Friday, October 15, 2010

Bila Nini D buat statement..

hi readers..




 Sejujurnya, terkejut juga bila nini D buat statement..

Seorang lagi mangsa nahas ‘bas terbang’ meninggal


Seorang mangsa nahas `bas terbang' yang dilaporkan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Melaka Ahad lalu, meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.
Sharifah Norasmirah Syed Sallehuddin, 20, adalah mangsa yang ke-13 terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di sini.

Jenazah penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu telah dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke Kampung Padang Payung, Marang, Terengganu kira-kira pukul 3 pagi tadi.





eh awak dah grad? Tahniah.................

Tahniah......
Awak dah grad eh.. akhirnya...


Sukan Komanwel 2010 labuh tirai



SELAMAT tinggal New Delhi dan jumpa lagi di Glasgow 2014.
Slogan itu menutup tirai temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India yang bermula 3 Oktober lalu.
Semalam, secara rasmi temasya yang memasuki edisi ke-19 itu melabuhkan tirainya.

Upacara penutup di Stadium Jawaharlal Nehru itu berlangsung penuh gemilang-gemilang dan berwarna-warni.
Di sebalik pelbagai masalah yang menghantui tuan rumah, terutama dalam isu Perkampungan Sukan serta isu keselama- tan, temasya kali ini masih mampu berjalan lancar dan selamat.

Malah kini pujian diberikan kepada pihak penganjur yang berjaya memastikan temasya di New Delhi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Dalam masa yang sama, kontinjen Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila mencatat pencapaian terbaik pada Sukan Komanwel sejak menyertainya pada 1950 dengan memenangi 12 emas, 10 perak dan 14 gangsa.

Catatan tersebut mengatasi pencapaian terbaik setakat ini iaitu pada 1998 di Kuala Lumpur yang menyaksikan kontinjen negara memenangi 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.
Pada temasya 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen Malaysia membawa pulang tujuh pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa.

Semalam, Malaysia menambah empat lagi pingat emas pada hari terakhir saingan iaitu tiga menerusi badminton dan satu daripada gimnastik artistik.

Sementara itu, upacara penutup semalam bermula seawal pukul 2 petang waktu tempatan apabila Stadium Jawaharlal Nehru dibuka kepada orang awam.
Persembahan kebudayaan bertemakan kegemilangan sukan memulakan acara penutup diikuti perbarisan masuk setiap kontinjen ke stadium.

Majlis penutup dirasmikan oleh wakil Ratu Elizabeth, Putera Edward.
Hadir sama ialah Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Michael Fennel, Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Timbalan Presiden India, M. Hamid Ansari.
Upacara penutup diakhiri dengan penyerahan bendera CGF oleh tuan rumah New Delhi kepada penganjuran Sukan Komanwel 2014, bandar raya Glasgow, Scotland.

Syabas...Tahniah..

Bendera CGF diserahkan oleh Ketua Menteri Delhi, Sheila Dikshit kepada wakil tuan rumah Sukan Komanwel 2014, Lord Provost of Glasgow, Robert Winter.
"Tugas sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2014 akan kami laksanakan sebaik mungkin," kata Winter dalam ucapannya semalam..





Hashimah terasa kehilangan

Hashimah bersama cucu ketujuhnya, Nur Rijal Hakimi yang dilahirkan pada hari yang sama dengan pemergian datuknya, M. Rajoli.

PEMERGIAN seniman tersohor, M. Rajoli ke rahmatullah pada 17 September lalu benar-benar membuatkan peminat seni terasa kehilangan besar bagi industri seni tanah air.

Namun kehilangan itu hakikatnya lebih dirasai oleh salah seorang balu pelakon itu sendiri iaitu isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din, 55, yang ditemui di kediamannya di Menara Rajawali, AU3, Hulu Kelang baru-baru ini.

Menjaga suami yang sakit sejak empat tahun lalu bukanlah suatu tempoh masa yang singkat bagi Hashimah, sejak doktor mengesahkan suaminya itu menghidap penyakit limfoma (kanser kelenjar otak).

"Memanglah terasa sunyi bila arwah dah tiada sebab sepanjang empat tahun, arwah sakit dia sentiasa ada di depan mata.
"Dalam tempoh empat tahun saya tengok macam-macam perubahan yang dia alami akibat penyakit yang dihidapinya itu.

"Jika tiga tahun lalu walaupun dalam keadaan sakit arwah masih mampu berbicara dengan kenalannya dan kami masih boleh berjalan-jalan ke rumah sanak-saudara pada hari raya namun, tahun ini Aidilfitri kami hanyalah di rumah," kata Hashimah memulakan bicaranya.

Cerita Hashimah, suasana gembira menyambut kelahiran cucu ketujuh, Nur Rijal Hakimi pada pagi Syawal, 17 September lalu bagaimanapun bertukar suram pada sebelah malamnya apabila dikejutkan dengan berita pemergian suaminya itu.
Nama Rijal yang diberi pada cucunya yang dilahirkan seberat empat kg itu menurut Hashimah, diambil bersempena nama datuknya.

M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajab @ Mohd. Ghazali Mohd. Zain, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam di Hospital Ampang pada 17 September lalu selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada keesokan harinya.

Reda dengan pemergian suaminya itu, katanya, inilah lumrah kehidupan yang mana setiap insan pasti akan merasai saat kehilangan insan tersayang.
"Semua orang memang akan mengalami saat begini. Sedih dan perasaan sunyi itu memang saya tidak boleh nafikan tetapi kita perlu tabah hadapi segala apa yang terjadi.

