Wednesday, November 10, 2010

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan


Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School
tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.



P/S - Apa kata BBC? [Klik Sini]




Cutenya awak..........leh kenal tak?

Baru jer jenjalan tadi..
Fuh penat..
Tetiba terlihat kelibat 'dia' ni..
Adeh...cutenya..
Siyes cute..nak kenalan lahhhh...
boleh ke?

Bila lulu lambai jer, dia jelir lidah..
adeh....
pastu tutup-tutp mata lak tu..
lulu pun dah naik bingung..
entah apa bermain difikirannya eh..


Lagi UFO kelihatan di Britain

SCARBOROUGH - Satu objek terbang tidak dikenali (UFO) kelihatan di Kampung Osgodby, bandar Scarborough, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan terbaru itu berlaku selepas beberapa UFO muncul di Rotherham, South Yorks, dan Harrogate, dalam tempoh tiga minggu.

Menurut seorang pakar UFO di Britain, Nick Pope, buat masa ini, utara England dilihat mempunyai lebih banyak kemunculan objek terbang itu.

Gambar terbaru UFO itu dirakamkan di Osgodby, dekat Scarborough, York Utara pada Ahad lalu.
Menurut seorang saksi, Paul Sinclair, objek itu kelihatan seperti piring terbang.
"Ramai orang yang melihatnya.

"Terdapat sesuatu yang berlaku di sini. Menantu lelaki saya merakamkan objek itu selama beberapa minit. Ia kelihatan seperti dua objek, salah sebuahnya mempunyai ekor manakala yang lain berbentuk seperti cakera," katanya.

Pada tahun lalu, formasi 50 buah UFO dilihat di langit bandar ini.





Inspira Premium Hanya RM91,999


Kumpulan Proton melancarkan model terbaru, Proton Inspira dengan harga paling rendah dalam pasaran bagi kenderaan kelas itu iaitu RM91,999 bagi model 2.0L CVT MIVEC.

Harga baru baru itu diumumkan oleh Pengarah Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pada masjlis pelancaran model itu, Rabu di sini.


Harga bagi model 1.8L Manual Standard ialah RM79,888 manakala 1.8L CVT Eksekutif pula RM84,000.



P/S - Bila Inspira dilancarkan? [Klik Sini]




Coleen tak mahu anak lagi

Coleen

Wayne Rooney dan isteri mungkin tidak mempunyai anak lagi kecuali Coleen boleh mempercayai bintang bola sepak England dan Manchester United itu semula. “Wayne perlu melakukan sesuatu, baik di padang atau pun di luar padang untuk kembali mendapatkan kepercayaan isterinya semula,” kata satu sumber yang dipetik akhbar Daily Star.

‘Dia kecewa kerana masih tidak boleh bermain bola lagi akibat kecederaan.

“Dia juga bimbang kerana terbukti sukar untuk mendapatkan semula kepercayaan Coleen.

Coleen dan Kai..

Dia begitu inginkan seorang lagi anak selepas Kai. Tetapi Coleen memberitahunya, ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini,” kata sumber berkenaan.


Rooney, pemain bola sepak berpendapatan paling lumayan dalam sejarah bola sepak Inggeris sebelum ini berharap percutiannya bersama Coleen di hotel paling mewah Dubai yang menelan belanja 40,000 paun (RM200,000) akan memulihkan hubungan dengan Coleen yang terjejas selepas kegiatan seksnya dengan dua pelacur ketika isterinya hamil, terbongkar.

Rooney kini menjalani rawatan pemulihan terhadap kecederaannya di sebuah klinik sukan terkemuka di Amerika Syarikat, tempat yang sama Tiger Wooods bersembunyi selepas skandal seks bintang golf itu terbongkar tahun lalu.





AC Mizal dakwa diugut pesaing


AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.
Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.

Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.





Sam Jelaskan Dirinya Bukan Aktor Yang Ditahan Polis


PETALING JAYA: Susulan laporan sebuah akhbar mengenai seorang aktor ditahan oleh polis ekoran penyalahgunaan dadah, malam Jumaat lalu, pelakon popular Shaheizy Sam turut mendapat tempiasnya apabila timbul desas-desus yang mengaitkan namanya dengan aktor tersebut.

