Liga Perdana England.

Ketika ini, Chelsea bergelut dengan masalah kecederaan dan masih kehilangan beberapa pemain berpengalaman seperti John Terry, Frank Lampard dan Michael Essien.

Kapten Chelsea, Terry yang mengalami kecederaan kaki, sekali gus memaksa dia berehat selama sebulan dijangka akan beraksi semula pada pertemuan menentang Everton minggu depan.
Manakala pemain pertahanan tengah, Alex akan diturunkan pada aksi menentang Newcastle United malam ini sebelum menjalani pembedahan lutut minggu depan.

Begitupun, Ancelotti mengakui beliau lebih tertekan ketika Chelsea tewas kepada Inter Milan pada aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara musim lalu.
Namun, beliau masih diberi kepercayaan untuk meneruskan tanggungjawab tersebut dan langsung tidak menerima tekanan daripada pemilik kelab London itu.

"Pemilik kelab (Abramovich) langsung tidak meletakkan saya dalam situasi tertekan. Selepas tewas kepada Inter, sudah tentu saya berasa sedikit tertekan kerana kami tidak mencapai sasaran dalam kempen Liga Juara- Juara.

"Keadaan itu bukan disebabkan oleh pemilik kelab. Dia sentiasa memberi sokongan kepada saya dan buat masa ini, dia masih lagi memberi sokongan.
"Tidak bermakna sekiranya saya berada dalam situa- si tertekan, saya tidak sela- mat. Ia adalah sesuatu yang normal.
"Di bawah tekanan, saya lebih memberi tumpuan.

"Kamu perlu melihat kepada keputusan. Keputusan tidak berapa baik dan saya perlu bertanggungjawab serta memberi lebih fokus pada tugas saya.
"Saya perlu menggunakan segala pengalaman untuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemain melakukan yang terbaik."

Pada masa yang sama, Ancelotti memberitahu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pemain minggu lalu untuk mengenal pasti punca kemerosotan pasukan itu.




.

Gunung Bromo terus muntah asap hitam


PROBOLINGGO: Gunung Bromo dilaporkan meletup lagi tengah hari, semalam memuntahkan kepulan asap hitam menghala ke arah barat-daya atau daerah Malang.
Menurut ketua petugas penyelamat Pusat Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Gede Suantika, letusan kali ini mengeluarkan asap hitam pekat menghala ke daerah Malang.


“Kami menyarankan supaya semua penduduk khususnya di Malang menggunakan topeng muka,” ujar Gede.
Sebelum itu, pada awal pagi, semalam kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, Gunung Bromo juga sudah meletup. Namun, letupan yang berskala kecil itu hanya menumpahkan asap tebal kehitaman dengan tekanan ketinggian 600 hingga 700 meter.


Sementara itu, ketua daerah Malang, Rendra Kresna menyuarakan kebimbangan kerana menurutnya aktiviti Gunung Semeru lebih aktif berbanding Gunung Bromo pada waktu ini. Keadaan tahap bersiap-sedia sudah dipertingkatkan kepada tahap amaran atau tahap 4. “Semua pihak sudah bersedia dan dalam keadaan berjaga-jaga di sini tetapi yang patut kita bimbangkan sekarang ialah aktiviti Gunung Semeru yang dilihat semakin mengancam,” jelas Rendra.




.

Lagi kes curi kabel


KOTA KINABALU: Kematian seorang lelaki yang rentung ketika cuba mencuri kabel elektrik berhampiran kondominium di Tanjung Aru, 24 November lalu, tidak pernah mematahkan semangat ‘penyangak’ yang masih mencuba nasib mencuri kabel elektrik milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Terbaru, pepasang pencawang elektrik milik SESB di Kingfisher hilang dikebas, menyebabkan Bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah terputus bekalan elektrik hingga menjejaskan fungsi pam air.

Malah, kejadian itu mengakibatkan lampu jalan utama sekitar kawasan terbabit terpadam dan berbahaya kepada kenderaan, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku selepas pihak berkuasa menerima panggilan daripada orang ramai yang mengadu tekanan bekalan air di kediaman mereka tidak berfungsi.

Beberapa kakitangan SESB yang membuat pemeriksaan mendapati kotak menempatkan fius utama pencawang dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Masalah itu berjaya diatasi apabila SESB membawa set Janakuasa Mudah Alih bagi membekalkan elektrik untuk sementara sebelum kerja menggantikan fius yang hilang.

Pengurus Zon Tengah Kendalian Pembahagian SESB, Yuzrian Efren Yunus berkata, pihaknya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 menggantikan peralatan yang dicuri dalam kejadian itu.

