Wednesday, October 13, 2010

Latest - Bunga Citra Lestari...

Hah.. ni adalah gambar Bunga citra Lestari, bersama suami, ashraf dan anaknya... Terbaru yaww...
ngee enjoy....

Lambaian Kaabah: Menabung 40 tahun melalui potongan gaji


KELANA JAYA: “Sebelum ini, saya terpaksa menangguhkan pemergian ke Tanah Suci Makkah kerana tidak sanggup meninggalkan dua cucu yang ketika itu masih kecil,” kata Sharipah Adam, 63, salah seorang jemaah haji kumpulan kesembilan (KT09) yang ditemui di Kompleks Haji Kelana Jaya di sini, semalam.
Sharipah adalah antara 340 jemaah haji yang berlepas ke Makkah jam 7.30 petang semalam dan dijangka tiba di Jeddah jam 11.30 malam waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, pemergiannya ke Tanah Suci diiringi ibu saudaranya, Ramlah Mobil, 79, dan anak saudaranya, Rozaini Abdullah, 57.

Tambah Sharipah, sudah lama dia menyimpan hasrat menunaikan haji dan mula menyimpan duit sejak 40 tahun melalui potongan gaji sebanyak RM50 sebulan sebelum mendaftarkan diri pada 2002 sebaik saja bersara sebagai kakitangan kerajaan.

“Pemergian suami akibat sakit jantung pada 1994 banyak mengubah kehidupan saya memandangkan ketika itu semua anak bersekolah dan kecil menyebabkan saya perlu berjimat ketika berbelanja.

“Namun, keinginan yang kuat untuk mengerjakan haji menyebabkan saya memperuntukkan sedikit wang setiap bulan. Saya gembira kerana dapat mengerjakan haji dengan hasil titik peluh sendiri selain bantuan daripada anak-anak,” katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sharipah berkata, dia pernah menangguhkan pemergian pada 2005 dan 2006 kerana ingin menjaga dua cucu yang tinggal bersamanya. Namun, kali ini dia seolah-olah mendapat seru dan terbuka pintu hati untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

“Seperti jemaah lain, saya berharap memperoleh haji mabrur dan mampu menjalani ibadah di sana dengan sebaik mungkin,” katanya.

Bagi Ramlah yang ditemani anaknya, Rozaini berharap segala urusannya di sana nanti berjalan dengan lancar dan mampu melakukan ibadat dengan baik walaupun sedar dirinya sudah berusia dan menghidap kencing manis.

Menurutnya, walaupun hanya dimaklumkan terpilih untuk ke Makkah sebelum bulan puasa lalu, namun, persediaan sudah dibuat lebih awal sejak mereka mula mendaftar pada 2006.

“Sebelum ini, kami pernah membuat rayuan agar dipercepatkan giliran tetapi saya bersyukur masa ditunggu tiba juga akhirnya,” katanya.





40 maut bas dirempuh kereta api


MARGANETS, Ukraine - Seramai 40 orang maut dan 10 lagi cedera semalam apabila sebuah bas dipenuhi dengan penumpang dirempuh sebuah kereta api dekat Kampung Marganets semalam.
Kejadian berlaku apabila bas itu sedang melintasi sebuah landasan kereta api dekat Kampung Marganets.
Polis tempatan menyatakan kesalahan dilakukan oleh pemandu bas itu kerana ia melintasi landasan semasa lampu isyarat bernyala merah.

"Pemandu bas itu melanggar lampu suyarat merah sebelum ia dirempuh sebuah kereta api," kata seorang jurucakap polis, Lyudmila Bashmakova. Menurutnya, antara yang maut termasuk kanak-kanak.
Kementerian Dalam Negeri menyatakan dalam satu kenyataan bahawa kereta api itu mengheret bas itu sepanjang 30 meter.


Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych mengisytiharkan hari perkabungan bagi memperingati mangsa kejadian.
"Mangsa-mangsa yang terselamat dapat mengingati mereka menjerit (ke arah pemandu) mengenai bunyi amaran (di landasan) yang memberi petunjuk landasan itu tidak boleh dilalui," kata Menteri Pengangkutan Ukraine, Kostyantyn Efimenko.

Ukraine mempunyai rekod kemalangan jalan raya yang teruk ekoran usia kenderaan dan sikap pemandu tidak mematuhi peraturan jalan raya.


P/S - Terkini mangsa korban sudah menjadi 43 orang..Harap maklum.