Justeru itu, peluang bertemu dengan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu, Isnin, memberi ruang bagi mendapatkan penjelasan daripada adik kepada aktres Zizie Ezzette itu sendiri.
Sam yang terkejut apabila diajukan soalan itu berkata, ia hanya spekulasi dan dakwaan kosong yang tidak berasas sama sekali.

Akui pelakon filem Ngangkung itu, sebaik saja berita itu disiarkan di akhbar memang dia mendapat panggilan dan pertanyaan yang bertalu-talu daripada banyak pihak untuk mendapatkan kesahihan.
Bagaimanapun, Sam sama sekali tidak melenting atau marah dengan dakwaan tersebut, sebaliknya menyifatkan ia sebagai strategi akhbar terbabit untuk menarik perhatian pembaca.

"Saya memang terkejut apabila ramai yang menghubungi dan bertanyakan saya tentang berita itu tapi tiada apa yang saya perlu bimbang atau cemas sebab ianya tiada kena-mengena dengan saya.

"Malah, berdasarkan info yang disampaikan kepada saya, aktor yang ditahan polis itu sebenarnya tiada kaitan pun dengan Festival Filem Malaysia ke-23. Jika dilihat pada umur dan beberapa maklumat berkaitan aktor yang ditahan polis itu pun, ia langsung tidak berkaitan dengan saya.

"Mungkin ada kesilapan di mana-mana sehingga orang salah anggap atau hanya strategi akhbar tersebut untuk memancing perhatian, sekaligus membuat spekulasi yang mengaitkan dengan saya pula," katanya.
Apabila diminta mengulas mengenai kes tersebut, Sam berkata, manusia memang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan dan menasihatkan aktor tersebut perlu lebih berhati-hati dalam segala tindak-tanduknya.

"Saya pun bukannya baik sangat. Jadi, tiada hak untuk komen tentang isu-isu serius sebegini. Saya pun pernah melakukan kesilapan sebelum ini cuma apa yang boleh saya katakan kepada aktor itu mahupun sesiapa saja perlulah berhati-hati dalam segala tindakan yang kita lakukan," katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar pada Ahad, seorang aktor berusia 30 tahun dan tunangnya yang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine telah ditahan oleh pihak polis ketika sedang menunggu bekalan dadah di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MMRR2), Ampang, Selangor, malam Jumaat lalu.


P/S - Bila pula berita tu keluar eh? [Klik Sini]





Obama ucap assalamualaikum


JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat (AS) yang tiba di Jakarta semalam untuk melakukan lawatan dengan sasaran bagi meningkatkan hubungan perdagangan dan keselamatan dengan Indonesia mengucapkan assalamualaikum serta terima kasih semasa bercakap di depan wartawan di Istana Merdeka.
Dalam ucapan itu, Obama banyak memberikan sokongan terhadap Indonesia, antaranya dalam usaha-usaha memerangi rasuah dan keganasan.


Cantikkan saya bertudung?

Semasa berucap, Obama sempat mengimbas kemajuan di Indonesia dengan menyatakan semasa beliau kecil, cuma terdapat sebuah bangunan yang tinggi tetapi kini bilangannya semakin bertambah.
Beliau turut menyentuh mengenai hubungan perdagangan antara Indonesia dan Amerika Syarikat, pelaburan serta kerjasama bilateral termasuk dalam bidang ekonomi atau sosial.

Wink*

Jakarta merupakan tempat tinggal Obama semasa zaman kanak-kanak pada 1960-an.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan barisan anggota Kabinetnya menyambut ketibaan Obama dan isterinya, Michelle di Istana Merdeka.
Setelah berkenalan dengan para menteri, Obama dan Michelle bergambar dengan Susilo dan isterinya, Ani Yudhoyono.


Obama kemudian bercakap dalam bahasa Indonesia. "Apa khabar? Selamat sore.'' Semasa bergambar pula Obama memegang tangan Susilo.
Kira-kira 15,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk mengawal ketenteraman semasa lawatan Obama di Indonesia.

