Monday, September 20, 2010

Rainforest Discovery Centre (RDC) - Nyaman mempersona..


Rainforest Discovery Centre (RDC) merupakan gateway untuk mengenal keunikan dan kepentingan hutan Borneo.


Terletak 23 kilometer dari Pekan Sandakan dan tidak terlalu jauh dari Pusat Rehabilitasi Sepilok,  apa yang menarik disini?





RDC memiliki Kilang Discovery Garden (pelbagai spesis bunga-bunga), Kapili-Sepilok Forest Reserve, program pendidikan persekitaran dan sebuah tasik kecil untuk naik perahu.

 


















RDC juga memberikan pengunjung peluang untuk lebih dekat dengan alam melalui program Pengalaman Alam, termasuk berjalan-jalan dipandu ke Kilang Discovery Garden, Rainforest Walk dan indoor / aktiviti di luar bilik.



Pameran gambar

 
Siling yang unik dan menarik


Pada 2009, RDC juga menjadi tempat rasmi untuk Burung Borneo Festival tahunan yang menarik penyertaan Burung penggemar dari seluruh dunia.
 
Salah satu spesis burung disini


Bagi lulu paling istimewanya tempat ini adalah canopy walk nya.. Seram juga..Tinggi wo...









Tak usah takut untuk canopy walk walaupun tinggi dari tanah.. 'Titi' ini selamat..


Wah kreatifnye..


Tinggi ni..


Kalau bernasib baik, boleh tgk burung dari atas ni.


Hah burung nilah kononnye..masa lulu disini, tak de nampak burung..kira tak bernasib baik lah ye..


Pokok Menggaris..Pokok ni tinggi sangat.. ntah berapa usianya..


Awal pagi pun dah ramai pengunjung..


Memang bernasib baik..ada nampak binatang ni kat atas pokok..

Kalau anda bernasib baik, boleh juga nampak orang utan atau monyet proboscis kat sini.. Tapi lulu tak nampak...huh nasib tak baik..

Pusat ini terbuka 7 hari seminggu, termasuk hari cuti umum, dari 8:00-5:00
 
Cara ke Sini
 
Perjalanan ke sini mengambil masa 45 minit dari bandar Sandakan dan 30 minit dari lapangan terbang Sandakan.





P/S - Sesuai bagi pencinta alam.. Hutan yang tidak pernah terusik ini memang salah satu keindahan sandakan yang amat bernilai...




Wanita bunuh buaya 464kg


TASIK MOULTRIE, Amerika Syarikat - Seorang wanita berumur 48 tahun, Mary Ellen Mara-Christian menembak seekor buaya seberat 464 kilogram (kg) di sini sebelum membunuh haiwan itu dengan sebilah pisau, lapor sebuah akhbar semalam.
Mara-Christian berkata, dia mengambil masa selama dua jam untuk memburu dan menembak mati buaya sepanjang 3.9 meter itu baru-baru ini.


Buaya yang mati berumur di antara 60 hingga 70 tahun itu kemudian dibawa ke sebuah pusat memproses daging di Carolina Selatan manakala kulitnya akan dipamerkan.
"Haiwan itu merupakan seekor buaya yang sudah tua," kata Mara-Christian yang memburu buaya bersama suaminya, Mark dan beberapa rakannya dengan menaiki sebuah bot.
Dia menembak buaya itu dengan pistol .22 caliber namun tembakan tersebut tidak mampu untuk membunuh haiwan berkenaan.


Wanita itu kemudian menggunakan sebilah pisau untuk memutuskan saraf tunjang buaya tersebut.
Buaya itu kemudian diikat pada bot sebelum ia dibawa ke daratan.
Dia mendapat lesen daripada pihak berkuasa untuk memburu buaya di kawasan tasik itu.


P/S - Confirm lebih besar dari yg ada di Taman Buaya, Sandakan..ngee.. 








Bila makbed post....




Lulu suka sgt post makbed..[klik]
Memang sesuai sgt ditujukan buat lelaki zaman skrg..yg selalu menjadikan alasan 'ikut sunnah nabi' sbg alasan untuk kawen lebih drpd satu..post makbed mmg tepat..tahniah le kepada sumber post itu..syabas babuji..ngee..