Taiwan larang mi segera Indonesia


JAKARTA - Ketua Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei (TETO) di sini, Chen Win-Ping, menafikan larangan pengedaran mi segera jenama Indomie dari Indonesia di Taiwan bermotifkan persaingan perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menyangkal laporan sebelum ini oleh media Indonesia bahawa Indomie merupakan mangsa persaingan perniagaan tidak sihat ekoran penarikan produk itu daripada pasaran Taiwan.
Laporan itu turut menyatakan, pihak berkuasa Taiwan menarik semula produk itu dengan alasan ia mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi.
"Laporan itu tidak benar. (Sebaliknya) Petugas kesihatan kami mendapati kandungan pengawet dalam Indomie melebihi standard nasional sejak Mei lalu," ujar Win-Ping di sini semalam.
Menurutnya, selepas penemuan tersebut, pihaknya melaporkan kes itu kepada Kementerian Perindustrian Indonesia untuk tindakan lanjut.
Selain itu, pihak berkuasa di Taiwan turut menghubungi pengilang Indomie, PT Indofood supaya mengurangkan kandungan pengawet Methyl P-Hydroxybenzoate pada standard yang ditetapkan pemerintah Taiwan.
"Namun, selepas melakukan ujian kedua pada minggu lalu, kami masih menemui kandungan bahan pengawet dalam jumlah berlebihan. Justeru, tindakan menarik produk berkenaan dari pasaran terpaksa dilakukan," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihak berkuasa Taiwan akan membenarkan penjualan Indomie di negara itu sekiranya PT Indofood bertindak mengurangkan bahan pengawet seperti yang ditetapkan.


P/S - Mi ni sedap..sesedap namanya.. Teringat iklan tu...'mee sedap..semua suka..'





Terkini kemalangan ngeri..10.10.10

Syarikat bas ekspres mohon maaf

ELAKA 12 Okt. - Syarikat Kuala Lumpur Malacca Ekspress Sdn. Bhd. memohon maaf kepada keluarga 12 mangsa yang terbunuh dan cedera ekoran kemalangan membabitkan bas Ekspres Delima di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Alor Gajah kelmarin. Pengurus Besarnya, Vincent Mah berkata, syarikat itu juga bersetuju untuk memberikan wang sagu hati berjumlah RM1,000 kepada keluarga setiap mangsa yang terbunuh dan RM500 bagi yang mengalami kecederaan.
''Syarikat kami benar-benar berasa kecewa atas apa yang terjadi.
''Kami mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang terbunuh dan kami juga memohon maaf kepada mereka yang mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Taman Malim Jaya di sini hari ini.
Nahas pada pukul 6.50 petang itu berlaku apabila sebuah bas milik syarikat itu yang dipercayai dipandu laju gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain.
Ia kemudian bertembung dengan bas milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ketika itu dinaiki oleh kira-kira 36 penumpang.
Sehubungan itu, Vincent berharap keluarga penumpang bas terbabit menghubungi pihaknya bagi memudahkan urusan pemberian wang saguhati tersebut dengan menelefon nombor 06-3371663 atau 016-6621333.
Ditanya mengenai keluarga mangsa yang mungkin menyaman syarikatnya, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang notis atau dihubungi oleh keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.
''Kami tidak menghalang mana-mana keluarga mangsa yang mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat ini.
''Bagi saya itu adalah hak mereka jika mahu mengambil tindakan mahkamah," ujarnya.
Sementara itu, Vincent berkata, perkhidmatan bas syarikat tersebut yang telah beroperasi sejak 61 tahun lalu, masih berjalan seperti biasa.
Menurut beliau, pihaknya belum menerima sebarang arahan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggantung permit 11 bas milik Syarikat Kuala Lumpur-Melaka Ekspres Sdn. Bhd. itu.
Ujarnya, siasatan ke atas kesemua bas milik syarikatnya telah dilakukan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) semalam.
''Beberapa bas kami juga telah dihantar ke Puspakom di Rembau untuk diperiksa dan kami telah memberikan kerjasama secukupnya kepada pihak berkaitan," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, syarikatnya menunggu sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh JPJ atau LPKP ekoran kemalangan yang melibatkan bas milik syarikat itu.