Obama tiba di Jakarta dengan menggunakan pesawat rasmi Air Force One dari India. Lawatan itu yang dilihat oleh Obama sebagai satu destinasi penting untuk pelbagai sebab strategik dan peribadi telah ditangguhkan dua kali.

Menurut White House, lawatan itu mungkin dipendekkan kerana letusan Gunung Merapi di Pulau Jawa yang meletus sejak 26 Oktober lalu.





Arsene mahu Arsenal bangkit


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mahu para pemainnya bangkit daripada mimpi ngeri, tewas kepada Newcastle apabila bertandang ke Wolves, hari ini.
Gunners telah tewas dua kali di laman sendiri musim ini dan pengurus dari Perancis itu mengakui, kemenangan di Molineux amat penting bagi meningkatkan moral pasukan, setelah kalah mengejut 1-0 kepada Newcastle.
''Kami perlu kembali fokus. Kami semakin bersemangat dan ia akan menjadi kekuatan tambahan dalam menghadapi Wolves dan mencari tiga mata penuh.

''Saya akui perlawanan dengan Newcastle, ia bukan hari bertuah kami.
''Ia sememangnya sangat kejam kerana kami tewas sedangkan pasukan lawan hanya mempunyai satu percubaan tepat, manakala kami mendapat beberapa peluang menjaringkan gol.
''Kami dihukum kerana satu kesilapan pada situasi bola mati, '' kata Wenger.

Kekalahan kepada Newcastle itu bagaimanapun, tidak menjejaskan semangat kem Arsenal kerana pendahulu liga, Chelsea turut tewas kepada Liverpool, bermakna Arsenal masih lima mata di belakang Blues.
Theo Walcott lega kerana perlawanan berikutnya tiba lebih awal, untuk memberikan Gunners peluang untuk bangkit semula.
''Bola sepak adalah perlawanan yang menarik, ada turun dan naik, seperti mana kelab kami.

''Bagaimanapun, banyak pasukan masih berpeluang dalam memburu kejuaraan liga dan kami tidak mahu melihat terlalu jauh.
''Kami hanya mahu fokus dari satu ke satu perlawanan dan cuba memenangi perlawanan berkenaan.

"Kami mahu menamatkan kesedihan ketika tewas kepada Newcastle dan cuba menang ketika bertemu
Wolves,'' kata pemain sayap antarabangsa England itu.
Wolves, yang tewas kepada Manchester United ekoran jaringan minit terakhir Park Ji-Sung, turut memburu misi yang sama.

''Cara kami memberikan tindak balas kepada kekalahan itu amat penting buat masa sekarang.
''Keputusan itu bagaikan tidak adil tetapi kami perlu mengambil sesuatu yang positif daripada persembahan berkenaan.

''Kami tidak perlu terbawa-bawa kekalahan itu ketika melayani Arsenal, satu lagi pasukan besar dan anda tidak tahu apa akan terjadi.
''Kami baru sahaja pulih dan bersedia untuk perlawanan hari ini.

"Arsenal adalah satu lagi pasukan besar, namun kami pernah menewaskan Manchester City dan hampir melakukannya ketika bertemu United,'' kata pertahanan Wolves, Kevin Foley.
Wolves hampir mengikat Arsenal pada musim lalu, tetapi dikecewakan gol pada minit terakhir, seperti mana terjadi ketika di Old Trafford.

''Kami berjaya mengikat Arsenal sepanjang 93 minit di Emirates pada musim lalu, namun kecewa kerana
terlepas gol pada minit terakhir,'' kata pengurus Wolves, Mick McCarthy.


P/S - Tak payah bangkit..biar kalah je terus...





Dakwa jelmaan saka


PEKAN: Pemuda yang menetak kepala ibunya menggunakan kapak sehingga maut di Felda Chini Timur 1 di sini, kelmarin, memberi alasan berbuat demikian kerana ibunya itu jelmaan saka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 23 tahun mengaku menetak ibunya, Che Wa Isa, 57, kerana kononnya mahu menghapuskan saka itu.