Tapi disebalik petikan itu, buat wanita juga terselit pengajaran yg maha penting. Baik blom kawen mahupun sdh kawen..Bagaimana melayan srg lelaki bernama suami..Bersabarlah dgn kemampuannya..Tak semua harta duniawi ini membahagiakan..kasih sayang lebih penting..ceewahh...

Semangat makbed..send lebih byk post bermutu...semangat utk lebih berblog..(apatah lg baru menang satu lagi contest..ntah makbed tau ke tak ni..maklumlah keputusan contest diumum masa makbed bercuti sakan dirumah mertua..ngee...TAHNIAH)




P/S - tukar background yer...yg dulu mmg lagi lawa..tp perubahan mmg baik..(mungkin lulu blom biasa background baru..)..anyway, wah...boleh tahan juga background tu...

*You're Welcome makbed [klik]






Abby Abadi Dedah Norman Mahu Rujuk Semula


Ketika isu tuntutan wang hantaran RM11,111.11 daripada Abby Abadi terhadap Norman Hakim kecoh "diperdebatkan", timbul cerita panas baru di mana Norman pernah meluahkan perasaan mahu rujuk semula dengan Abby.
Abby berkata, Norman juga pernah meluahkan kata-kata sayang terhadapnya dalam tahun ini termasuklah "saya rindu awak".
"Dia pernah berkata mahu berbaik semula dengan saya tetapi saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah dengan apa yang saya terkena sebelum ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar, Ahad.
Kata Abby, dia sudah masak dengan perangai Norman dan perasaan terhadap lelaki itu telah lama hilang.
Beritahu Abby, walaupun dia dilihat seperti begitu membenci Norman apabila membaca kenyataan demi kenyataan yang dipaparkan, hakikatnya, Abby tidak pernah menganggap Norman sebagai musuh mahupun kawan.
Cukuplah Norman sekadar menjadi seorang ayah kepada tiga orang anaknya, Mohamed Danish Hakim,7, Marissa Dania Hakim,5, dan Maria Danisha Hakim,2.
“Baru-baru ini, pihak media telah menyiarkan yang saya dan Norman sudah berbaik semula, tetapi sebenarnya tidak. Susah nak cakap, memang sepanjang kami berpisah, hubungan saya dengan dia sekadar biasa-biasa saja," katanya.
Kata Abby lagi, selepas bercerai dia berharap hatinya lebih tenang, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada sahaja masalah diantara dia dan Norman sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Norman menangis semasa dlm proses penceraian hari tu..

Malah lebih parah apabila Norman dikatakan mula lepas tangan hal berkaitan anak-anaknya.
“Kalau nak ikutkan, besar tanggungjawab seorang lelaki terhadap keluarga walaupun sudah bercerai, dia perlu mengambil kisah tentang anak-anak.
“Tapi lain pula jadinya. Saya akui dia ada menjenguk anak dan membeli barang-barang untuk mereka, tetapi tidak sekerap dahulu. Apalagi bila berdepan dengannya untuk berbincang tentang hal ini, ia menjadi semakin rumit.
“Sebab itu saya berani membuat kenyataan kepada umum kerana ini saja caranya, demi anak-anak, walaupun orang akan mempertikaikan saya.
“Biarlah apa orang nak kata, sebab saya tahu saya tak akan dapat apa-apa faedah bila buat kenyataan sebegini, tapi ia lebih untuk kebajikan anak-anak saya,” ujarnya.


P/S - Dah nak kawen bini baru mana nak ingat anak..adeh..





Abramovich percaya kredibiliti Ancelotti


LONDON - Carlo Ancelotti bakal ditawarkan kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal sebagai pengurus Chelsea sehingga 2014.

Pengurus dari Itali itu berjaya membimbing skuad The Blues menjulang gelaran berganda iaitu Liga Perdana England dan Piala FA musim lalu, sekali gus berjaya memuaskan hati pemilik kelab, Roman Abramovich.
Ancelotti, 51, menandatangani kontrak selama tiga tahun bernilai £3 juta (RM15 juta) ketika tiba di Stamford Bridge dari AC Milan.