Periksa kotak hitam

KUALA LUMPUR: Polis akan meneliti kotak hitam bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan ngeri petang kelmarin bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, kes itu perlu disiasat dari setiap sudut secara terperinci untuk mengetahui sama ada kemalangan itu berpunca daripada masalah teknikal atau faktor lain.
“Siasatan awal dengan menyemak rekod pemandu dan syarikat pengangkutan, kedua-duanya tiada rekod kesalahan dan rekod saman. Bagaimanapun kita akan siasat dari semua sudut termasuk meneliti kotak hitam bas itu “Mengikut rekod pihak lebuh raya, maklumat kemalangan diterima kira-kira jam 6.47 petang dan bas itu didapati baru 45 minit berlepas dari stesen Melaka Sentral. Ketika itu cuaca juga masih terang dan baik.

“Pemandu bas itu pula berusia 52 tahun dan saya rasa mempunyai cukup pengalaman memandu bas ekspres. Jadi beri kita masa untuk menyiasat punca sebenar,” katanya yang menyifatkan kemalangan itu sebagai yang terburuk pernah berlaku sepanjang tahun ini,” katanya.

Tangan kiri dipotong akibat remuk

KUALA LUMPUR: “Tangan kiri abang saya terpaksa dipotong akibat remuk teruk,” kata Lee Han Seng, 25, adik kepada mangsa tragedi kemalangan maut dua bas, tiga kereta dan van di Kilometer 223, Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Pedas, Negeri Sembilan, petang kelmarin.
Mangsa, Lee Han Wei, 28, yang cedera parah terpaksa menjalani pembedahan memotong tangan kirinya hingga paras lengan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dipindahkan ke hospital berkenaan dari Hospital Tampin.
Adiknya, Lee Han Seng, 25, yang berasal dari Bertam Hulu, Melaka, berkata dia mengetahui abangnya itu terbabit dalam nahas ngeri berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam apabila dihubungi jururawat dari Hospital Tampin. Bagaimanapun, dia pada mulanya tidak percaya apa yang dikatakan jururawat berkenaan sebelum dia dan keluarga menghubungi teman wanita abangnya dalam bas berkenaan.

Lihat jenazah bukan ijazah

MELAKA: “Gelagat arwah bertukar menjadi ceria sejak kebelakangan ini walaupun dia seorang pendiam, malah sempat memakaikan dua anak saudaranya jubah majlis konvokesyennya sebelum merakam gambar mereka.
“Saya tidak mengesyaki sebarang perubahan cuma hairan dengan sikapnya itu,” kata Norhafizah Abdul Karim, 28, kakak kepada Norazmi, 24, graduan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh.
Allahyarham bakal guru bercuti dua bulan, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakan dan menguruskan hal berkaitan majlis konvokesyennya di UPSI Jumaat ini.

Menurutnya, Norazmi seolah-olah keberatan menaiki bas itu pada jam 6 petang kelmarin, tetapi tiada pilihan kerana tiket kehabisan walaupun mengikut perancangan mahu menaiki bas pada jam 5 petang. Katanya, mereka sekeluarga sangat sedih kerana Norazmi tidak sempat menggenggam segulung ijazah seterusnya menjadi seorang guru pendidikan seni.

“Semua persiapan majlis konvokesyen sudah dibuat. Malah, baju konvokesyen juga diambil dan bawa balik ke rumah pada 7 Oktober lalu.

“Paling kami sekeluarga sedih, arwah sempat merakam gambar dengan memakaikan baju konvo kepada dua anak saya, Haidi Azely Rashid, 7, dan Puteri Irdina Zuyyin, 3. Dia nampak gembira dan ceria bakal menjadi guru.

“Namun takdir menentukan Norazmi tidak sempat mengambil ijazahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.

Katanya, dia bersama suaminya, Rashid Hashim, 34, dan anak serta anak saudara menghantar adiknya menaiki bas di Terminal Melaka Sentral, tetapi sebelum itu arwah sempat mengandam pengantin di Batu Berendam, di sini.

“Arwah berjiwa seni dan berbakat dalam bidang mengandam pengantin. Jadi selepas menemani dia mengandam pengantin di Batu Berendam, barulah saya menghantarnya ke Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 3 petang.

“Sebelum arwah beli tiket, kami sekeluarga sempat makan bersama. Kemudian kami datang semula ke kereta untuk ambil beg arwah. Tak sangka, selalunya kami tunggu sehingga dia naik bas, namun semalam (kelmarin) terus balik dan tidak rasa nak tunggu,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Abd Karim Jamaludin, 64, yang menetap di Felda Chemomoi, Triang, Pahang, berkata pada mulanya dia tidak mengetahui kejadian sebenar yang menimpa anak keenam daripada tujuh beradik itu kerana tidak dimaklumkan perkara sebenar.

