Friday, August 27, 2010

Saya Tak Mau Mati

 
 
Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata, "Saya tak mau mati lagi, doktor".

Merasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata, "Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata, "Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!" Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya. Pesakit itu berkata, "Tengok doktor, semua tempat saya pegang rasa sakit"

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata, "Jari tangan awak sebenarnya yang patah".
 
 




Wee Wittttt..........yahuuuu!



Salam...
Hari ni lulu dapat award dari HanisAzla . Terima kasih bebanyak eh.. Tak sangka dapat award dari awak pula.. So, tahniah, sekarang dah pandai terima and beri award.. Wah dah banyak kemajuan..

Eh, adakah lulu addicted dengan dunia blog ni? Mungkinlah..ngee...




Dan, menurut HanisAzla,dalam blog beliau, untuk menerima award ni ada sedikit 'soal jawab' yang perlu diselesaiukan..meh kita tgk apa dia...

5 perkara yang disukai tentang pemberi award:
  1. Hanis ni adalah pengunjung setia blog lulu ni.. memang tak dinafikan lagi.. TQ so much cik Hanis (eh Puan)....
  2. Ibu yang penyayang.. Pasti!
  3. beliau mmg addicted to blog (iye ke?)
  4. Suka komen kat blog ni..
  5. Dan antara teman berblog yang rapat dgn lulu ( so, TQ for the award =) once again..ngee.. )

Ucapan kepada pemberi award :

Semoga terus menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.. amin!


Tag orang yang blognya selalu ketagih nak lawat : (5 orang)


Ok, itu jer... Sila terima award dan buat soal jawab..TQ......





Doktor buang ketumbuhan gergasi

BUENOS AIRES - Sekumpulan doktor berjaya membuang ketumbuhan gergasi dipercayai terbesar di dunia yang dihidapi seorang wanita di Argentina, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketumbuhan seberat 23 kilogram (kg) itu dikeluarkan daripada rahim wanita berusia 54 tahun dalam satu pembedahan yang berlangsung selama empat jam di Hospital Gandulfo pada minggu lalu.

Ketumbuhan itu membesar di dalam rahim pesakit berkenaan sejak 18 bulan lalu. Para pegawai perubatan percaya ia merupakan tumor barah terbesar di dunia yang pernah dibuang dari tubuh manusia.

"Saya tidak pernah melihat tumor sebesar ini sepanjang 34 tahun berkhidmat sebagai doktor," kata pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Oscar Lopez.

Lopez menjelaskan, pesakit yang dirahsiakan namanya itu dibenarkan pulang dengan berat badannya turun sebanyak 35 kilogram selepas pembedahan.





Bayi hidup semula dalam pelukan ibu

SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.
Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.
"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.
Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.




Fantasi Pemandu Teksi



Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"


 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!