Kontrak tersebut akan disambung sekurang-kurangnya buat dua tahun lagi sekiranya perbincangan dengan Abramovich berjalan lancar.


Abramovich juga dikatakan sangat gembira dengan perkembangan dan corak permainan Chelsea di bawah kendalian Ancelotti ketika ini.
Di bawah kendalian Ancelotti musim lalu, skuad The Blues mencatat rekod 103 gol ketika menjuarai gelaran liga.
Pada saingan musim ini, Chelsea pula berjaya mengekalkan rekod kemenangan dalam lima perlawanan dengan purata 4 gol dalam setiap perlawanan.


Dalam urusan pembelian pemain, Ancelotti hanya membeli seorang pemain saja musim ini iaitu perancang Brazil berharga £20 juta (RM97 juta), Ramires.





Chelsea kukuhkan kedudukan


Chelsea mengekalkan rekod kemenangan besar pada kempen Liga Perdana England musim ini.
Pada aksi awal pagi tadi, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu membelasah Blackpool 4-0 untuk memenangi kesemua lima perlawanan pertama dengan 21 jaringan dan hanya bolos satu gol.


Kesemua gol skuad The Blues diperoleh pada babak pertama menerusi Florent Malouda yang meledakkan dua gol pada minit kedua dan 41.








Salomon Kalou serta Didier Drogba turut meletakkan nama mereka selaku penjaring apabila menambah gol Chelsea masing-masing pada minit ke 12 dan 30.


Kemenangan itu turut membantu Chelsea mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan 15 mata, empat mata di depan Arsenal dan Manchester United.





P/S - Yeh yeh......






Antara jenaka dan spiritual M.Rajoli


SETIAP insan yang hidup di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada kematian termasuklah mereka yang bergelar artis. Apa yang membezakan setiap orang itu adalah cara mereka dijemput Tuhan.
Jumaat lalu, bersamaan dengan Syawal kelapan, seorang lagi insan yang bergelar seniman, M. Rajoli telah dijemput Ilahi selepas berperang derita limfoma sejak November 2007. Bagaimanapun, pelakon yang cukup terkenal dengan karakter warak dan lucu ini disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor pada pukul 10.45 malam kerana mengalami masalah tekanan darah rendah dan masalah jantung.
Perginya pemilik nama sebenar Mohd. Rajoli Mohd. Zin pada usia 65 tahun itu telah meninggalkan dua orang balu, Hashimah Mohd. Din dan Wan Chik Daud serta empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama Hashimah iaitu Siti Zaleha, 34, Nur Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, bersama tujuh cucu.

ISTERI kedua M.Rajoli, Wan Chik Othman memberi kucupan kepada suaminya selepas diangkat sebagai Aktor Pembantu Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin ke-9 pada tahun 2007. Beliau membawa pulang trofi tersebut menerusi lakonannya dalam drama Tanah Kubur yang merupakan anugerah terakhir dalam kariernya.

Menurut pengarah lakonan sitkom komedi Salam Pantai Timur, Sabri Yunus, M. Rajoli sememangnya terkenal di kalangan rakan artis sebagai seorang yang suka berjenaka untuk menghiburkan semua orang.
Katanya, apa yang istimewa tentang seorang insan bernama M.Rajoli ialah dia mempunyai latar belakang yang kukuh.
“Memang M.Rajoli sudah masuk ke dalam industri seni sejak era 60-an tetapi dia aktif sepenuhnya sejak ketika umurnya sudah matang. Di situ saya nampak dia sudah kukuh latar belakangnya dengan pengalaman kehidupan sebelum melalui liku-liku kehidupan sebagai artis.
“Kalau kita tengok, apa yang arwah buat menunjukkan yang peribadinya sudah kukuh,” katanya.
Tambahnya, pengalaman sepanjang empat tahun berkerja dengan M.Rajoli dalam Salam Pantai Timur, dia boleh melihat sisi sebenar lelaki itu di luar kepompong sebagai seorang artis.
“Seingat saya boleh dikatakan sebelum setiap rakaman sitkom itu M.Rajoli akan membacakan doa. Perkara itu sudah menjadi satu tradisi sepanjang rakaman itu berlangsung.
“Semua pelakon pun memberikan kerjasama dan adakalanya bila arwah terlupa pelakon-pelakon lain akan mengingatkan,” ujarnya.
Jelasnya lagi, secara peribadi dia merasakan pemergian M.Rajoli yang lahir pada 7 April 1945 di Pasir Mas, Kelantan umpama kehilangan seorang insan yang sering dijadikan rujukan berkaitan hal agama.