Menurutnya, dia dimaklumkan agar bersiap bersama isterinya, Salamah Ismail, 57, pada awal pagi kerana perlu pergi ke Melaka kerana mempunyai urusan.

“Sebelum itu rakan ada menghubungi kira-kira jam 3 pagi tetapi tidak memberitahu mengenai kemalangan (menimpa anak) tetapi dalam perjalanan ke Melaka, Norhafizah memberitahu kejadian menimpa Norazmi.

“Norazmi adalah anak harapan, malah dia juga masih belum menerima gaji berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Damansara sebelum Aidilfitri lalu,” katanya.

Jenazah Norazmi dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Pondok Kempas, Selandar, Jasin, petang semalam.


 P/S - Korang nak tgk gambar-gambar kemalangan tersebut? Nanti lulu update..mekasih....

 

 

Shafnie Dakwa AC Mizal Bangga Dengan Kekayaan


KAJANG: Bekas isteri AC Mizal mendakwa pelakon dan pengacara tersebut berbangga dengan publisiti yang diterima berhubung kekayaannya yang tersiar di media.
Shafnie Zainudin, 35, berkata dia tidak ada mendengar atau mengetahui AC Mizal mengeluarkan kenyataan marah atau mahu mengambil tindakan undang-undang iaitu saman terhadap berita mengenai kekayaan tersebut.
“Tidak pernah, malah dia berbangga. Saya dapat tahu ada berita mengenai dia dikatakan antara artis terkaya di Malaysia tersiar baru-baru ini,” kata Shafne pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Selasa.
Selain itu, Shafnie juga memberitahu bahawa bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu juga tidak pernah membeli pakaian bagi dua anak mereka sempena Hari Raya Aidilfitri sejak empat tahun lalu.
Tambahnya lagi, kali terakhir AC Mizal menyediakan kelengkapan itu adalah pada tahun 2005.
“Sejak itu, semua perbelanjaan termasuk persekolahan ditanggung oleh saya,” katanya.
Shafnie yang disoal semula oleh peguam syarienya, Mohd Ridhwan Husin juga memberitahu, AC Mizal tidak pernah melihat anak di sekolah, mengambil tahu keputusan peperiksaan mahupun terlibat dalam Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah.
Tambahnya lagi, mereka kini tinggal bersama keluarganya di Bangi, dekat sini memandangkan AC Mizal tidak ada menyediakan rumah sebagai tempat tinggal untuk anak.
“Terus terang, saya tidak mampu lagi untuk membayar sewa rumah sebelum ini. Oleh itu, selepas berbincang dengan ibu, saya bersetuju untuk pindah masuk dengan mereka termasuk menukar sekolah anak saya,” katanya.
Mengenai tuntutannya terhadap hiburan, Shafnie berkata, perkara tersebut yang meliputi barang permainan dan menonton wayang merupakan keperluan pada zaman sekarang, meskipun anaknya tidak pernah merungut.
“Anak sering ceritakan kepada saya apa yang ibu bapa kawan-kawan mereka buat. Apa yang anak saya mahu, sebagai seorang ibu, saya akan cuba tunaikan asalkan mengikut kemampuan dan munasabah,” tambahnya.
Shafnie juga dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila disoal sama ada anaknya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam makanan.
“Anak saya seperti biasa. Mereka suka makan ayam, lauk dan makanan biasa selain daripada makanan biasa. Saya bekerja, jadi apabila hujung minggu saya memasak,” katanya yang telah ditenangkan oleh Mohd Ridhwan.
Justeru itu, dia memohon permohonannya supaya nafkah dua anak mereka yang berjumlah RM300 sebulan dinaikkan menjadi RM3,770 dapat dipertimbangkan oleh mahkamah kerana ia adalah untuk anak dan tidak membawa sebarang faedah kepada dirinya.
Menurutnya, jumlah RM300 dipersetujui pada tahun 2004, iaitu tiga tahun selepas mereka bercerai.
“Pada tahun itu, saya reda berikutan AC Mizal tidak mempunyai kemampuan, malah ibu bapanya juga hadir ke mahkamah mengatakan anak mereka tidak mampu,” tambahnya.
Pada prosiding itu, AC Mizal, 39, diwakili peguam syarie Siti Aishah Din.
Perbicaraan yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah bersambung 11 Januari 2011.
Pasanganitu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.


P/S - Mestilah bangga dengan kekayaan kalau semua tu atas usaha sendiri.. ye tak?





Ada kelibat wanita kendong anak


KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.


Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.

Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.

"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya.





 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!