"Empat tahun macam-macam penderitaan yang arwah tempuhi. Sampailah pada tahun ini dia tak bercakap langsung.
"Cuma apa yang mengejutkan saya, beberapa hari sebelum dia meninggal dia bercakap dengan lancar (Mah nak air) meminta air daripada saya," katanya lagi..






Telur ayam bulat seperti bola


CORNWALL - Seorang chef masakan berusia 27 tahun, James Church terkejut apabila dia terjumpa sebiji telur ayam unik yang berbentuk bulat seperti bola ketika sibuk memasak di Hotel Bristol di Newquay, Cornwall baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.


"Saya sedang bekerja pada waktu pagi dengan memecahkan telur dan membuat sarapan seperti biasa. Saya kemudian mengeluarkan satu bekas dan kemudian terlihat telur ini," kata Church yang menceritakan penemuan unik itu.

Menurutnya, dia berasa tergamam seketika sebelum memanggil semua orang yang berada di dapur untuk melihatnya.


Dia berkata, mereka turut kagum kerana tidak pernah melihat telur unik itu.
Church yang bekerja selama lapan tahun sebagai tukang masak membuat keputusan untuk menyimpan telur unik itu.


P/S - Pelik ke? lulu pernah jumpa lah.. Sayang je tak ambik gambar.. Lama dulu..masa kecik lagi..





Rooney 'naik angin'dengan Ferguson

ROONEY (kiri) gagal memberi impak berkesan sejak mengalami kecederaan sehingga mencetuskan kegelisahan di hati pengurus United, Alex Ferguson.

Manchester United kini mula bimbang mengenai masa depan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney. Terdahulu, penyerang pasukan England itu menyelar kenyataan pengurus United, Alex Ferguson yang mengatakan prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.
"Saya tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang saya alami," tegas Rooney ketika diminta mengulas kenyataan Ferguson baru-baru ini.
Ketika ditanya mengapa Ferguson berkata demikian, Rooney menjawab: "Saya tidak tahu mengapa."
Rooney gagal meledak sebarang gol ketika England seri tanpa jaringan dengan Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi kelmarin.
Kini kebimbangan mula timbul mengenai perbincangan kontrak baru Rooney bersama United akan berdepan masalah.
Kontraknya akan berakhir hujung musim ini dan United telah mendedahkan hajat mereka untuk mengekalkan penyerang itu di Old Trafford dengan kontrak jangka masa panjang.
Begitupun, Rooney dikatakan telah meminta supaya perbinca- ngan mengenai kontrak tersebut ditangguhkan seketika.
Ejen Rooney juga telah meminta gaji pemain tersebut dinaikkan daripada £90,000 (RM445,909) kepada £150,000 (RM743,465) seminggu.
Ketika ini, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Rooney dan mampu mengatasi tawaran United itu.





Balqis 'terbang'

NORIZAN menunjukkan batu permata dan seketul batu besar yang ditemui terjatuh di dalam rumahnya, semalam.

Penduduk jumpa tempat pengamal ilmu hitam

JERTIH: Sejak tengah hari kelmarin, keluarga gadis ghaib melalui kejadian menakutkan apabila menemui batu hitam seberat tiga kilogram di dapur, selain tujuh cubaan mengghaibkan semula Siti Balqis Mohd Nor, 22

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata percubaan jin membawa keluar anaknya dari tingkap dapat digagalkan apabila seorang saudaranya nampak Siti Balqis ‘terbang’ ke arah tingkap sebelum memegang dan merentap kakinya.

“Kejadian ini membuatkan Siti Balqis agak letih hari ini (semalam) dan kami memintanya berehat,” kata Norizan ketika ditemui rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini.

Wartawan Berita Harian yang berada di rumah itu sejak jam 3 petang semalam berpeluang menyaksikan tiga batu berharga yang tiba-tiba jatuh dan mendapati ada imej pintu Kaabah di dalamnya dan yang lain ada yang tertera dalam tulisan jawi kalimah Allah, Muhammad dan satu berwajah manusia.

Orang ramai yang membaca akhbar ini mengenai penemuan batu bernilai berkenaan terus berpusu-pusu ke rumah itu untuk melihat sendiri batu berkenaan dan tidak ketinggalan mengambil gambar.

Sementara itu, Norizan berkata, selepas merujuk pegawai agama Yayasan Islam Terengganu (YIT), Fauzi Yusof dan penasihat agama ilmu ghaib, program Alam Ghaib TV3, Sharhan Shafie, menasihatkannya menyimpan batu berkenaan dalam bekas khas yang direndam dalam air zam zam.
Sementara itu, rahsia gua di kawasan perkelahan Bukit Keluang, dekat sini menjadi tempat pengamal ilmu hitam dan khurafat kini terbongkar.

Kehadiran bomoh dan kumpulan orang betapa itu disedari sekumpulan penduduk yang mencari Siti Balqis yang dipercayai dighaibkan dari rumahnya ke gua itu Sabtu lalu.

Penduduk yang mencari Siti Balqis, terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan sembilan orang termasuk tiga wanita sedang betapa di dalam gua itu kira-kira jam 1 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, yang turut serta bersama pasukan mencari gadis misteri itu turut terkejut kerana tempat berkenaan dipenuhi dengan peralatan pemujaan yang berselerak di dalam gua.

Sehubungan itu, Ramlan meminta Pejabat Agama Daerah Besut membuat pemantauan di kawasan perkelahan terkenal itu yang didakwa banyak gua dan mengambil tindakan menghapuskan kegiatan syirik dan khurafat di situ.






 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!