“Dalam keterangannya, suspek memaklumkan dia mendapat bisikan kononnya mangsa sudah lama mati dan yang hidup sekarang jasad dikuasai saka yang menyerupai ibunya.

“Oleh itu, suspek membunuh mangsa kerana mahu menghapuskan saka terbabit. Suspek juga mempertahankan perbuatannya yang dianggap tindakan betul mengikut kefahamannya berdasarkan beberapa buku mengenai menentang makhluk halus yang dibacanya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam juga mendakwa mempelajari hal berkaitan iblis dan makhluk halus menerusi beberapa buku sejak empat bulan lalu selain membuat kajian sendiri.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai menuntut ilmu salah apabila dia belajar tanpa guru di samping tidak merujuk mereka yang pakar dalam bab berkenaan,” katanya.


P/S - Betulkah dia sedar apa dia buat? [Klik Sini]





Nadal sertai tenis ATP final



PARIS - Pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal dijangka cergas untuk kejohanan tenis Final ATP Jejalah Dunia di London hujung bulan ini, walaupun menarik diri dari kejohanan Paris Masters, akibat cedera bahu.

Nadal, yang akan menamatkan tahun ini sebagai pemain No. 1 dunia selepas memenangi Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS, mengalami kecederaan bahu kiri ketika kembali memulakan latihan minggu ini.
"Saya tidak bimbangkan kejohanan di London.

"Ia bukan keputusan yang mudah (menarik diri dari Paris Masters) kerana Paris bandar raya yang istimewa bagi saya, tetapi saya harus beraksi di sepanjang musim pada kejohanan Masters dan grand slam.
"Saya akan kembali berlatih tidak lama lagi, sebelum Ahad ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Walaupun sudah memastikan kedudukan No. 1 dunia sehingga hujung musim, Nadal tetap bersemangat untuk menamatkan musim ini dengan bergaya di Docklands, London, selepas prestasi buruk pada kejohanan tersebut yang diadakan buat pertama kali, tahun lalu.
"Saya akan mencuba apa sahaja di sana untuk beraksi dengan baik.Saya mahu memperbaiki imej saya di London,'' katanya.

Namun, Nadal berkata, keutamaannya ialah bagi memastikan permulaan musim depan dia cergas seratus peratus, tidak seperti tahun ini, di mana dia menarik diri dari Terbuka Australia pada pertengahan kejohanan, ketika menentang Andy Murray.

"Jika saya mengalami kecederaan ketika ini, memang sukar untuk saya bermula baik tahun depan,'' katanya.
Kejohanan Final ATP Jelajah Dunia akan bermula pada 21 November ini.

Blues ketepi memori perit



LONDON - John Terry berkata, Chelsea boleh menggunakan kekalahan kepada Liverpool sebagai sesuatu yang berguna, apabila Blues kembali memperbaharui cabaran kejuaraan Liga Perdana England apabila menentang Fulham, hari ini.

Kekalahan 0-2 di Anfield bermakna, kelebihan Chelsea di tangga teratas liga dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United semakin mengecil kepada dua mata.

Ia kekalahan kedua Chelsea setakat ini dan ia meningkatkan persoalan berhubung keupayaan skuad Carlo Ancelotti menghasilkan keputusan positif pada aksi di padang lawan.

Sebelum ini, mereka kalah di Manchester City, keciciran mata di Aston Villa.
Blues akan kembali ke suasana yang menjadi kelaziman mereka, apabila Fulham berkunjung ke Stamford Bridge, hari ini.

Rekod Chelsea di laman sendiri begitu menakjubkan, dengan empat kemenangan tanpa melepaskan sebarang gol setakat ini, walaupun bergelut untuk mencapai tahap prestasi sebenar, ketika menang 2-0 ke atas Wolves, baru-baru ini.
Terry menerima hakikat keciciran mata sejak kebelakangan ini, setelah Chelsea dilihat sukar disekat pada awal musim dan kini dia menuntut rakan sepasukan supaya bangkit, selepas kalah kepada Liverpool.