“Kami tahu kepakaran dia dalam pengajian al-Quran dan biasanya jika bertanya hal agama, arwah akan membaca ayat al-Quran berkaitan bersama terjemahannya sekali.
“Selain bakat lakonannya yang besar dalam bidang seni, pengetahuannya yang luas dalam agama menjadi suatu keistimewaan buat M.Rajoli,” katanya tentang sikap pelakon itu yang kini hanya tinggal dalam kenangan.


P/S - Al-Fatihah..






Holiday punya cerita lagi.....



Percutian lulu di bumi Sandakan ni diteruskan ke tempat yang vasssss...ada klass...

Taman Buaya Sandakan.

Tgk tangan replika buaya tu.. Sblh kiri tunjuk 'bagus' sblh kanan tunjuk arah..soo....cute..eh

Beralamat di Batu 8, Jalan Labuk ataupun lebih tepat, mengambil masa satu setengah jam dari bandar Sandakan.. (Bandar Sandakan ni mmg besar...)




Yuran Kemasukan
Dewasa                                                RM5.00
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun    RM3.00
(Kat sini korang boleh bawa kamera, ambil berapa byk pun gambar, free of charge..)

Lepas byr tiket, teruslah melangkah masuk..jeng..jeng..anda suka buaya? lulu suka buaya? jom tgk..  





Peliklah..kat sini banyak buaya tak de ekor..nape eh..




Taman Buaya Sandakan  merupakan taman yang terbesar di Malaysia kerana memiliki lebih 3000 ekor reptilia itu di dalamnya.  

Tako mmg buaya terbesar disini...klik gambar untuk lebih jelas..


Percaya tak? Tako lebih besar dari lulu...adeh...dinasor ni..ngee..(Dia dah mkn 4 org..)

Baka asli didapati daripada  buaya liar yang menghuni  di sepanjang Sungai Kinabatangan.  Haiwan tersebut diternak untuk mendapatkan kulitnya bagi membuat kasut dan beg.


Ini pula Taki.. buaya kedua terbesar disini..



Diam jer dia ni..

Tetiba, bila asyik round 'kolam' demi 'kolam' buaya, ada announce suruh pergi kolam A.. Kolam ni mmg byk sgt buaya.. Tak terkira banyaknya.. Besar-besar.. Rasanya buaya ni dah ' tua-tua lah..' Diaorang nak bagi mkn.. So, bila wisel bunyi, eh, ajaib..menghairankan.. buaya tu menuju ke pintu...adeh..pandainye...


Inilah kolam A


Tengok badan buaya-buaya ni luka-luka..



Rasanye buaya-buaya ni dibagi daging ayam..Nampak mcm gitu..

Kat sini ada binatang lain juga.. Bukan buaya jer.. Dah mcm mini zoo tempat ni.. Tapi mmg lebih kepada Buaya la..





























Selain  peluang menyaksikan secara dekat reptilia  terbesar  di Sabah ini, taman ini juga turut menawarkan beberapa tarikan lain termasuklah pertunjukan buaya dan ular.

Masa Melawat
Pertunjukan Hari Biasa (Buaya sahaja) – 11.45pagi &  4.00petang
Pertunjukan Hari Ahad dan Cuti Umum (Buaya dan Ular) – 11.45 pagi , 2.00 petang  & 4.00 petang
Masa memberikan makanan – dari  9.30 pagi  ke atas sehingga 4.30 petang

Kebetulan masa lulu pergi ni, ada pertunjukkan...

















Gosok gigi





Dalam taman Buaya ni ada juga statue buaya untuk korang posing..ngee.. Ini adalah antaranya...







Okey, itu je la..Korang nak tgk lebih sila datang sini sendiri...Mana nak tgk banyak buaya selain kat sini...










 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!