“Akibat tindakan mereka (pencuri), lampu jalan sepanjang lebih satu kilometer terputus selain beberapa bangunan kerajaan terputus bekalan air apabila pam gagal berfungsi.
“Kami menerima aduan mendakwa bekalan air terputus akibat pam air mati dan lebih teruk lagi, pengguna jalan raya terpaksa bergelap akibat ketiadaan lampu jalan sekitar Jalan Kingfisher,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yuzrian berkata, perbuatan itu bukan saja menyusahkan orang ramai, malah pelakunya terdedah dengan renjatan elektrik yang boleh membawa maut.

“Mereka (pencuri) tidak pernah serik walaupun kejadian seorang lelaki rentung, dipercayai cuba mencuri kabel, disiarkan secara meluas di akhbar tempatan beberapa hari lalu.

“Pencuri ini berani mati kerana bukan saja berani bermain dengan elektrik, malah sanggup mencuri pepasang di setiap pencawang elektrik SESB,’’ katanya.

Yuzrian berkata, SESB meminta kerjasama orang ramai segera melaporkan kepada SESB jika mengesan kegiatan pencerobohan di mana-mana pencawang SESB sekitar mereka.



.

Maut digilis lori


KUALA LUMPUR: Hati bapa mana tidak sayu selepas mengetahui anak kesayangannya maut dalam kemalangan walaupun sejam sebelumnya arwah datang ke rumah bagi menziarahi keluarga.

Pertemuan singkat Kamalrozaman Johari dengan anaknya, Muhammad Naimullah, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan dikenang seumur hidup selepas ia saat terakhir melihat anak ketiga daripada lapan adik beradik itu ketawa di rumah mereka di Kampung Baru, di sini.


Dia yang jarang melihat anaknya gembira seperti itu berkata, arwah tidak tinggal bersamanya tetapi menemani neneknya di AU4 Keramat.

Ketika mangsa datang melawatnya, dia dilihat tidak seperti biasa apabila sungguh mesra dan bergurau dengan setiap ahli keluarga.

“Dia singgah sebentar bertemu kami dan dan banyak bergurau dengan dua abangnya di rumah mereka.

“Anak saya baru selesai menghadiri kelas tambahan SPM di Setiawangsa sebelum singgah ke rumah bertemu kami sekeluarga,” katanya.

Menurutnya, selang beberapa minit selepas itu, dia pulang ke Keramat.

Kamalrozaman berkata, selang sejam selepas itu, dia mendapat panggilan bahawa anaknya yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Gurney, di sini.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata, mangsa bermotosikal dari arah Jalan Semarak menuju ke Keramat.

Katanya, arwah kemudian gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan tersungkur di laluan bertentangan.

“Mangsa tidak sempat mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan lalu merempuhnya, menyebabkan mangsa cedera parah di kepala.

“Ini menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala pemandu lori berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.

Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.




.

Nenek antara 3 maut nahas berasingan

POLIS mengangkat jenazah Kelsom (gambar kecil) selepas dirempuh van di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Dua kemalangan babitkan penunggang motosikal

KUALA TERENGGANU: Tiga termasuk seorang nenek terbunuh dalam kemalangan berasingan dalam tempoh 24 jam di sini.

Kemalangan membabitkan Kelsom Chik, 68, berlaku ketika mangsa melintas jalan ke sebuah stesen minyak di Jambatan Sultan Mahmud, jam 8.40 pagi semalam selepas dikatakan teringin menjamah makanan ringan.

Mangsa dari Kampung Padang Hiliran, di sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas dilanggar van dipandu Romley Mamat, 59, dari Kampung Mak Kemas, Bukit Payong, Marang.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata Romley dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikatakan cuba memberhentikan kenderaannya tetapi gagal lalu merempuh mangsa.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan di Kampung Atas Tol, di sini jam 10 malam kelmarin, Mohd Saiful Azhar Wahab, 28, maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal lain selepas mangsa yang bekerja sebagai buruh dalam perjalanan dari Kampung Pengkalan Setar untuk pulang ke rumahnya di Kampung Buluh Gading.
“Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa melanggar sebuah motosikal lain yang melintas jalan. Mohd Saiful Azhar meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat. Bagaimanapun, penunggang motosikal berasingan hanya cedera ringan,” katanya.

Kejadian ketiga pula membabitkan seorang lelaki, Zaid Ngah, 46, dari Kampung Jeram, Tepoh, yang maut selepas motosikalnya terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Tuanku Mizan di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, jam 2.45 pagi semalam.




.

Ececece...wah...

Bukan main perfom eh..
Sekali main dah boleh score gitu banyak..
Ceh...sungguh jeles...
Bila Chelsea nak menang besar lagi ni....
huh...adeh...





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!