"Saya tidak rasa pernah memandang ringan cabaran di kelab ini tetapi mungkin kekalahan kepada Liverpool ini sesuatu yang kami perlukan.
"Ini kerana kami tidak beraksi begitu baik sejak kebelakangan ini.

"Kami perlukan satu lonjakan baru, kami masih di tangga teratas liga, jadi kami mendapat semangat daripada kedudukan tersebut dan kami tidak boleh lupa betapa sukarnya kami mendaki ke puncak liga.
"Dalam beberapa perlawanan di tempat lawan, kami bermula sangat perlahan dan kami melakukan perkara yang sama ketika menentang Liverpool.

''Saya sangat kecewa kerana kalah, kami sebenarnya sudah kalah sejak babak pertama lagi,'' katanya.

Florent Malouda menyokong kenyataan Terry dengan berkata: "Kami perlu lebih konsisten terhadap prestasi kami, kerana sejak awal musim lagi kami meraih keputusan yang baik, namun kami jarang beraksi dengan mengawal permainan.

"Kami sedar ia sukar untuk sepanjang musim, kami adalah juara dan apabila pasukan lain menerima kedatangan sebuah pasukan juara di padang mereka, ia adalah peluang terbaik untuk mereka mempamer bahawa mereka mampu mencapai prestasi terbaik ke atas pasukan yang hebat,'' katanya.
Didier Drogba memulakan perlawanan dengan Liverpool sebagai pemain simpanan selepas mengalami masalah kesihatan, tetapi dia akan beraksi apabila menentang skuad Mark Hughes nanti.

Frank Lampard sekali lagi tidak dapat beraksi akibat kecederaan pangkal paha.
"Frank Lampard tidak cergas untuk perlawanan Rabu ini, tetapi saya harap dia akan beraksi apabila menentang Sunderland nanti.

"Kami harus memandang jauh perlawanan seterusnya menentang Fulham. Kami berada pada kedudukan baik berbanding pasukan-pasukan lain,'' kata Ancelotti.
Hughes pula kehilangan pertahanan kiri Carlos Salcido, akibat diterjah pemain Aston Villa, Luke Young pada perlawanan hujung minggu lalu.


P/S - Jom tebus kekalahan dengan melawan Fulham subuh ni...





Reina bakal tinggalkan Anfield


LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Rei- na memberi gambaran awal yang dia bakal meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini biarpun kontraknya masih berbaki enam tahun lagi.
Apabila ditanya berapa lama lagi dia akan kekal beraksi bersama Liverpool, Reina berkata: "Sekurangnya-kurangnya sehingga penghujung musim ini," katanya.

"Reina yang juga merupakan penjaga gol antarabangsa Sepanyol adalah salah seorang pemain bertaraf dunia yang dimiliki skuad The Reds selain Fernando Torres dan Steven Gerrard.

"Memang saya gembira berada di sini (Anfield) ditambah pula saya baru sahaja memperbaharui kontrak saya bersama Liver- pool tujuh bulan lalu.

"Namun, setiap pemain bola sepak sudah pastinya memasang impian untuk bersaing bagi memenangi sebarang trofi kejuaraan.

"Begitupun, saya akan terus kekal bersama Liverpool sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan berhijrah dalam saingan Liga Sepanyol," kata Reina.
Sebagai rekod, Reina tidak pernah menjulang sebarang trofi kejuaraan sejak kali ter- akhir berbuat demikian ketika Liverpool menjadi juara Piala FA pada 2006.





BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu



LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.





Saerah nikah senyap-senyap


Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.

Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.

"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.

"Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujarnya.





Penganggur tetak ibu guna kapak


PEKAN – Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala akibat ditetak oleh anak lelakinya menggunakan kapak di Felda Chini Timur 1 di sini pukul 10.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat tetakan tersebut.


Yahaya berkata, polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun ketika dia sedang bersembunyi di dalam sebuah reban ayam yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dia ditahan sejam selepas kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menetak kepala ibunya menggunakan kapak besi yang biasanya digunakan untuk memotong buah kelapa sawit.

Suspek bersama mangsa

“Tetakan menyebabkan pendarahan teruk di kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Pekan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!